bab 7- hubungan serantau & antarabangsa

21
HUBUNGAN SERANTAU DAN ANTARABANGSA

Upload: iris-chin

Post on 12-Aug-2015

255 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendidikan negara kebangsaan malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

HUBUNGAN SERANTAU DAN ANTARABANGSA

Page 2: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

HURAIAN TOPIK

Huraian Topik

Pengenalan

Konsep Dasar Luar

Sumber-sumber Dasar Luar

Latar Belakang Hubungan Luar Malaysia

Perkembangan Dasar Luar Malaysia

Usaha Mewujudkan Kerjasama Serantau

Penglibatan dalamPertubuhan Antarabangsa

Page 3: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

Setiap negara perlu mengadakan hubungan dengan negara lain, sama ada dalam bentuk hubungan politik, ekonomi dan sosial.

Hubungan diplomatik, perdagangan antarabangsa, gerakan agama antarabangsa, gerakan politik antarabangsa, mengadakan sesuatu pakatan tertentu atau menggubal sesuatu matlamat yang ingin dicapai bersama oleh beberapa buah negara.

Syarat tunggal – orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan di sesebuah negara dengan orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan di sebuah negara yang lain, ataupun sesebuah negara dengan negara yang lain.

KONSEP DASAR LUAR

Page 4: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

KONSEP DASAR LUAR (smb..)

Dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain, iaitu merujuk kepada tindakan atau idea yang dibentuk oleh pembuat-pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menganjurkan sesuatu perubahan dalam sistem politik antarabangsa atau dalam mengadakan hubungan dengan negara lain.(Holsti, 1992:111)

Garis panduan bagi segala tindakan yang diambil oleh sesebuah negara dalam menjalinkan hubunganya dengan negara lain.

Page 5: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

KONSEP DASAR LUAR (smb..)

Dasar luar merupakan kegiatan yang sering diubah suai atau diperbaiki mengikut perubahan persekitaran dunia, kepentingan dan keperluan dalaman sesebuah negara.

Page 6: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

SUMBER-SUMBER DASAR LUAR

Sumber-sumber Dasar Luar

Ekonomi

PengaruhPemimpin

SaizNegara

Keluasan Kawasan

Sejarah danPenduduk

FahamanPolitik

Page 7: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

SAIZ NEGARA

Saiz negara yang kecil memerlukan negara bersahabat baik dengan negara luar bagi memudahkannya berhubung dengan negara-negara lain, sama ada melalui jalan darat, udara atau laut.

Oleh itu, negara perlu menyesuaikan dasar luarnya dengan dasar-dasar asas negara lain.

Page 8: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

KELUASAN KAWASAN

Merupakan perkara yang penting dalam mempengaruhi penggubalan dasar sesebuah negara.

Dengan faktor tersebut, sesebuah negara itu dapat menghindarikan dirinya dari ditakluki oleh kuasa-kuasa lain.

Page 9: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

FAKTOR SEJARAH DAN PENDUDUK

Cth:

Negara Malaysia menjalinkan hubungan yang rapat dengan negara-negara islam yang lain sejak sekian lama.Ini kerana ia dipengaruhi oleh latar belakang sejarah dan penduduk negara ini yang sebahagian besarnya beragama islam.Oleh itu dalam menggubal dasar luar kerajaan perlu memberi perhatian kepada kehendak dan pendirian sebahagian besar penduduk negara tersebut.

Page 10: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

EKONOMI

Walaupun negara menjalinkan hubungan dengan negara lain, kerajaan hendaklah tidak terlalu bergantung kepada satu negara untuk memasarkan bahan mentah negara.Ini kerana:

Jika negara kita berkrisis dengan negara tersebut, ia boleh melumpuhkan ekonomi negara.

Malaysia juga tidak dapat mengambil sikap agak tegas bagi menentang campur tangan kuasa besar dalam pergolakkan politik di Asia Tenggara.

Malaysia juga perlu berhati-hati dalam hubungan luarnya. Malaysia terpaksa mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua buah negara.

Page 11: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

PENGARUH PEMIMPIN

Ada sesetengah keadaan dalam mana pemimpin sesebuah negara itu mempunyai pengaruh peribadi yang kuat sehingga memberi kesan ke atas penggubalan dasar luar, atau memberi gambaran yang kurang memuaskan tentang negara itu.

Page 12: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

FAHAMAN POLITIK

Ia mempengaruhi penggubalan dasar luar sesebuah negara. Ini kerana mereka yang menganut fahaman tersebut bertanggungjawab menyebarkan fahaman itu kepada negara lain.

Cth: Fahaman Komunis

Page 13: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

LATAR BELAKANG HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

Mengamalkan dasar luar yang aktif dan memainkan peranan penting dalam sistem politik antarabangsa.

Mempunyai hubungan rapat dengan dasar-dasar dalam negeri iaitu keamanan, kebebasan dan semangat kerjasama di antara negara dalam sistem perhubungan antarabangsa.

Page 14: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA

1. Persekitaran geostrategik

2. Kepentingan sumber ekonomi

3. Sistem politik negara

4. Struktur demografik

5. Kedudukan strategik, keselamatan dan keadaan politik serantau

6. Institusi antarabangsa

7. Undang-undang antarabangsa

Page 15: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

1. Persekitaran geostrategik

- sebuah negara yang terletak di kawasan yang strategik di dunia.

- Selat Melaka sebagai laluan utama pedagang dari Timur Jauh dan Timur Tengah.

- meletakkan pendirian bebas dan berkecuali sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan terhindar dari sebarang pengaruh luar.

Page 16: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

2. Kepentingan sumber ekonomi- pengeluar bahan-bahan mentah utama, Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di peringkat antarabangsa.- mengharapkan rakan perdagangan seluruh dunia memasarkan barangan negara.- meningkatkan hasil eksport dan menjadi salah sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia.

Page 17: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

3. Sistem politik negara

- mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan dan kemakmuran rakyat.

- menekankan prinsip-prinsip kebebasan manusia dan keamanan serta menentang segala bentuk penjajahan, penindasan ekonomi, sosial, politik di kalangan masyarakat antarabangsa.

Page 18: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

4. Struktur demografik

- mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia dengan prinsip menghormati hak asasi manusia.

- kedudukan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum.

Page 19: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

5. Kedudukan strategi, keselamatan, dan keadaan politik serantau-Fahaman komunis yang mengancam keselamatan negara telah mempengaruhi Malaysia untuk menggubal dasar yang sesuai bagi membendung kemaraan fahaman komunis serta hubungannya dengan negara-negara komunis yang lain. - Pergolakkan politik yang berlaku di rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Kampuchea telah mendorong Malaysia berusaha utk menjadikan rantau ini sebagai sebuah rantau yang aman, bebas dan berkecuali.

Page 20: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

6. Institusi antarabangsa- memberi sokongan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usahanya untuk menegakkan keamanan dan kemakmuran dunia. - terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa lain seperti Persatuan Negara-nagara Asia Tenggara (ASEAN), Pergerakkan Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Negara-negara Komanwel dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Page 21: Bab 7- Hubungan Serantau & Antarabangsa

7. Undang-undang antarabangsa- prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam PBB dan undang-undang serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa.

- Peraturan-peraturan ini berhubung dengan tindak-tanduk semua negara, terutamanya mengenai diplomasi, menghormati keutuhan wilayah negara lain, komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul antara negara.