(hutan asli) untuk amalan pengurusan hutan

29
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Oleh : DatoHj. Nor Akhirrudin bin Mahmud, Mohd Radhi Chu bin Abdullah, Asiah binti Yaacob dan Muhammad Umar bin Abdullah 17 th MALAYSIAN FORESTRY CONFERENCE 11-12 November 2014 Magellan Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu, Sabah KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN PELAKSANAAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MENGGUNAKAN STANDARD MC&I (HUTAN ASLI) UNTUK AMALAN PENGURUSAN HUTAN SECARA BERKEKALAN (PHSB) DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Upload: buiphuc

Post on 28-Jan-2017

312 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Oleh :

Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin Mahmud, Mohd Radhi Chu bin

Abdullah, Asiah binti Yaacob dan Muhammad Umar bin

Abdullah

17th MALAYSIAN FORESTRY CONFERENCE11-12 November 2014

Magellan Sutera Harbour Resort

Kota Kinabalu, Sabah

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN MENGGUNAKAN STANDARD MC&I

(HUTAN ASLI) UNTUK AMALAN PENGURUSAN HUTAN SECARA

BERKEKALAN (PHSB) DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 2: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

SUMBER HUTAN NEGARA YANG DIURUS DI BAWAH SFM

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

IMPAK DARIPADA PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

RUMUSAN

Page 3: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Hutan merupakan salah satu komponen terpenting di

dalam sistem biofizikal di negara ini.

Hutan memainkan peranan yang penting dalam

mewujudkan alam sekitar yang berkualiti terutamanya

perlindungan sumber air, pencegahan hakisan tanah

dan nutrien, penstabilan iklim serta pemeliharaan

sumber biologi.

Sumber hutan negara perlu dirancang, diurus,

dipelihara dan dibangunkan secara profesional,

sistematik dan berkesan supaya pelbagai hasil dan

perkhidmatan dapat dinikmati secara berterusan.

PENGENALAN

Pensijilan pengurusan hutan memainkan peranan yang penting dalam

melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan.

Pelbagai isu dan cabaran telah dihadapi dalam memastikan pencapaian

pematuhan standard MC&I (Hutan Asli).

Page 4: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

PENGENALAN

ITTO pada tahun 1992 telah mendefinisikan Pengurusan Hutan Secara

Berkekalan sebagai satu proses dalam mengurus kawasan tanah hutan

untuk mencapai satu atau lebih objektif pengurusan bagi keperluan

barangan dan perkhidmatan secara berterusan yang telah ditentukan

dengan jelas, tanpa mengurangkan nilai dan produtivitinya serta tanpa

mendatangkan kesan yang tidak diingini ke atas persekitaran sosial dan

fizikal.

SosialAlam Sekitar

Ekonomi

Page 5: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Keluasan Berhutan (juta. ha)18.49 (56.4%)

Tanah Kerajaan dan Tanah Milik(11.0%)

Hutan Simpanan Kekal (79.1%)

Taman Negara, Hidupan Liar& Suaka

Burung(9.9%)

2.04Hutan

Pengeluaran

(11.38)

Hutan

Perlindungan

(3.24)

14.64

1.83

Diurus di bawah Pengurusan hutan secara berkekalan

SUMBER HUTAN NEGARA DI BAWAH SFM

Page 6: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

1. KOS YANG TINGGI DAN MASA YANG PANJANG

Memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang terutama bagi

melaksanakan kehendak verifier yang pada masa ini yang mengandungi

sebanyak 307 verifier kesemuanya.

Kos-kos lain yang terlibat adalah melatih kakitangan, pemantauan yang

berterusan dan promosi produk oleh pihak Malaysian Timber Council

(MTC) di serata dunia.

Kos untuk promosi produk melebihi perbelanjaan berbanding menjaga

kepentingan hutan secara berkekalan.

Agensi yang melaksanakan SFM iaitu pihak JPSM dan Jabatan

Perhutanan Negeri hanya diberi peruntukan yang terhad.

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 7: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

2. KONFLIK ANTARA STAKEHOLDER

Melibatkan pelbagai stakeholder yang mempunyai kepentingan tertentu

yang memerlukan proses pelaksanaan yang panjang.

NGO akan mempengaruhi dari segi pengurusan hutan yang akan

mengambilkira pemeliharaan biodiversiti.

NGO sosial pula akan mengambilkira aspek perkongsiaan serta

tanggungjawab bersama dengan penduduk tempatan.

Pihak industri lebih kepada tanggungjawab korporatnya.

Pembeli dan pengguna ianya lebih mementingkan maklumat penerangan

terhadap produk yang dibeli.

Pemilik hutan ia merupakan alat kepada promosi barangannya.

Pihak kerajaan pula ianya merupakan satu soft policy untuk

mempromosikan PHSB.

Page 8: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

3. KURANG KOMITMEN DAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI

Memerlukan pengorbanan masa dan tenaga bagi memastikan standard

ini dapat dicapai sepenuhnya.

Segala komunikasi maklumat dan tindakan perlu diselaraskan di semua

peringkat.

Cabaran ini bukan hanya dipikul oleh seorang Ketua Pengarah

Perhutanan sahaja tetapi semua pihak pelaksana bagi memenuhi

kehendak Pensijilan Pengurusan Hutan.

Kesan daripada kekurangan tersebut akan menyebabkan timbulnya

Corrective Action Request (CAR) yang berulang-ulang bagi setiap

Kriteria dan Petunjuk MC&I.

Page 9: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

4. PEKERJA HUTAN YANG KURANG MAHIR

Kefahaman kakitangan jabatan dan pihak swasta masih di tahap yang

rendah.

Bagi kakitangan jabatan standard MC&I bukan mudah untuk difahami

sepenuhnya memandangkan tahap pendidikan yang berbeza-beza.

Pekerja pembalakan amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran

yang tinggi memandangkan pekerjaan pembalakan sekarang ini telah

berubah dari tanah pamah kepada tanah bukit yang lebih bercuram.

Kekurangan kakitangan jabatan yang telah berpencen yang tidak

berganti juga merupakan faktor utama.

Kakitangan baru termasuklah Pengurus Hutan perlu mengambil masa

yang lama untuk dilatih menjadi mahir.

Page 10: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

5. PEMANTAUAN YANG KURANG BERKESAN

Peralatan kelengkapan yang semakin uzur terutama kenderaan dan

kawasan operasi pengusahasilan yang semakin jauh menyebabkan

pemantauan dan tindakan awalan “pre caution action” kurang berkesan.

Kesannya adalah terdapat ketakakuran CAR bagi Kriteria dan Petunjuk

MC&I yang sama dan berulang-ulang.

Page 11: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

6. PERTINDIHAN UNDANG-UNDANG SERTA KEMASUKAN

UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA YANG TIDAK DIIKTIRAF

OLEH PIHAK KERAJAAN MALAYSIA

Antara undang-undang yang bertindih adalah Akta

Perlindungan Hidupan Liar, 2010 seksyen 9

membenarkan pemburuan dalam Hutan Simpanan

Kekal.

Akta Perhutanan Negara, 1984 di bawah seksyen 81

melarang sama sekali aktiviti memburu dalam Hutan

Simpanan Kekal.

Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] telah digubal bagi

tujuan untuk mengadakan perlindungan,

kesejahteraan dan kemajuan orang asli di

Semenanjung Malaysia.

Page 12: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

7. KURANG KEFAHAMAN, KERJASAMA SERTA KOMITMEN DARIPADA

PEMBALAK TERHADAP PELAKSANAAN PENSIJILAN PENGURUSAN

HUTAN

Sebahagian pembalak kurang kefahaman, kerjasama dan

komitmen terhadap perlaksanaan MC&I terutama

perlaksanaan di lapangan memandangkan tiadanya insentif

daripada kerajaan.

Hanya mengharapkan green premium semata-mata yang

tidak menentu atau tiada langsung di pasaran antarabangsa.

Pihak pembalak yang memperolehi

kawasan yang tidak luas dan tidak tetap

serta jangka masa yang pendek akan

menilai semula dari segi kos pelaburannya

berbanding dengan pelaksanaan MC&I.

Page 13: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTA N DI SEMENANJUNG MALAYSIA

8. PENILAIAN DAN CAR YANG DIKENAKAN TERHADAP FMU SEMASA

AUDITAN PIHAK KETIGA TIDAK KONSISTEN

Di Semenanjung Malaysia sebanyak lapan (8) FMU telah dibuat

penilaian oleh dua (2) badan pensijilan iaitu SGS (Malaysia) Sdn. Bhd.

dan SIRIM QAS (International) Sdn. Bhd. yang mana hanya dua (2)

syarikat ini sahaja yang di akreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

Kebanyakan CAR yang dikenakan oleh kedua-dua syarikat ini tidak

konsisten ke atas Kriteria dan Petunjuk MC&I yang sama menyebabkan

pihak FMU agak keliru untuk membuat pembetulan berdasarkan

keputusan CAR yang berbeza-beza.

Page 14: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

FMU telah memiliki anugerah Pensijilan Pengurusan Hutan mengikut

standard MC&I

JOHOR

TERENGGANU

SELANGOR

PAHANG

Page 15: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

FMU telah memiliki anugerah Pensijilan Pengurusan Hutan mengikut

standard MC&I

NEGERI SEMBILAN

KEDAH

PERAK

KELANTAN

Page 16: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

1. KOMITMENT YANG TINGGI DARIPADA PIHAK ATASAN

Komitmen daripada pihak atasan adalah amat penting.

Komitmen ini telah ditunjukkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha di

peringkat Kementerian NRE dengan menjadikan Key Performance

Indikator (KPI) terhadap pencapaian Pensijilan Pengurusan Hutan.

Kemudian diikuti oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung

Malaysia dan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri.

Page 17: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

2. PENUBUHAN MEKANISMA KEARAH PENCAPAIAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pensijilan Pengurusan

Hutan MC&I bagi membincangkan apa jua isu-isu berkaitan dengan

Pensijilan Pengurusan Hutan serta mencari jalan penyelesaiannya.

Di negeri pula ditubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pensijilan

Pengurusan Hutan MC&I bagi mengambil langkah tindakan

pembetulan terhadap ketidakakuran CARs yang telah dikenakan

semasaauditan oleh pihak ketiga atau oleh pihak Audit Dalaman.

Melantik pegawai perhubungan berkaitan MC&I di negeri-negeri bagi

menyebar dan menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan

langkah-langkah penyelesaian terhadap ketakakuran CARs dan

membuat persediaan di pejabat dan di lapangan sebelum audit

dilaksanakan oleh pihak ketiga.

Page 18: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

3. PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN MELALUI PENUBUHAN PASUKAN

AUDIT DALAM SERTA MENWUJUDKAN SEKSYEN PENSIJILAN

PERHUTANAN DI IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN

SEMENANJUNG MALAYSIA

Mewujudkan seksyen baru di Ibu Pejabat iaitu Seksyen Pensijilan

Hutan bagi memantau secara keseluruhan perlaksanaan Pensijilan

Pengurusan Hutan di Semenanjung Malaysia.

Menyelaras mekanisma-mekanisma yang ada serta memantau

perjalanan proses pensijilan di negeri-negeri.

Menubuhkan pasukan Audit Dalam yang terdiri daripada pegawai-

pegawai jabatan hutan yang senior bagi memantau perlaksanaan

Pengurusan Hutan Secara Berkekalan.

Page 19: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

4. LATIHAN YANG BERTERUSAN BAGI MENINGKATKAN

KEMAHIRAN BAGI MENCAPAI PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN

Melaksanakan kursus yang berkaitan dengan perlaksanaan Pensijilan

Pengurusan Hutan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun kepada

Pegawai kanan dan kakitangan berpakaian seragam dan kontraktor

pembalakan.

latihan yang berkaitan:-i. Garis Panduan Jalan Hutan 2010;

ii. Garis Panduan untuk Pembalakan Kurang Impak (RIL)di Semenanjung Malaysia, 2003;

iii. Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan PengurusanHutan di Malaysia [MC&I(Natural Forest)] ;

iv. Dendrologi;

v. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dalam sektorperhutanan;

vi. Mensurasi Hutan;

vii. Tebangan berarah; dan

viii. Tatacara di Balai Pemeriksaan Jabatan Hutan (BPJH).

Page 20: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Page 21: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN

5. MELAKSANAKAN KONSULTASI ANTARA STAKEHOLDER

Memberi penerangan berkaitan dengan perlaksanaan PensijilanPengurusan Hutan.

Mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Pembalak yangdilaksanakan di peringkat FMU.

Kerjasama antara Jabatan PERHILITAN dan Jabatan PerhutananNegeri dalam hal-hal yang berkaitan dengan hidupan liar,kerjasama antara JPSM dan JPN dengan JAKOA dalammenyelesaikan konflik Orang Asli.

Kerjasama antara Kementerian NRE dan Kementerian MPIC bagimenyeimbangkan antara pemeliharaan alam sekitar danpemasaran di peringkat antarabangsa.

Page 22: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Sesi Konsultasi

Konsultasi dengan penduduk

Konsultasi dengan pekerja hutan

Konsultasi dengan kakitangan yang bertugas

Page 23: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

SEMAKAN

DILAPANGAN

Semakan dalam kongsi

Semakan di matau

Semakan di kawasan usahasil

Page 24: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

IMPAK DARIPADA PELAKSANAAN PENSIJILAN PENGURUSAN

HUTAN

Impak daripada aktiviti Pensijilan Pengurusan Hutan terhadap pengurusan

hutan secara berkekalan secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

Meningkatkan penglibatan pihak pengguna dan pihak-pihak lain yang

berkepentingan ke arah pengurusan hutan secara berkekalan.

Meningkatkan usaha pengemaskinian perundangan bagi

memperkukuhkan lagi polisi kerajaan.

Mewujudkan satu sistem institusi perbincangan di antara kerajaan dan

pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan pengurusan hutan ke

arah menghasilkan satu kefahaman bagi keperluan pensijilan

pengurusan hutan serta usaha menangani isu-isu perhutanan masa

kini.

Page 25: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

IMPAK DARIPADA PELAKSANAAN PENSIJILAN PENGURUSAN

HUTAN

Impak daripada aktiviti Pensijilan Pengurusan Hutan terhadap pengurusan

hutan secara berkekalan secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

Meningkatkan kecekapan pengawalan amalan pengurusan hutan secara

berperingkat dengan membekalkan maklumat yang tepat dan kemas.

Memastikan kewujudan serta keutuhan keluasan kawasan Hutan

Simpanan Kekal (HSK) bagi tujuan pelaksanaan amalan pengurusan

hutan secara berkekalan.

Menjamin penyeragaman data-data pengurusan hutan ke arah

mencapai satu piawaian antarabangsa.

Page 26: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

IMPAK DARIPADA PELAKSANAAN PENSIJILAN PENGURUSAN

HUTAN

Impak daripada aktiviti Pensijilan Pengurusan Hutan terhadap pengurusan

hutan secara berkekalan secara keseluruhannya adalah seperti berikut:

Menjamin pemantauan dan penilaian pelbagai keluaran dan

perkhidmatan hutan secara lebih berkesan dan cekap.

Mengenalpasti penyelidikan yang sesuai dan masih berkurangan

dengan lebih tepat supaya pengagihan sumber penyelidikan dapat

dilakukan secara berkesan. bagi memenuhi keperluan pengurusan

hutan.

Mewujudkan satu sistem laporan awam yang lebih mantap terhadap

status, keadaan dan keupayaan hutan yang diurus secara berkekalan.

Page 27: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

RUMUSAN

Antara beberapa rumusan boleh dibuat bagi Pelaksanaan Pensijilan

Pengurusan Hutan sebagai alat pengukur pengurusan hutan secara

berkekalan adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan Institutional

Framework yang kemas, teratur dan mantap.

2. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan kos yang

tinggi serta mengambil masa yang panjang.

3. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan perubahan

sikap dan minda yang drastik sama ada diperingkat jabatan dan

swasta.

4. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan komitmen

yang tinggi daripada pihak atasan hingga pekerja hutan sama ada di

peringkat jabatan atau swasta.

Page 28: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

RUMUSAN

5. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan pengurus dan

pekerja hutan yang kompeten serta mempunyai kepakaran teknikal

yang tinggi.

6. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan kepakaran

baru iaitu “negotiator” yang cemerlang.

7. Pelaksanaan Pensijilan Pengurusan Hutan memerlukan tahap

intergriti yang tinggi.

Antara beberapa rumusan boleh dibuat bagi Pelaksanaan Pensijilan

Pengurusan Hutan sebagai alat pengukur pengurusan hutan secara

berkekalan adalah seperti berikut:

Page 29: (Hutan Asli) untuk Amalan Pengurusan Hutan

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

THANK YOU

www.forestry.gov.my