keperluan mendaftarkan jenama - mkm.edu.my · sebagai contoh, jenama “ujang” terkenal dengan...

9
Keperluan Mendaftarkan Jenama Masih ramai yang tidak menyedari bahawa pendaftaran cap dagangan merupakan permulaan kepada pembinaan jenama yang kukuh. Hal ini kerana suatu jenama yang diterima ramai tetapi tidak didaftarkan sebagai cap dagangan terdedah kepada risiko serangan dan eksploitasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika hari ini anda memiliki jenama yang semakin diterima masyarakat, daftarlah ia secepat mungkin sebelum pihak lain cuba mendaftarkannya dengan nama mereka. Berdasarkan sistem pendaftaran cap dagangan, pihak yang berdaftar dahulu akan mendapat hak prioriti terhadap cap dagangan tersebut dan jika ada pihak lain cuba mendaftarkan cap dagangan yang sama, permohonan itu sudah pasti akan mendapat bantahan oleh pihak Pendaftar dan perlu membuat hujahan atau rayuan untuk membuktikan bahawa andalah pemilik sebenar cap dagangan tersebut. Mengemukakan hujahan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia melibatkan kos dan masa. Perniagaan mungkin akan terjejas akibat daripada kelewatan kita mendaftarkan jenama tersebut malah mungkin sampai ke tahap akan kehilangan jenama tersebut disebabkan oleh kegagalan kita mengemukakan bukti dan hujahan yang kita adalah pemilik sah cap dagangan atau jenama tersebut. Banyak kealpaan telah berlaku pada kebanyakan usahawan tempatan disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan cap dagang dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak antarabangsa dan semua sedia maklum akan jenama Ujang adalah berasaskan nama kartunis Ujang yang menjadi pengasas kepada jenama tersebut. Namun akibat cetek pengetahuan berkenaan harta intelek, pihak lain telah mendaftarkan jenama “Ujang” di bawah nama pemilik lain mengakibatkan kartunis Ujang telah kehilangan hak terhadap jenama yang diasaskannya. Harta intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan. Konsep harta intelek adalah sebagai satu bentuk perlindungan kepada aset-aset yang melibatkan produk, ciptaan, karya, rekaan dan juga konsep perniagaan secara keseluruhannya. Perlindungan harta intelek boleh didapati menerusi pendaftaran produk, ciptaan atau rekaan menerusi cap dagangan, paten, dan reka bentuk perindustrian. Perlindungan ini perlu diambil sebelum berlakunya masalah atau penyalahgunaan harta intelek seseorang individu untuk menghalang pihak lain daripada membuat, mengguna atau menjual harta intelek kepunyaannya di Malaysia . Menurut World Intellectual Property Organizations (WIPO), harta intelek adalah “Industrial property which includes inventions (patents), trademarks (goods and services), industrial designs and geographical indications; and copyrights and neighbouring rights which inter-alia includes writings, musical/dramatic/ Oleh: Nor Arma Abu Talib Pusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan Koperasi, MKM 65 Maktab Koperasi Malaysia

Upload: vothuy

Post on 09-Mar-2019

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

Keperluan Mendaftarkan Jenama

Masih ramai yang tidak menyedari bahawa pendaftaran cap dagangan merupakan permulaan kepada pembinaan jenama yang kukuh. Hal ini kerana suatu jenama yang diterima ramai tetapi tidak didaftarkan sebagai cap dagangan terdedah kepada risiko serangan dan eksploitasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika hari ini anda memiliki jenama yang semakin diterima masyarakat, daftarlah ia secepat mungkin sebelum pihak lain cuba mendaftarkannya dengan nama mereka. Berdasarkan sistem pendaftaran cap dagangan, pihak yang berdaftar dahulu akan mendapat hak prioriti terhadap cap dagangan tersebut dan jika ada pihak lain cuba mendaftarkan cap dagangan yang sama, permohonan itu sudah pasti akan mendapat bantahan oleh pihak Pendaftar dan perlu membuat hujahan atau rayuan untuk membuktikan bahawa andalah pemilik sebenar cap dagangan tersebut. Mengemukakan hujahan bukanlah sesuatu yang mudah malah ia melibatkan kos dan masa. Perniagaan mungkin akan terjejas akibat daripada kelewatan kita mendaftarkan jenama tersebut malah mungkin sampai ke tahap akan kehilangan jenama tersebut disebabkan oleh kegagalan kita mengemukakan bukti dan hujahan yang kita adalah pemilik sah cap dagangan atau jenama tersebut.

Banyak kealpaan telah berlaku pada kebanyakan usahawan tempatan disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan cap dagang dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, jenama

“Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak antarabangsa dan semua sedia maklum akan jenama Ujang adalah berasaskan nama kartunis Ujang yang menjadi pengasas kepada jenama tersebut. Namun akibat cetek pengetahuan berkenaan harta intelek, pihak lain telah mendaftarkan jenama “Ujang” di bawah nama pemilik lain mengakibatkan kartunis Ujang telah kehilangan hak terhadap jenama yang diasaskannya.

Harta intelek merupakan salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan. Konsep harta intelek adalah sebagai satu bentuk perlindungan kepada aset-aset yang melibatkan produk, ciptaan, karya, rekaan dan juga konsep perniagaan secara keseluruhannya. Perlindungan harta intelek boleh didapati menerusi pendaftaran produk, ciptaan atau rekaan menerusi cap dagangan, paten, dan reka bentuk perindustrian. Perlindungan ini perlu diambil sebelum berlakunya masalah atau penyalahgunaan harta intelek seseorang individu untuk menghalang pihak lain daripada membuat, mengguna atau menjual harta intelek kepunyaannya di Malaysia .

Menurut World Intellectual Property Organizations (WIPO), harta intelek adalah “Industrial property which includes inventions (patents), trademarks (goods and services), industrial designs and geographical indications; and copyrights and neighbouring rights which inter-alia includes writings, musical/dramatic/

Oleh: Nor Arma Abu TalibPusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan Koperasi, MKM

65Maktab Koperasi Malaysia

Page 2: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

audiovisual works, paintings, drawings, sculptures, performances of musicians, actors, singers and broadcasts”.(Khadijah, 2006)

Seksyen 3 Akta Cap Dagangan 1976 memberikan tafsiran cap dagangan bermaksud cap yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan atau perkhidmatan dengan pemilik atau pengguna cap berdaftar tersebut di dalam urusan perniagaan. Cap dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap dagangan juga merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu. Cap dagangan atau lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Penggunaan Cap Dagangan

1. Sebagai fungsi asal: Cap dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluarkan atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.

2. Sebagai fungsi pemilihan kualiti: Cap dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang-barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.

3. Di dalam pemasaran dan pengiklanan: Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan kerana menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan. Spesifikkan cap dagangan dengan tulisan, saiz kedudukan font, size dan warna yang unik dan gunakan simbol ® dalam setiap iklan atau packaging yang dikeluarkan bagi logo berdaftar. Pemilik perlu memantau penggunaan cap dagangan oleh pengguna berdaftar dan sentiasa memantau tahap nilai pemasaran yang berkaitan cap tersebut.

4. Di dalam alam siber: Menjadi satu keperluan untuk mendaftarkan cap dagangan sebagai nama domain jika perlu. Penggunaan cap dagangan di alam siber adalah untuk memenuhi trend pengguna dan memaksimumkan capaian pasaran.

5. Sebagai aset perniagaan Perlesenan: Pemilik memegang hak

pemilikan tetapi membenarkan penggunaan cap dagangan oleh pihak lain dan mendapat bayaran iaitu royalti.

Franchising: Pemilik membenarkan pihak lain untuk menggunakan modul perniagaan bagi menjalankan perniagaan merangkumi cap dagangan, teknologi, perkhidmatan pelanggan, reka bentuk premis atau kedai dan cara perniagaan.

Penjualan dan membenarkan pemilikan bersama: Jika berlaku penggabungan, pengambilalihan, atau mendapatkan modal perniagaan.

Jenis-Jenis Cap Dagangan

a) Cap Dagangan Perakuan (Certification Trade Mark)

Cap dagangan yang digunakan untuk memperakukan berhubungan barangan atau perkhidmatan oleh sesebuah badan atau seseorang yang diberi kuasa mengenai tempat asal, bahan, cara pembuatan, kualiti, ketepatan dan lain-lain ciri.

66

Page 3: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

Rajah 1: Contoh Cap Dagangan Perakuan

Rajah 2: Contoh Cap Dagangan Pertahanan

b) Cap Dagangan Pertahanan (Defensive Trade Mark)Cap dagangan yang terdiri daripada suatu perkataan atau beberapa perkataan yang dicipta telah menjadi terkenal berkaitan apa-apa barangan atau perkhidmatan yang telah didaftarkan.

Contoh Cap Dagangan Yang Digunakan

Cap dagangan adalah tanda yang digunakan dan boleh membezakan barangan atau perkhidmatan seseorang dengan seseorang yang lain di dalam industri yang sama. Tanda tersebut adalah seperti berikut:

Petronas

Rajah 3: Contoh-contoh cap dagangan

Perkataan

Nombor

Gambar

Gabungan

Slogan

67Maktab Koperasi Malaysia

Page 4: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG CONTOH CAP DAGANGAN

CAP

YAN

G B

OLE

H D

IDA

FTA

RKA

NM

emen

uhi S

eksy

en 1

0 (1

) ACD

- sa

lah

satu

CAP

YAN

G

DIL

ARA

NG

U

NTU

K PE

ND

AFT

ARA

N

PEM

ERIK

SAA

N R

ASM

ISeksyen 10 (1)(a)

Nama Orang/ Syarikat -secara khas

Seksyen 10 (1) (b) Tandatangan

Seksyen 14 ACD• Memperdayakan/ mengelirukan• Skandal/menyinggung• Prejudis• Terkenal (well-known)• Petunjuk Geografi

Seksyen 15 ACD- Pendaftaran yang boleh ditolak:• Paten• Telah dipatenkan• Surat Paten Diraja• Berdaftar• Reka bentuk Berdaftar dan Hak cipta

Peraturan 13 Cap Dagangan 1997- Dihalang pendaftarannya:• YDPA/Pemerintah Negeri• Bangunan Persekutuan/ Negeri• Bulan Sabit Merah/ Palang Merah• Perkataan ASEAN/ Bunga Raya

Peraturan 14 Cap Dagangan 1997- Tidak boleh terdapat pada cap dagang (yang berkaitan dengan diraja)• Representasi• Perkataan/Motto• Bendera

Seksyen 10 (1) (d) Perkataan yang dicipta –tidak

termasuk “foreign words” “misspellings” dan tidak merujuk kepada mutu, sifat, nama tempat

dan nama keluarga.

KODAK- Film COLGATE- Toothpaste

MAGGI- Food ADIDAS- Footwear

HORLICKS- Drinks

Rajah 4: Contoh cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan

Prosedur Pendaftaran Cap Dagangan

Pemohon pendaftaran cap dagangan boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian perniagaan, syarikat atau persatuan. Pendaftaran cap dagangan mengambil tempoh masa 12 hingga 18 bulan. Tempoh 6 bulan diperlukan mengikut prosedur “Paris Convention” bagi membolehkan pihak ketiga yang mempunyai “priority date claim” dari negara-negara Konvensyen untuk mendapat “priority” ke atas cap-cap yang sama atau yang seakan menyerupai.

Selepas 7 bulan dari tarikh pemfailan, surat setuju terima atau bantahan akan dikeluarkan. Permohonan yang tidak menepati peruntukan Akta Cap Dagangan 1976 seperti cap dagangan yang tidak boleh didaftarkan atau menyerupai atau menyamai cap dagangan orang lain akan mengambil tempoh masa yang lebih lama.

Cap dagangan yang menepati peruntukan Akta, surat setuju terima akan dikeluarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dikenakan sebelum pewartaan dibuat. Sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat

68

Page 5: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

tersebut pemohon akan mengembalikan surat setuju terima dalam tempoh 2 bulan. Selepas dikembalikan, proses pewartaan dalam Warta Kerajaan akan dibuat dan tempoh masa 2 bulan diperuntukkan oleh undang-undang bagi membolehkan pihak ketiga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar untuk membuat bantahan terhadap pendaftaran cap dagangan tersebut. Sekiranya tiada bantahan diterima dalam tempoh tersebut, proses pengeluaran sijil pendaftaran akan dibuat.

Sijil pendaftaran cap dagangan yang dikeluarkan memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk memonopoli dan menghalang orang lain dari menggunakannya. Oleh itu, Pendaftar perlu memastikan kriteria permohonan cap dagangan dipatuhi menurut undang-undang bagi menjaga kepentingan pemilik serta orang awam dari segi pendaftarannya. Bagi cap dagangan yang tidak asli atau tidak boleh didaftarkan, mereka boleh membuat penjenamaan semula agar permohonan mereka boleh didaftarkan.

Sumber: Laman Web Perbadanan Harta Intelek Malaysia

69Maktab Koperasi Malaysia

Page 6: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

Mengapa Jenama Penting

Jenama adalah satu cara menceritakan kualiti, siapa pengeluarnya, di mana ia dibuat, kehebatan produknya, style, bezanya dengan yang lain dan semuanya dapat dijawab atas satu perkataan yang di gelar Jenama. Menurut Kevin Lane Keller, pengguna hanya mempunyai masa yang terhad tetapi dipaparkan pelbagai pilihan kepada mereka. Mereka memerlukan jenama yang kuat untuk memudahkan mereka membuat pilihan dan mengurangkan risiko ke atas pilihan mereka itu.

Jenama adalah sangat penting kepada setiap peniaga untuk membina reputasi di dalam pasaran. Kewujudan sesuatu jenama dapat memusatkan minda pelanggan bahawa produk mereka inilah penyelesaian kepada kehendak mereka dan membina kepercayaan pelanggan kepada sesuatu produk. Sesuatu perniagaan memerlukan pembelian yang berulang untuk perniagaan itu kekal di pasaran. Pembelian ulangan biasanya dibuat apabila wujudnya kepercayaan pelanggan kepada produk itu dengan berpuas hati terhadap kualiti, reka bentuk, harga, perkhidmatan standard dan lain-lain. Peringatan yang berkesan diperlukan terhadap produk dan perkhidmatan tersebut dengan menggunakan suatu tanda untuk ingatan kepada pengguna.

Jenama yang berjaya akan memasukkan unsur pembangunan jenama di dalam setiap keputusan perniagaan mereka dan sentiasa fokus terhadap apa yang pelanggan inginkan. Oleh itu peniaga hendaklah sentiasa mempunyai nilai tambah yang boleh membezakan produk dengan produk pesaing dan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap jenama serta memasarkan jenama mereka di setiap peringkat. Dengan mendapatkan perlindungan harta intelek adalah perkara penting bagi suatu jenama yang baik dan diterima ramai.

Untuk menjual produk atau perkhidmatan, kita memerlukan nama yang dipercayai dan menarik yang boleh menahan ujian masa. Syarat dan keperluan tertentu perlu dipenuhi sebelum sesuatu cap dagangan boleh didaftarkan. Pertamanya, cap itu mesti digunakan dalam

perdagangan. Kedua, cap yang dipilih hendaklah direka cipta, atau tersendiri, atau tidak memperihalkan jenis produk atau perkhidmatan, atau tidak membentuk sebahagian daripada geografi lokasi. Tanda yang dipilih mestilah tidak serupa atau yang sama dengan apa-apa tanda yang sedia ada di Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan.

Kes Cap Dagangan: LB (Lian Bee) Confectionary Sdn Bhd Melawan QAF Limited dan Gardenia (KL) Sdn Bhd

(2011)

Fakta Ringkas

QAF merupakan sebuah syarikat Singapura yang terlibat di dalam industri makanan, termasuk industri pembuatan dan pemasaran pastri dan beraneka jenis roti di rantau Asia Pasifik sejak tahun 1970. Cap dagangan milik QAF ‘Gardenia’ telah didaftarkan di dalam daftar cap dagangan bagi barangan roti pada tahun 1985. Gardenia yang juga terlibat dalam industri pembuatan roti merupakan syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di mana QAF memegang syer sebanyak 70%. Melalui perjanjian pelesenan antara mereka, Gardenia telah diberi hak untuk memasarkan barangan rotinya di bawah jenama ‘Gardenia’.

QAF juga merupakan tuan punya jenama ‘Squiggles’ di Malaysia di mana cap dagangan tersebut telah didaftarkan di dalam daftar pada 20 Ogos 2004 bagi “roti, ban, pastri, gulungan roti, kuih-muih, biskut dan kek-kek” di dalam kelas 30. No pendaftaran cap dagangan tersebut ialah 01005742. Manakala Gardenia pula telah direkodkan sebagai pengguna berdaftar bagi cap dagangan ‘Squiggles’ tersebut. Cap dagangan Squiggles ini telah digunakan ke atas barangan ban dan roti yang

Oleh itu peniaga hendaklah sentiasa mempunyai nilai tambah yang boleh membezakan produk dengan produk pesaing dan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap jenama serta memasarkan jenama mereka di setiap peringkat.

70

Page 7: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

bersalut coklat berinti strawberi atau coklat malt, sebagai sebahagian daripada beraneka jenis roti yang dihasilkan di bawah jenama ‘Gardenia’

Manakala Lian Bee pula merupakan sebuah syarikat yang terlibat di dalam perusahaan pembuatan, pengeluaran dan pemasaran beraneka jenis biskut, roti, manisan dan ban sejak penubuhannya pada tahun 1992. Pada tahun 1992, Lian Bee telah turut mengeluarkan ban berintikan krim dengan menggunakan cap dagangan tidak berdaftar ‘Squiggle’.

QAF dan Gardenia (Responden) telah memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi mendakwa cap dagangan Lian Bee (Perayu) ‘Squiggle’ telah melanggar cap dagangan berdaftar ‘Squiggles’ dan memohon suatu perintah di Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 16 (1) Akta Perihal Dagangan (APD) bagi menetapkan bahawa cap dagangan Perayu adalah suatu perihal dagangan palsu dalam penggunaannya pada ‘roti, ban, pastri gulungan roti, kuih-muih, biskut dan kek-kek’ yang tidak dibuat, dikeluarkan atau diedarkan oleh mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi

Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan QAF dan Gardenia. Hakim Mahkamah Tinggi mendapati cap dagangan Perayu adalah mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kerana kedua-duanya menggunakan perkataan yang hampir-hampir sama, mempunyai sebutan dan bunyi yang sama serta digunakan pada produk yang sama, iaitu ban berintikan coklat atau krim Perayu yang dipasarkan dengan cap dagangan ‘Squiggle’ adalah merujuk kepada produk yang sama yang dikeluarkan oleh Responden dengan cap dagangan ‘Squiggles’.

Peguam Perayu telah berhujah bahawa tiada perlanggaran memandangkan perkataan ‘Squiggle’ tidak digunakan oleh Perayu sebagai cap dagangan. Di samping itu, Peguam Perayu turut berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap apabila mendapati cap dagangan Perayu ‘Squiggle’ menyerupai atau

hampir menyerupai cap dagangan berdaftar ‘Squiggles’ hingga boleh memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan di antara kedua-dua produk kerana bungkusan ban Perayu dan responden jelas mempunyai perbezaan yang ketara.

Antara hujahan peguam Perayu ialah seperti berikut:• Susunan reka bentuk cap dagangan pada

bungkusan ban Responden adalah mendatar manakala reka bentuk cap dagangan pada bungkusan ban Perayu adalah secara menegak.

• Terdapat perkataan ‘Gardenia’ yang kelihatan dengan jelas pada bungkusan ban Responden berbanding perkataan ‘Bee’s’ pada bungkusan ban Perayu.

• Terdapat perkataan ‘Funky Strawberry’ dan ‘Choco Malto’ pada bungkusan ban Responden.

• Terdapat perbezaan dalam bentuk huruf bagi kedua-dua perkataan ‘Squiggles’ dn ‘Squiggle’.

Keputusan Mahkamah Rayuan

Hakim Mahkamah Rayuan menolak hujahan perayu bahawa perkataan ‘Squiggle’ tidak digunakan sebagai cap dagangan. Hal ini kerana perkataan ‘Squiggle’ tersebut jelas kelihatan dalam huruf-huruf yang lebih besar berbanding huruf-huruf lain pada bungkusan ban. Ini bermakna Perayu bertujuan untuk menggunakan cap Squiggle tersebut sebagai cap dagangan seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta Cap Dagangan (ACD) iaitu bagi membezakan barangan orang yang menggunakan tanda itu dengan barangan orang lain.

Mahkamah Rayuan memutuskan bagi mendapat perintah di bawah Seksyen 16 (1) APD, Responden perlu membuktikan mereka adalah tuan punya atau pengguna berdaftar cap dagangan yang dimaksudkan dan haknya mengenai cap dagangan itu dilanggar dalam perjalanan perdagangan dalam pengertian menurut ACD.

71Maktab Koperasi Malaysia

Page 8: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

KESIMPULAN

Mungkin ramai yang merungut caj yang dikenakan untuk mendaftarkan cap dagangan agak tinggi, tetapi apa yang dibayar hari ini mungkin nilainya seribu dua, tetapi akan menyelamatkan peniaga dari kerugian jutaan ringgit pada masa akan datang. Kes Gardenia di atas adalah satu contoh yang menunjukkan kepentingan untuk mendaftarkan cap dagangan perniagaan daripada terus mengalami kerugian daripada pencerobohan jenama yang mengelirukan.

Cap dagangan merupakan tanda kenal bagi peniaga tersebut di mana melalui cap dagangan, peniaga mudah dikenali untuk dihubungi sekiranya ada pihak ketiga yang ingin memasarkan produk mereka dan dengan ini cap dagangan mereka boleh dilesenkan.

Begitu juga bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan seperti khidmat konsultasi, klinik, bank dan sebagainya. Kepentingan pendaftaran membolehkan cap perkhidmatan mereka dapat dilindungi dari digunakan oleh orang lain seperti cap dagangan Klinik KITA, Hotel Seri Malaysia, Hospital PUSRAWI dan lain-lain. Apabila pihak ketiga hendak menggunakannya, mereka perlu mendapat kebenaran dan ini boleh dilakukan dengan konsep francais atau memberi lesen bagi penggunaannya.

Peniaga kecil seperti pembuat makanan ringan yang terdiri daripada kerepek, dodol, wajik, kuah rojak dan lain-lain merasakan tidak perlu untuk mendaftar kerana berniaga secara kecil-kecilan. Golongan ini tidak sedar bahawa cap dagangan mempunyai fungsi pemasaran yang terbaik bagi meningkatkan pengeluaran produk mereka. Bagi produk yang tidak mempunyai cap dagangan, orang ramai sukar untuk mendapatkan semula produk yang sama.

Oleh kerana QAF adalah pengguna berdaftar cap dagangan ‘Squiggles’ melalui sijil pendaftaran bertarikh 20 Ogos 2004, maka ia adalah keterangan prima facie mengenai sahnya pendaftaran asal cap dagangan itu menurut Seksyen 36 ACD. Manakala Gardenia pula telah didaftarkan sebagai pengguna berdaftar cap dagangan tersebut. Oleh yang demikian, Perayu bukan tuan punya cap dagangan ‘Squiggles’. Hakim Mahkamah Rayuan juga telah menggariskan panduan bagaimana sesuatu cap itu diputuskan telah melanggar cap dagangan berdaftar. Bagi persoalan sama ada wujudnya perlanggaran seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 38 ACD, elemen yang perlu dipenuhi ialah pertama: Perayu bukannya tuan punya atau pengguna berdaftar cap dagangan ‘Squiggles’; dan kedua; cap Perayu ‘Squiggle’ yang digunakan sebagai cap dagangan adalah serupa atau hampir-hampir menyerupai cap dagangan berdaftar ‘Squiggles’ bagi ban Responden hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan di dalam perjalanan perdagangan mereka.

Hakim Mahkamah Rayuan telah membuat perbandingan di antara bungkusan ban Responden dan mendapati ciri-ciri penting cap dagangan pada bungkusan yang tersemat dalam ingatan adalah perkataan ‘Squiggle’ dan perkataan itu lebih menonjol daripada perkataan-perkataan yang lain. Kedua-dua perkataan merupakan kata nama, mempunyai erti dan maksud yang sama. Perbezaan yang ada pada cap dagangan berdaftar ‘Squiggles’ hanyalah kehadiran ‘s’ di hujung perkataan ‘Squiggle’. Oleh itu cap dagangan Perayu ‘Squiggle’ adalah serupa atau hampir-hampir menyerupai cap dagangan berdaftar ‘Squiggles’. Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan keserupaan cap dagangan Perayu mungkin akan memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan dalam ingatan seseorang pembeli yang biasanya mempunyai ingatan yang tidak tepat tentang gambaran sebenar sesuatu cap dagangan. Hakim Mahkamah Rayuan menerangkan peruntukan di bawah Seksyen 3 ACD memerlukan kehadiran kekeliruan sebenar tetapi memadai dengan ‘hingga mungkin memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan’.

72

Page 9: Keperluan Mendaftarkan Jenama - mkm.edu.my · Sebagai contoh, jenama “Ujang” terkenal dengan komik kartun lawak ... tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada ... keluaran kerana

Dalam era ini, mempunyai pendaftaran yang sah akan memberikan keterjaminan terhadap perlindungan. Kata orang, sekitar tahun 3000 hingga 4000 Masihi adalah ‘perang pertanian’, abad ke 18 adalah ‘perang industri’, dan apabila tiba abad ke-21 ia adalah ‘perang cap dagang’.

RUJUKAN

Azizi Zulkefli. Elak rugi puluhan ribu-Daftar cap dagangan anda. Dicapai pada 12 April 2012, daripada http://www.majalahniaga.com

Azizi Zulkefli. Takaful dan harta intelek. Dicapai pada 12 April 2012, daripada http://www.zerologies.com

http://www.myipo.gov.my

http://www.patent.my

Khadijah Mohamed & Ahmad Shamsul Abd Aziz.(2006). Undang-undang Harta Intelek di Malaysia. Universiti Utara Malaysia.

73Maktab Koperasi Malaysia