kepentingan cahaya

24
Bi l Kandungan Muka Surat 1 Penghargaan 2 Apakah Cahaya? 3 Teori tentang cahaya 4 Warna dalam kehidupan 5 Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu: 6 Kegunaan warna dalam kehidupan harian. 7 Kepentingan Warna Dalam Kehidupan 8 Kesimpulan

Upload: alvin-au

Post on 18-Feb-2015

509 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kepentingan Cahaya Dalam Kehidupan Seharian

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Cahaya

Bil Kandungan Muka Surat1 Penghargaan2 Apakah Cahaya?3 Teori tentang cahaya4 Warna dalam kehidupan5 Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang

sangat penting iaitu:6 Kegunaan warna dalam kehidupan harian.7 Kepentingan Warna Dalam Kehidupan8 Kesimpulan

Page 2: Kepentingan Cahaya
Page 3: Kepentingan Cahaya

Apakah Cahaya?

Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.

Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan.

Page 4: Kepentingan Cahaya

Teori tentang cahaya

Saintis Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040), juga dikenali sebagai Alhazen, mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan, menggunakan geometri dan anatomi, yang menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek, memancarkan sinaran cahaya ke semua arah, tetapi hanya satu sinaran dari setiap titik, yang mengenai mata pada sudut tepat, dapat dilihat. Sinaran-sinaran lain yang mengenai mata pada sudut yang berbeza tidak dapat dilihat. Dia menggunakan contoh daripada kamera lubang jarum, yang menghasilkan imej songsang, untuk menyokong hujahnya. Alhazen menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad. Dia memperbaiki teori Ptolemy berkenaan pembiasan cahaya. Hasil kerja Alhazen tidak diketahui di Eropah sehingga lewat kurun ke-16.

Isaac Newton mencadangkan dalam bukunya Hypothesis of Light pada 1675 yang cahaya adalah terdiri daripada zarah halus (partikel jirim) yang mana memancar pada semua arah dari sumbernya. Teori ini boleh digunakan untuk menghujahkan pantulan cahaya, tetapi cuma boleh menerangkan pembiasan dengan secara tidak sebetulnya menganggap yang cahaya menjadi lebih laju semasa memasuki medium yang lebih tumpat kerana daya tarikan graviti adalah lebih kuat.--

Christiaan Huygens mencadangkan dalam abad ke-17 yang cahaya dipancarkan ke semua arah sebagai siri-siri gelombang. Pandangan ini menggantikan teori zarah halus. Ini disebabkan oleh kerana gelombang tidak diganggu oleh graviti, ia telah dianggap yang gelombang menjadi perlahan ketika memasuki medium yang lebih tumpat. Teori gelombang ini menghujahkan yang gelombang cahaya akan berinterferens dengan gelombang cahaya yang lain, seperti juga gelombang bunyi (seperti yang disebut oleh Thomas Young pada kurun ke-18), dan cahaya boleh dikutubkan. Kelemahan teori ini adalah gelombang cahaya, seperti juga gelombang bunyi, memerlukan medium untuk merambat. Satu kandungan hipotesis yang dipanggil luminiferous aether telah dicadangkan, tetapi kemudiannya tidak dipersetujui.

Dalam tahun 1845 Michael Faraday mendapati bahawa sudut pengutuban sinaran cahaya yang melalui bahan pengutub boleh diubah menggunakan medan magnet. Ini merupakan bukti pertama bahawa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Faraday mengusulkan, pada tahun 1847, bahawa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat, malahan dalam ketiadaan medium seperti eter (aether).

Teori ini dicadangkan oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19, memperkatakan yang gelombang cahaya adalah gelombang elektromagnet jadi ia tidak memerlukan medium untuk merambat. Pada permukaannya dianggap yang gelombang cahaya disebarkan melalui rangka rujukan yang tertentu, seperti ether, tetapi relativiti khas manggantikan anggapan ini. Teori elektromagnet menunjukkan yang sinaran boleh lihat adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnet. Teknologi penghantaran radio dicipta berdasarkan teori ini dan masih lagi menggunakannya.

Page 5: Kepentingan Cahaya

Kelajuan cahaya malar yang diramalkan dalam persamaan Maxwell adalah bertentangan dengan hukum mekanikal pergerakan yang tidak pernah disanggah semenjak zaman Galileo, yang menyatakan bahawa semua kelajuan adalah relatif kepada kelajuan pemerhati. Penyelesaian kepada pertentangan ini akan dijumpai oleh Albert Einstein.

Ia telah dibangunkan pada kurun ke-19 oleh Max Planck, yang mencadangkan pada tahun 1900 yang sinaran cahaya adalah terdiri daripada paket (kuantum) tenaga yang dikenali sebagai foton. Jawatankuasa Nobel menghadiahkan Planck Anugerah Fizik pada 1918 untuk kerja-kerja beliau dalam penemuan teori kuantum, walaupun beliau bukannya orang yang pertama memperkenalkan prinsip asas partikel cahaya.

Teori kembaran zarah-gelombang menggabungkan tiga teori yang sebelumnya, dan mencadangkan bahawa cahaya adalah zarah dan gelombang. Ini merupakan teori moden yang menerangkan bukan sahaja tentang sifat cahaya, malahan semua zarah. Ia diterangkan oleh Albert Einstein pada awal 1900, berdasarkan hasil kerjanya berkenaan kesan fotoelektrik, dan juga hasil kajian Planck. Einstein menunjukkan bahawa tenaga foton berkadar langsung dengan frekuensinya. Secara amnya, teori tersebut menyatakan bahawa setiap benda mempunyai sifat zarah, dan sifat gelombang, dan pelbagai eksperimen boleh dijalankan untuk menunjukkan sifat-sifat tersebut. Sifat zarah lebih mudah dikesan sekiranya objek tersebut memiliki jisim yang besar, oleh sebab itu hanya pada 1924 dalam eksperimen yang dijalankan oleh Louis de Broglie, bahawa elektron dijumpai memiliki sifat kembaran gelombang-zarah. Einstein menerima Hadiah Nobel pada 1921 untuk hasil kerjanya berkenaan kembaran gelombang-zarah bagi zarah foton, dan de Broglie pula menerimanya pada tahun 1929 untuk penyambungan kajian bagi zarah-zarah lain.

Cahaya nampak adalah sebahagian daripada spektrum yang mempunyai panjang gelombang antara lebih kurang 400 nanometer (kependekannya ialah nm) dan 800 nm (dalam udara). Cahaya boleh dipecahkan oleh frekuensinya. Frekuensi dan panjang gelombang adalah berkadar terus.

Page 6: Kepentingan Cahaya

Warna dalam kehidupan

 

Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). "Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x" beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini. Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. 

Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh. Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang.

Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi. Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau. Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. 

Page 7: Kepentingan Cahaya

Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkanwarna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman. Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar. Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin.

Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengmal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi. Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum. 

Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar. Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum.

Page 8: Kepentingan Cahaya

Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran iaitu antara pukul tujuh hingga setangah pagi kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang. Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita. 

Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misalnya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.

Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.

Page 9: Kepentingan Cahaya

Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:

1. Warna sebagai warna

2. Warna sebagai representasi alam

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.

1. Warna sebagai warna memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.

2. Warna sebagai represtasi alam bermaskud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.

3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna tersebut. Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau simbol tertentu misalnya:

warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara

warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim

warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri

warna Biru: keceahan, perpaduan, keagungan, keriangan

warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk

warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain

Page 10: Kepentingan Cahaya

Kegunaan warna dalam kehidupan harian.

• Kegunaan warna dalam kehidupan ahrian adalah seperti berikut:– Percetakan– Pendawaian elektrik– Lampu isyarat– Simbol dan isyarat

Percetakan

Gambar berwarna dicetak dengan menggunakan empat jenis warna iaitu kuning, magenta, sian dan hitam pada plat-plat yang berasingan.

Warna hitam digunakan untuk menjadikan gambar itu tajam dan jelas.

Page 11: Kepentingan Cahaya

Pendawaian Elektrik

Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga-pin.

Dawai hidup berwarna perang, dawai neutral berwarna biru dan dawai bumi berwarna kuning berbelang hijau.

Lampu Isyarat

Lampu isyarat terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau.

Setiap warna mewakili isyarat tertentu.

Page 12: Kepentingan Cahaya

Simbol dan Isyarat

Lampu merah pada ambulans menandakan keadaan cemas.

Garisan kuning disepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletak kenderaan.

Satu garisan putih ditengah jalan memisahkan lorong kiri dengan lorong kanan jalan.

Dua garisan putih ditengah jalan menandakan bahawa memotong kereta tidak dibenarkan.

Page 13: Kepentingan Cahaya

Kepentingan Warna Dalam Kehidupan

Warna juga penting dalam kehidupan.

Warna membolehkan haiwan melindungi diri daripada bahaya atau memudahkan haiwan itu memburu mangsanya.

Sebagai contohnya, kuda belang mempunyai belang hitam putih pada badannya untuk membantunya menyamarkan diri.

Beruang kutub mempunyai bulu putih yang sama warna dengan salji disekelilingnya untuk membolehkannya melindungi diri dan memudahkannya memburu mangsa.

Page 14: Kepentingan Cahaya

Sesetengah haiwan seperti bengkarung pula berupaya untuk menukar warna badannya mengikut warna persekitaran.

Page 15: Kepentingan Cahaya

Kebanyakan spesies burung jantan seperti burung merah mempunyai bulu pelepah yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.

Bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk tujuan pendebungaan.

Page 16: Kepentingan Cahaya

Haiwan yang beracun biasanya mempunyai warna yang terang untuk memberi amaran kepada haiwan yang lain.

Page 17: Kepentingan Cahaya

Kesimpulan

Warna memang memainkan peranan yang penting dalam berkomunikasi. Lihat sahaja maksud warna yang berbeza bagi setiap budaya. Betapa uniknya warna itu sendiri namun awas kerana jika kita tersalah menginterpretasi warna dalam sesuatu budaya bolah mengakibatkan salah faham berlaku dan ini merupakan halangan kepada komunikasi yang efektif. Justeru penting kepada kita untuk mengetahui serba sedikit tentang budaya orang lain agar memudahkan komunikasi berlaku. Kesimpulannya, warna itu memang menarik dan ntidak dapat dipisahkan dalam kehidupan.