kepentingan penjagaan anak sebelum kelahiran

5
KEPENTINGAN PENJAGAAN ANAK SEBELUM KELAHIRAN 1. Ibu yang mengandung perlu mengambil makanan yang bernutrisi untuk menjamin kesihatan diri sendiri dan fetus yang sihat. 2. Fetus mendapatkan zat makanan daripada plasenta ibunya melalui tali pusat. 3. Gizi ibu mengandung harus mengandungi makanan seperti ikan, telur, susu, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Protein juga diperlukan untuk membina antibodi dalam badan ibu. Antibodi ialah bahan kimia yang membantu badan memusnahkan mikroorganisma yang memasuki badan. Ibu mengandung harus mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat dan lemak. Nutrisi / Zat makanan Fungsi / Kepentingan Protein Diperlukan untuk membina tisu fetus Kalsium dan fosforus Diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi fetus Diperlukan untuk mengelakkan kerosakan gigi pada ibu Besi Diperlukan untuk membina sel darah merah untuk mengangkut oksigen pada fetus Diperlukan untuk mengelakkan ibu daripada menghidapi penyakit anemia (kekurangan sel darah merah) Asid folik dan vitamin Diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan (sistem pengimunan) terhadap jangkitan penyakit pada fetus dan ibu

Upload: dhia-mirza

Post on 10-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pranatal

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN PENJAGAAN ANAK SEBELUM KELAHIRAN 1. Ibu yang mengandung perlu mengambil makanan yang bernutrisi untuk menjamin kesihatan diri sendiri dan fetus yang sihat.2. Fetus mendapatkan zat makanan daripada plasenta ibunya melalui tali pusat.3. Gizi ibu mengandung harus mengandungi makanan seperti ikan, telur, susu, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.Nutrisi / Zat makanan Fungsi / Kepentingan

Protein Diperlukan untuk membina tisu fetus

Kalsium dan fosforus Diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi fetus Diperlukan untuk mengelakkan kerosakan gigi pada ibu

Besi Diperlukan untuk membina sel darah merah untuk mengangkut oksigen pada fetus Diperlukan untuk mengelakkan ibu daripada menghidapi penyakit anemia (kekurangan sel darah merah)

Asid folik dan vitamin Diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan (sistem pengimunan) terhadap jangkitan penyakit pada fetus dan ibu

Protein juga diperlukan untuk membina antibodi dalam badan ibu. Antibodi ialah bahan kimia yang membantu badan memusnahkan mikroorganisma yang memasuki badan. Ibu mengandung harus mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat dan lemak. Ibu perlu mengelakkan daripada pengambilan alkohol, dadah, ubat dan merokok yang menbahayakan atau mengakibatkan kecacatan embrio atau fetus.

Kemandulan (Sterility) Lelaki atau perempuan yang tidak boleh mempunyai anak Kemandulan lelaki mungkin disebabkanKemandulan perempuan mungkin disebabkan

tiada atau sedikit sperma dihasilkan sperma mati terlalu awal sperma tidak matang penis tidak dapat berfungsi dengan baik penyakit kelamin gonorea atau sifilis kerosakan pada testis atau duktus sperma

Ovulasi tidak berlaku spt ovari tidak menghasilkan ovum ovum mati terlalu awal ovum tidak matang kitar haid yang tidak teratur kecacatan organ pembiakan spt tiub fallopio tersekat embrio gagal untuk menempel sendiri di dinding uterus ketidakseimbangan hormon pembiakan

Kemandulan dan ketidaksuburan boleh diatasi melalui: Pengambilan makanan yang berkhasiat dan nutrisi yang baik Rawatan hormon - mengambil pil kesuburan yang mengandungi hormon yang boleh merangsang ovari untuk menghasilkan ovum Pembedahan Persenyawaan dalam tabung uji (in-vitro fertilisation) sperma dan ovum diletakkan bersama di dalam piring petri yang mengandungi larutan kultur. Persenyawaan berlaku. Zigot diletakkan didalam uterus perempuan. Bayi yang dilahirkan dipanggil bayi tabung uji.

Pengawalan kelahiran (birth control)Biasanya berlaku apabila: Pasangan tidak bersedia untuk memiliki anak Sudah mempunyai anak yang ramai Ingin jarak kelahiran antara anak

Prinsip yang digunakan dalam kawalan kelahiran: menghalang ovum dari disenyawakan oleh sperma menghalang embrio terbentuk dari penempelan ke dinding uterus

Kaedah yang digunakan:Lelaki: Vasektomii. Pembedahan yang memotong dan mengikat duktus sperma.ii. Menghalang sperma daripada dilepaskan ke dalam semen.

Menggunakan kondom - i. sarung getah yang dipakai pada zakar lelakiii. menghalang sperma daripada memasuki uterus

Perempuan: Kaedah semulajadi i. kaedah ritma- tidak melakukan hubungan seks semasa fasa subur kitaran haidii. Kaedah ukuran suhu- tidak melakukan hubungan seks pada suhu badan yang agak meningkat.iii. Kaedah anzal - pengeluarkan zakar dari faraj sebelum pancutan

Pil perancang - i. pil yang dimakan oleh perempuanii. untuk menghalang pengovulan

Alat intrauterus (IUD) - i. Alat yang diletak dalam uterus perempuan.ii. Untuk menghalang penempelan embrio

Menggunakan spermicide -i. gel yang disapukan pada faraj perempuan ii. untuk membunuh sperma

Menggunakan diafragma - i. penutup getah yang lembut yang diletakkan pada servik perempuanii. menghalang sperma daripada memasuki serviks atau uterus

Ligasii. Pembedahan yang memotong dan mengikat tiub fallopioii. untuk menghalang sperma daripada sampai ke tiub fallopio