kepentingan kerohanian dalam meningkatkan · pdf filemasyarakat.profesion pensyarah ......

7
Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014 110 KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN KEPUASAN BEKERJA PENSYARAH Oleh : Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda & Shazarina Binti Zdainal Abidin Abstrak Kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan, rasa bertanggungjawab kepada pencipta dan menghayati nilai-nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan seharian.Kerohanian juga merupakan salah satu aspek yang membentuk kecerdasan emosi manusia sebagaimana yang diketengahkan dalam Model Kecerdasan Emosi Goleman-Noriah (2005).Kerjaya pensyarah merupakan kerjaya yang terdiri daripada pelbagai cabaran samada dari segi emosi dan juga fizikal.Pensyarah yang memiliki kematangan yang tinggi dapat meningkatkan prestasinya dalam pekerjaan sekaligus meningkatkan kepuasan dalam bekerja. Oleh yang demikian kertas kerja ini akan membincangkan mengenai bagaimana aspek kerohanian dalam membantu kepuasan kerja pensyarah. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja juga turut dibincangkan. Kata kunci ; Kerohanian, Kepuasan Bekerja & Pensyarah PENDAHULUAN Peranan dan tanggungjawab golongan pensyarah yang semakin kompleks dan mencabar menyebabkan mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam usaha untuk mencapai kepuasan dalam kerjaya, seterusnya mampu memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Menyedari hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah, satu aspek yang tidak kurang pentingnya dan perlu ditekankan ialah keupayaan mereka mempertingkatkan tahap kerohanian dalam menghadapi cabaran kerjaya mereka. Menurut Noriah (2005), kesedaran kerohanian digambarkan menerusi konsep keredhaan, rasa bertanggungjawab kepada pencipta dan berkebolehan menghayati nilai-nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan seharian. Kesedaran yang tinggi terhadap tujuan utama (niat) akan membimbing pensyarah untuk berhati-hati dan sentiasa berada di atas landasan yang betul ketika menjalankan tanggungjawab mendidik pelajar. Pensyarah yang menghayati nilai kerohanian yang tinggi akan sentiasa jujur dan istiqamah, tekun dan aktif menjalankan tanggungjawab tanpa memikirkan ganjaran material. Mereka juga sentiasa kelihatan tenang, berhati-hati dan tidak mengenal erti putus asa, walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi kegagalan atau kekecewaan. Semua tindakan tersebut merupakan manifestasi keyakinan yang mantap terhadap konsep kebaikan dan keburukan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Barang siapa yang Tuhan kehendaki akan diberi kepadanya petunjuk iaitu dilapangkan dadanya untuk kebaikan. Dan barang siapa yang dikehendaki Tuhan kepada kesesatan, nescaya dijadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah mendaki ke langit al-An’am 6:125

Upload: trinhhanh

Post on 25-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

110

KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN KEPUASAN BEKERJA

PENSYARAH

Oleh :

Tengku Elmi Azlina Binti Tengku Muda & Shazarina Binti Zdainal Abidin

Abstrak

Kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan, rasa bertanggungjawab kepada pencipta dan

menghayati nilai-nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan seharian.Kerohanian juga

merupakan salah satu aspek yang membentuk kecerdasan emosi manusia sebagaimana yang

diketengahkan dalam Model Kecerdasan Emosi Goleman-Noriah (2005).Kerjaya pensyarah

merupakan kerjaya yang terdiri daripada pelbagai cabaran samada dari segi emosi dan juga

fizikal.Pensyarah yang memiliki kematangan yang tinggi dapat meningkatkan prestasinya dalam

pekerjaan sekaligus meningkatkan kepuasan dalam bekerja. Oleh yang demikian kertas kerja ini

akan membincangkan mengenai bagaimana aspek kerohanian dalam membantu kepuasan kerja

pensyarah. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja juga turut dibincangkan.

Kata kunci ; Kerohanian, Kepuasan Bekerja & Pensyarah

PENDAHULUAN

Peranan dan tanggungjawab golongan pensyarah yang semakin kompleks dan mencabar

menyebabkan mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran dalam usaha untuk mencapai kepuasan dalam kerjaya, seterusnya mampu

memberikan komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Menyedari

hakikat terhadap tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah, satu aspek

yang tidak kurang pentingnya dan perlu ditekankan ialah keupayaan mereka mempertingkatkan

tahap kerohanian dalam menghadapi cabaran kerjaya mereka.

Menurut Noriah (2005), kesedaran kerohanian digambarkan menerusi konsep keredhaan, rasa

bertanggungjawab kepada pencipta dan berkebolehan menghayati nilai-nilai agama dalam

menghadapi masalah kehidupan seharian. Kesedaran yang tinggi terhadap tujuan utama (niat)

akan membimbing pensyarah untuk berhati-hati dan sentiasa berada di atas landasan yang betul

ketika menjalankan tanggungjawab mendidik pelajar. Pensyarah yang menghayati nilai

kerohanian yang tinggi akan sentiasa jujur dan istiqamah, tekun dan aktif menjalankan

tanggungjawab tanpa memikirkan ganjaran material. Mereka juga sentiasa kelihatan tenang,

berhati-hati dan tidak mengenal erti putus asa, walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi

kegagalan atau kekecewaan. Semua tindakan tersebut merupakan manifestasi keyakinan yang

mantap terhadap konsep kebaikan dan keburukan sebagaimana firman Allah SWT yang

bermaksud:

Barang siapa yang Tuhan kehendaki akan diberi kepadanya petunjuk iaitu

dilapangkan dadanya untuk kebaikan. Dan barang siapa yang dikehendaki Tuhan

kepada kesesatan, nescaya dijadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah

mendaki ke langit

al-An’am 6:125

Page 2: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

111

Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa betapa penting tahap kerohanian yang tinggi

dalam kalangan pensyarah dalam memastikan golongan ini merasa puas dengan kerjaya yang

diceburinya sekaligus dapat meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta

tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepada pensyarah.

PENYATAAN MASALAH

Ali Khomsan (2004) berpendapat pekerjaan pensyarah di universiti merupakan suatu profesion

yang amat mencabar.Pertamanya, kerjaya ini tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas

antara masa bekerja dan masa tidak bekerja.Selain daripada mengajar di waktu pagi, pensyarah

dikehendaki datang ke kampus pada waktu petang, di hujung minggu dan di hari cuti. Seseorang

pensyarah dituntut untuk menjalankan aktiviti kokurikulum seperti kegiatan projek penyelidikan,

pembentangan projek, tesis, seminar-seminar, serta kegiatan perkhidmatan kepada

masyarakat.Profesion pensyarah juga mempunyai peranan tersirat, di mana di dalamnya

terkandung peranan sosial yang sangat penting yakni, sebagai seseorang intelektual di tengah

masyarakat. Selain dari meluluskan pelajar dalam kursus-kursus perkuliahan, adalah menjadi

satu kewajipan pensyarah untuk memastikan pelajar atau anak didiknya menjadi seorang sarjana

muda, sarjana, dan doktor falsafah yang berupaya menubuhkan kebebasan, mencari kebenaran

ilmiah, serta mampu berkomunikasi dan memberi keadilan dalam perubahan sosial masyarakat.

Pensyarah juga terdedah kepada berbagai isu persekitaran kerja yang melibat dirinya dan sistem

pentadbir universiti, rakan sekerja, serta pelajar.Kepelbagaian isu yang dihadapi mungkin

dianggap sebagai cabaran kerja yang dinamik oleh sesetengah pensyarah, manakala bagi

sesetengah yang lain, tekanan ini mungkin mencetus emosi, sehingga menggugat kesejahteraan

diri dan prestasi kerja individu mahupun kumpulan.

Kajianberkaitan kecerdasan emosi ke atas pensyarah di Malaysia yang dijalankan oleh Mohd.

Najib (2000) menunjukkan kestabilan emosi pensyarah-pensyarah di salah sebuah fakulti

pendidikan adalah di tahap sederhana dan tidak menonjol.Menurut beliau, pensyarah perlu

mempunyai kesedaran emosi yang tinggi memandangkan mereka merupakan pendidik kepada

bakal-bakal guru. Kestabilan emosi pensyarah akan memberikan kesan terhadap keberkesanan

latihan yang mereka berikan kepada bakal-bakal guru tersebut. Kerohanian merupakan salah satu

aspek dalam kercerdasan emosi.Oleh yang demikian hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa

pensyarah-pensyarah di Malaysia perlu memiliki kerohanian yang tinggi bagi membolehkan diri

mereka berusaha untuk memupuk kecemerlangan dalam kecerdasan emosi.Ini boleh

digambarkan melalui kata-kata Bowell (2004:9) sebagai:

A more harmonious integration af reason and passion in the ability to access

spiritual intelligence (SQ) can be deliberately developed and that will in turn

recruit IQ and EQ into a superior association.

Melalui perbincangan diatas jelaslah menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi dalam kerjaya

pensyarah menunjukkan mereka memerlukan tahap kerohanian yang tinggi dan sekaligus tahap

kecerdasan emosi.Kecekapan yang sederhana dan rendah boleh menjejaskan kualiti

profesionalisme pensyarah itu sendiri dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta

tugas-tugas lain. Oleh yang demikian, fokus perbincangan kertas kerja ini memfokuskan peranan

kerohanian dalam membentuk kepuasan kerja pensyarah. Secara jelasnya hati dan jiwa seorang

pensyarah perlu ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab dan menghadapi

tugasan sehariannya. Dengan ketelusan dan keikhlasan akan terhasillah kepuasan terhadap

kerjaya yang diceburi.

Page 3: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

112

KEROHANIAN

Frank dalam Danah dan Marshall (2001) mendefinisikan kerohanian sebagai pengembangan

fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya terkandung nilai-nilai-nilai seperti 1) nilai

kreatif, 2) nilai pengalaman, dan 3) nilai sikap. Makna yang diperolehi oleh manusia akan

menjadikan dirinya seorang yang memiliki kebebasan rohani iaitu kebebasan dari godaan nafsu

serakah dan persaingan dalam konflik terhadap tanggungjawab tuhan,diri dan orang lain.

Covey (2005) menyatakan bahawa kerohanian dapat membantu mencerna dan memahami

prinsip-prinsip sejati yang merupakan bahagian nurani kita, mendorong seseorang agar bekerja

dengan ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa yang bersih.

Kecekapan kerohanian sebenarnya boleh dipupuk dan dilatih dan hasilnya akan menyebabkan

manusia dapat merasa bahagia dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan tanpa

rasa tertekan oleh pihak lain (Yosep, 2005).

KEPUASAN KERJA

Menurut Elm dan Nicholas (1993) kepuasan kerja merupakan hasil daripada pengalaman yang

berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka terhadap pekerjaan.Giligan (1992)

mendefinisikan kepuasan kerja sebagai istilah umum mengenai sesuatu keadaan dimana

keperluan pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang selalu berubah-ubah.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja individu dipengaruhi oleh beberapa faktor.Menurut Callan (1993), dua faktor

yang mempengaruhi kepuasan kerja adalah faktor organisasi tempat bekerja atau faktor personal

yang berhubungan dengan trait personaliti. Dari aspek faktor organisasi, seseorang pekerja akan

mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi jika sistem gaji dirasakan cukup adil, ada promosi

kenaikan pangkat secara adil, mempunyai kepercayaan kepada pemimpin dan sentiasa

mempunyai penyeliaan, tidak dibebani dengan pekerjaan yang berlebihan dan tidak

membebankan ( Melamed et.al. 1995). Faktor personal pula adalah berkaitan dengan

pengalaman dan jawatan dalam organisasi. Semakin lama seseorang bekerja dalam bidangnya

semakin tinggi status jawatannya maka semakin tinggi tingkat kepuasan yang dirasakannya,

(zeitz, 1990). Selain daripada itu, jika pekerjaannya semakin bersesuaian dengan minatnya maka

semakin besar kepuasan kerja yang diperolehinya (Fricko & Beehr, 1992).

Seterusnya Smith et.al (1975) telah membincangkan mengenai faktor kepuasan kerja secara

terperinci iaitu situasi pekerjaan sekarang, gaji yang diterima, peluang kenaikan pangkat, rakan

sekerja, penyeliaan dan sokongan dalam melaksanakan tugas dan pekerjaan sampingan. Berikut

merupakan huraian mengenai aspek tersebut:-

a) Situasi pekerjaan sekarang. Ia merupakan tugas-tugas dalam pekerjaan samada

menyeronokkan, mengecewakan atau mempunyai kepelbagaian tugas yang perlu

dilaksanakan.

Page 4: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

113

b) Gaji. Ianya merujuk kepada samada terdapat gaji terhadap kerja yang dilakukan atau gaji

yang diterima mencukupi atau tidak. Gaji merupakan aspek yang penting dalam

memastikan pengekalan rasa kepuasan kerja kerana manusia memenuhi keperluan

hariannya melalui gaji yang diterima.

c) Penyeliaan. Ianya merujuk kepada penyeliaan dari orang tertinggi dalam organisasi dari

segi kecekapan dan keadilan ketika membuat penyeliaan.

d) Rakan sekerja. Ianya merujuk kepada interaksi individu dengan rakan sekerjanya.

Hubungan yang mesra dan akrab serta saling membantu akan memberi kesan kepada

kepuasan kerja seseorang.

e) Peluang kenaikan pangkat. Ianya merupakan peluang untuk mendapatkan kedudukan

jawatan yang lebih baik. Kenaikan pangkat akan memberi peluang kepada seseorang

untuk terus menunjukkan prestasinya dengan lebih baik.

f) Pekerjaan sampingan. Ianya merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan untuk

peningkatan pengalaman dan kewangan seseorang dalam profesionnya.

Faktor-faktor kepuasan kerja sebagaimana yang dinyatakan diatas boleh mempengaruhi

kepuasan kerja pensyarah. Oleh yang demikian peranan daripada pelbagai pihak seperti

organisasi tempat bekerja agar sentiasa prihatin terhadap kebajikan pekerjanya adalah sangat

penting.

KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MEMBENTUK KEPUASAN KERJA

PENSYARAH

Menurut Zuhri (2001), kerohanian adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung

dengan Tuhan. Seseorang individu perlu mengamalkan kerohanian dalam diri agar mampu

mencipta makna dan jiwa yang bahagia (Seminar Psikologi, 2005). Pekerja yang gembira dengan

kerja yang dilakukan akan dapat mewujudkan sesuatu yang memuaskan hati dalam bekerja

sekaligus kerja yang dilakukan tersebut memberi makna kepadanya.Kecekapan kerohanian

merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam kecerdasan emosi.

Dalam konteks kerjaya sebagai pensyarah, seandainya hubungannya dengan Allah baik, maka

didapati hubungannya dengan manusia juga akan baik. Ini kerana kekuatan kerohanianakan

memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri mereka. Dengan adanya kekuatan

kerohanian, ia menjadikan seseorang mampu melihat serta mengawal tingkahlaku seterusnya

merasai kehidupan yang bermakna. Kekuatan kerohanian juga dapat menghadirkan rasa tenang,

damai dan ikhlas dan seterusnya mendorong pensyarah melakukan kebaikan terutamanya dalam

menjalani tanggungjawab serta tugas harian. Pensyarah yang mempunyai kerohanian yang tinggi

akan sentiasa menyempurnakan amal ibadatnya dengan sempurna, menjaga dan memperbaiki

kesilapannya, sentiasa menilai kekurangan dan kelemahan dan menerima apa jua pandangan dan

juga kritikan demi meningkatkan lagi tahap profesionalisme diri. Seseorang pensyarah juga akan

berusaha menjaga lidahnya untuk menggunakan kata-kata yang elok samaada dengan rakan

sejawat mahupun dengan pelajar. Dengan cara ini hubungan sesama pelajar dan rakan sejawat

akan sentiasa harmoni tanpa sebarang pertelingkahan dan kecil hati. Suasana harmoni akan

membangkitkan rasa berpuas hati terhadap pekerjaan

Kecekapan kerohanian yang tinggi mampu membentuk personaliti pensyarah supaya kekal

berfikiran positif dalam menghadapi urusan seharian terutama urusan yang melibatkan situasi-

situasi yang sukar dalam pekerjaan.Kajian-kajian menunjukkan bahawa sikap yang positif dan

kebolehan dalam menyesuaikan diri memainkan peranan yang penting dalam membina

Page 5: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

114

kehidupan yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih redha dengan

kehidupan mereka,mempunyai hubungan interpersonal yang baik, lebih produktif, gembira

dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong orang lain dan turut berjaya mencapai matlamat

hidup khususnya dalam bidang pekerjaan mereka (Seminar Psikologi Jabatan Perkhidmatan

Awam, 2005). Perasaan positif atau gembira dengan kerja turut dinyatakan oleh Locke (1976)

iaitu sikap positif terhadap kerja disamakan dengan kepuasan kerja sementara sikap negatif

disamakan dengan ketidakpuasan kerja.Yosep (2005) melalui hasil kajiannya turut menyatakan

bahawa memiliki kerohanian yang tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan merasai kepuasan

kerja berbanding mereka yang mempunyai taraf kepuasan kerja yang rendah.Oleh yang demikian

jelaslah menunjukkan bahawa memiliki kerohanian yang tinggi memberi kesan terhadap

kepuasan bekerja pensyarah. Ini kerana melalui kerohanian, seseorang itu akan sentiasa

memupuk sikap redha dan bersyukur dengan apa yang dimilki dan dipertanggungjawabkan

kepadanya dan jauh sekali untuk merungut ataupun keluh kesah dengan cabaran kerjaya yang

dilalui. Mereka akan sentiasa menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan dan sentiasa

berdoa agar diberikan jalan untuk penyelesaian dalam sebarang masalah yang dihadapi. Dengan

cara ini, perasaan stress dan tertekan dengan pekerjaan dapat diatasi dan sekaligus menikmati

kepuasan dalam pekerjaan.

Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian bagi mencapai kepuasan dalam pekerjaan adalah

dengan cara mendekatkan diri dengan pencipta dalam bentuk doa, memohon pertolongan dan

sentiasa bersyukur atas semua nikmat yang sudah dan sedang dinikmati hingga saat ini, dengan

rendah hati memohon agar Allah mengubah diri daripada tidak baik kepada baik dan yang baik

kepada lebih baik. Orang yang mencapai tahap kesejahteraan emosi adalah mereka yang taat

pada perintah agama dan dekat hubungan dengan Pencipta. Dengan kata lain merekamemiliki

satu lagi kecerdasan yang disebut kecerdasan spiritual (SQ) atau tahap kecekapan kerohanian

yang tinggi. Seseorang pensyarah yang memiliki kecekapan kerohanian yang tinggi akan

menampilkan tingkahlaku kerja yang cemerlang dengan sentiasa berlandaskan ajaran Allah dan

setiap tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan penuh keikhlasan. Dengan cara ini jiwa

seseorang pensyarah itu akan sentiasa terdidik dan sentiasa mengagungkan kebesaran Allah.

Yosep (2005) pula menyatakan bahawa kekuatan mental dan spiritual (kerohanian)

mempengaruhi kehidupan manusia. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari

kekuatan mental dan kerohanian.Tugas tidak dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya fikiran

dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan.Ini kerana apabila kita disuruh melakukan sesuatu

tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengan sepenuh jiwa dan raga. Disinilah peranan

kecekapan kerohanian yang wujud dalam diri kita dan sebagai pensyarah, memiliki kerohanian

yang mantap membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan sepenuh hati.

Kecekapan kerohanian juga membolehkan pensyarah sentiasa berusaha untuk mengamalkan

kebaikan dan beretika dalam setiap perbuatannya.Menurut Hidayat (2001), individu yang

memiliki kerohanian yang tinggi akan mengamalkan etika dalam bekerja dan dengan cara

tersebut mereka akan menikmati kepuasan dalam bekerja. Mereka bukan sahaja sekadar mencari

rezeki untuk hidup tetapi jujur dan ikhlas serta mempunyai niat yang tulus dalam membantu

sesamamanusia melebihi daripada yang lain semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah

dan seterusnya jiwa mereka akan lebih merasai kepuasan dan ketenangan. Penyataan tersebut

disokong oleh Leptkin (2006) iaitu kerohanian dapat mendorong individu supaya lebih beretika

ditempat kerja seperti mementingkan kejujuran, kepercayaan diri terhadap peningkatan kerja

seterusnya merasai kepuasan dalam bekerja (Leptkin, 2006).

Page 6: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

115

Hasil kajian juga menunjukkan individu yang mempunyai kerohanian yang tinggi akan

meningkatkan kepuasan kerja. Ini bertepatan dengan Teori Kaunseling Al-Ghazali (1998) yang

mengatakan bahawa aspek kerohanian manusia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap

kehidupan manusia.Secara naluri seluruh anggota manusia sangat patuh kepada hati, akal dan

jiwa. Teori ini mengandaikan bahawa jika kerohanian manusia tinggi, individu tersebut akan

sentiasa terangsang secara dalaman mengamalkan perbuatan baik dan secara tidak langsung

manusia itu akan mencapai kepuasan diri dan kepuasan dalam bekerja. Orang yang sentiasa

menjaga tingkahlakunya akan sentiasa tenang dan tidak resah gelisah serta diganggu rasa

berdosa atau rasa bersalah dan mencapai kepuasan diri (Al-Ghazali, 2008).

Akhir sekali peranan kerohanian terhadap pensyarah juga membolehkannya sentiasa memelihara

amal ibadat, mementingkan soal dosa dan pahala dan serta balasan Allah atas setiap

perbuatannya. Dengan cara ini mereka akan sentiasa mengamalkan kebaikan serta menjauhi

perbuatan tidak baik. Tindakan tersebut akan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan jiwa

yang tenang dan berpuas hati apabila tidak melakukan kejahatan dan keburukan. Maka dengan

ini jelaslah menunjukkan bahawa pensyarah yang menjaga hubungannya dengan Allah akan

menjaga hubungannya dengan manusia lain seterusnya akan rasa berpuas hati dalam

kehidupannya termasuk dalam kepuasan bekerja.

KESIMPULAN

Cabaran dalam profesion pensyarah pada hari ini mampu menimbulkan tekanan yang menggugat

kesejahteraan diri dan prestasi kerja pensyarah.Justeru tahap kerohanian yang tinggi adalah

merupakan aspek penting dalam membantu pensyarah mencapai kepuasan dalam kerjaya

seterusnya mampu meningkatkan kestabilan emosi mereka.Ini kerana kestabilan emosi

pensyarah memberikan implikasi terhadap keberkesanan peranannya dalam membentuk generasi

pendidik seterusnya pada masa akan datang.

Kerohanian yang tinggi mampu meluaskan pemikiran seseorang untuk memahami nilai-nilai

yang memberi maknadalam kehidupan seharian.Pemahaman ini mendorong pensyarah untuk

mencapai kepuasan danbertanggunjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan

kepadanya.Kerohanian yang tinggi membolehkan pensyarah berusaha untuk memupuk

kecemerlangan dalam kecerdasan emosi.Ini kerana kerdua-dua perkara tersebut saling berkait

dan amat diperlukan oleh pensyarah dalam mencapai kepuasan kerja mereka.

Kepuasan bekerja akan dapat dicapai sekiranya keperluan bekerja dipenuhi selari dengan

kehendak emosi.Ia juga dapat dirasakan sekiranya pengalaman bekerja berlaku seperti yang

dijangkakan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja, antaranya adalah

situasi pekerjaan, gaji, penyeliaan, rakan sekerja, peluang kenaikan pangkat dan pekerjaan

sampingan.Oleh itu, peranan daripada pelbagai pihak amat penting dalam menjaga kebajikan

pekerja.

Kerohanian yang tinggi mampu membentuk personaliti pensyarah supaya kekal berfikiran positif

dalam menghadapi faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja.Kekuatan kerohanian

dapat menghadirkan rasa tenang dan bahagia.Ini menjadikan pensyarah mampu melihat serta

mengawal tingkahlaku dalam menghadapi situasi-situasi yang sukar dalam pekerjaan seterusnya

merasai kehidupan yang bermakna.Ia juga mendorong pensyarah melakukan kebaikan dan

bersifat ikhlas terutamanya dalam menjalani tanggungjawab serta tugas harian. Kekuatan

kerohanian didapati mampu meningkatkan hubungan mereka dengan Allah sekaligus menjadikan

Page 7: KEPENTINGAN KEROHANIAN DALAM MENINGKATKAN · PDF filemasyarakat.Profesion pensyarah ... fikiran tentang pemaknaan hidup yang didalamnya ... Usaha meningkatkan kecekapan kerohanian

Jurnal Pendidikan Bil 1 (2) 2014

116

hubungan mereka dengan manusia juga baik.Pensyarah yang mempunyai kerohanian yang tinggi

akan sentiasa menilai diri dan bersedia menerima apa jua pandangan dan kritikan demi

meningkatkan lagi tahap profesionalisme diri. Pensyarah yang mengamalkan kerohanian dalam

diri akan sentiasa memupuk sikap redha dan bersyukur dengan apa yang dimilki dalam

kehidupan mereka dengan meletakkan pergantungan yang kuat kepada Allah dalam mencapai

matlamat kehidupan yang sebenar.

Justeru, kecekapan kerohanian perlu dipertingkatkan bagi mencapai kepuasan dalam pekerjaan

dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai cara. Hubungan yang kuat dengan Allah

bukan sahaja meningkatkan kecerdasan emosi pensyarah malah kecerdasan spiritual (SQ) atau

tahap kecekapan kerohanian juga akan turut meningkat. Menurut Imam Al-Ghazali manusia itu

terdiri daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani.Unsur jasmani merupakan alat. Manakala

unsur rohani merupakan pengemudi yang akan menggerakkan alat tersebut. Kedua-dua unsur ini

perlu dipenuhi keperluannya agar dapat berfungsi sepenuhnya secara selari bagi mencapai

keseimbangan diri.Pensyarah yang berusaha meningkatkan aspek kerohaniannya mampu

mendorong dan mengarahkan dirinya dalam melaksanakan tugas dengan beretika selari dengan

fitrah kejadian manusia yang suka kepada kebaikan.Keselarian dan keseimbangan ini

menghasilkan kepuasan diri seterusnya kepuasan dalam bekerja.

Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa tahap kerohanian yang tinggi dalam kalangan

pensyarahadalah penting dalam memastikan golongan ini mencapai kepuasan dalam kerjaya

yang diceburinya sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja mereka.

RUJUKAN

Azlina & Tan Sew Jazmi bin Md Isa (2009). Gaya Kepemimpinan Pengetua dan Kepuasan

Kerja Guru: Kajian Perbandingan Antara SMKA dengan SMK. Ijazah Sarjana Sains

Pengurusan Perniagaan. Universiti Utara Malaysia.

Lee. 2008. Pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru. Jurnal

Teknologi, 48 (E) Jun 2008: 33-47: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Noorhafeza Herliani Adey & Ferlis Hj. Bahari.2010.Hubungan antara kecerdasan emosi,

kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi.Jurnal Kemanusiaan bil.16, Dis 2010

Iskandar. 2008. Pengaruh kecerdasan emosi dan kepuasan kerja ke atas komitmen pekerjaan

dan Komitmen organisasi di kalangan pensyarah pendidikan tinggi daerah jambi

Indonesia.Tesis Dr. Fal. Fakulti pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia

Habib Ismail & Zaimah Ramli .2012.Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua dan

Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru . PROSIDING PERKEM VII, JILID 2

1471 – 1478

Erawati Toelis. 2005. Pengaruh iklim kerjasama, motivasi kerja dan gaya kepimpinan pengetua

terhadap kepuasan kerja guru. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Salasiah Hanin Hamjah .2012. Strategi Peningkatan Motivasi Kerja Dalam Kalangan

Pensyarah: Satu Kajian di Fakulti Pengajian Islam UKM. Prosiding Seminar

Pemantapan Projek Penyelidikan Tindakan Strategik (PTS).

Bahyah Abdul Halim .2013. Hubungan Budaya Organisasi Dan Kecerdasan Emosi Dengan

Komitmen Organisasi dan Kepuasan Kerja.Journal Of Human Capital Development.

Vol.6 No.2 Julai-December 2013

L.Suhairi Hazisma. 2013. Pengaruh Kecerdasan Spiritual Terhadap Komitmen Organisasi

Melalui Kepuasan Kerja Sebagai Variabel Intervening. Jurnal Orasi Bisnis Edisi ke –IX,

Mei 2013