komponen kesusasteraan melayu - pelangibooks.com bm 2017/top tg 3/k... · barang yang ghairah di...

13
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Praktis PT3 Puisi Tradisional – Syair Burung Nuri Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3) (i) Apakah nasihat berguna yang terdapat dalam Syair Burung Nuri? (ii) Nyatakan tema syair tersebut. (iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang tidak boleh terlalu bergantung pada nasib? Berikan dua alasan anda. Komponen Kesusasteraan Melayu KBAT Menilai

Upload: hoanghanh

Post on 03-Mar-2019

478 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Tradisional – Syair Burung Nuri

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bermula warkah surat rencana,Ikatan fakir yang sangat hina,Sajak dan nazam banyak tak kena,Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,Perinya akal gelap-gelita,Hemat pun rendah daif berserta,Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,Atasnya hulu fakir nistawan,Daripada masyghul gundah merawan,Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,Barang yang ghairah di dalam cinta,Terfikir-fikir bukan menderita,Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,Mengambah lautan berulang-ulang,Mudaratnya bukan lagi kepalang,Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,Segenap pesisir desa negeri,Bertambahlah pula sopan dan negeri,Santap nan tidak minum pun kari.

Bangun terjunun badan suatu,Gundahlah fikir tiada tertentu,Laksana cermin jatuh ke batu,Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,Lenyaplah fikir budi pekerti,Jikalau kiranya hamba turuti,Daripada hidup sebaiknya mati.

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Apakah nasihat berguna yang terdapat dalam Syair Burung Nuri?

(ii) Nyatakan tema syair tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang tidak boleh terlalu bergantung pada nasib? Berikan dua alasan anda.

Komponen Kesusasteraan Melayu

KBATMenilai

Page 2: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

2© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Tradisional – Santap Istiadat

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Santap beradat, santap istiadat,Santap raja di majlis kebesaran,Santap merai, hormat-menghormat;Bukan santap hendakkan kenyang,Santap santun dengan aturan.

Nasi disuap di tangan kanan,Lauk dibinjat sopan siuman,Sampai ke mulut mamah perlahan,Tanda tidak gelojoh makan.Selesai santap nasi Diiringkan seteguk minuman,Isyarat menghormat, mulia-memuliakan.

Santap nasi suap pertama,Berturut dengan suap kedua;Dua suap, ketiga sudah,Keempatnya basuh tangan;Kelima halwa juadah,Keenam mengiring buah-buahan.

Ketujuh berkumur-kumur,Ke delapan makan sirih;Kelat jatuh ke rengkungan,Seri naik ke peroman.

Itulah santap beradat kebesaranDi dalam riwayat zaman yang silam.

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Berdasarkan rangkap kedua seloka, apakah adab yang perlu diamalkan oleh seseorang ketika makan?

Santap beradat, santap istiadat,Santap raja di majlis kebesaran

(ii) Jelaskan dua bentuk perulangan yang terdapat dalam baris seloka di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah amalan pemakanan seimbang penting bagi seseorang? Berikan alasan anda.

KBATMenilai

Page 3: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Moden – Kijang yang Lelah

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergemaKetika temulang kudratnya bergetar di tengah rimbaDia tidak lagi mampu menobat takhtaMengorak telapak di tanah menghijau.

Saat ituSebak menyentap dahan kalbuDedaun resah mula berguguranPepohon batin akhirnya tumbangAkarnya menguncup di perdu harap.

Hari iniDia cuba bangkit dengan kekuatan kakiMenghambat waktu yang bersisaWalau dalam jera lelahSeakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

WAN MARZUKI WAN RAMLI(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

Bimbang tersadung akar dan jeratSang kijang lebih berhati-hati menapakMeski dalam peribadi yang keruhDiredah belantara yang mula teduhNun jauh di batas nuraninyaDia tetap menjinjing tekad dan tabahterus mengorak penuh berhemahdengan akal dan hatidia tidak lagi gundahmenyusun gerak dan langkah.

(i) Gambarkan keadaan Sang kijang seperti dalam sajak.

Dia tetap menjinjing tekad dan tabahterus mengorak penuh berhemah

(ii) Berdasarkan baris sajak di atas, nyatakan tiga nilai yang ingin disampaikan oleh penyajak.

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menghadapi hari-hari tua? KBAT

Menilai

Page 4: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

4© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Moden – Pesan Ibu Beribu-ribu

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kita ada ibuibu kita satu pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk.”Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju “Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu.”Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu“Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu.”

Suatu senja seorang temanku merintihkerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab

biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkapSi Bedul sudah ditangkapSi Bedul di dalam lokap.

Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutuJangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu.Ya, pesanan ibu.

Ibu,kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu.

RAHMAN SHAARI(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Berdasarkan sajak, mengapakah rakan penyajak berasa kesal?

(ii) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

(iii) Pada pandangan anda, mengapakah seseorang anak perempuan perlu menjaga maruah diri? KBAT

Menilai

Page 5: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Moden – Senja di Palang Besi

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Senja mula menangis remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja yang dulu melakar bahagia kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam heningbernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

PENA ALAM(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Apakah gambaran penyajak tentang kehidupan di dalam penjara?

(ii) Kemukakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini.

(iii) Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak daripada terlibat dalam masalah jenayah? KBAT

Menilai

Page 6: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

6© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Puisi Moden – Bintang

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintangbegitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu.

SITI ZALEHA M. HASHIM(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Apakah yang ingin dilakukan oleh penyajak setelah melihat bintang-bintang di langit?

(ii) Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak menghantar ibu bapanya yang uzur ke rumah orang-orang tua? KBAT

Menilai

Page 7: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Prosa Tradisional – Bahagia Sesudah Derita

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta dengan takdir Allah taala mengurniakan hamba-Nya maka Miskin pun berpindahlah hendak membuat pondok akan tempatnya tiga beranak. Maka digalinyalah tanah itu hendak mendirikan tiang terataknya. Maka terlihatlah kepada tajau berisi emas terlalu banyak. Maka segera diambilnya akar kayu, maka ditambatnya pada pohon kayu yang besar. Maka bininya pun datanglah ia melihat emas itu seraya katanya, “Sampai kepada anak cucuku sekalipun berbelanjakan dia tiada akan habis emas ini.” Maka terlalu sukacitalah dua laki isteri itu. Maka oleh isterinya diambilnya emas itu dibawanya ke dalam rumahnya. Maka emas itu lalu dibawanya pergi kepada saudagar dalam negeri Anta Beranta itu. Setelah ia bertemu dengan saudagar maka ditegurnya oleh saudagar itu, katanya, “ Marilah tuan hamba duduk, di mana tuan tadi dan apa kehendak tuan hamba kepada hamba?” Maka sahut Si Miskin itu seraya tersenyum, “Ada juga kehendak hamba ini kepada tuan hamba. Jikalau boleh tuan hamba menolong hamba, akan hamba katakan kepada tuan hamba.” Maka sahut saudagar itu, “Katakanlah sampai hamba dengar.” Maka Miskin pun mengeluarkan emas daripada kandungannya seraya katanya, “Inilah hamba minta tolong belikan kaus sepasang kepada tuan hamba.”

(Dipetik daripada Bahagia Sesudah Derita, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Apakah yang dilakukan oleh Si Miskin dan isterinya setelah menjumpai tajau berisi emas yang banyak?

(ii) Mengapakah Si Miskin berjumpa dengan saudagar?

(iii) Berdasarkan prosa, apakah sikap Si Miskin yang dapat dijadikan contoh dalam kehidupan seseorang? Berikan alasan anda.

KBATMenilai

Page 8: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

8© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Prosa Moden – Legasi Tapai Ubi

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Emak kemudian meneruskan tugasannya selepas sembahyang isyak. Aku tidak berapa kisah lagi tugas emak ketika itu. Namun menurut emak, membuat tapai banyak pantang larangnya. Kononnya, jika pantang larang dilanggar, tapai tidak manis. Kalau tapai tidak manis orang tidak mahu beli. Namun selama ini, orang tidak pernah merungut tentang tapai ubi Wak Salikon. Juallah di mana-mana tetap habis. Tetap laris. Kadang-kadang aku kesian juga dengan emak. Tekun benar dia. Malah tapai ubi sudah menjadi mata pencariannya. Sejak aku kecil, emak dan bapa sudah berniaga tapai ubi. Aku membesar berkat hasil jualan tapai ubi. Aku belajar berkat hasil jualan tapai ubi. Bukan aku sahaja, seluruh adik-beradikku hidup atas berkat usaha emak dan bapa membuat tapai ubi untuk dijual. “Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!” kata emak ketika menabur ragi di atas ubi rebus di dalam sebuah dulang besar. Aku akur dengan petua emak. Aku hanya diam. “Jangan kena kotoran atau minyak,” sampuk bapa pula yang sedang memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus tapai. Kadang-kadang bapa menggunakan daun rambai. Bapa tidak mahu menggunakan plastik kerana keaslian tapai akan hilang. Rasanya kurang enak. Baunya tidak wangi lagi.

“Tak boleh bising-bising,” bisik emak pula. Aku hanya membatu mendengar petua yang sama sejak aku kecil.

(Dipetik daripada cerpen Legasi Tapai Ubi, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Berdasarkan petikan cerpen, apakah pantang larang yang diikuti oleh emak penulis ketika membuat tapai ubi?

(ii) Jelaskan dua perwatakan emak penulis berdasarkan petikan cerpen tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan makanan tradisional? KBATMenilai

Page 9: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Prosa Moden – Sekeping Tanah

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Hm ...! Biarlah, Syam. Kita dah melangkah jadi usahawan ini tak boleh undur lagi. Betul tak?” Mata Halimah merenung wajah Hisyam. Hisyam senyum tetapi senyumannya kelihatan payah. “Kenapa Syam serahkan jawatan pengurus tu pada kakak?” “Kakak dah berhenti dengan bank tu.” “Habis kamu?” “Saya nak bawa teksi. Itu yang menyara hidup saya selama ini. Lagipun ...” “Lagipun apa?” “Saya dah sebati dengan teksi kak. Sehari tak memandu rasa rimas saja.” “Habis, syarikat ini kamu serahkan bulat-bulat pada kakak?” “Ya, kak. Kakak ada pengalaman tentang menjaga wang.” “Kalau kakak salah guna wang?” “Saya percayakan kakak macam saya percayakan mak.” “Takkan kamu tak nak ambil tahu langsung tentang syarikat ni nanti?” “Kakak boleh beritahu saya apa-apa yang kakak nak bincangkan. Tapi saya tetap setuju saja apa-apa keputusan kakak.” “Begitu hatimu, Syam?” “Saya adik kakak. Pelajaran saya tak tinggi. Itu salah saya dulu. Mujurlah saya ada kakak. Boleh saya tumpang senang dengan harta yang ayah tinggalkan walaupun hanya sekeping tanah.”

(Dipetik daripada cerpen Sekeping Tanah, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Mengapakah Hisyam masih hendak memandu teksi walaupun sudah bergelar usahawan?

(ii) Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen ini.

Pelajaran saya tak tinggi. Itu salah saya dulu.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelajaran penting kepada seseorang? KBATMenilai

Page 10: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

10© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Prosa Moden – Bawod

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia tersenyum sendirian. Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya masih tertanya-tanya kenapa ramai orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya. Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak mendengar perbualan rakan-rakannya di halaman rumah.

“Kenapa ramai orang di sini?”

“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi. Dia mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu. Beluntung tersungkur dan tidak sedarkan diri buat beberapa ketika. Setelah sedar, dia berada di pangkuan bapanya.

“Mana Bawod, pak?”

“Bawod sudah disembelih. Bukankah kita akan adakan kenduri kesyukuran?”

Beluntung bingkas bangun sungguhpun kepalanya masih terasa pening. Dia tersungkur lagi tetapi berjaya bangun sendiri, kemudian dia melangkah dengan lemah menunju ke arah Bawod yang sudah terbujur kaku berlumuran darah. Beluntung melutut di hadapan Bawod yang tidak bernafas lagi. Dia menangis sekuat-kuatnya. Apabila kesedihannya memuncak dia melolong. Tanpa sedar, dia memeluk Bawod. Mereka yang berada di tempat itu terlopong melihat seekor binatang yang bakal dimakan tetapi diratapi oleh yang diraikan.

Beluntung memandang orang ramai yang mengelilinginya. “Binatang ini seperti manusia, dia sahabat saya ...” Beluntung mengesat air matanya lalu memandang bapanya.

Orang ramai memujuk Beluntung. Bapa menghampiri Beluntung dan memeluknya.

(Dipetik daripada cerpen Bawod, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Mengapakah ramai orang berkumpul di rumah Beluntung?

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut.

(iii) Binatang peliharaan perlu dijaga dengan baik. Apakah tindakan anda sekiranya anda mendapati jiran anda mendera haiwan peliharaannya?

KBATMenilai

Page 11: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Prosa Moden – Tenang-tenang Air di Tasik

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

IBU: (Terkejut) Apa Zafar? Kau nak melatih dan mengiringi orang buta berkayak merentasi Tasik Permai?

MUZAFAR: Ya, mak. Tapi bukan orang buta mak, orang cacat penglihatan.IBU: (Tegas) Ah, samalah tu, buta! Tidak, Zafar. Mak tak izinkan kau pergi.MUZAFAR: Tak boleh, mak. Kan ini tugas saya? Lagipun, ini bukan kumpulan pertama yang saya

latih dan iringi berkayak di Tasik Permai itu.IBU: Ya, memang betul, Zafar. Tapi, sebelum ini, kau cuma menjadi jurulatih dan juruiring orang-

orang yang sempurna, bukan orang buta. Mak tak adalah nak bimbang sangat. Tapi, kali ni ...MUZAFAR: Insya-Allah, mak. Dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada saya, saya tak

akan mudah hilang pertimbangan, mak. Saya akan pergi menjalankan tugas, dan kemudian balik semula ke pangkuan mak dengan selamat sejahtera.

IBU: Kau akan tidur dekat sanalah, ya?MUZAFAR: Ya, mak. Saya akan bersama-sama mereka selama empat hari tiga malam.IBU: (Kurang senang) Empat hari tiga malam? Selalunya, kau cuma tidur dua malam bersama-sama

orang yang datang berekspedisi di situ.MUZAFAR: Kami terpaksa menimbangkan keadaan fizikal mereka, mak. Sebab itulah kami

panjangkan sedikit latihan pakej mereka.IBU: Dia orang itu pun satu. Dah tahu tak nampak, buat apalah nak susahkan diri dan bebankan

orang lain dengan menyertai kegiatan macam itu? Apalah yang boleh mereka hayati?MUZAFAR: Sebetulnya, saya mengagumi semangat mereka untuk turut sama terlibat dalam

kegiatan-kegiatan macam ini, mak. Sebab itulah saya teringin sangat nak melatih dan mengiringi mereka, mak. Terasa unik dan mencabar tugas saya kali ini.

(Dipetik daripada drama Tenang-tenang Air di Tasik, antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

(i) Mengapakah Ibu melarang Muzafar menyertai ekspedisi itu?

(ii) Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama tersebut.

(iii) Pada pandangan anda, wajarkah tindakan sesetengah ibu bapa melarang anak kurang upaya (OKU) menyertai aktiviti sukan dan riadah?

KBATMenilai

Page 12: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

12© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Praktis PT3 Novel

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar(ii) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya(iii) Chot karya Azizi Haji Abdullah(iv) Hempasan Ombak karya Zailani Taslim

1. Latar tempat dalam sesebuah novel menggambarkan tempat berlakunya sesuatu peristiwa.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel tersebut.

2. Setiap pengarang mengutarakan beberapa persoalan dalam karya mereka.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua persoalan berserta contoh yang sesuai yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel berkenaan.

Page 13: Komponen Kesusasteraan Melayu - pelangibooks.com BM 2017/Top Tg 3/k... · Barang yang ghairah di dalam cinta, ... Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini ... apakah

Bahasa Melayu Ting. 3 KBSM Komponen Kesusasteraan Melayu

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

3. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraian novel tersebut.

4. Watak utama dalam sesebuah karya mempunyai nilai-nilai yang baik untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga nilai kemanusiaan yang ada pada watak utama dalam novel tersebut.

Novel Justeru Impian di Jaring

Watak utama – Syahir

Nilai kemanusiaan pada watak utama

Novel Chot

Watak utama – Alias

Novel Hempasan Ombak

Watak utama – Farid

Novel Tawanan Komander Caucasus

Watak utama – Farhani

5. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat. KBAT

Menganalisis