kerjasama etnik

1
HURAIKAN BAGAIMANA KERJASAMA PELBAGAI ETNIK MEMPERCEPATKAN PROSES KEMERDEKAAN Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oeh semua dan ia merupakan sumber kekuatan dalam perpaduan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula denga apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalu proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihankuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan ini dapat dilihat melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Penubuhan Parti Perikatan adalah tanda kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British iaitu: “Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat di negara ini bersatu padu dan boleh bekerjasama”. Rombongan kemerdekaan ke London disertai oleh Parti Perikatan yang dianggotai oleh pelbagai kaum.

Upload: riza-yunos

Post on 21-Jul-2015

116 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerjasama etnik

HURAIKAN BAGAIMANA KERJASAMA PELBAGAI ETNIK MEMPERCEPATKAN

PROSES KEMERDEKAAN

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oeh semua dan ia merupakan

sumber kekuatan dalam perpaduan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan

pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula denga apa yang dinamakan sebagai

kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu

persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalu proses muafakat dan

musyawarah ke arah peralihankuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan

ini dapat dilihat melalui kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya1955.

Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan

serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut

kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Penubuhan Parti Perikatan adalah tanda kerjasama yang lebih erat antara orang

Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British iaitu:

“Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat di negara ini bersatu padu dan

boleh bekerjasama”. Rombongan kemerdekaan ke London disertai oleh Parti Perikatan

yang dianggotai oleh pelbagai kaum.