kepercayaan kepada tuhan dan fenomena tidak bertuhan dan beragama pada masa kini

13
1. MAKSUD AGAMA 1.1. Dari segi bahasa Dari segi bahasa agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan,atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.Setiap bahasa di dunia mempunyai kata nama tersendiri yang memberi makna seerti dengan agama. 1.1.1. Bahasa Melayu Perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud sistem kepercayaan dalam agama Hindu/Buddha(Shukri, 1988).Ada pendapat yang mengatakan perkataan agama berasal dari perkataan “gam” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud jalan. 1.1.2. Bahasa Inggeris Perkataan agama disebut sebagai religion.Religion berasal dari bahasa Latin iaitu “religere” atau “religare” yang bermaksud berhati-hati.Maksudnya ialah manusia harus berhati-heti terhadap yang Kudus atau Yang bersifat suci.Selain itu,perkataan religion juga berasal dari perkataan Lig yang bermaksud mengikat ataudengan kata lain suatu perhubungan di antara manusia dengan Yang Agung atau Tuhan(Bouquet,AC,1954).

Upload: nurul-ain

Post on 12-Jun-2015

2.308 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

1. MAKSUD AGAMA

1.1. Dari segi bahasa

Dari segi bahasa agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan,atau

sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa dan juga amalan dan institusi yang

berkait dengan kepercayaan tersebut.Setiap bahasa di dunia mempunyai kata nama

tersendiri yang memberi makna seerti dengan agama.

1.1.1. Bahasa Melayu

Perkataan agama berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud sistem

kepercayaan dalam agama Hindu/Buddha(Shukri, 1988).Ada pendapat yang

mengatakan perkataan agama berasal dari perkataan “gam” dalam bahasa

Sanskrit yang bermaksud jalan.

1.1.2. Bahasa Inggeris

Perkataan agama disebut sebagai religion.Religion berasal dari bahasa Latin iaitu

“religere” atau “religare” yang bermaksud berhati-hati.Maksudnya ialah manusia

harus berhati-heti terhadap yang Kudus atau Yang bersifat suci.Selain

itu,perkataan religion juga berasal dari perkataan Lig yang bermaksud mengikat

ataudengan kata lain suatu perhubungan di antara manusia dengan Yang Agung

atau Tuhan(Bouquet,AC,1954).

1.1.3. Bahasa Arab

Perkataan agama disebut sebagai din.Din adalah perkataan yang merujuk kepada

agama Islam.Jika diperincikan asal-usul perkataan din ini,terdapat empat maksud

utama yang boleh dikaitkan dengannya iaitu keadaan

terhutang,ketundukan,kecenderungan semula jadi dan kuasa kehakiman atau

kebijaksanaan(al-Attas, 1995:42).Kempat-empat elemen ini sebenarnya

mempunyai makna yang cukup lengkap untuk menterjemahkan maksud

din.Terdapat tiga dasar dalam din iaitu dari sudut akidah, syariah dan akhlak.

Page 2: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

1.2. Dari segi istilah

1.2.1. Dari istilah umum

Menurut Learners Dictionary,agama merujuk kepada dua perkara iaitu aspek

kepercayaan kepada Tuhan sama ada kepercayaan kepada satu atau banyak

Tuhan. Kedua, aktiviti keagamaan yang mempunyai kaitan dengan

kepercayaan terhadap keagamaan tersebut.

1.2.2. Dari istilah Sosiologi Barat

Para ahli Sosiologi Barat telah memberikan pentakrifan agama sebagai suatu

jelmaan pemikiran manusia semata-mata.

1.2.2.1. Tylor dan Spencer

Menganggap hal sedemikian sebagai dengan menganggap agama sebagai

suatu hasil pemikiran manusia dan hasratnya untuk mengetahui.

1.2.2.2. Hans Joachim Schoeps

Dalam buku beliau iaitu The Religion of Mankind telah mendefinisikan

agama sebagai hubungan yang wujud di antara manusia dengan kuasa

terbesar/agung yang dipercayainya(manusia) dan manusia itu merasai

adanya kebergantungan dengan kuasa agung itu.Menurut beliau terdapat

tiga perkara manusia dengan kuasa agung iaitu kepercayaan,ketakutan dan

kepatuhan serta menterjemah kepercayaan melalui upacara-upcara

tertentu(pemujaan).

Page 3: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

1.2.2.3. Nottingham

Menyatakan agama suatu pegangan berkaitan dengan manusia untuk

mengukur dalamnya makna dari kewujudan alam semesta.

Menimbulkan sifat khayal

Membangkitkan kebahagiaan kebatinan

Menampilkan dunia lain(akhirat)

Alam-alam ghaib

Melepaskan manusia dari belenggu adat yang usang

1.2.3. Dari istilah Sarjana Islam

Para ahli sosiologi Islam telah mendefinisikan agama sebagai sebagai suatu

kepercayaan dan peraturan.Apabila dihubungkitkan dengan agama Islam,

definisi agama merujuk kepada peraturan Tuhan yang mesti diyakini dan

diamalkan.Misalnya Syeikh Ibrahim Al-Baijuri mendefinisikan agama Islam

sebagai sesuatu kepercayaanyang diturukan olehAllah melalui utusanNya

meliputi juga peraturan-peraturan tertentu.Dinamakan agama kerana manusia

tunduk kepada Tuhan dan di bawah peraturan Tuhan(Tuhfat al-Murid:12).

Page 4: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

2. ASAL-USUL AGAMA

Banyak pendapat dan teori yang menyebut mengenai asal-usul agama.Antaranya seperti

yang dikemukakan oleh sarjana sosiologi Barat dan Sarjana Islam.

2.1. Sarjana Sosiologi Barat

Terdapat beberapa teori mengenai kemunculan agama dikalangan manusia.Tetapi

pandangan beberapa sarjana sosiologi Barat berbeza dengan pandangan sarjana

Islam.Ahli antropologi dan sejarah Barat telah mengetengahkan pendapat bahawa

kepercayaan terhadap agama telah muncul sejak ratusan ribu tahun yang

lalu.Berdasarkan penemuan arkeologi,didapati agama wujud sejajar dengan umur

kewujudan manusia.Pengkaji sejarah Barat seperti penulis The Ancient City

berpendapat kemunculan agama berkait rapat dengan perasaan dalaman iaitu hasil

rangsangan psikologi manusia dan dari ungkapan pelbagai pengalaman dalaman

yangcukup subjektif.Selain itu,agama juga muncul dari sumber luaran iaitu hasil

tindak balas manusia terhadap kekuatan alam.Fenomena alam seperti

ribut,petir,gunung berapi dan sebagainya merupakan kekuatan alam yang

menyebabkan manusia mencari kuasa yang lebih agung daripada mereka untuk

berlindung(O’dea,1954).

2.1.1. Teori Tylor

Pada peringkat awal manusia,mereka mempercayai adanya makhluk halus atau

semangat roh(spirits) yang mendiami serta menguasai semua benda seperti alam

semesta.Semangat-semangat ini disebut sebagai animae.Kepercayaan ini

akhirnya dikenali sebagai animisme atau kepercayaan bahawa segala benda

dikuasai roh atau semangat.Kepercayaan dicetus oleh manusia apabila menemui

fakta dalam mimpi.

Page 5: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

2.2. Ahli sosiologi Islam.

Ahli sosiologi Islam termasuk Ibn Khaldun, mengakui bahawa manusia yang pertama

di dunia ialah Nabi Adam a.s.Nabi Adam a.s merupakan manusia yang meyakini dan

menyembah Tuhan yang Maha Esa.Nabi Adam a.s menerima wahyu daripada

Allah.Agama Nabi Adam adalah serupa dengan kepercayaan yang disampaikan oleh

Nabi Muhammad S.A.W iaitu agama Islam meskipun peraturan hidup berbeza.Islam

juga mengakui bahawa Islam bukan hasil dari sustu evolusi dalam perkembangan

fikiran terhadap Tuhan.Tetapi ia adalah agama yang diwahyukan melalui setiap fasa

manusia sehingga diakhiri dengan wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad

S.A.W.Walau bagaimanapun,perkembangan sejarah manusia dari zaman berzaman

menyebabkan manusia menyimpang daripada kepercayaan “semulajadinya” iaitu

Islam.Hal ini berlaku kerana beberapa sebab eperti daya khayal manusia yang ingin

sesuatu yang aneh, pengalaman hidup mereka dan keinginan yang menyimpang

untuk mencari gambaran tentang rupa Tuhan.

Page 6: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

3. FUNGSI AGAMA

Dari segi pragmatisme,seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh

fungsinya.Istilah fungsi, merujuk kepada sumbangan yang diberikan agama untuk

mempertahankan(keutuhan) masyarakat yang merupakan suatu usaha yang aktif dan

secara berterusan(Nottingham, 1985).

3.1. Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.

Agama dikatakan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasa

memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan),dan juga kedudukan

manusia dalam dunia.Contohnya,agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa

dunia adalah ciptaan Allah S.W.T dan manusia harus mentaati Allah S.W.T.

3.2. Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.

Sesetengah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak

terjawab oleh akal manusia sendiri.Hal ini kerana akal yang ada tidak dapat

menjawab persoalan-persoalan kehidupan secara komprehensif dan memuaskan

hati.Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup,soal nasib dan

sebagainya.Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk

menjawabnya adalah perlu.Oleh itu, agama berperanan menyumbang idea dan

maklumat menjawab segala permasalahan yang abstrak tersebut.

Page 7: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

3.3. Dapat memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.

Agama merupakan satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia.Ini adalah

kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang

sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.

3.4. Memainkan fungsi kawalan sosial

.Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan.Dalam ajaran agama

sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh

penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

Page 8: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

4. JENIS-JENIS AGAMA

Agama-agama yang ada di dunia ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu agama-

agama langit (revealed religion) dan agama budaya (natural religion).Orang ramai biasanya

menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat.Perjenisan mudah ini adalah

subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat yang

berbilang kaum dan agama.Dengan itu,agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang

zahir.

4.1. Agama Langit

Agama-agama langit adalah agama yang mendapat ajaran dan peraturan agama

melalui wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada utusanNya.Antara agama-agama

langit yang dapat dikategorikan di sini ialah Islam, Kristian, Yahudi.

Misalnya,penurunan kitab suci Taurat kepada Nabi Musa membentuk ajaran agama

asal kepada masyarakat Yahudi.Penurunan kitab Injil kepada Nabi Isa didakwa

sebagai asal kemunculan agama Kristian.Agama Islam yang berdasarkan wahyu

Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dinamakan al-Quran.Ciri-ciri agama

langit ialah mengganggap alam bukan Tuhan.Alam yang ada tidak mempunyai sifat-

sifat keajaiban atau penuh dengan kuasa suci.Sebaliknya alam adalah seperti manusia

juga.Ia merupakan makhluk Tuhan dan Tuhan adalah pencipta kepada alam dan

bersifat Maha Suci dan Maha Berkuasa.Selain itu,agama langit mengakui kitab suci

masing-masing yang menjadi pedoman dan ikatan dalam memahami ajaran

agama.Ajaran agama yang diamalkan merupakan suatu peraturan yang bukan

diciptakan oleh proses alam sebaliknya merupakan suatu ketetapan yangmesti

diterima.Ajaran-ajaran ini adalah wahyu daripada Tuhan melalui utusan Tuhan

kepada seluruh penganut agama masing-masing.Agama langit terdiri daripada dua

kumpulan iaitu bersifat immanent (penjelmaan Tuhan dalam diri manusia tertentu)

dan bersifat transcendent (pemisahan mutlak antara Tuhan dan bukan Tuhan).Agama

langit bersifat immanent ialah agama Yahudi dan agama Kristian.Mereka meyakini

Tuhan adalah satu namun masih mengaitkan diri manusia dengan rupa bentuk dan

kuasa Tuhan.Manakala agama langit bersifat transcendent ialah agama Islam.Agama

ini memisahkan ketuhanan dengan segala rupa alam secara mutlak.Islam melarang

memberikan kuasa ketuhanan kepada alam bahkan perlakuan sedemikian boleh

dinamakan sebagai syirik atau mempersekutukan Allah.Islam memberikan perbezaan

Page 9: Kepercayaan Kepada Tuhan Dan Fenomena Tidak Bertuhan Dan Beragama Pada Masa Kini

yang mudah di antara Tuhan dengan bukan Tuhan.Tuhan adalah Maha Pencipta,yang

tunggal,tidak mempunyai keturunan dan isteri serta tiada kuasa setaraNya.

4.2. Agama Budaya

agama budaya meliputi agama-agama yang mendakwa Tuhan dan alam ini hanya

dapat dibeza dalam fikiran.Pada hakikatnya, Tuhan dan alam adalah satu dan

sama.Pada agama ini, alam ini sebenarnya juga merupakan Tuhan.Meskipun

demikian terdapat perbezaan antara beberapa kepercayaan di kalangan agama-agama

ini,Antaranya terdapat kepercayaan agama yang mempercayai Tuhan boleh

menjelma dalam segala benda yang wujud di dalam alam ini.Antara agama yang

menerima ajaran ini ialah penganut agama kuno di Afrika dan agama Hindu

Veda.Mereka hampir sekata mempercayai bahawa haiwan di hutan adalah Tuhan

tetapi Tuhan tidak binasa dengan matinya haiwan.Sebaliknya Tuhan terus wujud

dalam jenis haiwan yang sama.Selain itu,terdapat juga kepercayaan agama yang

mempercayai Tuhan dan unsur-unsur berhubungan dalam bentuk penjelmaan

tertentu.Di mana-mana juga terdapat usaha menghubungkaitkan Tuhan dengan alam

tabii.Lazimnya hubungan ini diperlihatkan dalam bentuk mitos.Oleh sebab itu,mitos

amat sesuai dengan penegasan mengenai setiap ajaran agama-agama ini.Mitos

merupakan kisah-kisah suci keagamaan yang menerangkan permulaan pembentukan

alam,kejadian alam,perjalanan alam,kejadian manusia yang keseluruhannya

menghubungkan penjelmaan Tuhan dalam rupa bentuk bentuk alam.