tahap kesediaan komuniti kolej vokasional · pdf fileis the main choice for upsr students. ......

16
449 TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK, KL TERHADAP KEBERKESANAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) (THE READINESS OF VACATIONAL COMMUNITY COLLAGE SETAPAK,KL TOWORDS VOCATIONAL BASIC EDUCATION EFFECTIVENESS) Anuratha A/P Vellayan Reddy & Azlin Norhaini Mansor Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) meliputi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kompetesi (Competency Based Education / CBE) yang melibatkan pentaksiran berasaskan keterampilan. Program pendidikan asas vokasional membantu para pelajar untuk bersedia dalam menyambungkan pengajian mereka ke taraf yang lebih tinggi dan membantu melahirkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja dalam bidang yang diminatinya. Terdapat beberapa Institut Latihan Vokasinal (ILV) yang telah diwujudkan khas untuk pelajar yang berminat untuk melanjutkan pendidikan mereka dalam bidang teknik dan vokasional. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan program pendidikan asas vokasional (PAV). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk tinjauan yang melibatkan seramai 30 orang guru PAV yang mengajar di Kolej Vokasional Setapak, KL dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik dengan menggunakan skala likert lima mata dijawab oleh responden sebagai instrumen kajian yang telah dibangunkan bersama dengan seorang pensyarah dari fakulti pendidikan di UKM. Perisian Statistical Package For Social Sciense (SPSS) versi 22.0 digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan pelaksanaan PAV berada pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Penganalisisan ujian-t independent menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan pelaksanaan program PAV berdasarkan jantina. Hal ini dapat disimpulkan bahawa usaha-usaha dalam menjayakan keberkesanan pelaksanaan program PAV di kolej-kolej vokasional harus diteruskan supaya pendidikan vokasional menjadi pilihan utama kepada para pelajar lepasan UPSR. Selain itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program PAV yang dapat membantu murid menonjolkan bakat dalam bidang yang diminati. Katakunci : Tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional, Keberkesanan PAV ABSTRACT Vocational Basic Education Program (PAV) covers process implementation Teaching and Learning based on Competency Based Education (CBE) involving skill-based assessments. Basic education program Vocational helps students prepare to continue their studies to a higher level and helps create skilled human capital for working in the field od interest. There are several Vocational Training Institute (ILV) which has been specially created for students who are interested in continuing education they are in technical and vocational fields. This study aims to identify and assess the level of preparedness of the Setapak Vocational College community, KL on effectiveness Vocational basic education program (PAV). This study uses quantitative approaches which is in the form of a survey involving 30 PAV teachers teaching at Setapak Vocational College, KL is selected randomly as a sample of the study. Question form the questionnaire using five likert scale was answered by the respondent as a research instrument that was developed together with a lecturer from the faculty Education in UKM. Statistical Package For Social Science Software (SPSS) version 22.0 used to analyze the research data. The findings show the degree of readiness community of setapak Vocational College, KL on the effectiveness of PAV implementation at a high and satisfatory level. Independent T-test analysis showed there is no ssignificant difference between the level of readiness of the Vocational College Community Setapak, KL on the effectiveness of the implemention of the PAV program based on gender. This matter can be concluded that efforts to achive the effectiveness of the implementation the PAV program at vocational collages should be continued for vocational education. Is the main choice for UPSR students. In addition, cooperation and support of all parties

Upload: ngoxuyen

Post on 02-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

449

TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK, KL TERHADAP

KEBERKESANAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

(THE READINESS OF VACATIONAL COMMUNITY COLLAGE SETAPAK,KL TOWORDS VOCATIONAL BASIC EDUCATION

EFFECTIVENESS)

Anuratha A/P Vellayan Reddy & Azlin Norhaini Mansor

Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

ABSTRAK Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) meliputi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kompetesi (Competency Based Education / CBE) yang melibatkan pentaksiran berasaskan keterampilan. Program pendidikan asas vokasional membantu para pelajar untuk bersedia dalam menyambungkan pengajian mereka ke taraf yang lebih tinggi dan membantu melahirkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja dalam bidang yang diminatinya. Terdapat beberapa Institut Latihan Vokasinal (ILV) yang telah diwujudkan khas untuk pelajar yang berminat untuk melanjutkan pendidikan mereka dalam bidang teknik dan vokasional. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan program pendidikan asas vokasional (PAV). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk tinjauan yang melibatkan seramai 30 orang guru PAV yang mengajar di Kolej Vokasional Setapak, KL dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik dengan menggunakan skala likert lima mata dijawab oleh responden sebagai instrumen kajian yang telah dibangunkan bersama dengan seorang pensyarah dari fakulti pendidikan di UKM. Perisian Statistical Package For Social Sciense (SPSS) versi 22.0 digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan pelaksanaan PAV berada pada tahap yang tinggi dan memuaskan. Penganalisisan ujian-t independent menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan pelaksanaan program PAV berdasarkan jantina. Hal ini dapat disimpulkan bahawa usaha-usaha dalam menjayakan keberkesanan pelaksanaan program PAV di kolej-kolej vokasional harus diteruskan supaya pendidikan vokasional menjadi pilihan utama kepada para pelajar lepasan UPSR. Selain itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program PAV yang dapat membantu murid menonjolkan bakat dalam bidang yang diminati. Katakunci : Tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional, Keberkesanan PAV ABSTRACT Vocational Basic Education Program (PAV) covers process implementation Teaching and Learning based on Competency Based Education (CBE) involving skill-based assessments. Basic education program Vocational helps students prepare to continue their studies to a higher level and helps create skilled human capital for working in the field od interest. There are several Vocational Training Institute (ILV) which has been specially created for students who are interested in continuing education they are in technical and vocational fields. This study aims to identify and assess the level of preparedness of the Setapak Vocational College community, KL on effectiveness Vocational basic education program (PAV). This study uses quantitative approaches which is in the form of a survey involving 30 PAV teachers teaching at Setapak Vocational College, KL is selected randomly as a sample of the study. Question form the questionnaire using five likert scale was answered by the respondent as a research instrument that was developed together with a lecturer from the faculty Education in UKM. Statistical Package For Social Science Software (SPSS) version 22.0 used to analyze the research data. The findings show the degree of readiness community of setapak Vocational College, KL on the effectiveness of PAV implementation at a high and satisfatory level. Independent T-test analysis showed there is no ssignificant difference between the level of readiness of the Vocational College Community Setapak, KL on the effectiveness of the implemention of the PAV program based on gender. This matter can be concluded that efforts to achive the effectiveness of the implementation the PAV program at vocational collages should be continued for vocational education. Is the main choice for UPSR students. In addition, cooperation and support of all parties

Page 2: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

450

required to improve the effectiveness of the program implementaion PAV that can help student to highlight talent in the field of interest. Keywords:Vocational College’s Community readiness level, PAV effectiveness. PENGENALAN Proses pendidikan masa kini nyata jauh lebih berbeza jika dibandingkan dengan generasi dahulu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011; Mohammad & Mohamad Yasin, 2010). Negara kita Malaysia sedang menuju kepada status negara maju setanding dengan negara-negara yang telah maju ke hadapan. Usaha untuk mencapai status negara maju dapat dicapai dengan mengambil kira beberapa elemen daripada pihak yang terlibat terutamanya pihak yang berperanan dalam menambahkan tenaga pekerja dalam bidang teknik dan vokasional. Hal ini kerana kepesatan industri menjadi teras kepada negara maju dengan menghasilkan tenaga kerja yang bertrampilan dalam bidang industri yang diingini. Menurut Ahmad Tajudin (2012) menjelaskan bahawa pendidikan vokasional menerusi program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) memberi peluang kepada para pelajar yang cenderung, berbakat dan berminat seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja muda berkemahiran tinggi. Penjanaan kepesatan industri menjadi agenda utama yang dilihat sebagai kepentingan dalam pendidikan teknik dan vokasinal. Program PAV mula diperkenalkan mulai tahun 2012 secara berpeingkat-peringkat di semua Sekolah Menengah Kebangsaan Harian bagi Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dengan menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Proses transformasi pengajian Teknik dan Vokasional dilaksanakan melalui program PAV dengan menggantikan program Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Program PAV ini membantu dan memberi peluang kepada para pelajar yang menamatkan Tahun 6 yang tidak memperolehi prestasi yang baik supaya dapat meneruskan pengajian mereka ke taraf yang lebih tinggi untuk memperolehi peluang pekerjaan yang baik. Oleh hal yang demikian, para pelajar PAV dapat mengikut bidang vokasional yang diceburi mengikut kemampuan, minat dan bakat masing-masing. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Menurut Alimuddin (2011); Nur Iwani & Mohamad Hisyam (2012), pelajar-pelajar yang seawal umur 13 tahun diberi pendedahan tentang mata pelajaran asas vokasional dan pelajar sendiri boleh peluang untuk memilih jurusan kemahiran yang diminatinya. KPM percaya bahawa semua pelajar mempunyai bakat dan potensi yang tersendiri. Pemilihan bidang jurusan akan memberi peluang kepada semua murid supaya bakat yang terpendam dalam diri mereka dapat ditonjalkan. Menurut Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2010) menyatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional yang tersedia sebenarnya menyediakan ruang alternatif yang baik kepada para pelajar untuk merealisasikan bakat mereka. Faktor kekurangan kemahiran dalam bidang pekerjaaan menyebabkan seramai 76,200 orang siswazah menggangur di negara kita (Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia). Beberapa faktor penggangguran di kalangan siswazah adalah kekurangan latihan sebelum memasukki alam pekerjaan, kualiti pendidikan yang kurang, kebolehpasaran siswazah sebagai tenaga kerja dan kemahiran siswazah yang tidak mencukupi dalam aspek-aspek seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran penggunaan bahasa kedua (Perbincangan Study on the Unemployment situation in Malaysia dalam Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara, 2003). Menurut Mohammad & Mohamad Yasin (2011) menjelaskan bahawa pelbagai cabaran yang timbul untuk mengharungi dunia globalisasi pada masa kini dalam bidang pendidikan. Oleh itu, bidang pendidikan memerlukan pendekatan dan teknik terbaik supaya dapat menghadapi dunia globalisasi (Daud 2012). Cabaran utama adalah melahirkan model insan yang menepati kehendak pasaran dengan memenuhi perkembangan pendidikan teknik dan vokasional yang selaras dengan matlamat pendidikan negara bagi mencapai keseimbangan dan kemakmuran diri. Cabaran seterusnya adalah memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional dengan menyediakan atau sistem pendidikan bersepadu. Cabaran selanjutnya ialah bidang pendidikan teknik dan vokasional perlu mengalami arus perubahan semasa dari segi kurikulum. Beberapa tahap kesediaan komuniti sekolah diatur bagi memastikan pelaksanaan program PAV dapat mencapai objektifnya. Antaranya ialah hala tuju program asas vokasional, kesediaan guru dalam melaksanakan PAV, kesediaan pentadbir dalam melaksanakan PAV dan cabaran atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PAV. SOROTAN LITERATUR Pendidikan teknik dan vokasional menjadi pekerjaan pilihan utama pelajar di negara-negara maju kerana ia menyediakan peluang pekerjaan yang baik. Manakala, kerjaya ini dianggap sebagai pilihan yang terakhir di negara kita kerana persepsi tentang kerjaya teknik dan vokasional ini agak terhad. Pandangan sebegini perlu

Page 3: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

451

diubah di kalangan para pelajar dengan memberikan pendedahan yang secukupnya tentang kebaikan mengikuti progam PAV. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran menyatakan pelaksanaan tentang program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) menjadi elemen yang penting dalam Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) (Utusan, 2011). Rajah 1.0 di bawah menunjukkan aliran sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia pada masa sekarang dan juga masa akan datang.

Rajah 1.0 : Sumber : Utusan, 30 Disember 2011

Menurut Aminah (2007) menyatakan sebilangan besar pelajar tidak berniat untuk mengikuti bidang vokasional ke peringkat yang lebih tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang pekerjaan yang terhad selepas menamatkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kebanyakan daripada pelajar yang mengikuti pengajian pendidikan teknik dan vokasional mereka tamat sehingga peringkat rendah sahaja. Hal ini kerana ramai pelajar masih mengharapkan pendidikan formal akan membantu menyediakan peluang pekerjaan dan tidak menyedari kewujudan pendidikan teknik dan vokasional serta kelebihan mengikutinya. Hal ini dapat dilihat melalui kajian Yahya (2005) yang menjelaskan bahawa malaysia mempuyai kekurangan tenaga manusia dalam bidang teknikal sehingga mencapai tahap yang kritikal. Menurut kajian Christine dan Tom (2000) menyatakan bahawa markah prestasi yang rendah menjadi penyebab utama pelajar pelajar untuk menceburi pendidikan teknik dan vokasional. Para pelajar yang menceburi pendidikan vokasional lebih menyukai tugas–tugas yang pratikal dan mengambil latihan berkaitan dengan bidang pengkhususan daripada memilih pekerjaan yang memerlukan pendidikan atau pengajian yang lebih tinggi. Menurut data KPM (2010) menyatakan bahawa kekurangan seramai 11,238 orang guru masih berlaku di Sekolah Menengah Harian di Malaysia. Masalah kekurangan guru-guru ini memberikan impak yang tinggi kepada pembelajaran pelajar dan pengurusan sekolah. Hal ini kerana tidak semua guru PAV di sekolah vokasional mempunyai pendidikan dan pengalaman yang mendalam dalam bidang teknik dan vokasional kerana sebahagian daripada guru-guru berlatar belakang daripada Sekolah Harian Biasa. Tempat mengajar yang bukan pilihan guru dan penempatan guru yang tidak diingini menjadi penyebab kepada tahap motivasi yang rendah dan prestasi kerja yang tidak memuaskan di kalangan guru-guru vokasional (Abdul Rashid, Mohd Yusof, Ahmad Rizal, Mohamad Zaid, Jamaluddin & Masiha, 2010. Menurut Ahmad Zanzali (2010) menjelaskan bahawa sejarah guru–guru yang mengajar di sekolah vokasional kebanyakkan guru yang bukan lulusan dalam bidang teknik dan vokasional dan sebilangan guru tidak mempunyai kemahiran asas teknikal dan vokasional. Menurut Dadang Kunia & Ilhamdaniah (2013) menyatakan bahawa guru-guru teknik dan vokasional tidak mempunyai sikap penambahbaikan kepada pengetahuan dan kemahiran mereka seiring dengan perkembangan semasa dalam dunia industri. Hal ini menyebabkan pembelajaran pelajar menjadi pasif. Selain itu, kebanyakan guru-guru vokasional tidak menggunakan sepenuhnya maklumat daripada pentaksiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memberi kesan semasa menyelia dan menilai keberkesanan pembelajaran pelajar, memantau keberkesanan kaedah dan teknik pengajaran guru. (Mohamad Azhar dan Shahrir, 2007). Guru-guru menghadapi masalah kerana sesuatu subjek vokasional mengandungi tugasan-tugasan kecil yang memerlukan bahan vokasional yang mencukupi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Hal ini memberi beberapa cabaran dari segi pengurusan kewangan kerana ada segelintir guru vokasional yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam membuat urusan pemesanan dan pembelian barang-barang vokasional. Menurut Sarimah & Farawahida, (2010), masalah mendapatkan pembekal dan pengedar barangan vokasional dengan harga yang berpatutan supaya keperluan bahan yang ingin digunakan dalam sesuatu tugasan dapat

Page 4: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

452

dipenuhi. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menjadi lebih efektif dengan pengurusan bengkelatau makmal yang baik dan sistematik (Nurasyikin dan Norja Khairayarani, 2011).Pelbagai masalah atau cabaran yang dihadapi dalam jurusan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ini mendorong penyelidik untuk mengenal pasti tahap kesediaan komuniti sekolah terhadap keberkesanan pelaksanaan program PAV. OBJEKTIF / TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai tahap kesediaan komuniti kolej vokasional Setapak, KL terhadap keberkesanan Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di sebuah Kolej Vokasional, Setapak, KL yang mengendalikan program PAV. Objektif kajian ini ialah untuk memperolehi jawapan kepada beberapa persoalan kajian dibina.

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian dibentuk berdasarkan tujuan kajian, iaitu: i. Apakah halatuju murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV)? ii. Apakah tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)? iii. Sejauh manakah kesediaan pentadbir dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)? iv. Apakah cabaran atau masalah yang dihadapi guru dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)?

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan akan memberikan sumbangan dalam proses penggubalan kurikulum PAV di kolej vokasional berdasarkan pandangan penggubal dan pelaksana dengan mengenali cabaran-cabaran atau kekangan-kekangan yang menyebabkan pelaksanaan program PAV mengalami kesukaran. Bukan itu sahaja, kajian ini mempunyai kepentingan yang lain seperti : i. Membantu guru-guru program PAV dalam mengenalpasti halatuju program PAV dan halatuju murid PAV dalam

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Membantu guru-guru program PAV menilai tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran. iii. Membantu pihak pentadbir program PAV untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan program PAV. iv. Dapat mengenali cabaran atau masalah semasa pelaksanaan program PAV dengan mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya untuk meningkatkan keberkesanannya. v. Boleh dijadikan sebagai panduan yang berfaedah setelah tahap kesediaan komuniti sekolah diteliti, ia menjadi lebih

bermakna dengan membuat tindakan susulan. BATASAN / SKOP KAJIAN Kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di sebuah Kolej Vokasional Setapak, KL sebagai sampel kajian. Antara elemn-elemen yang dikaji ialah halatuju program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan halatuju murid (PAV), tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV), tahap kesediaan pentadbir dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV).

Page 5: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

453

KERANGKA KONSEPTUAL

Pengasas : Stufflebeam (1971)

Model penilaian kurikulum agar sesuai kepada kajian ini kerana guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid melalui pelaksanaan sesuatu kurikulum. Model penilaian kurikulum juga akan membantu guru mengetahui sejauh mana bahan pelajaran dikuasai oleh murid dan berusaha dalam melakukan pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kemampuan murid. METODOLOGI Kajian ini dijalankan secara tinjauan berdasarkan pengumpulan data secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang disediakan sebagai instrumen kajian. Instrumen diedarkan kepada responden kajian untuk mendapatkan maklumbalas yang mengandungi beberapa item. Item–item dalam borang soal selidik dibahagian kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A: Demografi Sampel dan Bahagian B diagihkan kepada empat bahagian, iaitu I.Halatuju program Pendidikan Asas Vokasional (PAV), II. Halatuju murid (PAV), III. Tahap kesediaan guru dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV), IV.Tahap kesediaan pentadbir dalam pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Pengumpulan maklumat mengenai pembolehubah-pembolehubah yang dibentuk akan menjadikan ia bermatlamat. Oleh itu, kajian tinjauan sesuai digunakan dalam kajian penyelidikan. Persoalan-persoalan dalam kajian ini telah difokuskan kepada sebuah Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengetahui dan mengenalpasti tahap kesediaan komuniti di kolej vokasional tersebut terhadap keberkesanan program pendidikan vokasional di peringkat kolej. Bagi menjawab persoalan kajian ini, penyelidik telah pergi terus ke Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklum balas secara kuantitatif. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 30 orang guru-guru yang mengajar aliran vokasional di kolej tersebut. Data yang telah dikumpul, dimasukkan dan diproses bagi mendapatkan statistik seperti min bagi setiap soalan dan min secara keseluruhan bagi setiap bahagian. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan peserta kajian atau lebih dikenali dengan demografi responden. Carta 1, 2 dan 3 dibawah adalah carta demografi yang memfokuskan kepada tiga aspek iaitu jantina, jawatan yang disandang mengikut gred dan keberolehan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi 30 orang responden. Graf 1 menunjukkan pengalaman mengajar guru-guru di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur.

MODEL PENILAIAN KURIKULUM / MODEL CIPP (Context, Input, Process and Product)

Penilaian Kandungan

Penilaian Input

Penilaian Proses

Penilaian Produk

Pelaksanaan Kurikulum Permulaan dan Penstrukturan Kurikulum

Page 6: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

454

Carta 1: Demografi

responden berdasarkan

jantina

Carta 3:

Demogr

afi

respond

en

berdasar

kan

tahap

sijil

SKM

Graf 1: Pengalaman mengajar guru-guru di Kolej Vokasional Setapak

Jadual 1: Opsyen guru-guru di Kolej Vokasional Setapak BIL OPSYEN KEKERAPAN

1 ELEKTRONIK 16 2 BAHASA MELAYU 5 3 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 3 4 PROFESIONAL PEKERJAAN 1 5 PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 1 6 SEJARAH 2 7 MATEMATIK 1 8 BAHASA INGGERIS 1

Carta 2: Demografi responden berdasarkan gred

Page 7: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

455

Graf 2: Subjek yang diajar oleh guru-guru di Kolej Vokasional Setapak

Jika dilihat pada jadual 1, opsyen responden terbahagi kepada lapan iaitu elektronik, bahasa melayu dan kesusasteraan, pendidikan jasmani dan kesihatan, professional pekerjaan, pendidikan Islam dan bahasa arab, sejarah, matematik dan bahasa inggeris. Jadual yang telah direkod menunjukkan bahawa guru opsyen kemahiran elektronik adalah seramai 16 orang bersamaan dengan 53.3% jika dibandingkan dengan subjek-subjek lain. Graf 2 menunjukkan tiga subjek kemahiran yang terdapat di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur iaitu dunia visual dan musik, osiloskop dan sistem hidraulik yang diajar oleh 30 responden kajian. Jadual 2 pula merupakan data demografi secara keseluruhan yang telah diproses supaya kekerapan dan peratusan responden dapat dilihat dengan lebih jelas mengikut kepada empat faktor utama kajian iaitu jantina, pengalaman mengajar, keberolehan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan jawatan yang disandang kini mengikut gred yang dipegang oleh setiap responden. Bagi memudahkan cara melihat data demografi secara keseluruhannya, hasil dapatan daripada responden di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur telah direkodkan seperti dalam jadual berikut.

Jadual 2: Demografi Keseluruhan Sampel

BIL FAKTOR KATEGORI KEKERAPAN PERATUSAN 1 JANTINA LELAKI 15 50%

PEREMPUAN 15 50% 2 PENGALAMAN 1 – 9 TAHUN 1 3.3%

10 – 19 TAHUN 27 90% 20 TAHUN KE ATAS 2 6.7%

3 SIJIL SKM ADA 16 53.3% TIADA 14 46.7%

4 GRED GRED KHAS C 1 3.3% DG 54 1 3.3% DG 48 12 40% DG 44 15 50% DG 41 1 3.3%

Seperti yang telah dilihat dalam carta dan jadual di atas, seramai 15 orang responden merupakan guru lelaki dan 15 orang responden lagi adalah guru perempuan yang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 30 orang responden. Hampir 90% responden mempunyai pengalaman mengajar dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, jika dilihat daripada keberolehan sijil SKM, adalah hampir sama banyak iaitu 53.3% yang memperolehi sijil SKM dan 46.7% yang tidak mempunyai sijil SKM. Hal ini agak membimbangkan kerana guru-guru yang mengajar di kolej vokasional kebanyakkannya bukan guru yang mempunyai lulusan dalam bidang teknik dan vokasional dan sebilangan guru tidak mempunyai kemahiran asas teknikal dan vokasional dan ini boleh menjadi penyebab kurangnya impak pembelajaran kemahiran kepada murid-murid. DAPATAN KAJIAN Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian berkaitan dengan halatuju program dan halatuju murid Pendidikan Asas Vokasional, kesediaan guru dalam melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional, kesediaan pentadbir dalam melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional dan cabaran atau masalah yang dihadapi dalam melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional telah dirumus dan direkodkan menjadi satu jadual seperti berikut.

Page 8: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

456

Skala interpretasi min adalah skala yang telah ditetapkan oleh pengkaji-pengkaji lepas dalam kajian mereka. Skala seperti Jadual 3 yang telah digunakan oleh Ameer (2013) dan Siti Fatimah, Abdul Halim (2010) dalam kajiannya yang telah dijalankan. Jika dilihat kepada jadual 4 di bawah menunjukkan min keseluruhan mengikut kategori bagi Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur yang telah direkodkan adalah tinggi secara keseluruhannya. Hal ini menunjukkan bahawa Kolej Vokasional Setapak telah berjaya menjadi sebuah institusi yang baik untuk memberikan peluang pengajian kepada para murid untuk mempelajari pendidikan berasaskan vokasional

Jadual 3 : Interpretasi skor min

Sumber: Ameer (2013) dan Siti Fatimah, Abdul Halim (2010)

Jadual 4: Dapatan Keseluruhan Kajian

BIL FAKTOR KATEGORI MIN KESELURUHAN

1 HALA TUJU PROGRAM ASAS VOKASIONAL

HALA TUJU MURID PAV 3.85 (Tinggi) HALA TUJU PROGRAM

PAV 4.03 (Tinggi)

2 KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PAV 3.87 (Tinggi) 3 KESEDIAAN PENTADBIR DALAM MELAKSANAKAN PAV 4.05 (Tinggi)

4

CABARAN/ MASALAH YANG

DIHADAPI DALAM MELAKSANAKN PAV

OPSYEN GURU 3.51 (Tinggi) KEMUDAHAN

INFRASTRUKTUR 3.59 (Tinggi)

KURIKULUM 3.86 (Tinggi) KEWANGAN 3.78 (Tinggi)

KESEDIAAN MURID 3.95 (Tinggi) PENTAKSIRAN 3.95 (Tinggi)

Seterusnya, hasil dapatan bagi setiap item dijelaskan dengan menunjukkan perbezaan min bagi jantina dan juga min keseluruhan bagi setiap kategori juga dijelaskan secara teliti.

I. HALA TUJU MURID PAV

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1.Murid saya memahami objektif pelaksanaan program PAV 3.53 (Rendah) 3.93

3.85

2.Murid saya terlibat dengan pihak industri 3.73 4.53 (Tinggi) 3.Murid saya diberi pendedahan dengan jelas tentang prospek masa depan PAV 3.6 4.13 4. Murid saya mendapat pengiktirafan dalam latihan industri 4.00 4.13

5.Murid saya mendapat pengiktirafan untuk menyambung pengajian di universiti 3.67 3.40 (Rendah)

6.Murid saya bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Kolej Vokasional selepas tamat PAV

3.87 3.66

7.Murid saya mendapat latihan kemahiran generik asas yang dituntut oleh majikan 3.67 3.73 8.Murid saya dibimbing untuk menjadi yang kreatif/kritis/inovatif 4.00 3.60

9. Murid saya mengikuti pembelajaran PAV secara kemahiran kerja tangan (hands-on) 4.13 (Tinggi) 3.93

Interpretasi skor min Skor Min Rendah 1.00 – 2.34 Sederhana 2.35 – 3.67 Tinggi 3.68- 5.00

Page 9: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

457

Keseluruhan min menunjukkan hala tuju murid PAV berada pada tahap tinggi dengan min 3.85. Walaubagaimanpun, guru-guru lelaki merasa item 9 (Murid saya mengikuti pembelajaran PAV secara kemahiran kerja tangan (hands on)) dapat membantu dalam menjayakan hala tuju murid PAV dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.13 berbanding dengan guru –guru perempuan yang mempercayai item 2 (Murid saya terlibat dengan pihak industri) menunjukkan nilai min yang tinggi, iaitu 4.53. Manakala, guru-guru lelaki merasa item 1 (Murid saya memahami objektif pelaksanaan program PAV) tidak membantu untuk menjayakan program PAV dengan menunjukkan nilai min yang rendah iaitu 3.53 berbanding dengan guru-guru perempuan yang merasa item 5 (Murid saya mendapat pengiktirafan untuk menyambung pengajian di universiti) tidak membantu untuk menjayakan hala tuju PAV murid dengan menunjukkan skor min yang rendah, iaitu 3.40. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid PAV mengetahui tujuan mengikuti program PAV di kolej vokasional dan mereka masih tidak jelas tentang peluang pekerjaan mereka selepas tamat pengajian mereka di kolej vokasional.

II. HALA TUJU PROGRAM PAV

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1.Kurikulum PAV sesuai untuk menentukan hala tuju murid lelaki dan perempuan 4.13 3.87(Rendah)

4.03

2. Program PAV dapat mengembangkan kompetensi keusahawanan dalam diri murid

4.07 3.87(Rendah)

3. Program PAV berjaya menarik minat murid saya untuk hadir ke sekolah 3.87 (Rendah) 3.87(Rendah) 4. Program PAV mampu mengubah taraf sosio ekonomi masyarakat setempat 4.00 3.87(Rendah) 5. Program PAV menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas 4.33 (Tinggi) 4.27(Tinggi) 6. Program PAV dapat membantu murid mengenalpasti minat yang diceburi 3.93 4.20 7. Potensi murid saya dapat digilap melalui kurikulum PAV 4.20 3.93 Keseluruhan min bagi hala tuju program PAV berada pada tahap yang tinggi dengan menunjukkan skor min 4.03. Guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan merasa item 5 (Program PAV menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas) dapat membantu dalam menjayakan hala tuju program PAV dengan menunjukkan nilai min yang tinggi, iaitu 4.33 dan 4.27. Guru-guru lelaki beranggapan item 3 (Program PAV berjaya menarik minat murid saya untuk hadir ke sekolah) tidak membantu dalam menjayakan hala tuju program PAV dengan menunjukkan min yang rendah,iaitu 3.87. Walaupun nilai min ini rendah (3.87) tetapi ia masih berada pada tahap yang tinggi. Manakala, guru-guru perempuan beranggapan 4 item dalam hala tuju program PAV, iaitu item 1,2,3 dan 4 (Kurikulum PAV sesuai untuk menentukan hala tuju murid lelaki dan perempuan, Program PAV dapat mengembangkan kompetensi keusahawanan dalam diri murid, Program PAV berjaya menarik minat murid saya untuk hadir ke sekolah, Program PAV mampu mengubah taraf sosio ekonomi masyarakat setempat) dalam hala tuju program PAV berada pada tahap yang rendah dari segi min menunjukkan keempat-empat item menunjukkan nilai min yang sama, iaitu 3.87. Melalui dapatan ini dapat dinyatakan bahawa murid-murid PAV mempunyai peluang cerah dalam sesebuah organisasi pekerjaan selepas tamat pengajian mereka di kolej vokasional. Seperti yang sedia maklum, murid-murid PAV diberi peluang memilih jurusan seawal usia 13 tahun dan selepas tingkatan 3. Murid-murid ini boleh memasuki Kolej Vokasional dan mendapat pengiktirafan diploma daripada kerajaan. Bukan itu sahaja, murid-murid lepasan PAV juga boleh menyambung pelajaran ke institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta yang lain. Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Yaakob dalam Program Bicara Komuniti Transformasi Nasional 2050 (TN50) berkata bahawa dalam menempuh status negara maju, masyarakat perlu mengubah cara pemikiran kerana negara luar telah lama menjadikan pelajar lulusan kemahiran sebagai penggerak utama industri pekerjaan. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu mempunyai kemahiran, maka gaji mereka juga akan menjadi lebih besar ini mengurangkan kerisauan ibu bapa yang menghantar anak mereka mengikut program Pendidikan Vokasional. Hal ini memperkuatkan lagi kenyataan bahawa peluang pekerjaan kini menjadi lebih cerah untuk murid-murid PAV dan KV. Bukan itu sahaja, program Pendidikan Vokasional ini juga melayakkan murid KV mengikuti pendidikan mereka ke peringkat ijazah sarjana dengan syarat mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria pertama adalah mempunyai

Page 10: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

458

pengalaman pekerjaan sekurang-kurangnya dua tahun atau memiliki sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Menurut Zainuren Mohd Nor , Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pendidikan turut menyatakan bahawa murid-murid KV boleh terus memohon program sarjana muda sekiranya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam akademik.

III. KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN PAV

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1.Saya yakin untuk mengajar PAV 3.80 3.87

3.87

2. Saya memahami sukatan pelajaran PAV 4.07 (Tinggi)

3.87

3. Saya mahir menyediakan rancangan pengajaran harian PAV 3.87 3.87 4. Saya mahir dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAV

3.60 (Rendah)

4.13 (Tinggi)

5. Saya bersedia mengikuti kursus/ bengkel/ latihan peningkatan pedagogi PAV 3.93 3.87

6. Saya mahir melaksanakan penilaian SKM 3.67 3.67 (Rendah)

7. Saya mendapat pendedahan untuk Melaksanakan pentaksiran PAV 3.60

(Rendah) 3.80

Secara keseluruhan, perspektif guru-guru terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan program PAV berada pada tahap yang tinggi dengan skor min menunjukkan 3.87. Guru-guru lelaki mempercayai item 2 (Pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran PAV) agar membantu dalam menyediakan guru dalam melaksanakan progaram PAV dengan menunjukkan nilai min yang tinggi, iaitu 4.07. Manakala, guru-guru lelaki juga merasa item 4 (Kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAV) menunjukkan nilai min yang rendah, iaitu 3.60. Hal ini bertentangan dengan guru-guru perempuan yang merasa item 4 ini membantu para guru dalam membuat kesediaan dalam melaksanakan program PAv dengan nilai min yang tinggi, iaitu 4.13.Walaubagaimanapun, pemahaman guru-guru terhadap sukatan pelajaran pendidikan vokasional dapat dipertingkatkan dengan diberi latihan yang mencukupi dan sewajarnya kepada warga pendidik agar proses pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar walaupun tenaga pengajar bukan opsyen yang mengajar bidang kemahiran. Hal ini dapat meningkatkan semangat belajar dan pemahaman murid terhadap sesuatu subjek kemahiran itu. Manakala, guru-guru perempuan merasa item 6 (Kemahiran guru dalam pelaksanaan penilaian SKM) menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.67. Walaupun item ini menunjukkan nilai min rendah daripada item-item yang lain tetapi ia masih berada pada tahap yang tinggi. Latihan yang berkaiatan dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian Sijil Kemahiran Malaysia perlu diberikan kepada para guru supaya ia dapat membantu guru membuat penilaian yang tepat dan benar. Guru-guru yang menilai hendaklah daripada opsyen teknik atau kemahiran itu sendiri. Ini dapat membantu murid-murid dinilai dengan adil dan saksama sebelum sijil dikeluarkan.

IV. KESEDIAAN PENTADBIR DALAM MELAKSANAKAN PAV

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1.Pentadbir sekolah saya faham tentang Pelaksanaan program PAV. 3.87 (Rendah) 4.20 (Tinggi)

2. Pentadbir sekolah saya memahami Matlamat pelaksanaan program PAV. 4.07 4.00 3. Pentadbir sekolah saya membantu dalam menjayakan pelaksanaan program PAV. 4.00 4.20 (Tinggi)

Page 11: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

459

4. Pentadbir sekolah saya memberi kerjasama dalam pelaksanaan PAV 3.87 (Rendah) 4.20 (Tinggi) 4.05 5. Pentadbir sekolah saya menyediakan prasarana yang lengkap. 4.33 (Tinggi) 4.07 6. Pentadbir sekolah saya menyediakan prasarana yang mencukupi. 4.13 3.93(Rendah) 7. Pentadbir sekolah memberi sokongan kepada saya dalam pelaksanaan PAV. 3.93 3.93(Rendah)

Guru-guru lelaki merasa item 5 (Pentadbir sekolah saya menyediakan prasarana yang lengkap) menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.33 berbanding guru-guru perempuan yang merasa 2 item, iaitu item 3 (Pentadbir sekolah saya membantu dalam menjayakan pelaksanaan program PAV dan item 4 (Pentadbir sekolah saya memberi kerjasama dalam pelaksanaan program PAV menunjukkan min yang sama dan tinggi, iaitu 4.20. Melalui kajian di bahagian kesediaan pentadbir dalam pelaksanaan program PAV mendapati bahawa prasarana yang mencukupi yang disediakan oleh pentadbir sekolah akan dapat meningkatkan keberkesanan program PAV di peringkat kolej vokasional. Bukan itu sahaja, guru lelaki merasa item 1 (Pentadbir sekolah saya faham tentang pelaksanaan program PAV) dan item 4 (Pentadbir sekolah saya memberi kerjasama dalam pelaksanaan PAV) perlu diperbaiki di kalangan pihak pentadbir kerana ia menunjukkan nilai min yang sama dan rendah,iaitu 3.87. Manakala, guru-guru perempuan merasa item 6 (Pentadbir sekolah saya menyediakan prasarana yang mencukupi) dan 7 (Pentadbir sekolah memberi sokongan kepada saya dalam pelaksanaan PAV) harus diberi perhatian kerana kedua-dua item ini menunjukkan min yang rendah dan sama, iaitu 3.93. Melalui dapatan di bahagian ini dapat disimpulkan bahawa sokongan yang diberikan oleh pentadbir sekolah kepada guru-guru berada di tahap yang baik. Dapat disimpulkan di sini bahawa pihak pentadbir telah bersedia melaksanakan program pendidikan berasaskan kemahiran di sekolah tersebut. Kesediaan pentadbir ini dapat dibuktikan lagi apabila memperolehi min keseluruhan 4.05 iaitu di tahap yang tinggi.

V. CABARAN / MASALAH YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN KV

Di bawah cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PAV, borang kaji selidik ini telah dibahagikan kepada enam bahagian yang dipecahkan mengikut sub-sub tertentu. Enam bahagian besar dalam isu cabaran dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PAV adalah seperti berikut: A. Opsyen Guru

B. Kemudahan Infrastruktur

C. Kurikulum

D. Kewangan

E. Murid

F. Pentaksiran

Bahagian-bahagian ini telah diasingkan agar penyelidik dapat memfokuskan pada satu-satu bahagian di bawah cabaran dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan pendidikan yang berasaskan kemahiran vokasional. Berikut adalah jadual mengikut sub yang telah dibahagikan untuk menilai kepada min setiap soalan dan min keseluruhan yang telah dijawab oleh 30 responden melalui borang kaji selidik. Di bawah isu cabaran dan permasalahan ini, penyelidik telah mendapati beberapa masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksakan PAV terutamanya Opsyen guru. Guru yang tidak mempunyai kemahiran teknikal tetap dijadikan tenaga pengajar kepada murid-murid di dalam kelas kemahiran. Hal ini akan diketengahkan dengan lebih lanjut di bawah tajuk opsyen guru.

A. OPSYEN GURU

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Saya mengajar mengikut opsyen 3.40 3.93 (Tinggi)

3.51

2. Saya diberi latihan yang mencukupi untuk mengajar subjek PAV

3.67 3.47

3. Saya diberi latihan kemahiran asas 3.13 (Rendah) 3.20

Page 12: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

460

mengendali mesin 4. Saya diberi latihan khas pedagogi bersesuaian dengan murid vokasional

3.53 3.53

5. Saya menggunakan pelbagai teknik pengajaran

3.47 3.80

6. Saya mempunyai pengalaman yang mencukupi mengajar aliran PAV

3.80 (Tinggi) 3.13(Rendah)

7. Pentadbir sekolah saya mempunyai kuasa otonomi

3.60 3.47

Guru-guru perempuan menyetujui bahawa item 1(Guru mengajar mengikut opsyen) menunjukkan min yang tinggi iaitu 3.97. Manakala, guru-guru lelaki menyetujui item 6( Saya mempunyai pengalaman yang mencukupi mengajar aliran PAV) menunjukkan min yang tinggi, iaitu 3.80. Bukan itu sahaja, guru lelaki dan guru perempuan berpendapat sama pada item 4 (Saya diberi latihan khas pedagogi bersesuaian dengan murid vokasional) yang menunjukkan min yang sama, iaitu 3.53. Walaubagaimanapun, guru-guru lelaki merasa item 3 (Saya diberi latihan kemahiran asas mengendali mesin) tidak menyediakan pentadbir sekolah dalam melaksanakan program PAV dengan menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.13 tetapi guru perempuan merasa item 6 (Saya mempunyai pengalaman yang mencukupi mengajar aliran PAV) tidak menyediakan pihak pentadbir sekolah dalam menjayakan program PAV dengan min yang rendah, iaitu 3.13. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru bukan opsyen juga diarah untuk menjadi tenaga pengajar kelas-kelas kemahiran. Guru-guru perlu mengajar kelas vokasional, namun kursus yang diberi dan disediakan adalah masih di tahap sederhana. Kursus bagi guru-guru bukan opsyen adalah sewajarnya dipertingkatkan lagi kerana ia sangat penting dalam memastikan kelancaran proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Guru-guru teknik dan vokasional tidak mempunyai sikap penambahbaikkan kepada pengetahuan dan kemahiran mereka seiring dengan perkembangan semasa dalam dunia industri (Dadang Kunia dan Ilhamdaniah, 2013). Hal ini turut membimbangkan kerana, seandainya kursus telah disediakan oleh pihak sekolah, namun guru-guru sendiri yang tidak mempunyai inisiatif untuk menambahbaik ilmu dan kemahiran sedia ada terhadap subjek yang perlu diajar. Dalam menghasilkan anak muda yang berkemahiran tinggi, guru-guru perlu memainkan peranan penting sebagai ikon dan pendidik di sekolah pendidikan vokasional itu sendiri. B. KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Sekolah saya mempunyai kelengkapan yang sesua untuk mengajar subjek PAV

3.93 (Rendah) 3.87

3.59

2. Ruang kerja yang sesuai mengikut jumlah murid

4.07 3.67

3. Meja kerja mencukupi dan berfungsi 4.27 3.73 4. Peralatan mencukupi dan berfungsi 4.07 3.80 5. Susun atur alatan tangan bersesuaian 4.27 3.67 6. Susun atur mesin/ perkakasan sesuai 4.20 3.60 7. Pembuangan bahan sisa bersistem 4.40 (Tinggi) 3.80 8. Sumber elektrik mencukupi dan baik 4.00 3.93 (Tinggi) 9. Sumber air mencukupi dan baik 4.07 3.53 (Rendah) 10. Nisbah guru dengan murid sesuai 4.20 3.87 11. Nisbah murid dengan kemudahan/ peralatan sesuai

4.27 3.73

Dapatan menunjukkan kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak sekolah adalah di skala yang baik dan boleh dibanggakan dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 3.59. Dapatan juga menunjukkan guru-guru lelaki amat menyetujui item-item dalam bahagian ini kerana setiap item dalam bahagian ini menunjukkan min yang tinggi, iaitu lebih dari 4 dan keatas berbanding guru perempuan. Guru-guru lelaki merasa item 7 (Pembuangan bahan sisa bersistem) dengan menunjukkan nilai min yang tinggi, iaitu 4.40 berbanding guru-guru perempuan merasa item 8 ( Sumber elektrik mencukupi dan baik) dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 3.93. Manakala, guru-guru beranggapan item 1(Sekolah saya mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk mengjar subjek PAV) memerlukan penambaikan dengan menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.93. Malah, perspektif guru-guru perempuan pula beranggapan item 9 (Sumber air mencukupi dan baik) memerlukan penambahbaikan dengan menunjukkan min yang rendah 3.53.

Page 13: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

461

C. KURIKULUM

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Mengubahsuai bahan yang dibekalkan oleh pihak KPM mengikut kesesuaian 3.93 3.60

3.51

2. Kurikulum bersesuaian dengan kebolehan dan tahap pelajar 3.80 (Rendah) 3.73

3. Bahan rujukan mudah diperolehi 3.93 3.40 (Rendah)

4. Matlamat kurikulum jelas 4.07 3.73

5. Bahan kurikulum dibekalkan 3.93 3.67

6. Kurikulum relevan dengan pasaran kerja 4.07 3.93 7. Pilihan subjek yang ditawarkan di sekolah bersesuaian dengan komuniti 4.33 (Tinggi) 3.93 (Tinggi)

Guru-guru lelaki dan perempuan merasa item 7 ( Pilihan subjek yang ditawarkan di sekolah bersesuaian dengan komuniti) dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.33 dan 3.93. Berikutan dengan hasil dapatan kurikulum ini, boleh diklasifikasikan bahawa subjek-subjek yang ditawarkan oleh pihak sekolah adalah bersesuaian dengan komuniti setempat.. Hal ini menunjukkan cabaran dan permasalahan kurikulum dalam pelaksanaan PAV adalah dapat diatasi dengan baik oleh Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, guru-guru lelaki merasa item 2 (Kurikulum bersesuaian dengan kebolehan dan tahap pelajar) dengan menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.80. Oleh itu, pihak KPM perlu membuat penyemakan kembali pada kurikulum PAV di kolej-kolej vokasional supaya ia bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan pelajar. Malah, guru-guru perempuan beranggapan item 3 (Bahan rujukan mudah diperolehi) dengan menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.40. Oleh itu, pihak yang terlibat perlu mengambil berat kepada masalah bahan rujukan ini dan menyelesaikannya dengan cepat supaya keberkesanan PdPc guru dapat ditingkatkan dengan aras globalisasi. D. KEWANGAN

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Peruntukan untuk pembelian mesin / kemudahan mencukupi 3.67 (Rendah) 3.73 (Tinggi)

3.78 2. Peruntukan untuk menyelenggara mesin mencukupi 4.07 3.73 (Tinggi)

3. Peruntukan diterima tepat pada masa 3.93 3.33 (Rendah)

4. Urusan pembelian peralatan mudah 4.20 (Tinggi) 3.53 Diteruskan dengan cabaran atau permasalahan kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan PAV. Keseluruhan min bagi masalah kewangan yang diamali di Kolej Vokasional Setapak, KL menunjukkan min yang tinggi, iaitu 3.78. Guru-guru perempuan berpendapat item 1 (Peruntukkan untuk pembelian mesin / kemudahan mencukupi) dan item 2 (Peruntukkan untuk menyelenggara mesin mencukupi) menunjukkan min yang sama dan tinggi, iaitu 3.73 manakala item 3 (Peruntukkan diterima tepat pada masa) menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.33. Kedua-dua item menunjukkan min yang tinggi dimana ia menunjukkan peruntukan yang kerajaan diberikan kepada Kolej Vokasional Setapak telah digunakan dengan baik untuk menyelenggara mesin yang rosak dan membeli mesin yang diperlukan untuk proses PdPc. Perspektif guru-guru lelaki mendapati bahawa item 4 ( Urusan pembelian peralatan mudah) menunjukkan min yang tinngi, iaitu 4.20 manakala item 1 (Peruntukkan untuk pembelian mesin / kemudahan mencukupi) menunjukkan min yang rendah.

Page 14: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

462

E. MURID

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Murid saya bersedia mengikuti pembelajaran PAV 4.20 3.80

3.95

2. Murid saya hadir setiap hari 4.07 3.67 (Rendah) 3. Murid saya memenuhi keperluan industri 4.07 3.93 4. Murid saya mempunyai nilai- nilai kemahiran dalam pelbagai aspek

3.73 (Rendah) 3.80

5. Murid saya menunjukkan minat dengan apa yang dipelajari

4.00 4.00 (Tinggi)

6. Ibu bapa murid saya memberi sokongan 4.33 (Tinggi) 3.80

Guru-guru lelaki merasa item 6 (Ibu bapa murid saya memberi sokongan) kurang menghadapi cabaran dalam mengendalikan murid semasa pelaksanaan program PAV dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.33 berbanding guru-guru perempuan merasa item 5 (Murid saya menunjukkan minat dengan apa yang dipelajari) dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.00. Manakala, guru-guru lelaki merasa item 4 (Murid saya mempunyai nilai-nilai kemahiran dalam pelbagai aspek) lebih tinggi dalam menghadapi cabaran semasa mengendalikan murid semasa pelaksanaan program PAV berbanding guru-guru perempuan merasa item 2 (Murid saya hadir setiap hari) lebih tinggi dalam menghadapi cabaran semasa mengendalikan murid semasa pelaksanaan program PAV menunjukkan min yang rendah, iaitu 3.67. Ibu bapa kini lebih terbuka dan lebih faham akan kepentingan pendidikan teknik dan kemahiran yang wajar diberikan kepada anak-anak muda. Kemahiran-kemahiran ini bukan hanya berasaskan mesin sahaja, malah murid-murid diberi ilmu dalam pelbagai aspek. Di samping usaha pihak sekolah, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan keyakinan kepada murid-murid pendidikan vokasional bahawa kemahiran yang dipelajari sekarang akan membawa kepada perubahan industri negara suatu masa nanti. F. PENTAKSIRAN

NO ITEM SOALAN MIN ITEM SOALAN (LELAKI)

MIN ITEM SOALAN

(PEREMPUAN)

MIN KESELURUHAN

1. Murid saya berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari

4.20 (Tinggi) 3.87(Rendah)

3.95 2. Pentaksiran dijalankan secara berkala 3.80 (Rendah) 4.00 3. Pentaksiran bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajari

4.00 4.87 (Tinggi)

Bahagian terakhir dalam cabaran dan permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan PAV ialah pentaksiran. Guru-guru lelaki menyetujui item 1(Murid saya berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari) dalam menghadapi cabaran dalam pentaksiran murid dengan menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.20 berbanding dengan guru-guru perempuan berpendapat bahawa item 3 ( Pentaksiran bersesuaian dengan kemahiran yang dipelajari) menunjukkan min yang tinggi, iaitu 4.87. Walaubagaimanapun, guru-guru lelaki beranggapan bahawa item 2 (Pentaksiran dijalankan secara berkala) tidak membantu dalam membuat pentaksiran murid semasa pelaksaaan program PAV berbanding dengan guru-guru perempuan beranggapan item 1(Murid saya berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajai) menunjukkan min yang rendah,iaitu 3.87. Secara keseluruhan, min keseluruhan bagi masalah pentaksiran berada pada tahap yang tinggi dengan menunjukkan min 3.95. Secara keseluruhannya, ujian t tidak bersandar menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua jantina terhadap keberkesanan pelaksanaan program PAV dengan menunjukkan skor min 0.017,

Page 15: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

463

dimana Ho ditolak. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kesedian komuniti Kolej Vokasional Setapak, KL terhadap pelaksanaan program PAV berada pada tahap yang tinggi. IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian melalui analisis secara deskriptif dan inferensi dalam kalangan 30 orang guru Kolej Vokasioal Setapak, KL telah menonjolkan beberapa implikasi:

i. Hasil kajian membuktikan bahawa murid-murid aliran PAV tidak mempunyai masalah yang besar dalam melibatkan diri mereka dengan pihak industri dan ini menunjukkan bahawa murid-murid ini sentiasa bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Kolej Vokasional selepas tamat PAV.

ii. Persepsi guru tentang hala tuju program PAV ialah guru-guru PAV yakin bahawa program PAV dapat

membantu murid mengenalpasti minat yang diceburi seterusnya membuka peluang pekerjaan yang luas buat murid-muridnya.

iii. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesediaan guru dalam pengajaran subjek PAV. Guru-guru

PAV didapati memahami setiap sukatan pelajaran yang perlu diajar kepada murid-murid PAV. Guru-guru yang mengajar PAV juga majoriti mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dan berjaya mengajar mengikut opsyen masing-masing.

iv. Persepsi pihak pentadbir juga menunjukkan kesediaan dalam pelaksanaan PAV yang tinggi. Kolej

Vokasional telah disediakan dengan prasarana yang lengkap dan diberi sokongan sepenuhnya oleh pihak pentadbir.

Hasil dapatan kajian di Kolej Vokasional Setapak, KL, guru-guru PAV berpersepsi bahawa Kolej Vokasional Setapak, KL tidak menghadapi cabaran besar dalam pelaksanaan PAV di peringkat menengah atas, baik dari aspek guru, kemudahan infrastruktur, kurikulum, kewangan, murid dan pentaksiran. KESIMPULAN KAJIAN Melalui kajian yang telah dilakukan, hasil yang boleh disimpulkan ialah tahap kesediaan komuniti di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur terhadap keberkesanan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) pada keseluruhannya adalah di tahap yang boleh dibanggakan kerana pihak kolej vokasional telah berjaya memainkan peranan sebagai sekolah berteraskan pendidikan vokasional. Pendidikan vokasional menerusi program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) memberi peluang kepada pelajar yang cenderung, berbakat dan berminat seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja muda berkemahiran tinggi (Ahmad Tajuddin, 2012). Kelengkapan prasarana dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di Kolej Vokasional Setapak, memudahkan guru-guru serta murid-murid mencapai objektif kementerian dengan lebih baik. Dengan kehadiran kolej vokasional yang serba lengkap seperti Kolej Vokasional Setapak di Kuala Lumpur, pastinya hasrat kerajaan dapat dicapai kerana kolej vokasional adalah ruang alternatif terbaik untuk murid mencungkil dan mengasah bakat mereka. Hal ini dapat dilihat dengan kelengkapkan prasarana sekolah yang dapat memenuhi kehendak subjek-subjek vokasional seperti dunia visual dan musik, osiloskop dan sistem hidraulik dengan baik. Kolej Vokasional Setapak berjaya membawa sekolah sebagai sebuah institusi yang benar-benar berasaskan pendidikan vokasional. Walaubagaimanapun, guru-guru yang mengajar subjek kemahiran dan mengendalikan mesin perlulah diberi perhatian lebih seperti kursus pengendalian mesin dan sebagainya. Hal ini kerana, guru-guru yang tidak mengikut opsyen dan tidak berkemahiran dalam pengendalian mesin turut mengajar subjek-subjek berkaitan kemahiran dan ini agak menyukarkan proses pembelajaran sebenarnya, Seandainya guru-guru bukan opsyen diberi kursus sewajarnya dan kaedah-kaedah mudah untuk mengajar dan mengendalikan mesin, pastinya kolej vokasional ini dapat melahirkan lebih ramai murid yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas berkenaan dengan opsyen yang diambil. Bukan itu sahaja, jika banyak kursus yang diadakan pasti hal ini dapat memudahkan tenaga pengajar atau guru menjalankan tugas dengan lebih baik. Akhir sekali, apa yang jelas dari hasil dapatan penyelidikan ini ialah Kolej Vokasional harus diteruskan dan perlu sedikit penambahbaikkan iaitu menyediakan kursus-kursus tambahan untuk guru. Hal ini pastinya dapat meningkatkan lagi prestasi institusi kolej vokasional itu sendiri dan dapat menghasilkan lebih ramai anak muda yang berkemahiran dan seterusnya menjadi tenaga pengajar yang berkemahiran di kolej-kolej vokasional yang lain pada masa akan datang.

Page 16: TAHAP KESEDIAAN KOMUNITI KOLEJ VOKASIONAL · PDF fileIs the main choice for UPSR students. ... Antaranya ialah hala tuju program ... tinggi kerana mereka beranggapan bahawa peluang

464

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Cadangan –cadangan yang dinyatakan oleh penyelidik dapat membantu pengkaji-pengkaji lain untuk menjalankan kajian mereka supayaia dapat memantapkan lagi pelaksanaan progam PAV dan KV di sekolah mahupen in kolej vokasional. Cadangan- cadangan kajian lanjutan adalah seperti berikut :

i. Tahap kesediaan komuniti Kolej Vokasional terhadap keberkesanaan pelaksanaan program PAV di daerah atau negeri berlainan.

ii. Tahap kesediaan Warga Sekolah Vokasional terhadap keberkesanaan pelaksanaan program PAV. iii. Tahap kesediaan murid dalam menjayakan pelaksanaan program PAV. iv. Tahap kesediaan ibu bapa dan komuniti setempat dalam menjayakan pelaksanaan program PAV.

RUJUKAN

Abdul Wahid.N.H. (2011). Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional Malaysia: Cabaran dalam Memperkasa PLTV Dari http://www.scribd.com/doc/40205360/Memperkasa-Pendidikan-Teknik-Dan-Vokasional-Malaysia Dalam-Era-Globalisasi

Aminah, A. (2007). Pencapaian Pelajar Bumiputera Pulau Pinang. Konvensyen Pendidikan Umno Pulau Pinang, di Dewan Milenium, Butterworth pada 6 Januari 2007. Kajian Ilmiah tidak diterbitkan.

Anuar.N. (2011). Pelan Peningkatan Profesionalisme Guru Vokasional Dan Kemahiran Dicapai pada april 29, 2017 dari http://www.slideshare.net/nans5074/pelan-peningkatan-profesionalisme-guru-vokasional-dan-kemahiran

Arum, R.& Shavit, Y. (1995). Secondary Vocational Education and the Transition from School to Work. Sociology of Education, Vol. 68 (July): 187-204.

Bowers. H (2006). Curriculum design in vocational education. Australian Association for Research in Education 2006 Conference. 26 to 30 November 2006, Adelaide.

Catherine, B.&Raj, S.(2009). A Qualitative Study of TAFE Students Exiting from TAFE Programs. AAIR Journal Volume 14(2).

Esa, A., Razzaq.A.R.A, Masek, A & A, Selamat, A. (2009). The Perception of Students towards the Community Colleges‘ Courses That Offered in Malaysia. Asian Social Science Journal,

5(7), 98 107. Hossler, D. & Gallagher, K. (1987). Studying student college choice: A three-phase model and the implications

for policy makers. College and University Journal. 62(3), 207-221.

Ismail. S. (2011). Program Transformasi Pendidikan Vokasional Bermula Pada 2013,Muhyiddin. Dicapai pada march 4,2017 dari http://web8.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=612538

Krejcie, R. V. & Morgan, D.W.(1970) ―Determining Sample Size for Research Activitiesǁ, Educational and Psychological Measurement,, 30, 607-610.

Kasa.Z & Bakar, A.R (2004). Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik. Pertanika Social Science & Humanity Journal. 12(1), 53-59. Krejcie, R. V. & Morgan, D.W.(1970) “Determining Sample Size for Research Activities”, Educational and

Psychological Measurement,, 30, 607-610. Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ubah Persepsi Terhadap Pelajar Vokasional, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Sinar Harian (27

April 2017). Diperolehi daripada http://www.sinarharian.com.my/nasional/ubah-persepsi terhadap-pelajar-vokasional 1.666466

Program Bicara Komuniti Transformasi Nasional 2050 (TN50) Zon Timur, Golongan Muda Mahu Perkasa Ekonomi Luar Bandar. Diperolehi daripada laman web http://afterschool.my/bm/berita/pelajar-kolej-vokasional-layak menyambung-pengajian-ke-peringkat ijazah-sarjana-muda-di-universiti-awam/

Siti Syahirah, (2011). Transformasi PTV: Kesediaan Guru-guru Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional KPM Dari Aspek Tahap Kemahiran. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional.