kerjasama politik dan hubungan etnik

24
ISL 9: KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK PADA TEMPOH 1946-1955,1956- 1963,1964-KINI

Upload: ewet

Post on 03-Jan-2016

162 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISL 9

TRANSCRIPT

Page 1: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

ISL 9: KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK PADA TEMPOH 1946-1955,1956-1963,1964-KINI

Page 2: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Tempoh: 1946-1955• Semasa penjajahan, penglibatan rakyat tempatan

dlm proses politik dan pentadbiran - terhad.

• Di akhir penjajahan, rakyat - dilibatkan dlm proses politik dan pentadbiran di peringkat paling bawah, (pegawai rendah).

• Gerakan lebih besar ialah pada zaman berakhirnya penjajajan Jepun - bermula dgn pelancaran Malayan Union di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan penyerahan Sabah dan Sarawak kepada Inggeris utk ditadbirkan sbg tanah jajahan Inggeris pd petengahan 1946.

Page 3: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Semenanjung Malaysia

• Sekembalinya mereka ke Persekutuan Tanah Melayu, Inggeris merancang dan melancarkan Malayan Union pada 1946. Kesatuan ini terdiri daripada 9 negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

• Beberapa ciri penting Malayan Union adalah seperti berikut:– Pemusatan kuasa di kerajaan pusat.– Raja-raja Melayu hilang kuasa, kecuali ke atas

hal berkaitan Islam dan adat Istiadat Melayu

– Hak kerakyatan yang bebas berdasarkan prinsip jus soli.

Page 4: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Malayan Union disambut dgn tentangan hebat dpd orang Melayu.

• Di bawah pimpinan Onn Jaafar, mereka menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organization [UMNO] ).

• UMNO ditubuhkan hasil dpd gabungan pelbagai persatuan/ pertubuhan Melayu.

• Tentangan Melayu terhadap Malayan Union disalurkan melalui parti ini yang juga mendapat pelbagai sokongan spt dpd bekas pegawai-pegawai Inggeris.

Page 5: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Dlm suasana politik yg tegang ini, lahir dua buah parti politik. 1. Kongress India Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Indian Congress [MIC]). – Ditubuhkan pada penghujung tahun 1946, iaitu beberapa

bulan setelah UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. – Diketuai oleh John Thivy. – Matlamat utamanya: menjaga kepentingan dan kebajikan

etnik India di Persekutuan Tanah Melayu. 2. Persatuan Cina Persekutuan Tanah Melayu (Malayan Chinese Association [MCA]).– Ditubuhkan pada 1949 oleh Tan Cheng Lock.– Tujuan: menjaga kepentingan dan kebajikan etnik Cina di

Persekutuan Tanah Melayu.

Page 6: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Tujuan penubuhan MCA & MIC – membuktikan kpd Inggeris bahawa Cina & India sedia berkerjasama dgn Melayu dan setia kpd Persekutuan Tanah Melayu.

• Kerjasama erat ini membawa kejayaan besar dlm politik awal Persekutuan Tanah Melayu. Contoh:- Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur 1952; parti Perikatan menang 9/12 kerusi yg dipertandingkan.- Pilihanraya Umum Pertama; menang 51 drpd 52 kerusi yg dipertandingkan.

• Situasi ini adalah asas menunjukkan kepada Inggeris – Persekutuan Tanah Melayu sudah bersedia untuk dibebaskan daripada kuasa Inggeris.

Page 7: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Tempoh: 1956-1963

• Sejak merdeka 1957, proses politik berasaskan etnik dan penubuhan parti politik seterusnya terus menepati garis etnik.

• Selepas penubuhan Malaysia 1963, kerjasama/perbincangan antara parti politik diperluaskan lagi. Parti Perikatan ditukar namanya kpd BN.

Page 8: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik. Pendaftaran secara rasmi Parti Perikatan ini menjadikan parti tersebut sebagai sebuah badan yang sah dan dapat bergerak sebagai sebuah parti pemerintahan schingga membentuk satu asas yang kukuh kepada tampuk pemerintahan negara sehingga sekarang.

Page 9: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Mengikut perlembagaan Parti Perikatan yang didaftarkan ini, keahliannya terbuka kepada sebarang parti yang bersifat kebangsaan. Sementara itu, sebuah Majlis Kebangsaan yang mengandungi 16 orang wakil daripada UMNO, 16 orang wakil daripada MCA dan 6 orang wakil daripada MIC bertanggungjawab untuk mengelolakan parti ini.

Page 10: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Parti Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Page 11: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Malaysia Timur

• Proses dan penubuhan parti politik di Sabah dan Sarawak merupakan respons terus kepada cadangan yang melibatkan kedua-dua negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.

• Ada yang ditubuhkan dengan restu pentadbiran kolonial dan ada juga yang ditubuhkan atas inisiatif rakyat tempatan.

Page 12: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Sarawak

• Parti terawal - Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Sarawak United Peoples’ Party atau SUPP).

– mendapat galakkan dpd pentadbiran kolonial. sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri.

– menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan Cina demi menjaga kepentingan mereka di negeri berkenaan.

– parti berbilang etnik, namun pucuk kepimpinan jelas dimonopoli oleh etnik Cina.

– hilang sifat berbilang etnik apabila calon-calon bukan Cina kalah dalam pilihanraya kerajaan tempatan pada tahun 1963.

Page 13: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960 turut mendesak etnik bumiputera menubuhkan parti masing-masing.

• Di kalangan Dayak dan Iban:– SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National

Party) ditubuhkan oleh etnik Iban, khasnya dr kawasan Skrang-Saribas pada 1961.

– dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.

• Dakwaan Dayak dan Iban di Lembah Rejang tidak mendapat tempat dlm SNAP, maka:– Parti Pesaka Anak Sarawak (Pesaka) ditubuhkan– oleh Temenggong Jugah Anak Barieng dr Rejang pada

1962.

Page 14: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Bagi Melayu dan Melanau, dua parti ditubuhkan berasaskan etnik dan kawasan.

1. PANAS (Parti Negara Sarawak) ditubuhkan pd tahun 1960

-dipimpin oleh golongan perabangan dari Kuching iaitu Abang Mustapha.

2. Barjasa (Barisan Rakyat Jati Sarawak) 1961. - ditubuhkan oleh Melayu/Melanau dr Lembah Rejang atas dakwaan mereka tidak diwakili dalam PANAS.

Page 15: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Tempoh: 1964 hingga kini

Page 16: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

Bentuk

• Perpaduan dan integrasi adalah proses semula jadi dan boleh berlaku dgn sendiri apabila individu-individu yg terlibat melihat faedah dpd proses tersebut.

• Di negara ini, proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung pihak kerajaan dgn dasar-dasar bersifat top-down.

• Dlm konteks ini, DEB dan dasar-dasar yg selanjutnya, iaitu Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Pembangunan Wawasan merupakan suntikan penting dpd kerajaan yg cuba mewujudkan perpaduan

Page 17: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Pencapaian

• Dlm pembangunan ekonomi memang wujud ukuran tertentu yg boleh dijadikan penanda aras pencapaiannya.

• Mengukur pencapaian perpaduan nasional boleh dilihat melalui pelaksanaan dan prestasi setiap dasar kerajaan yg menyentuh soal perpaduan negara.

• Dasar pelajaran kebangsaan misalnya, penggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ialah salah satu langkah mewujudkan perpaduan.

Page 18: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Barisan Nasional

Page 19: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Barisan Nasional (Inggeris: National Front; singkatan: BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia, tetapi ia kemudian mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 8 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, Perak, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.

Page 20: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Sebelum September 2008, anggota parti Barisan Nasional ialah

• Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)• Persatuan Cina Malaysia (MCA)• Kongres India Malaysia (MIC)• Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)• Parti Progresif Penduduk (PPP)• Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)• Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)• Parti Bersatu Sabah (PBS)• Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)• Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)• Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)• Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)• Parti Rakyat Sarawak

Page 21: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Pakatan Rakyat

Page 22: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Pakatan Rakyat (bahasa Inggeris: People's Pact; bahasa Cina: 人民联盟 ) merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP) yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini, namun kemudiannya digantikan oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memenangi pilihan raya Permatang Pauh 2008. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan lima buah negeri Malaysia. Pakatan Rakyat akan menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini. Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.

Page 23: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

• Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor.

• Proses membuat keputusan serta menetapkan dasar perikatan Pakatan Rakyat dikendalikan oleh satu Majlis Pimpinan dan Sekretariat Bersama. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pengerusi Majlis Pimpinan.

• Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Pakatan Rakyat akan mewujudkan Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua ketiga-tiga parti, satu Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

Page 24: Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat

• Parti Tindakan Demokratik (DAP) – Setiausaha Agung: Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng– Pengerusi Nasional: Yang Berhormat Karpal Singh Ram Singh– Penasihat: Yang Berhormat Lim Kit Siang

• Parti Keadilan Rakyat (PKR) – Presiden: Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail– Ketua Umum/Penasihat: Yang Berhormat Datuk Seri Anwar

Ibrahim• Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

– Presiden: Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang– Mursyidul Am: Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul

Aziz Nik Mat