universiti teknologi malaysia...persepsi pensyarah terhadap integrasi proses pembangunan kecerdasan...

25
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SESI PENGAJIAN : 2009/2010 Saya SITI NURHANES BINTI ZAILANI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 507, JALAN MENTARI DR ROHANA BINTI HAMZAH TMN. GELAM RIA 76400 TANJUNG KLING MELAKA TEL: 013-7192059 Tarikh: 19 April 2010 Tarikh: 19 April 2010 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 20-Mar-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya SITI NURHANES BINTI ZAILANI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 507, JALAN MENTARI DR ROHANA BINTI HAMZAH TMN. GELAM RIA 76400 TANJUNG KLING MELAKA TEL: 013-7192059 Tarikh: 19 April 2010 Tarikh: 19 April 2010

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan :……………………………………………………

Nama Penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH

Tarikh : 19 APRIL 2010

 

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES

PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI

MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010 

   

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

ii  

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : SITI NURHANES BINTI ZAILANI

Tarikh : 19 APRIL 2010

 

 

   

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

iii  

DEDIKASI

Untuk Seluruh Umat Manusia…

Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah s.w.t.

Dengan izin dan kebesaranNya mengurniakanku kekuatan untuk menyempurnakan

Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat penyeliaku yang amat dihormati Dr. Rohana Hamzah

Khas buat ayahanda dan bonda yang tercinta Hj. Zailani bin Hassan

&

Hjh. Senah bt. Ahmad

Di atas pengorbanan, kesabaran dan sokongan padu kepada perjuanganku.

Kekanda dan adinda tersayang, Siti Nursalwa

Ahmad Izzat

Ahmad Iffan

Ahmad Imman

Terima kasih di atas segala kefahaman dan pengorbanan kalian.

Untuk sahabat yang sudi menemani perjalanan sementara ini Azri, Erma Sharina, Nur Syazana, Hanim, Norazwani, Khairunnisa, rakan-rakan seliaan Dr.

Rohana dan seluruh mahasiswa/i kursus SPJ 2006-2010

Terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian.

Semoga ukhwah ini kekal berpanjangan.

   

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

iv  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dirafa’kan ke hadrat Allah s.w.t, Tuhan semesta alam, Yang

Menguasai kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya kerana dengan

limpah rahmat dan kasih sayangNya, maka saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Selawat dan

salam ke atas Junjungan Mulia, kekasih Allah, Rasullullah s.a.w serta para sahabat baginda.

Teristimewa buat ayahanda yang dikasihi, Zailani bin Hassan dan bonda tercinta Senah

binti Ahmad yang telah banyak berkorban mendidik dan membimbing saya sedari kecil hingga

kini. Tidak lupa kepada kakak dan adik-adik di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang

dicurahkan selama ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan. Moga Allah s.w.t

melimpahkan rahmatNya buat kami seisi keluarga.

Terima kasih juga buat seluruh pensyarah, guru-guru yang pernah mendidik khasnya

penyelia projek, Dr. Rohana binti Hamzah kerana banyak memberi panduan, sokongan dan

nasihat di dalam melaksanakan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan ditujukan buat teman-teman seperjuangan, yang dekat mahupun

yang jauh khasnya mahasiswa/i kursus SPJ di atas sokongan moral, semangat, idea serta kritikan

membina sehingga terhasilnya penulisan kajian ini.

Terima kasih juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik kalian.

Siti Nurhanes binti Zailani,

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal),

Universiti Teknologi Malaysia,

2006-2010.

   

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

v  

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pembangunan kecerdasan

spiritual melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Pendidikan

Teknik dan Vokasional. Pembolehubah yang dikaji adalah melibatkan kefahaman

responden mengenai pembangunan kecerdasan spiritual, pelaksanaan, kepentingan, serta

masalah dan cadangan dalam membangunkan kecerdasan spiritual ini. Pensyarah dari

Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Kajian ini berbentuk kualitatif

di mana perolehan data akan dilakukan melalui kaedah temubual. Satu set soalan

temubual berstruktur yang telah disahkan oleh dua pensyarah digunakan sebagai

instrumen kajian. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis secara kritikal oleh

penyelidik bagi mendapatkan pandangan menyeluruh kesemua responden. Hasil dapatan

menunjukkan responden ada menerapkan elemen pembangunan kecerdasan spiritual

dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung. Terdapat juga

responden yang kurang faham akan maksud sebenar kecerdasan spiritual. Penerapan

elemen pembangunan kecerdasan spiritual ini dikatakan penting dan boleh dilaksanakan

serta menjadi tanggungjawab semua pensyarah bagi merealisasikannya. Beberapa

cadangan dikemukakan bagi meningkatkan kefahaman pensyarah terhadap proses

integrasi pembangunan spiritual dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Ini

adalah kerana kefahaman pensyarah akan meningkatkan kemungkinan perkembangan

potensi spiritual di kalangan pelajar di JPTK.

   

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

vi  

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the development of spiritual quotient

throughout teaching and learning process in Technical and Vocational Education. The

variables that have been studied were respondents’ understanding towards spiritual

quotient development, the implementation, importance, also problems and suggestion

for developing this spiritual quotient. Lecturers from Technical and Engineering

Department, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia have been chosen as

the respondents. This study was designed as a qualitative research whereas data

collection has been done using the interview approach. A set of structured interview

questions which had been validated by two lecturers has been used as the research

instrument. The collected data has been critically analyzed by researcher to obtain

respondents’ general view. The findings show that the respondents do integrate the

element of spiritual quotient development in teaching and learning process indirectly.

There are also respondents who don’t really understand the meaning of spiritual

quotient. The findings also indicate that the implementation of spiritual quotient element

development is important and can be implement through TVE programme. This can be a

responsibility of all lecturers to integrate throughout teaching and learning activities.

Several suggestions were forwarded so that lecturers’ understanding towards the

integration of spiritual development in technical and vocational education field can be

increased. This is because the lecturers’ understanding about spiritual development will

increase the possibility of spiritual potential development among students in JPTK.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

vii  

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN MUKASURAT 1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATARBELAKANG MASALAH 5

1.3 PENYATAAN MASALAH 7

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 7

1.5 PERSOALAN KAJIAN 8

1.6 SKOP KAJIAN 9

1.7 BATASAN KAJIAN 9

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN 10

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

viii  

1.9 DEFINISI ISTILAH 11

1.9.1 Definisi Spiritual 11

1.9.2 Definisi Pendidikan Teknik dan Vokasional 13

1.9.3 Definisi Pensyarah 14

1.9.4 Definisi Matapelajaran 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKASURAT

2.1 PENGENALAN 15

2.1.1 Pendidikan Teknik dan Vokasional 15

2.1.2 Model Perkembangan Manusia 17

2.2 TINJAUAN KAJIAN 18

2.2.1 Konsep Spiritual Dalam Islam 18

2.2.2 Kajian Dari Perspektif Islam 24

2.3 PENUTUP 25

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN 26

3.1 REKABENTUK KAJIAN 27

3.2 POPULASI KAJIAN 27

3.3 INSTRUMEN KAJIAN 28

3.4 PROSEDUR KAJIAN 28

3.5 KAEDAH ANALISIS DATA 31

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

ix  

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN 32

4.2 ANALISIS DATA 33

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 33

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 36

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 38 

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 44

4.2.5 Analisis Persoalan Kajian 5 48

4.2.6 Analisis Persoalan Kajian 6 56

4.2.7 Analisis Persoalan Kajian 7 58

4.3 PENUTUP 61

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN 62

5.2 RUMUSAN KAJIAN 63

5.3 PERBINCANGAN KAJIAN 64

5.3.1 Tujuan Pendidikan Teknik dan Vokasional 65

5.3.2 Kefahaman Responden Terhadap Pembangunan

Kecerdasan Spiritual 65

5.3.3 Tahap Kebolehlaksanaan Proses Pembangunan

Kecerdasan Spiritual 66

5.3.4 Kepentingan Proses Pembangunan Kecerdasan Spiritual 66

5.3.5 Pelaksanaan Proses Pembangunan Kecerdasan Spiritual

dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 67

5.3.6 Masalah dalam Membangunkan Kecerdasan Spiritual

Pelajar 68

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

x  

5.3.7 Cadangan Dalam Pembangunan Kecerdasan Spiritual Pelajar

Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran 69

5.4 CADANGAN KAJIAN 69

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 71

5.5 PENUTUP 72

RUJUKAN 73

LAMPIRAN A & B 77

 

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

xi  

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKASURAT

Jadual 4.1 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 1 33

Jadual 4.2 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 1 35

Jadual 4.3 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 2 36

Jadual 4.4 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 2 37

Jadual 4.5 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 3 39

Jadual 4.6 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 3 39

Jadual 4.7 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 4 40

Jadual 4.8 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 4 40

Jadual 4.9 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 5 41

Jadual 4.10 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 5 42

Jadual 4.11 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 6 44

Jadual 4.12 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 6 45

Jadual 4.13 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 7 46

Jadual 4.14 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 7 47

Jadual 4.15 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 8 48

Jadual 4.16 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 8 49

Jadual 4.17 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 9 50

Jadual 4.18 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 9 51

Jadual 4.19 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 10 52

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

xii  

Jadual 4.20 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 10 53

Jadual 4.21 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 11 54

Jadual 4.22 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 11 54

Jadual 4.23 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 12 56

Jadual 4.24 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 12 57

Jadual 4.25 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 13 58

Jadual 4.26 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 13 60

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

xiii  

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKASURAT

Rajah 2.1 Rajah konsep kecerdasan dalam individu 17

Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 30

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

xiv  

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

FP Fakulti Pendidikan

UTM Universiti Teknologi Malaysia

s.w.t subhanahu wataala

s.a.w salallahualaihiwasallam

r.a radhiallahu ’anha

IQ Inteligence Quotient / Kecerdasan akal

EQ Emotion Quotient / Kecerdasan emosi

SQ Spiritual Quotient / Kecerdasan spiritual

 

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

xv  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Soalan Temubual

B Hasil Temubual Responden

 

 

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Pada awal abad ke-20, “Intelligent Quotient” (IQ) atau kecerdasan intelektual

merupakan satu penemuan yang amat besar dalam konteks untuk mengenalpasti potensi

kejayaan seseorang individu. Ianya telah menjadi isu hangat dan menjadi tumpuan

semua pengkaji-pengkaji di dalam bidang sains sosial dan psikologi iaitu kajian dari segi

pengukuran tahap IQ bagi seseorang individu dan kesannya ke dalam kehidupan

seharian mereka. Pada masa tersebut, ramai yang menganggap bahawa potensi untuk

cemerlang dan berjaya bergantung sepenuhnya kepada tahap IQ yang dimiliki oleh

individu. IQ bermaksud kebolehan individu berfikir secara analitikal dan kritikal. Dalam

penilaian IQ, diperakui seseorang individu yang tangkas mindanya, pintar, mudah

menerima dan menyerap ilmu pengetahuan dan efisien dalam menangani permasalahan,

individu tersebutlah yang layak memegang jawatan penting ataupun terpilih untuk

memasuki sesuatu institusi atau organisasi (Mohd. Azhar et al.,2004).

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

2  

Masalah yang terus mengancam kebahagiaan hidup manusia seperti peperangan,

pencemaran alam sekitar, diskriminasi, masalah sosial, jenayah, konflik keluarga dan

sebagainya mewujudkan kesedaran di dalam masyarakat bahawa kepintaran intelektual

(IQ) bukanlah satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan penentu kebahagiaan

hidup. Fakta yang tidak dapat disangkal ialah, kebanyakan masyarakat di barat terus

mencari makna kehidupan yang mampu memenuhi konsep kewujudan diri mereka di

alam semesta ini. Dunia barat kini sedang diamuk oleh kegelisahan rohani, kerana

kebanyakan orang di sana telah kehilangan pegangan. Padahal seperti diketahui, dewasa

ini dunia barat berada di puncak ilmu pengetahuan (Humaidi, 1983).

Situasi yang sama turut berlaku di dalam sistem pendidikan. Masalah moral dan

etika seperti konflik interpersonal amat membimbangkan sekalipun tenaga pengajar

yang diambil dan pelajar yang dipilih terdiri daripada mereka yang mempunyai

pendidikan serta IQ yang tinggi.

Oleh sebab itu, pada tahun 1995, muncul pula konsep kecerdasan emosi

(Emotional Quotient, EQ) yang dipelopori oleh Daniel Goleman. Beliau menekankan

bahawa untuk cemerlang dalam semua bidang kehidupan, manusia perlu bergantung

kepada kemahiran emosi (EQ) sama seperti kemahiran kognitif dalam IQ. EQ meliputi

aspek kesedaran, kawalan diri dan kemampuan bersama orang lain dengan baik. EQ juga

merujuk kepada kemampuan mengungkap dan mengenali perasaan diri sendiri dan juga

perasaan orang lain (Ary Ginanjar, 2001). Kesedaran baru berkenaan betapa pentingnya

EQ mencetuskan begitu banyak kajian yang berkaitan dengan emosi manusia.

Tidak cukup dengan EQ, pengkaji barat terus ghairah meneroka potensi makhluk

ciptaan Tuhan yang bergelar manusia ini dan hasilnya pada tahun 2001, Danah Zohar

memperkenalkan pula konsep kecerdasan spiritual (Spiritual Intelligence, SQ) di dalam

bukunya “Spiritual Intelligence – The Ultimate Intelligence”. Menurut Zohar et al.

(2000), SQ adalah kemuncak bagi segala kecerdasan yang menentukan kejayaan

individu dalam hidupnya.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

3  

Akibat ghairah mengejar kehidupan dan kebendaan, manusia seringkali terlupa

bahawa aspek ini merupakan aspek yang menjadi jawapan kepada segala persoalan di

dalam kehidupan mereka. Spiritual merupakan satu aspek kepercayaan yang terdapat

dalam diri individu untuk digunakan dan diaplikasikan di mana-mana sahaja. Ia bukan

sahaja apa yang kita pelajari atau bagaimana sikap kita tetapi juga mengapa kita

melakukan sesuatu perkara.

Menurut sebahagian ahli kerohanian Islam (para sufi), bahawa apa yang

dimaksudkan dengan “jiwa” ialah keadaan roh setelah bercampur dengan jasad.

Percampuran ini menyebabkan roh terpengaruh dengan suasana jasad, keperluan-

keperluan dan keinginan-keinginannya (Said Hawwa, 1979).

Kebanyakan atau mungkin keseluruhan ilmu-ilmu yang ditemui dan dihasilkan di

barat berpaksikan pada akal semata-mata tanpa melibatkan faktor ketuhanan dan

keagamaan. Pemisahan agama dari kerangka kehidupan menyebabkan timbulnya

pelbagai masalah, kecelaruan mental, emosi dan rohani. Ini mungkin disebabkan faktor

utama yang mempengaruhi perkembangan tamadun dunia barat dan Eropah iaitu

Renaissance (Zaman Pembaharuan).

Revolusi Zaman Pembaharuan ini telah melahirkan satu transformasi dan

perubahan dalam konsep manusia terutamanya berhubung dengan penafian konsep roh

(Syed Omar, 1997). Natijahnya, pemikir barat masih mencari makna kewujudan alam

dan diri sendiri. Penemuan ilmu-ilmu seperti EQ dan SQ membuktikan pernyataan ini.

Hal ini berbeza sekali dengan agama Islam. Islam adalah ‘ad-din’ atau cara hidup yang

jelas, Lengkap dan sempurna sebagai panduan manusia untuk mencapai kebahagiaan di

dunia dan akhirat.

Dalam Islam, kecerdasan spiritual (SQ) bermaksud tahap hubungan hamba

(manusia) dengan Pencipta Yang Esa, Allah s.w.t. iaitu dengan mematuhi segala

perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT. SQ juga boleh digambarkan sebagai

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

4  

tahap kesedaran, penghayatan dan komitmen individu terhadap agama atau lebih tepat

disebut iman seseorang. Elemen spiritual atau rohani amat mempengaruhi tindakan

individu dalam apa jua perkara termasuk bidang kerjanya. Pelbagai masalah yang

berlaku dalam sistem pendidikan hari ini boleh dikatakan berpunca daripada rendahnya

tahap kesedaran dan kecerdasan spiritual (SQ) di kalangan pendidik dan pelajar.

Spiritual merupakan suatu elemen yang penting dan ia menjadi salah satu faktor

pendorong dalam membawa kualiti terhadap prestasi optimum pendidik. Hal ini

disebabkan pendidik yang mempunyai tahap kecerdasan spiritual yang optimum, akan

mendidik dengan jujur, ikhlas, amanah dan tekun. Maka, nilai-nilai murni yang lahir

daripada pendidik menjadikan prestasi mereka bertambah baik dan melahirkan graduan-

graduan yang cemerlang. Lebih-lebih lagi apabila pendidik tersebut adalah seorang

Muslim, kecerdasan spiritual yang optimum akan mendorong mereka melaksanakan

tanggungjawab dengan sempurna. Ini adalah kerana kefahaman mereka bahawa

mendidik sebagai salah satu ibadah dan mereka yakin akan mendapat ganjaran pahala

dari Allah SWT.

Justeru kajian ini memberi penekanan kepada pembangunan kecerdasan spiritual

(SQ) dalam pendidikan. Kajian ini cuba mengenalpasti tahap pembangunan kecerdasan

spiritual (SQ )serta pelaksanaannya di kalangan pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

5  

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Manusia yang diciptakan sempurna oleh Allah SWT hakikatnya terdiri daripada

dua unsur utama iaitu fizikal dan spiritual atau dalam istilah yang lebih mudah disebut

jasmani dan rohani. Justeru itu dalam perbahasan mengenai pembangunan manusia,

aspek jasmani dan rohani perlulah diseimbangkan. Aspek rohani memerlukan penjagaan

sebagaimana aspek jasmani (tubuh badan) tetapi dalam kaedah yang berbeza.

Ketidakseimbangan di antara keduanya akan menghasilkan suatu natijah yang tidak baik

dan buruk bagi manusia.

Mohd Yusuf Othman (1998) menyatakan bahawa membangunkan sumber

manusia bererti membangun potensi manusia secara keseluruhannya, bersepadu dan

seimbang antara tuntutan rohani, jasmani, emosi dan intelek. Namun begitu, kebanyakan

institusi lebih memberi fokus kepada kemahiran pelajar dengan mengabaikan aspek

pembangunan rohani di dalam objektif pembelajaran.

Peranan ilmu pengetahuan dan kemahiran sememangnya tidak dapat disangkal

dalam pembentukan graduan yang cemerlang. Namun, ilmu dan kemahiran tanpa

disertai asas kerohanian dan spiritual yang kukuh akan menyebabkan graduan-graduan

ini terjerumus ke dalam tingkahlaku yang negatif. Elemen spiritual merupakan dinding

yang paling kebal menahan individu daripada melakukan perkara atau tingkahlaku

negatif. Aspek ini perlu dipelihara sama seperti kita menjaga jasmani dan tubuh badan

malah perlu lebih diutamakan.

Kecerdasan spiritual adalah rendah dalam masyarakat moden hari ini. Manusia

hidup di dalam budaya spiritual yang ‘bisu’, yang dibentuk oleh materialistik,

mementingkan diri sendiri, kurang makna dan komitmen (Zohar et al., 2000).

Penghayatan yang rendah terhadap agama menyebabkan spiritual atau roh manusia

berada di dalam keadaan ‘sakit’. Akibatnya berlaku penyimpangan dalam tingkahlaku,

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

6  

perbuatan, sikap dan etika dalam apa jua bidang kehidupan termasuk pembangunan

insan dan pendidikan.

Mohd. Sulaiman (1992) menyatakan bahawa masyarakat kini sedang mengalami

penyakit akhlak yang boleh dikatakan parah dan tenat dalam semua bidangnya. Oleh itu

boleh dikatakan bahawa pelbagai masalah yang timbul dalam kehidupan hari ini

termasuk di institusi pengajian berpunca daripada kurangnya tahap kecerdasan spiritual

(SQ) dalam diri individu itu sendiri. Masalah ‘penyakit’ dan amalan pengajaran dan

pembelajaran yang tidak sihat turut dialami di peringkat pengajian tinggi. Pada

pandangan sesetengah pihak, sikap negatif seperti datang lewat ke kelas, ambil ringan

dan menangguhkan kerja serta tidak melibatkan diri dalam kelas adalah perkara remeh

dan kecil. Namun begitu dalam Islam setiap perkara yang baik dititikberatkan dan perlu

dilaksanakan dengan sempurna. Dalam Islam, setiap orang mempunyai kewajipan untuk

melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran (amar makruf, nahi mungkar) pada

setiap masa dan dalam setiap perkara. Ini kerana Allah SWT telah berjanji akan

membalas setiap perbuatan baik dan buruk manusia di atas dunia ini walaupun ianya

sekecil zarah.

Kecerdasan spiritual (SQ) akan menentukan sikap, tingkahlaku dan etika

individu dalam semua perkara. Begitu juga dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Etika yang diamalkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung

kepada tahap SQ dan pandangan hidup seseorang. Justeru, adalah penting bagi setiap

institusi berusaha secara berterusan meningkatkan tahap SQ tenaga pengajar mereka.

Oleh itu satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap SQ dan usaha menerapkan

elemen tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran menurut perspektif Islam yang

diamalkan oleh tenaga pengajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Walaupun ianya agak rumit

untuk dikaji, diharapkan hasil kajian dapat memberi gambaran secara umum kepada

pensyarah, pentadbir fakulti serta pihak pengurusan dan pentadbiran universiti mengenai

pembangunan kecerdasan spiritual dan kepentingannya.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

7  

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui tujuan Pendidikan Teknik dan

Vokasional sebagai salah satu kursus yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia. Kemudiannya, menganalisis kefahaman responden tentang proses

pembangunan kecerdasan spiritual. Pengkaji juga ingin mengetahui sejauhmana

pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan mengamalkan

proses pembangunan spiritual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-

masalah yang timbul dalam usaha menerapkan pembangunan kecerdasan spiritual ketika

sesi kuliah juga turut sama dibincangkan oleh pengkaji. Akhir sekali, pengkaji ingin

mengetahui segala cadangan serta usul-usul yang berkaitan dalam usaha menerapkan

pembangunan kecerdasan spiritual ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran Teknik dan Vokasional oleh pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan melibatkan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Bagi mencari

penyelesaian kepada permasalahan kajian yang dinyatakan di atas, beberapa objektif

kajian telah dibina secara khusus seperti berikut:

1. Mengenalpasti tahap persepsi Pendidikan Teknik dan Vokasional berdasarkan

kefahaman pensyarah.

2. Mengenalpasti kefahaman responden mengenai pembangunan spiritual dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di JPTK.

3. Mengenalpasti tahap kebolehlaksanaan proses pembangunan spiritual melalui

proses pengajaran dan pembelajaran di JPTK.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN KECERDASAN SPIRITUAL MELALUI MATAPELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SITI NURHANES BINTI HJ ZAILANI

8  

4. Mengenalpasti kepentingan proses pembangunan spiritual melalui proses

pengajaran dan pembelajaran di JPTK.

5. Mengenalpasti amalan dan pelaksanaan proses pembangunan spiritual di

kalangan pensyarah di JPTK.

6. Mengenalpasti masalah dalam membangunkan kecerdasan spiritual pelajar

melalui matapelajaran Teknik dan Vokasional oleh pensyarah di Jabatan

Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan UTM.

7. Mengenalpasti cadangan proses pembangunan kecerdasan spiritual melalui

matapelajaran Teknik dan Vokasional oleh pensyarah JPTK.