kerjasama serantau - segitiga pertumbuhan

39
TUTORIAL 13 KERJASAMA SERANTAU: SEGITIGA PERTUMBUHAN

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

421 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

TUTORIAL 13KERJASAMA

SERANTAU: SEGITIGA PERTUMBUHAN

Page 2: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (a) Takrifkan maksud segi tiga pertumbuhan ASEAN.

[3]Segi tiga pertumbuhan ASEAN merujuk kepada kerjasama ekonomi pada kawasan yang lebih kedl di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan tiga atau empat buah negara berjiran. Teras kerjasama ini ialah saling memperoleh keuntungan apabila negara-regara yang berjiran saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain untuk memajukan kawasan yang telah dipilih. Terdapat tiga kawasan segitiga pertumbuhan ASEAN yang telah dibentuk iaitu; Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT— GT), Indonesia, Malaysia, Singapura (IMS — GT) dan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (EAGA — BIMP)

Page 3: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (b) Bezakan kawasan yang diliputi oleh IMT-GT dengan IMS-GT. [4]

i. IMS-GT dikenali juga sebagai SIJORI iaitu gabungan antara Singapura, Johor, dan Riau. Kini kawasan segi tiga ini dipeduaskan meliputi kawasan seperti Bangkahulu, Jambi, dan Surnatera Barat di Indonesia. Manakala Malaysia pula meliputi Batu Pahat, Muar, Mersing, Gelang Patah, dan Melaka

ii. Manakala IMT-GT meliputi kawasan seluas harnpir 200 000 kilometer persegi. Bagi negara Malaysia kawasannya ialah Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak utara serta yang terkini negeri Kelantan. Bagi negara Thailand pula, IMT-GT meliputi lima wilayah asal di Selatan Thailand dan tiga kawasan baru iaitu Trang, Pattalung, dan Nakhon Sithammarat. Manakala Indonesia pula meliputi dua wilayah di Surnatera Utara.

Page 4: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (c) Bagaimanakah IMT-GT memberi faedah kepada pembangunan ekonomi setempat? [4]

i. Projek usahasama antara syarikat swasta yang berupaya memajukan sumber setempat seperti sumber pelancongan, sumber petroleum dan gas asli, sumber tanah d1l. Kesannya peluang pekerjaan banyak tercipta untuk penduduk tempatan yang akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

ii. Kewujudan kawasan pasaran bebas seperti Langkawi, Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Kubor di Kelantan. Kwujudan zon pasaran bebas ini akan menguntungkan peniaga setempat dan pengguna. Ini kerana ia dapat dinikmati dengagan harga yang lebih murah.

Page 5: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (d) Mengapakah segi tiga pertumbuhan IMS-GT perlu dimajukan? [4]

i. Sebagai pemangkin ekonomi setempat. Potensi ekonomi di kawasan berjiran boleh dimajukan secara bersama yang akan menguntungkan sernua pihak. Penduduk setempat di kawasan wilayah berjiran dapat menikmati peluang ekonomi yang lebih besar seperti peluang pekerjaan dan perniagaan.

ii. Menjana pelaburan swasta. Di kawasan segitiga pertumbuhan kerajaan hanya berfungsi sebagai pemudaheara. Dana pelaburan datangnya dari syarikat swasta antara negara yang menjalankan projek secara usahasama. Justeru itu modal tempatan dapat ditingkatkan.

Page 6: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (e) Mengapakah segi tiga pertumbuhan IMS-GT lebih berjaya berbanding dengan segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain. [4]

i. Lokasi atau kedudukannya yang hampir dengan negeri maju (Singapura) menyebabkan limpahan pernbangunan ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan pulau Batam berlaku dengan lebih cepat.

ii. Jaminan keselamatan tinggi. Kawasan IMS-GT lebih stabil daripada segi politilk, aman dan tidak berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMT-GT (Selatan Thailand) dan EAGA-BIMP (Selatan Filipina). Keadaan ini mewujudkan iklim pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para pelabur menanam modal tanpa resiko keselamatan.

Page 7: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (e) Mengapakah segi tiga pertumbuhan IMS-GT lebih berjaya berbanding dengan segi tiga pertumbuhan ASEAN yang lain. [4]

iii. Menjadi tumpuan kerajaan. IMS-GT menjadi fokus ke tiga-tiga kerajaan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan ekonomi serantau yang baru berasaskan sektor tertier/ kutub pertumbuhan selatan. Galakan dan insentif diberi kepada pelabur dalam dan luar negara IMS-GT untuk menanam modal seperti insentif percukaian, ekuiti yang lebih besar, bebas cukai dsb

iv. Kawasan sedia maju dengan ekonomi moden. Sektor ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh di kawasan IMS-GT khususnya di Singapura dan Johor Baharu. IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah yang lengkap/ ketersampaian tinggi seperti jaringan jalanraya/ lebuhraya, pelabuhan antarabangsa, sistem dan jaringan telekomunikasi, institusi sokongan seperti bank, pasaraya maju, kemudahan bandar d1l

Page 8: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (f) Jelaskan potensi sumber alam yang dimiliki oleh segi tiga pertumbuhan EAGA-BIMP. [4]

i. Potensi sumber hutan/ pembalakan yang amat luas dan juga sumber pertanian/ tanah. Kedua-dua sumber alam ini paling diutamakan di bawah EAGA khususnya di Kalimantan.

ii. Potensi sumber pelancongan ekologi. Ini kerana kawasan ini menawarkan sumber pelancongan semula jadi yang menarik sama ada pulau, pantai, hutan, dan lain-lain yang jelas belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Page 9: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

1 (g) Bagaimanakah masalah keselamatan menghalang usaha pembangunan sosioekonomi di bawah projek EAGA-BIMP? [4]

Masalah ancaman pengganas/ tuntutan pernisah di selatan Filipina dan di Sabah telah mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat. Para pelabur takut atau ragu ragu untuk menanam modal di kawasan ini kerana bimbangkan ancaman keselarnatan mereka. Justeru itu kawasan EAGA-BIMP sukar untuk dimajukan.

Page 10: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Lokasinya yang harnpir dengan Negara Maju [Singapura].• Kedudukannya yang hampir dengan negara maju (Singapura)

menyebabkan limpahan pernbangunan ke kawasan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar dan pulau Batam berlaku dengan lebih cepat.

• Contohnya fungsi pelabuhan entreport dari Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Pelabur dari Singapura menanam modal dalam sektor hartanah, pelancongan,perkhidmatan dsb.

Page 11: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Faktor keselamatan yang lebih tinggi.• Kawasan IMS-GT lebih stabil daripada segi politik,

aman dan tidak berlaku tuntutan autonomi wilayah seperti mana di IMT-GT (Selatan Thailand) dan EAGA-BIMP (Selatan Filipina).

• Keadaan ini mewujudkan iklim pelaburan yang sihat untuk meyakinkan para pelabur menanam modal tanpa resiko keselamatan.

Page 12: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Kawasan sedia maju dengan ekonorni moden• Sektor ekonomi moden khususnya

perindustrian dan perkhidmatan sudah bertapak kukuh dikawasan IMS‑GT khususnya di Singapura dan Johor Baharu.

• IMS-GT juga memiliki kemudahan asas yang sudah yang lengkap/ ketersampaian tinggi seperti jaringan jalanraya/lebuhraya, pelabuhan antarabangsa, sistern dan jaringan telekomunikasi, institusi sokongan seperti bank, pasaraya maju, kemudahan bandar d1l.

Page 13: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Kuasa beli penduduk lebih tinggi.

• Penduduk di kawasan IMS-GT berpendapatan sederhana/ tinggi yang terdiri dari golongan menengahbkhususnya dari Singapura dan Johor Baharu. Kuasa beli mereka adalah tinggi.

• Nilai matawang (Dollar Singapura)juga adalah tinggi. Kuasa beli tinggi membolehkan mereka berbelanja di kawasan IMS-GT. Contoh penduduk Singapura berbelanja di Johor Baharu dan Batam, Indonesia

Page 14: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Keupayaan modal yang banyak.• Modal yang banyalk dilabur oleh pelabur

swasta dari Singapura, China, Kuwait, Berunai d1l negara kaya kerana potensi keuntungan yang tinggi di IMS-GT terutama sekali di Wilayah Pembangunan Iskandar.

• Modal yang banyak menjamin kepesatan pernbangunan sektor perindustrian den perkhidmatan pelancongan, pendidikan, kesihatan dsb

Page 15: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (a) Bincangkan kelebihan segi tiga pertumbuhan IMS-GT berbanding dengan segi tiga pertumbuhan yang lain dalam ASEAN. [15]

Keupayaan teknologi yang lebih tinggi.• Kemajuan teknologi dan R&D yang lebih tinggi dan

pesat berbanding dengan kawasan segitiga yang lain yang diterajui oleh Singapura dan Johor. Industri berteknologi tinggi (Hi-TECH) juga berpengkalan di Singapura, teknologi pelabuhan dan perkapalan dsb.

• Teknologi komunikasi, teknologi perubatan, teknologi pendidikan juga pesat berkembalig di IMS-GT yang menyebabkan penyebaran maklumat dan inovasi baru menjadi lebih mudah/ cepat.

Page 16: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (b) Jelaskan masalah yang boleh menghalang usaha memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [10]

Masalah/ halangan fizikal• Halangan fizikal seperti bentuk muka bumi yang

tedalu bergunung ganang dan berpulau menjadikan kawasan ini sukar untuk dimajukan. Keadaan fizikal menimbulkan kesukaran dalarn melakukan perhubungan antara kawasan.

• Darjah ketersampaian antara tempat menjadi rendah. Misalnya bentuk muka bumi yang terlalu bergunung‑ganang menghalang pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo dalarn kawasan EAGA-BIMP.

Page 17: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (b) Jelaskan masalah yang boleh menghalang usaha memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [10]

Masalah Modal• Kekurangan modal yang telah menjejaskan banyak

perlaksanaan projek pernbangunan di bawah segi tiga pertumbuhan ASEAN yang telah dipersetujui sebelumnya. Ketidaktentuan ekonomi global dan eropah telahm enyebabkan penurunan nilai mata wang negara-negara ASEAN.

• Hal ini akan menaikkan kos bahan mentah projek yang terpaksa diimport. Kesannya para pelabur tempatan yang tidak mempunyai modal yang cukup terpaksa menghentikan projek yang telah dijalankan

Page 18: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (b) Jelaskan masalah yang boleh menghalang usaha memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [10]

Masalah teknologi.• Kebanyakart negate anggota mempunyai keupayaan

teknologi dan kepakaran yang rendah. Keadaan ini menimbulkan kesukaran untuk melaksanakan projek secara besar-besaran dan terpaksa mengimport teknologi dari luar untuk mengatasi masalah tersebut.

• Kos mengimport teknologi den luar amat tinggi den sebahagian besar pelabur tempatan tidak mampu melakukanya. Selain itu, kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi juga turut menyukarkan proses pemindahan teknologi moden khususnya teknologi maklumat (IT) ke dalam kawasan segi tiga pertumbuhan.

Page 19: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (b) Jelaskan masalah yang boleh menghalang usaha memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [10]

Masalah politik dalaman.• Negara-negara anggota ASEAN turut mengalami

masalah politik khususnya berkait dengan tuntutan bertindih antara Negara. Sesetengah kawasan yang dituntut adalah terletak di dalam kawasan segitiga pertumbuhan.

• Selain itu masalah keselamatan seperti ancaman lanun di kawasan sempadan turut menghalang usaha memajukan kawasan segitiga pertumbuhan seperti yang dialami di kawasan Lahad Datu Sabah pada Januari 2013.

• Ancaman keselamatan ini menyebabkan para pelabur takut untuk menanam modal di kawasan berkenaan yang terletak dalam kawasan segitiga pertumbuhan EAGA-BIMP.

Page 20: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

2 (b) Jelaskan masalah yang boleh menghalang usaha memajukan segi tiga pertumbuhan ASEAN. [10]

Masalah pasaran.• Pembangunan ekonomi di kawasan segitiga sukar

dimajukan disebabkan oleh masalah pasaran yang terhad. Saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli penduduk menjadi rendah.

• Kebanyakan kawasan segi tiga pertumbuhan mempunyai penduduk yang jarang dan berada dalam keadaannkemiskinan. Contohnya penduduk di kepulauan Borneo. Justeru itu, perluasan pasaran, kuasa beli, dan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan menjadi terhad.

Page 21: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Meningkatkan aliran perdagangan• Aliran perdagangan antara sub wilayah meningkat.• Faedah bersama daripada segi penghapusan

sekatan perdagangan, dasar perlindungan den cukai/ tarif yang lebih rendah.

• Meningkatkan kerjasama perdagangan antara wilayah. -Karenah birokrasi/peraturan rigid dalarn perdagangan boleh diminimakan

Page 22: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Saling keuntungan daripada segi perluasan saiz pasaran• Saiz pasaran semakin luas/ jumlah penduduk

bertambah.• Kesan positif perluasan pasaran termasuklah

hubungan antara rangkaian pernasaran, pengilang atau pengeluar menjadi lebih kukuh.

• Kewujudan kawasan pasaran bebas antara wilayah berjiran seperti Bukit Kayu Hitam, Pengkalan Kubor, Langkawi d1l - Kuasa beli pengguna meningkat –harga produk menjadi lebih murah.

Page 23: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Menggalakkan pelaburan

• Meningkatkan keupayaan modal/ dana untulk memajukan pernbangunan antara wilayah berjiran.

• Peningkatan modal menerusi konsep pelaburan silang dan pelaburan bersama syarikat swasta.

Page 24: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Memudahkan aliran buruh dan kepakaran

• Pergerakan buruh lintas sempadan menjadi lebih mudah.

• Keperluan buruh dalarn negara boleh dipenuhi melalui kemasukan buruh import.

• Perkongsian tenaga pakar antara wilayah – misaInya kerjasama antara universiti.

Page 25: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Mempercepatkan pernbangunan infrastruktur

• Jaringan pengangkutan – lebuhraya/ jalan raya, jalan keretapi, feri dll

• Darjah ketersampaian antara wilayah meningkat• Contoh keretapi laju Trans Borneo, feri Port Dickson

ke Dumai, Tanjung Pinang ke Batam dll

Page 26: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Mempercepatkan pembangunan sumber alam

• Sumber hutan di EAGA• Sumber pelancongan di IMT – GT clan IMS – GT• Sumber petroleum dan gas asli di EAGA dan IMT- GT

Page 27: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Meningkatkan kemajuan teknologi

• Teknologi dari negeri yang lebih maju seperti Singapura - menjana pembangunan sumber alam antara wilayah.

• Teknologi ICT dari Thailand – mempercepatkan pengaliran data, maklumat, kewangan, pelaburan dIl

• Perkongsian inovasi melalui R&D

Page 28: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Memperolehi faedah daripada pengkhususan dan saling melengkapi.• Faedah berbanding daripada segi pengkhususan

pengeluaran clan keadaan saling melengkapi (complementary) cliperolehi oleh swasta yang melabur dalam wilayah segi tiga.

• Contoh penjimaten kos buruh, kos bahan mentah, kos pengangkutan, promosi pasaran dsb.

• Mengelakkan persaingan barangan sejenis

Page 29: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Menjana peluang pekerjaan kepada penduduk wilayah• Menjana peluang pekerjaan yang banyak

kepada penducluk tempatar dalarn bidang pertanian, perindustrian, pelancongan, perlombongan, perkhidmatan dil

• Mengurangkan kadar pengangguran – meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pencluduk setempat.2

Page 30: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (a) Mengapakah segi tiga pertumbuhan ASEAN dibentuk? [12]

Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi – Pasaran bebas belbas ASEAN• Konsep pasaran bebas ASEAN dalam kawasan segitiga mengurangkan

monopoli Pasaran clan negara-negara maju. Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan.

• Produk ASEAN sendiri boleh dijual dengan lebih bebas• Ancaman lambakan produk dari negara china yang tidak berkualiti

boleh• Dikurangkan.• Menjana peluang pekerjaan yang banyak kepada penducluk tempatar

dalarn bidang pertanian, perindustrian, pelancongan, perlombongan, perkhidmatan dil

• Mengurangkan kadar pengangguran – meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pencluduk setempat.

Page 31: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Kestabilan politik serantau• Keselamatan dalam dan antara wilayah

seperti perdamaian di wilayah Mindanao – Bangsa moro masa kini

• Mewujudkan iklim pelaburan yang sihat• Hubungan harmoni antara negara jiran

Page 32: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Lokasi – berhampiran dengan negeri/ wilayah maju.• Limpahan kemajuan dari Singapura• Pelaburan clan kemasukan teknologi dari

Singapura – contohnya di Wilayah• Pembangunan Iskandar (WPI)

Page 33: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Kesediaan belkerjasama dan faktor modal• Kerjasama antara kerajaan – memudahkan

urusan pelaburan, pengaliran buruh dII• Kerjasama antara swasta – menyediakan

dana/ modal yang banyak untuk dilabur

Page 34: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Potensi sumber alam yang banyak.• Sumber tanah dan hutan yang luas• Sumber pelancongan yang menarik• Sumber mineral/ petroleum dan gas asli yang

banyak

Page 35: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Bekalan tenaga buruh yang ramai• Bekalan tenaga buruh yang ramai dan murah

dari Indonesia dan Thailand• Bekalan tenaga pakar dari Malaysia dan

Singapura

Page 36: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Saiz pasaran yang luas• Jumlah penduduk yang ramai membentuk

saiz pasaran yang luas kira-kira 540 juta orang.

• Kuasa bell pasaran yang tinggi clan negara Singapura dan Berunai.

Page 37: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Infrastruktur yang maju• Rangkaian pengangkutan yang mudah –

lebuhraya ke Singapura, keretapi ke Thailand dan feri ke Indonesia.

• Meningkatkan ketersampaian – cepat sampai dan mudah sampai misalnya perkhidmatan Air Asia.

• Kemudahan logistilk – pelabuhan dan lapangan terbang sedia ada yang bertaraf antarabangsa.

Page 38: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Kemajuan teknologi• Teknologi ICT memudahkan urusan kerjasama

daripada segi bekalan maklumat kewangan, data pelaburan, keupayaan pasaran, kuasa beli dil

• Liputan telekomunikasi yang luas terutamanya di IMS-GT dan IMT-GT memudahkan perniagaan.

Page 39: KERJASAMA SERANTAU - SEGITIGA PERTUMBUHAN

3 (b) Kenal pasti sebuah segi tiga pertumbuhan yang paling maju di rantau ASEAN dan analisakan faktor yang menyebabkan segi tiga pertumbuhan tersebut muncul sebagai segi tiga pertumbuhan yang paling maju. [12]

Faktor geobudaya• Agama, adat dan kebudayaan yang hampir

sama• lkatan persaudaraan• Bahasa serumpun