kepentingan etika dalam pengurusan pendidikan.docx

14
Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan. – 2 Halaman Penuh Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan ini berlaku dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat. Dalam dunia perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan moralnya dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan ”etika profesional”. Pengurusan yang menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat teras mereka. Walau bagaimanapun, pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi masalah dan tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan dengan etika dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak penyelewengan dan penindasan dalam perhubungan manusia. Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus kepada dunia pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan tajuk yang berkaitan dengan karier pengkaji sendiri. Permasalahan etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru, sebaliknya sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang menekankan aspek keuntungan dan persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran penipuan dan amalan pemberian rasuah sebagai budaya. Senario sebegini telah mengundang banyak masalah berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan, masyarakat, organisasi, dan

Upload: kumaran-simpleguy

Post on 22-Dec-2015

655 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan. – 2 Halaman Penuh

Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik, ekonomi,

sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan ini berlaku

dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat. Dalam dunia

perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan moralnya 

dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan ”etika profesional”. Pengurusan yang

menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat teras mereka. Walau bagaimanapun,

pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi masalah dan

tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan dengan etika

dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak  penyelewengan dan penindasan dalam

perhubungan manusia.

            Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus kepada dunia

pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan tajuk yang berkaitan dengan karier

pengkaji sendiri. Permasalahan etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru, sebaliknya

sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang menekankan aspek

keuntungan dan  persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran penipuan dan amalan

pemberian rasuah sebagai budaya. Senario sebegini telah mengundang banyak masalah

berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan, masyarakat, organisasi, dan sebagainya.

Permasalahan yang wujud dalam aspek pengurusan menjadi semakin rumit sehingga

berlanjutan kepada masalah peribadi seseorang. Keadaan ini akan memberi dilema etika yang

sukar dibendung oleh mereka.

            Dalam konteks pendidikan, isu etika mempamerkan persoalan tentang etika yang

tidak berkesudahan sehingga mencetuskan perbincangan dan isu dalam kalangan masyarakat

kita (Juhary dan Ishak, 2004). Etika dan moral dalam dunia pendidikan adalah satu perilaku

yang dianggap “common knowledge” bagi indvidu sejak dari dulu sehingga sekarang. Dalam

tamadun masyarakat penerimaan tehadap aspek ini sudah menjadi dasar dan keperluan dalam

banyak perkara serta menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan, pengurusan, pentadbiran

dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga (Muhammad Nuruddin, 2006).

            Persoalannya, dalam dunia moden kini banyak berlaku masalah berhubung dengan

etika dan moral. Negara kita sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal

Page 2: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan

wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan

kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia

kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. Kamal Hasan,

2004). Justeru, pada pandangan saya nilai etika dan moral ini menuntut setiap insan

mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam kehidupan mereka agar konsep "the golden

mean" dapat dicapai.

Etika profesional secara praktiknya menilai moral sesuatu kumpulan atau individu

dalam mengawal prestasi mereka berdasarkan sumber yang ada supaya tidak menimbulkan

dilema etika  dalam pekerjaan yang dilakukan. Bertitik tolak daripada konsep ilmu, etika dan

nilai berdasarkan kepada keyakinan yang tinggi bagi seseorang insan merubah menjadi

individu yang suka berfikir dan mulia di sisi agama dan masyarakat (Roslan, 2005). Bagi

seseorang guru, dilema etika yang kerap berlaku adalah berhubung dengan masalah kendiri,

dengan pihak pentadbir, rakan setugas, masyarakat (ibu bapa) dan pelajar itu sendiri. Oleh

yang demikian, keadaan ini perlu ditangani dengan baik supaya tidak mencetuskan  krisis

etika dan moral yang berpanjangan di sekolah.

Kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah mencapai sasaran

utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi. Pencapaian kualiti menerusi pengurangan

kesilapan dalam urus tadbir, masalah pelajar juga dapat diminumkan terutamanya kes

disiplin, mencapai kesetiaan lebih tinggi di kalangan staf, mencapai fokus yang sama,

memenuhi kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa, menjaga imej profesion

keguruan, meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku warga pendidikan. Etika

merupakan asas penting kesejahteraan staf dan membentuk staf yang mempunyai tingkah

laku yang baik. Sebaliknya, sekiranya etika terhakis di kalangan staf maka ia akan

menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, setiap warga sesebuah organisasi perlu menghayati nilai-nilai

murni yang telah ditegaskan dan diulangi oleh pentadbir urus yang beretika baik. Contohnya,

sebagai penjawat awam aspek etika disepadukan dalam nilai dan etika perkhidmatan awam.

Penghayatan nilai etika hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan kerja supaya mencapai

kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi tersebut akan dipercayai dan dihormati.

Page 3: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Etika individu atau organisasi akan terjejas oleh gejala rasuah akibat beberapa faktor.

Di peringkat individu, kawalan dalaman yang lemah (Mustafar 2005) atau kelemahan

individu tersebut dalam kurang menghayati agama dan pendidikan akhlak, bersifat tamak dan

sikap yang sering mengejar kebendaan dan kemewahan iaitu hamba kepada kebendaan (Nur

Syakiran dan Md Zawawi 2004), kos sara hidup yang meningkat saban hari, tekanan

modenisasi & keperluan , sikap yang mudah terpedaya dengan gelojak nafsu dan bisikan

syaitan serta kurang faham sistem dan prosedur jabatan (Yusri n.d).

Dalam konteks organisasi pendidikan di sekolah seperti rasuah masa di kalangan guru

adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang pendidik. Setiap guru

dikehendaki tepat pada masanya dalam memulakan waktu proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Amalan rasuah masa adalah berkaitan dengan pencarian rezeki yang

halal dan amanat yang telah diberikan. Sekiranya guru lewat secara sengaja, sebarang

kemalangan atau kecederaan yang berlaku di dalam kelas adalah di bawah tanggungjawab

guru yang seharusnya memastikan keselamatan pelajar terjamin. Guru seharusnya

mempunyai sifat akauntabiliti iaitu tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan

oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan dan bersifat etika iaitu guru perlu

melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Guru-guru merupakan penentu utama kejayaan dalam melahirkan generasi beretika melalui

penerapan nilai etika yang diserap di dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Agama Islam,

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral melalui program dan aktiviti

yang bersesuaian (Hishammuddin 2007).

Page 4: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Huraikan perbezaan antara etika dan undang-undang. – 1 Halaman Penuh

Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang

lelaki yang tidak dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama,

terdapat sekumpulan lelaki sedang bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat

kejadian. Mereka hanya memandang kejadian tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung kopi yang tersebut di atas tidak

bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan mereka itu tidak bermoral

kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Di sini,

kita dapat melihat bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh

dihubungkait sahaja.

Terdapat perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang

dikuatkkuasakan oleh mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara

etika ialah ”tikaman hati”. Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman

orang lain boleh dihukum penjara tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan

dirinya (Nazirmuddin, 2005). Undang-undang menentukan batas yang pasti manakala etika

menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan nilai moral. Memberi dan menerima rasuah

adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika juga menjelaskan bahawa rasuah

merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak sesuai dilakukan.

Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilai-

nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan kuat di

kawasan kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-

sekala dan dalam waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira

keselesaan jiran sekeliling pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-undang.

Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah.

Ini kerana seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan

berlandaskan etika. Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang

dalam mengawal jenayah. Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah

ditetapkan. Contohnya, perbuatan guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia adalah salah

di sisi undang-undang kerana guru merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung kepada

pelajar. Bagaimana pula jika guru membalas pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya

daripada diserang tanpa henti. Dalam kebanyakan insiden, guru sukar memenangi kes.

Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan pelajar memukul guru

Page 5: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat bahawa berbanding

undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan

buruk dalam masyarakat.

Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral.

Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang terutamanya dalam

situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi etika, bercakap bohong adalah

salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik

dan sebaliknya. Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya,

kerosakan telefon awam merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang.

Bagaimana pula dengan amalan menggunakan telepon awam dalam tempoh yang

lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak diliputi oleh undang-undang.

Walau bagaimanapun, dari sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan

yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Undang-undang tidak mengambil kira perkara batin. Salah satu motif seseorang

membunuh adalah cemburu tetapi motif tidak boleh mensabitkan seseorang individu itu

bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di mana menjauhi sifat cemburu boleh

mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. Undang-undang tidak mengambil kira perkara

samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual

merupakan satu keslahan.

Page 6: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Jelaskan konsep “Sekolah Beretika”. – 3 Halaman Penuh

Sesebuah organisasi yang beretika tinggi mampu berdaya saing di peringkat global.

Setiap anggota harus digembleng dan diperkasakan bagi membina sebuah masyarakat yang

berintergriti, menghayati erti etika, bebas daripada amalan rasuah serta amalan negatif yang

lain. Kejayaan atau kegagalan usaha-usaha ke arah mewujudkan masyarakat dan budaya kerja

individu dan organisasi yang beretika, menghayati nilai-nilai murni dan budaya kerja yang

baik serta cemerlang banyak bergantung pada komitmen, kesungguhan dan keazaman

pemimpin serta semua warga organisasi. Sehubungan dengan itu, pelbagai cabaran dan isu

yang perlu ditangani dalam memastikan pengurusan integriti di dalam sesebuah organisasi

mencapai hasrat yang diharapkan.

Pada tanggal 23 April 2004, Pelan Integriti Nasional atau dikenali sebagai PIN telah

dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di

Putrajaya. Pelan ini dilancarkan selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk

“Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi

pekerti yang luhur”.

Pelan ini dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya

etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dan memperbaiki imej

Malaysia di arena antarabangsa (Sulaiman 2005). Selaras memenuhi objektif dan tekad PIN,

Institut Integriti Malaysia ditubuhkan dan didaftarkan sebagai badan bebas untuk

mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan PIN (Institut Integriti Malaysia 2006).

Sifat mulia ini seharusnya dihayati oleh warga pendidik dalam membentuk modal

insan kelas pertama. Berdasarkan pendidikan, para pelajar dibentuk menjadi seorang yang

mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian yang mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam membina kemajuan negara.

Etika dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti . Akauntabiliti merujuk

kepada tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk

potensi pelajar secara menyeluruh. Manakala aspek etika adalah guru melaksanakan tugas

dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang ,tahap ketabahan yang

tinggi dan tidak mengambil kesempatan.

Page 7: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Dalam aspek Sekolah Beretika, secara spesifiknya pengajaran guru di dalam kelas

pula, guru akan mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya sendiri.

Contohnya, guru memilih tajuk dan kaedah yang sesuai untuk keperluan murid berbanding

kaedah yang disukai guru. Guru bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada

muridmurid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Nilai etika adalah penting dan sewajarnya dihayati semua pihak. Di Sekolah Beretika,

guru atau tenaga pengajar serta kakitangan akademik memainkan peranan dalam

mengamalkan etika positif dalam tugasan yang dilakukan. Seseorang guru atau tenaga

pengajar akan mengikut kod etika perguruan bagi memastikan isu etika tidak dipersoalkan.

Dengan adanya kod etika perguruan, para guru dapat menjaga tingkah laku sebagai seorang

guru, memahami dengan jelas etika guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,

rakan sejawat, masyarakat dan negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang

berlaku terhadap pelajar tetapi hendaklah membantu mereka menyelesaikan masalah

(Baharin dan Suzana 2010).

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian

daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau

kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Etika adalah berkaitan dengan sifat-sifat

semulajadi, tabiat yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang dimilikinya. Moral pula

boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal dan tabiat yang berkaitan dengan moral

yang terpuji. Dengan kata lain, kebaikan (virtue) adalah berhubung dengan kualiti dalaman

yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti sehariannya. Etika kebaikan adalah

berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa yang telah dilakukan (Rorzali, 2003).

Justeru itu, guru atau tenaga pengajar yang beretika sangat diperlukan dalam dunia

pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki seorang guru akan menjadikan beliau itu

bertanggungjawab kepada Tuhannya. Guru atau tenaga pengajar diibaratkan lautan yang luas

dan pelajar adalah ikan. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, sebaliknya benih yang

baik jatuh ke darat menjadi gunung. Oleh yang demikian, guru bertanggungjawab terhadap

pelajar serta memupuk kerjsama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat

bagi merealisasikan misi nasional negara secara ikhlas dan bersifat penyayang.

Di Sekolah Beretika, guru adalah memang pahlawan tanpa jasa, mendidik dan

megajarkan kepada kita berbagai ilmu pengetahuan, baik secara formal mahupun tidak

formal.

Page 8: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

Guru akan dihormati dan dijaga sikap agar mereka tidak kecewa apalagi sampai sakit hati.

Perlakuan setiap individu yang baik dan hormat pada mereka akan mendapatkan apa yang

kita harapkan, yakni ilmu yang bermanfaat.

Untuk menciptakan suasana yang tenteram dan tertib, maka dibuatlah suatu peraturan.

Disemua tempat selalu ada peraturanya, tidak hanya di sekolah. Peraturan yang ada di

sekolah khusus untuk pelaksanaan pendidikan di sekolah agar semua programnya berjalan

dengan baik, dan semua pihak wajib mematuhinya. Selain itu, tidak meremehkan peraturan

yang sedia ada.

Tambahan pula, setiap warga sekolah yang beretika akan mendukung pelaksanaanya demi

ketertiban bersama. Jika ada peraturan yang memberatkan, melalui murid, hal itu sebaiknya,

di dibincangkan dengan pihak sekolah tanpa melakukan hal yang negatif.

Mencari ilmu pengetahuan merupakan kewajiban yang harus dilaksanakan bagi setiap

insan di dunia ini keranana dengan ilmu pengetahuan,hidup seseorang akan lebih

bermartabat. Pepatah mengatakan: “With Science the World Is in My Hand” (“Dengan ilmu

dunia ada di genggamanku”.) Kewajiban seorang pelajar adalah belajar dengan sebaik-

baiknya dan berusaha memiliki prestasi. pelajar yang senntiasa bersemangat belajar pasti

akan memperoleh kemajuan dan tercapai cita-citanya.

Jika dilihat negara-negara besar di dunia ini, seperti Amerika, Jepun, England dan

sebagainya, mereka menjadi bangsa maju kerana ilmu pengetahuanya yang tiggi. Tidak

mungkin kita menjadi seperti mereka jika generasi bangsa ini, termasuk kita, malas dalam

belajar. Oleh kerana itu, sikap yang harus kita miliki adalah tidak bermalas-malasan dalam

belajar, berusaha menigkatkan prestasi dan berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Kawan adalah mitra kita dalam menuntut ilmu pengetahuan. Kita harus bekerja sama

dengan mereka dalam hal kebaikan serta berlumba dalam mencapai prestasi.

Di sekolah kita setiap hari bertemu dengan mereka. Masing-masing dari mereka memiliki

ciri-ciri dan latar belakang yang berbeza. Bagaimanapun keadaanya, mereka adalah rakan

kita semua, akan tetapi, kita harus boleh memilih mana diantara mereka yang boleh diajak

maju dan memberi motivasi serta kebaikan kepada kita dalam mencari ilmu dan mencapai

cita-cita.

Dengan rakan kita yang perangainya kurang baik,seperti nakal, malas belajar dan

sebagainya, kita harus tetap menghargai dan menganggap mereka sebagai rakan. Kita sajalah

yang boleh mengawal diri kita agar tidak terseret mengikuti mereka. Adapun dengan rakan

Page 9: Kepentingan Etika Dalam Pengurusan Pendidikan.docx

yang rajin, patuh, dan berprestasi, kita harus mencontohnya agar boleh berlumba dalam hal

kebaikan denganya.