kerajaan demokrasi: sistem & ciri-ciri negara demokrasi
TRANSCRIPT
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
Tajuk: Kerajaan Demokrasi
Sistem & Ciri-ciri Negara Demokrasi
Sistem Demokrasi Di Malaysia• Perkataan Demokrasi berasal daripada
Yunani iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan).
• Demokrasi bererti kekuasaan rakyat.• Negara yang mengamalkan sistem
demokrasi ialah Afrika Syarikat, India, Australia, Indonesia dan Malaysia.
• Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan
• Kerajaan demokrasi ialah kerajaan atau pemerintahan yang dipilih oleh rakyat.
Sistem Demokrasi Di Malaysia• Kerajaan dipilih oleh rakyat melalui proses
pilihan raya.• Pilihan raya setiap 5 tahun bertujuan
memilih pemimpin negara.• Mengamalkan kepelbagaian budaya di
Malaysia.• Prinsip-prinsip utama dijadikan sebagai
dasar dalam pembentukan kerajaan demokrasi.
• Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan persekutuan Malaysia.
Cogan kata sistem demokrasi di Malaysia
Kerajaan Demokrasi Rakyat Sejahtera
Peranan Warganegara Malaysia
Menjadi warganegara yang mempunyai semangat cintakan negara
Rakyat bebas memilih perwakilan dan boleh bersuara mengikut peraturan
Mengamalkan budaya dan agama masing-masing
Memahami dengan mendalam dan mengamalkan sistem demokrasi negara.
Peranan Kerajaan Dipilih
Tidak menafikan hak-hak individu seperti kebebasan bergerak.
Mengadakan pilihan raya untuk memilih pemimpin negara.
Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi menggubal dasar-dasar negara.
Perasaan bangga akan prinsip demokrasi wujud di kalangan rakyat Malaysia kerana negara kita pesat membangun, rakyat
bebas bergerak, dan bebas mengamalkan anutan agama
masing-masing.
Ciri-ciri Negara Demokrasi
Raja Berperlembagaan
Perlembagaan
Pilihan Raya
Badan Perundangan
Badan Pelaksana
Badan Kehakiman
Parti-parti Politik
Ciri-ciri Negara Demokrasi
1. Raja Berperlembagaan Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang
2. Perlembagaan Menjadi garis panduan cara pemerintahan,
sistem politik, dan proses pentadbiran.3. Pilihan Raya
Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih.
Ciri-ciri Negara Demokrasi4. Badan Perundangan
Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang-undang di peringkat persekutuan
5. Badan Pelaksana Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal
dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif
6. Badan Kehakiman Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang
dan menjatuhkan hukuman
Ciri-ciri Negara Demokrasi
7. Parti-parti Politik Memberi peluang kepada rakyat untuk
bersuara dan memperjuangkan hak ke arah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil.