kertas cadangan pendaftaran t1 2013

8
KERTAS CADANGAN PROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014 1.0 PENGENALAN Penghujung tahun seringkali ditafsirkan sebagai waktu rehat yang panjang buat para pelajar dan guru. Kesempatan untuk menikmati cuti selama lebih sebulan biasanya dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mencari ruang mengadakan aktiviti bersama keluarga seperti melancong, beriadah, mengadakan majlis kenduri, atau hanya sekadar menikmati masa terluang di rumah. Ruang waktu ini biasanya jarang sekali dimanfaatkan dengan aktiviti yang menjurus ke arah persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan berikutnya, terutama bagi pelajar di sekolah rendah yang bakal berhijrah ke sekolah menengah. Pelbagai perkara akan berubah, sama ada dari aspek persekitaran, sistem dan dasar, lingkungan rakan sebaya yang baru, malah pakaian mereka juga perlu ditukar baru. Perubahan mendadak ini sering menyebabkan berlaku sekian banyak kesulitan dan kekeliruan di kalangan pelajar. Persediaan yang tidak mencukupi untuk menempuhi alam sekolah menengah akan mengakibatkan mereka mengalami kejutan budaya dan pada akhirnya membawa kepada rentetan masalah lainnya. Justeru, adalah perlu untuk mewujudkan satu program yang mendedahkan pelajar dan para ibu bapa dengan keperluan fizikal pelajar dan hasrat serta wawasan sekolah terhadap mereka. 2.0 RASIONAL

Upload: roslina-yahaya

Post on 07-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk guru kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

KERTAS CADANGANPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN

Penghujung tahun seringkali ditafsirkan sebagai waktu rehat yang

panjang buat para pelajar dan guru. Kesempatan untuk menikmati cuti

selama lebih sebulan biasanya dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk

mencari ruang mengadakan aktiviti bersama keluarga seperti

melancong, beriadah, mengadakan majlis kenduri, atau hanya sekadar

menikmati masa terluang di rumah. Ruang waktu ini biasanya jarang

sekali dimanfaatkan dengan aktiviti yang menjurus ke arah persediaan

untuk menghadapi sesi persekolahan berikutnya, terutama bagi pelajar

di sekolah rendah yang bakal berhijrah ke sekolah menengah. Pelbagai

perkara akan berubah, sama ada dari aspek persekitaran, sistem dan

dasar, lingkungan rakan sebaya yang baru, malah pakaian mereka juga

perlu ditukar baru. Perubahan mendadak ini sering menyebabkan

berlaku sekian banyak kesulitan dan kekeliruan di kalangan pelajar.

Persediaan yang tidak mencukupi untuk menempuhi alam sekolah

menengah akan mengakibatkan mereka mengalami kejutan budaya dan

pada akhirnya membawa kepada rentetan masalah lainnya. Justeru,

adalah perlu untuk mewujudkan satu program yang mendedahkan

pelajar dan para ibu bapa dengan keperluan fizikal pelajar dan hasrat

serta wawasan sekolah terhadap mereka.

2.0 RASIONAL

Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah menengah, pelajar

kadangkala ibarat ‘rusa masuk kampung’. Suasana dan persekitaran

baru yang dihadapi adalah sesuatu yang asing bagi mereka. Justeru,

program Pendaftaran Tingkatan Satu ini wajar dilaksanakan sebagai

mengalu-alukan kehadiran para pelajar baru ini. Menerusi program ini,

pelajar dan para ibu bapa akan dimesrai dengan iklim sekolah

menengah, di samping berpeluang pula untuk mengenali watak,

Page 2: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

keperluan, dasar serta matlamat sekolah ini. Dalam program ini juga,

para ibu bapa dan pelajar akan dibekalkan dengan senarai kelengkapan

dan keperluan yang seharusnya ada pada setiap pelajar dalam usaha

untuk memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Semasa program pendaftaran ini juga,

para ibu bapa berpeluang untuk meleraikan sebarang kekeliruan atau

meluahkan apa jua keresahan yang pada akhirnya diselesaikan dengan

baik dan memastikan anak-anak mereka dapat meneruskan

persekolahan dalam keadaan tenang dan harmoni, dan seterusnya

menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang berbudi luhur dan

cemerlang.

3.0 MATLAMAT

Memastikan kesediaan penuh pelajar baru untuk menyesuaikan diri

dengan iklim dan budaya persekolahan menengah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memastikan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini

mendaftar dengan sah dan jelas.

4.2 Memastikan ibu bapa dapat menyediakan keperluan /

kelengkapan yang secukupnya mengikut kehendak /

peraturan sekolah.

4.3 Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar dan ibu

bapa mengenai matlamat, hasrat, wawasan dan dasar

sekolah secara asas.

4.4 Mendapatkan maklumat penting mengenai pelajar secara

lebih tepat.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Page 3: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

Tempat : Perkarangan dan di dalam Dewan Wawasan

Sasaran : Semua pelajar baru Tingkatan Satu dan ibu bapa

6.0 JAWATANKUASA

Sila rujuk lampiran 1

7.0 KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelanjaan :

7.1.1 Banner makluman di pagar : RM 150.00

7.1.2 Banner dalam Dewan : RM 150.00

7.1.3 Banner Selamat Datang (4x18’’) : RM 230.00

7.1.4 Jamuan AJK RM 3.00 x 30 : RM 90.00

7.1.5 Air minuman RM8.00 x 1 kotak : RM 8.00

Jumlah : RM 628.00

=============

7.2 Sumber Peruntukan :

7.2.1 Peruntukan PIBG : RM 530.00

7.2.2 Peruntukan sekolah : RM 98.00

----------------------

Jumlah : RM 628.00

=============

8.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran 2

Page 4: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

9.0 PENUTUP

Pelajar Tingkatan Satu merupakan aset penting yang bakal mencorakkan

wajah sekolah di masa hadapan. Mereka adalah ibarat kanvas putih yang

menunggu untuk diwarnakan. Program Pendaftaran Tingkatan Satu ini

merupakan salam awal daripada pihak sekolah untuk mengalu-alukan

kehadiran pelajar-pelajar ini dan merupakan program penjana bagi

program-program pembangunan pelajar yang seterusnya. Semoga

program ini berupaya meletakkan satu asas penting dan difahami

dengan sewajarnya oleh para pelajar serta ibu bapa mereka tentang

besarnya harapan dan kehendak sekolah dalam matlamat mencipta

kegemilangan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik.

Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASAPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

Page 5: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

Pengerusi : En. Md Sharif b Daros (Pengetua)

Naib Pengerusi : Pn. Yasmeen bt Abdullah (PK Pentadbiran)

: Pn. Faridah bt Ismail (PK HEM)

: ......................................... (PK Kokurikulum)

: En. Abd Halim B. Misran ( PK Tingkatan 6)

: En. Mohd Yunus bin Shafie (PK Pend. Khas)

Penyelaras : En Mohamad Hapisol B. Che Pi ( Guru Kaunseling)

Setiausaha : Cik Siti Zaharah bt Othman (Guru Kaunseling)

AJK :-

Sambutan : En. Mohd Zairi b Md Zain (GK Bahasa): Pn. Sakinah bt Abdullah (GK Kemanusiaan): Pn. Zeleha bt Ayob (GK Tek & Vok): Pn. Saleha bt Mohd Zainal (GK Sains & Math)

Pendaftaran : Guru Kelas Tingkatan 1

Statistik : Cik Hanita bt Hamid (Penyelia tingkatan 1)

Peralatan audio : En. Amiruddin

Persiapan tempat : En. Muhairi Shah b. Baharum: En. Azizan b. Ali

Makanan : Pn Noor Asheekin Bt. Ali (Guru Kaunseling)

Lampiran 2

TENTATIFPROGRAM PENDAFTARAN TINGKATAN SATU, TAHUN 2014

Page 6: Kertas Cadangan Pendaftaran t1 2013

30 DISEMBER 2013 (KHAMIS)

8.00-8.30 pagi Semua AJK bersiap sedia.Semua AJK

8.30-9.10 pagi-Pendaftaran

-edaran soal selidik sarana ibu bapa

Guru kelas tingkatan 1

9.10-10.30 pagi

Majlis bermula

-Bacaan doa

-Taklimat PBS

-Taklimat dan amanat Tn. Pengetua

Guru Kaunseling

Ustaz Amin

Pn. Nor Aidawati

10.30-11.30 pagi Pembelian buku tulis dan bersurai Ajk koperasi