kerja kecemasan - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/e/eb/48-kerja_kecemasan.pdf242 h....

3
241 pakah kerja kecemasan? Kerja kecemasan merupakan kerja di luar jangka atau di luar kawalan tetapi memberi kesan secara langsung kepada pengguna jalanraya yang perlu ditangani segera tanpa ditangguh. pakah jenis-jenis kerosakan yang dapat dikategorikan sebagai kerja kecemasan dan kerja yang dibenarkan semasa berlakunya kecemasan? a. Cerun atau tanah runtuh. Kejadian runtuhan mengakibatkan jalan terhalang, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Bersihkan runtuhan. Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu). b. Jambatan/pembetung roboh atau diisytihar tidak selamat oleh JKR. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu). c. Komponen railing dan parapet jambatan rosak yang menjejaskan keselamatan pengguna. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Baiki railing dan parapet yang rosak. d. Komponen utama pembetung pecah/komponen utama jambatan rosak dan diisytihar tidak selamat oleh JKR. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu). e. Tambakan runtuh (embankment failure) atau mendap/jerlus. Kejadian runtuhan atau mendapan mengakibatkan jalan terhalang, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, atau diisytihar tidak selamat oleh JKR. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu). f. Pokok tumbang yang menjejaskan keselamatan pengguna. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Buang sisa pokok. g. Halangan-halangan di jalan*. Kerja yang dibenarkan; Laksanakan pengurusan trafik di tapak. Buang bangkai/hubungi pihak bomba/buang sisa bahan binaan. Kerja Kecemasan

Upload: others

Post on 13-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kecemasan - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/e/eb/48-kerja_kecemasan.pdf242 h. Kejadian-kejadian bencana**. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di

241

pakah kerja kecemasan?Kerja kecemasan merupakan kerja di luar jangka atau di luar kawalan tetapi memberi kesan secara langsung kepada pengguna jalanraya yang perlu ditangani segera tanpa ditangguh.

pakah jenis-jenis kerosakan yang dapat dikategorikan sebagai kerja kecemasan dan kerja yang dibenarkan semasa berlakunya kecemasan?a. Cerun atau tanah runtuh. Kejadian runtuhan mengakibatkan jalan terhalang, sama ada sebahagian atau

sepenuhnya. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Bersihkan runtuhan. • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

b. Jambatan/pembetung roboh atau diisytihar tidak selamat oleh JKR. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

c. Komponen railing dan parapet jambatan rosak yang menjejaskan keselamatan pengguna.

Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Baiki railing dan parapet yang rosak.

d. Komponen utama pembetung pecah/komponen utama jambatan rosak dan diisytihar tidak selamat oleh JKR.

Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

e. Tambakan runtuh (embankment failure) atau mendap/jerlus. Kejadian runtuhan atau mendapan mengakibatkan jalan terhalang, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, atau diisytihar tidak selamat oleh JKR.

Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

f. Pokok tumbang yang menjejaskan keselamatan pengguna. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buang sisa pokok.

g. Halangan-halangan di jalan*. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buang bangkai/hubungi pihak bomba/buang sisa bahan binaan.

Kerja Kecemasan

Page 2: Kerja Kecemasan - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/e/eb/48-kerja_kecemasan.pdf242 h. Kejadian-kejadian bencana**. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di

242

h. Kejadian-kejadian bencana**. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Buat lencongan/laluan sementara (jika perlu).

i. Guardrail rosak (gagal berfungsi dan akibat kemalangan). Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Baiki guardrail.

j. Lampu isyarat rosak/condong/lantera terjuntai. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Baiki lampu isyarat.

k. Lampu jalan rosak/condong/lantera terjuntai. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Baiki lampu jalan.

l. Jejantas pejalan kaki dilanggar. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak.

m. Sistem pam air (terowong) rosak. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di tapak. • Baiki sistem pam.

*Halangan-halangan di jalan;a. Bangkai haiwan.b. Tumpahan minyak atau bahan kimia.c. Bahan binaan.d. Sebarang halangan lain.

**Kejadian-kejadian bencana;a. Bencana alam.b. Bencana industri.c. Kemalangan pengangkutan/penyaluran bahan berbahaya.d. Keruntuhan bangunan/struktur.e. Kemalangan udara.f. Pelanggaran/kegelinciran keretapi.g. Kebakaran kawasan luas/struktur.h. Kepecahan empangan/reservoir.i. Kemalangan nuklear/radiologi. j. Pelepasan gas beracun.k. Kejadian jerebu.

Nota: Takrifan Majlis Keselamatan Negara: Arahan No. 20.

Page 3: Kerja Kecemasan - epsmg.jkr.gov.myepsmg.jkr.gov.my/images/e/eb/48-kerja_kecemasan.pdf242 h. Kejadian-kejadian bencana**. Kerja yang dibenarkan; • Laksanakan pengurusan trafik di

243

pakah langkah awal yang perlu dilaksanakan oleh syarikat konsesi sekiranya berlaku kerja kecemasan?Langkah awal yang perlu dilaksanakan adalah pengurusan trafik di tapak.

pakah kepentingan senarai jenis-jenis kerosakan tersebut?Membantu pihak JKR mengenalpasti kategori kerja kecemasan dan membantu mendapatkan peruntukan segera.

agaimanakah pengguna jalanraya boleh menyalurkan aduan segera berkaitan kejadian kecemasan tersebut?Telefon : 1-300-888-557SMS : JKR <aduan anda> hantar ke 32728Email : [email protected] : www.facebook.com/jkr.malaysiaTwitter : www.twitter.com/jkr_malaysia

Nota:a. Mesyuarat Penyelarasan/Pemantauan Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan

di Semenanjung Malaysia Bil. 2/2011 yang telah diadakan pada 15 Julai 2011 bersetuju guardrail dan papan tanda boleh dilaksanakan secara kecemasan sekiranya perabot jalan tersebut membahayakan pengguna sekiranya tidak dibaiki.

b. Surat BSFJ rujukan (12)JKR.CSFJ.600-2/1 Jld.6 bertarikh 25 Mac 2013 menyatakan kerja-kerja kecemasan hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Penyenggaraan Jalan Persekutuan sedia ada untuk membuat bayaran. Peruntukan kecemasan yang diluluskan akan disalurkan kemudian oleh BSFJ.