kertas bonus pt3 - pelangibooks.com choice bm/top choice b… · baca petikan prosa tradisional di...

3
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahagian B [30 markah] 5. Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana ke mari menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh empunya padi. Ketika yang empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim piatu itu luka kerana terhantuk pada bahagian pinggir yang tajam daripada tangga pelangi itu. Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anak yatim piatu itu. Dipaksanya anak yatim piatu itu untuk mengembalikan padi yang dicurinya, sebutir pun tidak boleh ada yang ketinggalan. Ia sama sekali tidak mahu memperkenankan padinya, biar sebutir pun, dicuri dan dibawa ke bumi. (Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 23) (i) Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, mengapakah tumit anak yatim piatu itu luka? [3 markah] (ii) Tuliskan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut. [3 markah] Kertas Bonus PT3

Upload: vanhanh

Post on 06-Feb-2018

304 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Bonus PT3 - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice B… · Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Bahagian B

[30 markah]

5. Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, ketika yang empunya padi sedang sibuk ke sana ke mari menghalau burung-burung yang memakan tanamannya, dengan cepat-cepat anak yatim piatu itu mengambil segenggam padi yang sedang dijemur. Dimasukkannya padi itu ke dalam mulutnya, lalu ia pun melompat dan lari dengan sekencang-kencangnya menuju ke liang tempat ia mula-mula masuk ke kayangan bersama-sama dengan tujuh orang gadis kayangan yang diikutinya beberapa hari yang lalu. Setelah yang empunya kembali dari menghalau burung-burung itu maka didapatinya bekas tangan anak yatim piatu itu pada tompokan padi yang sedang dijemurnya. Ia pun segera mengerti bahawa padinya ada yang dicuri oleh anak yatim piatu itu. Maka secepat kilat dikejarnya anak yang mencuri padinya itu. Anak itu baru sahaja beberapa langkah menjejakkan kakinya pada pelangi yang menjadi tangga antara bumi dengan kayangan, ketika ia disusul dan ditangkap oleh empunya padi. Ketika yang empunya padi mencapai anak yatim piatu itu, maka dihempaskannya pencuri tadi itu sampai beberapa kali ke tangga pelangi. Tumit anak yatim piatu itu luka kerana terhantuk pada bahagian pinggir yang tajam daripada tangga pelangi itu. Kemudian yang empunya padi itu menggeledah seluruh badan pencuri itu. Didapatinya padinya di dalam mulut anak yatim piatu itu. Dipaksanya anak yatim piatu itu untuk mengembalikan padi yang dicurinya, sebutir pun tidak boleh ada yang ketinggalan. Ia sama sekali tidak mahu memperkenankan padinya, biar sebutir pun, dicuri dan dibawa ke bumi.

(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi, antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 23)

(i) Berdasarkan petikan prosa tradisional di atas, mengapakah tumit anak yatim piatu itu luka? [3 markah]

(ii) Tuliskan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan prosa tradisional tersebut. [3 markah]

Kertas Bonus PT3

Page 2: Kertas Bonus PT3 - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice B… · Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Kertas Bonus PT3

2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghukum orang yang melakukan kesalahan? [4 markah]

6. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sesekali kuingin berterima kasihkepadamu hujan bagai tetamujiwa pun menjadi dinginapi amarah menjadi terpadam.

Sesekali kuingin menyemai budikepadamu tanah yang hidupkerana perutmu setia menghamilkanrezeki buat petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamuikan-ikan yang riangliar di belantara samuderakerana sudi membebaskan ceritanelayan tua di pondoknya.

Sesekali kuingin kalungkan kagumkepadamu pejuang negarakerana tanganmu pernah berdarahdarah kesetiaan seorang wargakepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin pula menjadi bungamenebarkan keharumandi taman-taman keresahan hidupmenyerahkan keinsafankepada kangkuhan perang.

Alangkah indahnya duniaandai semua merenungkekosongan hidup ini.

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, halaman 12)

(i) Berikan maksud rangkap keempat sajak Kuingin Berterima Kasih. [3 markah]

(ii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]

Page 3: Kertas Bonus PT3 - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice B… · Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan

Bahasa Malaysia Ting. 1 KBSM Kertas Bonus PT3

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat? [4 markah]

7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia(ii) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini(iii) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman(iv) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap pengajaran tersebut.