kepentingan kepelbagaian sumber bumi kepada manusia

13
Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia Disediakan oleh: Muhammad Iqbal Bin Kamarudin (1 Adil)

Upload: externalbuild

Post on 03-Jan-2016

1.141 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi

Kepada Manusia

Disediakan oleh: Muhammad Iqbal Bin Kamarudin (1 Adil)

Page 2: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Kepentingan Air• Air amat penting untuk mengawal suhu badan manusia.• Tumbuhan menggunakan air dalam proses fotosintesis.• Air adalah pelarut yang penting dalam badan kita. Bahan yang

dilarutkan termasuklah makanan yang dicerna, oksigen dan bahan buangan.

• Darah yang terdiri daripada air juga merupakan pengangkut utama di dalam badan manusia.

• Air juga diperlukan dalam pertanian, penternakan, perindustrian serta pengangkutan.

Page 3: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Kepentingan Udara dalam Kehidupan

• Manusia memerlukan oksigen semasa respirasi untuk membebaskan tenaga daripada makanan.

• Oksigen diperlukan untuk pembakaran.• Tumbuhan memerlukan karbon dioksida semasa proses

fotosintesis.• Pembuatan baja kimia (baja ammonium, baja urea) memerlukan

nitrogen.

Page 4: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Kepentingan Tanah dan Mineral

• Tanah merupakan tapak pertanian, tapak perumahan dan tapak perindustrian. Hasil daripada pertanian ini boleh digunakan sebagai makanan atau diproses untuk menghasilkan produk.

• Mineral mengandungi pelbagai bahan logam yang boleh diekstrak daripadanya. Logam-logam tersebut digunakan untuk membuat pelbagai benda seperti peralatan, kenderaan dan sebagainya. Tumbuhan juga memerlukan mineral untuk pertumbuhan.

Page 5: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Kepentingan Bahan Api Fosil dan Hidupan

• Bahan api fosil penting kerana ia diperlukan untuk menjana elektrik, menjadi bahan api untuk pesawat, kapal laut dan sebagainya. Bahan api fosil merupakan sumber tenaga yang utama untuk menggerakkan mesin dan jentera di kilang. Gas petroleum cecair pula digunakan sebagai bahan api untuk memasak di rumah.

• Hidupan di Bumi seperti tumbuhan dan haiwan penting kepada kita dalam banyak aspek seperti sebagai sumber makanan, untuk membuat pakaian, sebagai bahan binaan rumah dan lain-lain.

Page 6: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

SUMBER DI BUMI

Page 7: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Pemeliharaan• Tindakan melindungi

sumber-sumber di Bumi supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.

Pemuliharaan• Cara penggunaan,

pengendalian, dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan pembaziran, kerosakan dan kerugian.

Page 8: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Cara Memelihara dan Memulihara Air

Mengurangkan penerokaan hutan yang merupakan

kawasan tadahan air

Tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang, sungai atau laut

Jimatkan penggunaan air di

rumah

Mengawal penmbuangan sisa

kilang dan sisa pertanian ke dalam

air

Page 9: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Cara Memelihara dan Memulihara Udara

Tidak melakukan pembakaran

secara terbuka

Mengganti bahan api fosil dengan sumber

alternatif seperti biojisim, angin, suria dan

sebagainya.

Memasang penapis untuk menapis asap

yang keluar daripada cerobong kilang

Menggalakkan penggunaan

pengangkutan awam untuk mengurangkan

penggunaan bahan api

Page 10: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Cara Memelihara dan Memulihara Tanah dan Hidupan

Menebang pokok yang tua

sahaja.

Menanam semula pokok yang baharu

setelah ditebang

Menanam tanaman untuk menutup

muka bumi

Page 11: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Cara Memelihara dan Memulihara Mineral dan Bahan Api Fosil

Mengurangkan penggunaan

bahan api fosil

Mengguna sumber tenaga alternatif (suria, air, dll.)

Page 12: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Mengurangkan Penggunaan dan Penggunaan Semula

Barangan seperti bekas makanan polistren ini patut dikurangkan

penggunaannya

Page 13: Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi Kepada Manusia

Barangan yang boleh dikitar semula

Contoh barangan yang boleh dikitar semula