kepentingan pembangunan spiritual di kalangan pensyarah ke

20
'~~ .:~' Minah Dibok. Abd Khalil Mohd Khalid, Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustari Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke arah Pembentukan Insan Kamil Minah Dibok Ahd KhaliL Mohd Khalid Ainun Jariah Mana! Ruaain Mustari ABSTRAK Manusia atau insan adalah makhluk terbaik ciptaan Allah s. W.t. yang terdiri daripada paduan unsur jasmani dan rohani. Manusia bukan sa- haja memerlukan pengisian fizikal bahkan juga pembangunan spiritual yang menjadi teras dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini cuba mengupas persoalan pembangunan spiritual yang amat diperlukan dalam kehidupan pemyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) khusus- nya sebagai tenaga pendidik. Aspek pembangunan spiritual yang diper- lukan ialah keimanan, Umu, pengabdian diri kepada Allah dan akhlak. Dengan adanya pembangunan spiritual yang mantap di kalangan pen- syarah sudah tentu mereka mampu menjadi model terbaik kepada pela- jar dan dapa! melahirkan graduan yang kamU bukan sahaja cemerlang da/am bidang akademile bahkan juga mempunyai sahsiah yang unggul. Kata kunci : pembangunan spiritual, pembentukan insan kamil. pensyarah Pendahuluan Insan adalah makhluk terbaik ciptaan Allah S.W.t. yang dijadikan dari- pada padllan unsur rohani dan jasmani. Potensi insan yang periu diban- gunkan bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan juga pembangunan spiri- tual yang menjadi teras dalam kehidupan mereka. Insan yang terbangun spiritual mereka akan menjadi insan yang bertakwa dan berakhlak mulia. Kedua-dua clemen ini amat penting dalam kehidupan seorang pendidik seperti pensyarah, yang bertanggungjawab melahirkan insan kamil dalam berbagai bidang bukan sahaja dalam bidang kerjaya bahkan juga mela- hirkan pelajar yang soleh yang akan merupakan modal insan yang amat penting dalam pembangunan negara. 51

Upload: others

Post on 01-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

'~~

.:~'Minah Dibok. Abd Khalil Mohd Khalid, Ainun Jariah Mana!&Ruaain Mustari

Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalanganPensyarah ke arah Pembentukan Insan Kamil

Minah DibokAhd KhaliL Mohd Khalid

Ainun Jariah Mana!Ruaain Mustari

ABSTRAK

Manusia atau insan adalah makhluk terbaik ciptaan Allah s. W.t. yangterdiri daripada paduan unsur jasmani dan rohani. Manusia bukan sa­haja memerlukan pengisian fizikal bahkan juga pembangunan spiritualyang menjadi teras dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja inicuba mengupas persoalan pembangunan spiritual yang amat diperlukandalam kehidupan pemyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) khusus­nya sebagai tenaga pendidik. Aspek pembangunan spiritual yang diper­lukan ialah keimanan, Umu, pengabdian diri kepada Allah dan akhlak.Dengan adanya pembangunan spiritual yang mantap di kalangan pen­syarah sudah tentu mereka mampu menjadi model terbaik kepada pela­jar dan dapa! melahirkan graduan yang kamU bukan sahaja cemerlangda/am bidang akademile bahkan juga mempunyai sahsiah yang unggul.

Kata kunci : pembangunan spiritual, pembentukan insan kamil.pensyarah

Pendahuluan

Insan adalah makhluk terbaik ciptaan Allah S.W.t. yang dijadikan dari­pada padllan unsur rohani dan jasmani. Potensi insan yang periu diban­gunkan bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan juga pembangunan spiri­tual yang menjadi teras dalam kehidupan mereka. Insan yang terbangunspiritual mereka akan menjadi insan yang bertakwa dan berakhlak mulia.Kedua-dua clemen ini amat penting dalam kehidupan seorang pendidikseperti pensyarah, yang bertanggungjawab melahirkan insan kamil dalamberbagai bidang bukan sahaja dalam bidang kerjaya bahkan juga mela­hirkan pelajar yang soleh yang akan merupakan modal insan yang amatpenting dalam pembangunan negara.

51

Page 2: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 3: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

rMinah Dibok, Abd Khalil Mohd Khalid. Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustari

Peringkat Tanah Keras seperti Tembikar

Dari tanah yang berbau itu ia mengeras dalam tempoh 40 tahun menjaditanah keras seumpama tembikar (salsal kal fakhhar). Firman Allah dalamsurah al-Rahman(55):14 bennaksud:

"Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembi­kar ".

Pcringkat Peniupan Ruh

Setelah genap 120 tahun maka Allah meniupkan ruh (nafkh aI-ruh) kedalam jasad Adam. Firman Allah dalam surah al-Hijr( 15):29 bermaksud:

"MaIm apabila Aku sempurnakan kejadiannnya dan Aku tiupkanpadanya rah (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya den­gan berSl,!jud ".

Dengan itu sempurnalah kejadian Adam pada fizikal dan spiritualnyadalam keadaan yang indah dan lengkap. Maka segala organnya berfungsisebagaimana wajamya.

Jelas bagi kita bahawa penciptaan manusia adalah terdiri dari unsur jas­mani (tanah) dan unsur rohani (roh). Kemudian Allah menjadikan Hawadengan mengambil satu juzuk dari tubuh Adam sebagai pasangannya.Dari pasangan Adam dan Hawa inilah kemudian manusia berkembangbiak sehingga hari ini.

Keistimewaan Kejadian Manusia

Manusia telah diberikan kemuJiaan oleh Allah sebagai makhluk terpiJihdengan keistimewaan yang berikut:

i- merupakan makhluk yang paling indah kejadiannyaii- dikumiakan akal fikiraniii- dianugerahkan ilmu pengetahuaniv- boleh memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat di alam ini.

Manusia telah dicipta oleh Allah mempunyai sifat-sifat naluri yangtersendiri. Di antaranya ialah:

i- mudah terpengaruh dengan segala yang difikirkan atau dilihatnyaii- mudah menghargai jasa, budi baik dan pemberian orangiii- mengagung dan menghormati orang yang mempunyai kelebihan

ilmu daripadanya

53

Page 4: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minah Dibok, Abd Khalil Mohd Khalil!, Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mus tan'

iv- patuh kepada orang yang lebih berkuasa daripadanyav- sukakan kcamanan, keadilan dan kesejahteraan (Basmeh, 1973)

Walau bagaimanapun, ianya mestilah terkawal agar tidak terdorong kearah kemudaratan seperti terlaJu mendewa-dewakan orang yang dikagu­minya sehingga boleh merosakkan akidah dan sebagainya.

Matlamat Kejadiall Manusia

Terdapat dua tujuan utama kejadian manusia iaitu yang pertama sebagaihamba seperti finnan Allah S.W.t bermaksud:

"Tidak Aku ciptakanjin dan manusia itu melainkan adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Ku "

( Surah a1- Zariyat : 56) .

Tujuan kedua pcnciptaan manusia ialah untuk menjadi khalifah memak­murkan alam seperti Finnan Allah S.W.t yang bennaksud:

"Dan ingullah ketika Tuhan mu berflrman kepada malaikat "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah(Adam) di bumi ".

(Surah al-Baqarah 2:30)

Pembangunan Spiritual

Pembangunan unsur jasmani manusia te1ah banyak dibincangkan olehmereka yang berkepakaran. Unsur rohani kurang difahami kerana kurangdiperbincangkan sedangkan ia lebih penting 1agi berbanding unsur jas­mani. Unsur kerohanian periu diketahui dan dibangunkan mengikutdasar-dasar yang ditetapkan oleh Allah S.W.t.

Pembangunan [man dalam Pembentukan {usan Kamil

1man dari segi bahasa bennaksud aman atau membentuk keadaan amandan tenteram. Dari segi istilah iman bermakna membenarkan dengan hati,ikrar dengan lisan dan bcramal dengan ajaran-ajaran Allah yang dibawaoleh Nabi Muhammad s.a.w. (Haron et al., 1990).Iman yang sempurna mesti1ah mengandungi ketiga-tiga komponen iaitumengakui di dalam hati bahawa Islam itu benar, menyebutkan denganlidah bahawa Islam adalah agama benar dan mengarna1kan ajaran-ajaranyang terkandung dalam agama Islam.

Imam Ghazali menghuraikan makna l111an sebagai pengakuan dengan

54

Page 5: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 6: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minah Dibok. Abd Khalil Mohd Kha/id, Ainun jariah Manar & Ruaain Mustari

melahirkan muslim yang tcnang dan tabah dalam mengharungi sebarangdugaan dan cabaran. Scgala perkara ada1ah dari Allah dan Dia jua1ahyang berhak menentukan keputusan segala ama1an kita. Muslim hanyaperlu berusaha supaya mereka akan dibalas atas usaha tersebut bukankeputusan dari usaba mereka.

Ilmu fardu kifayah perlu bagi melaksanakan misi sebagai khalifah dibumi. Meskipun zahimya yang kita 1ihat adalah lebih bersifat materialtetapi asas dan panduannya ialah keyakinan terhadap perintah Allah yangmemerintahkan kita menjaga dan memakmurkan a1am ini menurut ke­hendakNya. Tanpa persediaan rohani yang kukuh manusia akan terla1aidan terpaut dengan kesenangan nikmat dunia, lupa kepada Penciptalantas menjadi pengabdi kepada nafsu dan dunia.

Sebagai pensyarah, pengisian spiritual amat penting untuk memastikankita memahami ilmu-ilmu asas Islam yang membolehkan kita mengamal­kan ajaran Islam dalam kehidupan kita, di samping berperanan sebagaimurabbi kepada para pelajar yang sentiasa mengingati pelajar agar me­laksanakan tugas sebagai pelajar dan sebagai seorang muslim. Pada masayang sarna pensyarah dapat menunjukkan peribadi muslim sebenar yangmarnpu menjadi contoh ikutan terbaik kepada pelajar. Jika suasanaseperti ini dapat dilaksanakan oleh semua pensyarah da1arn semua bidangyang ada di UiTM ini, sudah tentu kita akan dapat me1ahirkan teknokratmuslim yang cemerlang da1am bidang profesiona1 dan tinggi akhlaknya.

Begitu1ah pentingnya kedua-dua ilmu tersebut kepada setiap muslim bagimembentuk peribadi insan kamil. Muslim tidak akan mencapai statustersebut dengan mengabaikan salah satu darinya. Situasi ini1ah dipraktik­kan oleh sarjana Islam terdahulu pada zaman kegemilangan tamadun Is­lam, mereka bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang perubatan, sainsdan teknologi malah merekalah juga insan yang sentiasa tunduk danpatuh kepada Allah s.w.t., hidup mereka diabdikan kepada Allah dankepada manusia sejagat dengan penemuan dan penciptaan berbagaibidang untuk kemajuan dan keselesaan hidup manusia. Sebagai pen­syarah, langkah yang di1alui oleh mereka ini perlu diikuti barulah ke­gemilangan tamadun Islam dahulu dapat dijelmakan kembali di abad inidi Malaysia.

Pembangunan Jbadah dalam Pembentukan Iusan Kamil

Perkataan ibadah bermaksud tunduk. Ibadah diambil dari bahasa Arabdengan kata dasar abad-ya 'budu-ibadah yang bererti merendah diri, tun­duk, patuh dan taat (AI-Qardhawi, ]981). Sheikh Ibnu Taimiyyah (1983)pula dalam kitab Ubudiyyahnya ada mengatakan bahawa:

56

Page 7: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

rMinah Dibok, Abd Khalil Mohd Khalid. Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustari

"fbadah asa! maknanya kehinaan tetapi ibadah yang diperintahAllah s. w.1. atau yang disyarakkan ke atas manusia merangkumihersama makna kehinaan dan kecintaan iaitu kemuncak kehinaaniairu kehinaan diri seorang bila berhadapan dengan Allah dankemuncak kecintaannya kepadaNya".

AI-Tabari (u.) seorang ahli tafsir al-Quran menjelaskan maksud ibadahsebagai taat, tllnduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada AllahS.W.t. dan mengakui serta meyakini bahawa Allah sahajalah yang layakmenjadi tllmpuan segala ketaatan, tunduk patuh, merendah diri, takut danmengharap.

Kesimpulannya, ibadah merangkumi apa saja yang dicintai dan diredhaioteh Allah S.W.t. yang mencakupi seluruh ucapan dan perbuatan yang ti­dak nampak dan nampak seperti solat, zakat, puasa, haji, berkata-katayang benar, menunaikan amanah, berbuat baik kepada kedua orang tua,bersilaturrahim, memenuhi janji, menyuruh berbuat kebaikan, melarangdaripada perbuatan mungkar, berperang melawan kekufuran dan kemun­afikan, Jemah lembllt terhadap tetangga dan anak yatim, menyantuniorang miskin, ibnu sabil, hamba sahaya dan binatang, serta doa, zikir,membaca al-Quran dan sebagainya. Ia termasuk juga mencintai Allahdan Rasulullah itu sendiri, takut kepada Allah dan taubat kepadaNya,ikhlas dalam beribadah, menerima hukumNya, bersyukur atas nikmat­Nya, rela terhadap keputusanNya, bertawakkal kepadaNya, mengharaprahmatNya dan takut kepada siksaanNya adalah termasuk dalam beri­badah kepada Allah S.W.t (Ibnu Taimiyyah, 1983).

Pensyarah sebagai model kepada pelajar hendaklah membangunkan spiri­tual mereka dengan melengkapkan diri dengan keimanan dan ketakwaankepada Allah S.W.t. serta melaksanakan ibadah dalam semua ruang ke­hidupan mereka agar terbentuknya nilai akhlak yang tinggi yang mampumenjadi contoh ikutan kepada pelajar. Mereka hendaklah menghiasi diridengan sifat mahmudah dan meninggalkan sifat mazmumah yang bolehmenggugat kewibawaan mereka sebagai pendidik.

Ruang Lingkup Ibadah dalam Islam

[slam amat istimewa hingga menjadikan selllruh kegiatan manusia seba­gai ibadah apabiJa diniatkan dengan penuh keikhlasan kerana Allah S.W.t.demi mencapai keredhaanNya serta dikeljakan menurut cara-cara yangdisyariatkan olehNya. Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadahkepada sudut-sudut tertentu sahaja. Seluruh kehidupan manusia adalahmedan amal dan persediaan bekalan bagi para mukmin sebelum merekakembali bertemu Allah S.W.t. di hari pembalasan nanti. Ruang lingkup

57

Page 8: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minah Dibok, Abd Khalil Mohd Khalid, Ainun Jariuh Mana! & Ruaain Mustari

ibadah dalam Islam sangat luas. 1a adalah seluas tempoh hayat seseorangmuslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sajaamal yang diredhai Allah S.W.t. dalam tempoh tersebut.

Pembahagian Ibadah dalam Islam

Pada dasamya manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah S.W.t.Oleh itu tidak wujud pembahagian dalam konsep ibadah. Namun, untuklebih mudah difahami tentang konsep ibadah maka para ulama telahmembahagikan ibadah itu kepada ibadah khusus dan ibadah umum.

Ibadah Umum

Ibadah umum ialah pengabdian diri secara tidak langsung kepada AllahS.W.t. menerusi urusan duniawi yang bersangkut dcngan hubungansesama makhluk yang berlandaskan akidah dan syariah Islam (Idris,2005). Maksud hubungan sesama makhluk ialah segala bentuk hubungankita dengan segala makhluk Allah sarna ada sesama manusia, tumbuhan,haiwan, benda-benda fizik dan metafizik. Contohnya mencari rezekiyang halal untuk diri dan keluarga, menuntut ilmu, membuka industriuntuk memberi peluang pekerj aan kepada orang ramai, berbaik denganjiran tetangga, dengan haiwan, menjaga alanl sekitar dan sebagainya.Janganlah dianggap ibadah itu sekitar aktiviti agama sahaja seperti men­gajar agama dan berzikir sahaja yang dikatakan ibadah.

Kerjaya sebagai pensyarah adalah amat mulia di sisi Islam, oleh itu kitahendaklah menjadikannya dalam bentuk ibadah dengan mengikuti segalasyarat yang digariskan oleh Islam. Apabila ia dibentuk menjadi ibadah,sudah tentu Allah akan mengurniakan keberkatan dalam hidup kita dankeberkatan dalam pengajaran yang disampaikan. Insya Allah segala tun­juk ajar yang disampaikan akan diterima baik oleh pelajar dan dihayatidalam kehidupan mereka untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat se­bagai modal insan kami I yang amat berguna untuk pembangunan negara.

Apabila manusia dapat mengikuti segala panduan yang diberikan makaianya dikira sebagai ibadah dan akan diberi pahala oleh Allah S.W.t.Syarat-syarat sesuatu perbuatan atau aktiviti itu dikira sebagai ibadahapabila amalan yang dilakukan itu mengikut syarat-syarat yang dikehen­daki oleh syarak. Syarat-syarat tersebut ialah:

i- Sesuatu amalan itu mestilah disertai dengan niat yang ikhlas ker­ana Allah S.W.t.. Ia menjadi syarat untuk menjadikan sesuatu amalanyang dilakukan itu menjadi ibadah dan seterusnya diberi ganjaran pahalaoleh Allah S.W.t. sama ada perkara tersebut berupa amalan wajib, sunatataupun harus. Finnan Allah S.W.t. yang bermaksud:

58

Page 9: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

rMil/ali Dibok, Abd Khalil Mohr! Klia/id, Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustari

"Pm/ahal mereka lidak disuruh kecuali supaya menyembah Allahdengan murnikan ketaalan kepadaNya dalam menjalankan agamadengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunai­kan zakat, ilu/ah agama yang lurus. "

(Surah al-Bayyinah: 5)

Setiap amaJan yang dilakukan tanpa niat kerana Allah S.W.t. akan men­jadi sia-sia sahaja dan tidak dikira sebagai suatu amalan yang diiktirafoleh Allah S.W.t. kerana niat adalah teras kepada ibadah.

ii- Peke~jaan yang dilakukan itu mestiJah dibenarkan oleh syarak.Islam tidak hanya melihat pada niat seseorang sahaja malah [slam meli­hat pula setiap aktiviti yang diccburi mestilah tidak bercanggah dengansyariah Islam. Islam tidak mengiktiraf konsep "matlamat menghalalkancara", malah Jalam konsep Islam apa saja aktiviti yang dilaksanakanmestiJah semuanya dalam bentuk yang halal.

1l1- Sesuatll pckcrjaan atau amalan itu mestilah mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam.

iv- Tidak mengabaikan ibadah khusus. fbadah khuSllS adalah diang­gap sebagai perkara utama manakala ibadah umum adalah sebagai tam­bahan. Lantaran itll jika seseorang muslim itu ingin menjadikan seluruhkegiatan hidupnya sebagai ibadah, ia hendaklah terlebih dahulu menyem­pumakan segala tuntutan Islam yang asas ke atasnya seperti solat, puasa,zakat, haji dan lain-lain.

"Le/aki-lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan ataujual beli dari mengingati Allah. mendirikan solat dan mengeluar­kan zakat. "

(Surah al-Nur: 37)

RasullllJah s.a.w. juga menyuruh umat Islam menyempumakan ibadahsolat mereka melalui sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang pertama dihisab ke atas seseoranghamba pada hari kiamat ialah solatnya Jika baik maka diterimasegala amalannya dan berjayalah ia. Jika solatnya rosak makaditolaknyalah segala anzalannya dan rugilah ia. "

(Hadis Riwayat al-Turmudhi)

v- Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dengan penuh ke­sungguhan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Maksudsabda Nabi s.a.w.:

59

Page 10: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minah Dibok, Ahd Khalil Mohd Khalid. Ainun Jariah Manaf& Ruaain Mustari

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang dari kamu membuatsesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya. "

(Hadis Riwayat Muslim)

Ibadah Khusus

Ibadah khuslIs ialah suatu bentuk pengabdian diri seorang hamba kepadaAllah S.W.t. secara langsung bagi mendapat keredhaan Allah s.w.!. danjuga berupa segala bentllk amalan yang disebutkan secara khuslls didalam al-Quran dan al-Hadis. Ibadah khusus terbahagi kepada dua iaituibadah fardhu dan ibadah sunat. Contoh ibadah khuslIs ialah solat limawaktll, puasa pada bulan Ramadhan, zakat dan haji. Manakala ibadah su­nat pula seperti solat sunat, puasa sunat, sedekah dan sebagainya.

Sesungguhnya ibadah dapat dilakukan melalui berbagai cara. Setiap ang­gota dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah adalah untuk beri­badah kepada Allah. Ibadah boleh dicapai menerusi akal fikiran, hatinurani, penglihatan, pendengaran, pertuturan dan lain-lain anggota.Ibadah juga boleh dilakukan dengan harta benda yang dimiliki. Setiapmuslim boleh menggunakan Iidah yang dianugerahkan oleh Allah untukberzikir, berdakwah kc jalan Allah, mengajar dan bersyair menyebut ten­tang kebesaran Allah Taala dan sebagainya. Sebagai pendidik para pen­syarah sepatutnya menjadikan seluruh ruang hidupnya sebagai ibadahagar spiritual mereka dapat dibangunkan mengikut kehendak Allah danmampu memainkal1 peranan mereka untuk mendidik pelajar UiTM men­jadi generasi yang soleh untuk membentuk modal insan yang bergunakepada negara Malaysia. Pendidik yang soleh sahajalah yang mampumenjadi guru mursyid kepada pelajar, mereka bukan sahaja mampu men­yampaikan ilmu malah dapat memberi tunjuk ajar, contoh terbaik sebagaiseorang muslim di samping pengajarannya penuh dengan keberkatan dankebaikan. Seterusnya akan dapat meningkatkan keyakinan dan keimanankepada Allah.

Banyak ayat-ayat al-Quran menganjurkan manusia menggunakan segalaanggota yang dianugerahkan oleh Allah untuk menambahkan keimanandan ketakwaan kepada Allah. Begitu juga manusia dapat beribadahkepada Allah menggunakan harta yang dianugerahkan oleh Allah Taala.Manusia dapat menggunak,m harta untuk bersedekah, untuk menghadirimajlis ilmu, membina rumah sebagai tempat beribadah, melancong kesuatu tempat, memhantu antara satu sarna lain dan lain-lain lagi. Manusiajuga menggunakan ilmu untuk mengajar orang lain seperti kerjaya seba­gai pensyarah yang besar peranannya untuk melahirkan generasi berilmuyang bakal mewarisi kepimpinan negara.

60

Page 11: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

rMinah Dibok. Abd Khalil Mohd Khalid, Ainun Jariah Mana!& Ruaain Mustari

Pembangunan Akhlak dalam Pembentukan Insan Kamil

Perkataan "akhlak" berasal dari bahasa Arab "iaitu kata jama' (plural),dan perkataan "khuluq" (singular) yang bermaksud budi pekerti, tingkahlaku dan tabiat. Perkataaan "khalaq" adalah pecahan dari "al-khalqu"yang bererti ciptaan atau kejadian seperti yang dinyatakan di dalam al­Quran (Che Bakar, Lt. )yang bennaksud:

"A llah yang mengindahkan segala makhluk ciptaannya dan dialah(Allah) yang memulakan ciptaan manusia dari tanah"

(Surah As-Sajadah 32:7)

Firman Allah dalam surah lain, yang bermaksud:

"Allah mencipta manusia dari segumpal darah."(Surah As-A'laq 96:2)

Terdapat sesetengah ulama' berpendapat bahawa akhlak adalah keinda­han dalam bentuk batin, manakala khalak adalah keindahan bentuk zahir.

Meskipun kedlla-dua keindahan dituntut untuk dipelihara namun Islamlebih mementingkan keindahan batin. Ini disebabkan oleh keindahanbatin yang berupa asas dan matlamat dalam rnembentuk kesempumaandiri seseorang sepanjang kehidllpannya. Tambahan pula kesempumaanbatin yang akan kekal selepas kernatian seseorang.

Mungkin seseorang itu cantik dari segi zahimya atau bentuk rupa paras­nya tetapi batinnya buruk dan keji. Kelak ia akan menjadi paling rendahdan hina di akhirat nanti. Finnan Allah Taala yang berrnaksud:

"Sesungguhnya kami mencipta manusia dengan sebaik-baik ke­jadian. Kemudian akan kami kembalikan pada tempat yang palingrendah bagi orang-orang yang derhaka. "

(Surah aI-Tin 95 : 4-5)

Sebaliknya rnungkin seseorang yang hodoh dari segi fizikalnya tetapicantil< batinnya dan inilah kecantikan sebenamya di sisi Allah Taala.Mereka yang memi liki keindahan batin inilah akan tampak bersen danindah wajahnya di hari kiamat kelak sedangkan kejelekan dan kehitamanakan kelihatan pada wajah orang-orang yang hodoh batinnya sebagai­mana yang diceritakan di dalam AI-Quran dan Hadis.

Dari segi istilah akhlak boleh ditafsirkan sebagai sifat yang tertanam dansebati dalamjiwa seseorang yang melahirkan tingkah laku dengan mudahtanpa berfikir atau teragak-agak. Jika tingkah laku yang terbit itu baik

61

III

Page 12: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 13: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minah Dibuk, Abd Khalil Mohd Khalid. Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustan'

kiranya dilakukan semata-mata kerana Allah Taala.

Akhlak Sesama Manusia

Akhlak dalam bahagian inilah yang banyak difahami oleh masyarakat.Manusia tidak dapat hidup sendirian. Manusia saling memerlukan antarasatu sama lain. Rasulullah s.a.w. mengibaratkan setiap individu di dalammasyarakat sebagai S8tu binaan yang saling lengkap melengkapi. SabdaRasulullah s.a.w. bermaksud:

"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling cintamencinfai, saying menyayangi , kasih mengasihi bagaikan satutubuh. Apabila satu anggota sakit, maka seluruh anggota akan tu­rut merasainya dengan berjaga rna/am serta demam.

( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhlak sesama manusia termasuklah akhlak dengan keluarga, jiran danmasyarakat sarna ada masyarakat Islam atau bukan Islam. Islam menga­tur sistem akhlak yang unik bagi membina nilai insaniah dalam diri mus­lim untuk mencari penyesuaian dengan kehendak masyarakat. Sebagaipensyarah di pusat pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran dalamberbagai-bagai bidang sudah tentu mampu memberi sumbangan yangamat besar kepada masyarakat sarna ada dalam bidang keagamaan,akademik, perniagaan, motivasi dan sebagainya. Dengan adanya ker­jasama yang erat eli antara pensyarah dan masyarakat diharapkan akantercapai hasrat negara untuk meJahirkan masyarakat maelani yang moelendan bcrwawasan.

Akhlak dengan Alam Sekeliling

Akhlak e1engan alam sekeliJing eli sini termasuklah binatang, tumbuh­tumbuhan elan segala apa yang didapati sekeliling kita. Islam menuntutsupaya umatnya berbuat ihsan dengan kepada semua makhluk di atas.

Keindahan Ciptaan Manusia

Manusia adalah makhluk yang paling indah diciptakan oleh Allah S.W.t.Keindahan hakiki manusia mempunyai dua bentuk iaitu:

l. insan jasmani iaitu keindahan dari segi zahir atau fizikal. Keinda­han ini termasuk dalam istilah al-khalq.

63

Page 14: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 15: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

rMinah Dibok, Abd Khalil Mohd Kha/id, Ainun Jariah Manaf & Ruaain Mustari

Takwa

Takwa didcfinisikan olch para ulama sebagai menjaga diri dari azab Al­lah dengan mengcrjakan amal salih dan merasa takut kepada Allah sarnaada secara sembunyi atau secara terang-terangan (Ulwan, 1990 ). Sifattakwa juga adalah sifat terpenting yang mesti dimiliki oleh pensyarahagar golongan pendidik ini sentiasa berada pada metode yang telah di­gariskan olch Allah dan berusaha semaksimum mungkin untuk membe­baskan diri daripada perkara yang haram dan sentiasa melakukan perkarayang halal dalam kchidupan mereka. lika pensyarah tidak mempunyaisifat takwa dalam perilaku dan muamalah mereka, sudah tentu merekatidak dapat menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar mereka.

Berilmu

Pensyarah sewajibnya mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalamdalam bidang asaS-Clsas Islam atau ilmu fardu ain serta persoalan halaldan haram yang terdapat dalam syariat Islam. Ini akan menjadikanmereka seorang yang aJim yang bijaksana, meletakkan sesuatu pada tem­patnya, dapat mendidik pelajar mengikut kehendak Islam walaupunmereka mengajar subjek akademik selaras dengan konsep Islam yangsyumul dan sepadu serta tiada pemisahan di antara subjek agama denganakademik yang semucmya mempunyai matlamat yang satu iaitu untukmelahirkan pelajar yang soleh dan kami!.

Berakhlak

Pensyarah juga periu menghiasi diri dengan akhlak mulia sarna adaakhlak kepada Allah, manusia dan alam. Ini adalah mereka terdiri dari­pada golongan yang menjadi bahan perhatian kepada para pelajar untukdicontohi. Jika para pendidik tidak mempunyai akhlak yang mulia, makagagallah sistem pendidikan Islam.

Bertanggungjawab

Tugas sebagai pendidik adalah suatu amanah Allah kepada manusia.Oleh itll para pensyarah hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab yangtinggi untuk mendidik pelajar baik dari segi akademik, iman, akhlak,pembentukan jasmani, rohani dan mempersiapkan mental dan sosialmereka ke arah yang diredhai Allah S.W.t.. Pengabaian kepada tanggung­jawab tcrsebut akan menyebabkan golongan pelajar akan tercicir dalamsegala bidang sarna ada akademik dan akhlak.

65

Page 16: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 17: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 18: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke
Page 19: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

r/llinah Dibok, Abd Khalil Mohd Khalid, Ainun Jariah Mana! & Ruaain Mustari

perubahan yang positif kepada generasi pelajar yang dididik sebagaimanayang dikehcndaki oleh Islam. Lantaran itu ada pelajar yang tcrikut-ikutdengan gaya dan perwatakan pensyarah yang dikaguminya walaupunmereka sudah bekerja, seperti percakapan, pemikiran dan sebagainya.

Justeru, setiap pensyarah perlu mempersiapkan diri secara fizikal danspiritual agar dapat menjadi model yang terbaik kepada pelajar, seterus­nya ke arah pembentukan insan kamil.

Rujukan

Abdullah Mohd Basmch. (1991). Mastika hadis. Cetakan ketiga. Jilid 3.Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Al-Qur'an aI-Karim.

AI··Qardhawi, Yusuf. (1981). Ibadah dalam Islam. (Tlj. H. MuammalHamidy). Bangi: Pustaka Abd. Muis.

AI-Tabari, Abu Ja't~lr Muhammad bin Jarir. (U.). Jami' al-Bayan AL­Ta 'wi! al-Qur 'an.. Juz. 1. Misr: Dar al-Ma'arif.

Basmeib Sheikh Abdullah. (1973). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepadapengertian al-Qur 'an. JPM.

Che Bakar Che Mat. (U). Teras kefahaman Islam. Kelantan UiTMCawangan Kelantan.

Covey, S.R. (1989). The seven habits ofhighly effective people. NewYork: Simon and Schuster.

Haron Din. (2007). Islam rUjukan efektif akhlak mulia. Kuala Lum­pur :PTS Millennia.

Haron Din, Sulaiman Yasin & Hassan Salleh. (1990). Manusia dan Is­lam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Taimiyah. (1983). AI'ubudiyah. (Trj. Mu'ammal Hamidy ). Sin­gapura: Pustaka Nasional.

Idris Ahmad. (2005). Teks usrah peringkat pengenalan. Kuala Lumpur:Sarjana Media.

Kamariah Yusuf. (2005). fbadah: Pengertian, pembahagian dan keis-

69

.

Page 20: Kepentingan Pembangunan Spiritual di kalangan Pensyarah ke

Minalz Dibok, Abd Khalil Mohd Khalid, Ainull Jariah Mana! & Ruaain Mustari

timewaan. Kertas Kerja Bengkel Pemantapan Pengajaran CITU Uni­versiti Teknologi Mara Shah Alam.

Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri & Azali Mohamed. (2006). Tippendidik yang cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Dis­tributors Sdn Bhd.

Mustafa Abd Rahman. (1966). Hadis empat puluh (terjemahan). PulauPinang: The United Press.

Nasruddin Razak.(1982). Dienul Islam. Bandung: Pustaka al-Ma'arif.

Nik Mohd.Rosdi Nik Ahmad & Nik Kamaliah. (1997). Kenalilah AI­Islam. Kota Bharu: Pustaka Arnan Press.

Omar Mohd Hashim. (1993). Pendidikan: Persoalan, penyelesaian danharapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Udah Mohsin. ( 1987). Kesan ibadah dalam pembentukan akhlaq seo­rang Muslim. Shah Alam: Pustaka Hizbi.

Ulwan Abdullah Nasih. (1990). Pedoman pendidikan anak dalam Islam.(Trj. Abd.Nawhie Ulwan). Klang: Klang Book Centre.

Zenger, 1. H. & Folkman, J. (2005). Panduan untuk pemimpin. KualaLumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Zol Azlan Hamidin. (2000). Strategi pengajaran: Pendekatan sains,leknologi, lI1a~yarakat. Petaling Jaya: Prentice Hall.

MINAH DIBOK, ABD KHALIL MOHD KHALID & RUAAIN MUS­TARI, Centre of Islamic Thought and Understanding, UniversitiTeknologi MARA Pahang. [email protected],[email protected], [email protected]

ArNUN JARIAH MANAF, Fakulti Saius Gunaan, Universiti TeknologiMARA Pahang. [email protected]

70