pemulihaaraan hutan

22
RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN Pendahuluan Hutan merupakan aset negara yang tinggi nilainya dan diwarisi sejak turun-temurun lagi. Namun begitu, seiring mengejar pemodenan, pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semula jadi hutan. Hal ini, telah mengancam kepentingan dan perlindungan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pembasmian hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus menjelang 2025. Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pemuliharaan perlu dilakukan melalui kerjasama daripada semua pihak bagi membendung kemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang. Hutan hujan tropika, di samping hutan-hutan beriklim sederhana, lautan dan sebagainya membantu memastikan keseimbangan alam. Menurut Organisasi Makanan dan Agrikultur Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), dalam masa 5 tahun terakhir ini, bumi telah kehilangan sebanyak 37 juta hektar hutan. Setiap tahun, Bumi kehilangan kira-kira 7.3 juta hektar hutan. Menurut FAO lagi, hutan-hutan di seluruh dunia berkurangan sebanyak 12 juta hektar setiap tahun. Laporan FAO yang diterbitkan pada 2005 itu menyatakan bahawa purata kadar kehilangan hutan di Malaysia setiap tahun pada 1990 dianggarkan sebanyak 237,000 hektar atau hanya 1.2% sahaja. Kadar kehilangan ini adalah berdasarkan

Upload: naimah57

Post on 18-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN

Pendahuluan

Hutan merupakan aset negara yang tinggi nilainya dan diwarisi sejak turun-

temurun lagi. Namun begitu, seiring mengejar pemodenan, pembangunan pesat yang

berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semula jadi hutan. Hal ini, telah

mengancam kepentingan dan perlindungan hutan dari segi ekonomi setempat dan

perdagangan sedunia. Jika pembasmian hutan terus berlaku, dua pertiga daripada

spesies di hutan hujan tropika akan pupus menjelang 2025. Oleh itu, kesedaran perlu

diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pemuliharaan perlu dilakukan melalui

kerjasama daripada semua pihak bagi membendung kemusnahan hutan yang

berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi

yang akan datang.

Hutan hujan tropika, di samping hutan-hutan beriklim sederhana, lautan dan

sebagainya membantu memastikan keseimbangan alam. Menurut Organisasi Makanan

dan Agrikultur Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), dalam masa 5 tahun terakhir ini, bumi

telah kehilangan sebanyak 37 juta hektar hutan. Setiap tahun, Bumi kehilangan kira-kira

7.3 juta hektar hutan. Menurut FAO lagi, hutan-hutan di seluruh dunia berkurangan

sebanyak 12 juta hektar setiap tahun. Laporan FAO yang diterbitkan pada 2005 itu

menyatakan bahawa purata kadar kehilangan hutan di Malaysia setiap tahun pada

1990 dianggarkan sebanyak 237,000 hektar atau hanya 1.2% sahaja. Kadar kehilangan

ini adalah berdasarkan perubahan pada perancangan guna tanah, seiring dengan

polisi-polisi pembangunan negara.

Oleh itu, sebagai generasi yang bertanggungjawab dalam memastikan

kesejahteraan hidup perlu memastikan khazanah alam ini dipulihara daripada

kerosakan dan kerakusan manusia sendiri yang mengancam kelangsungan hidupan di

hutan.

Pemuliharaan Hutan

Malaysia telah mewujudkan Dasar Hutan Kebangsaan 1978 dan Akta

Perhutanan Negara 1984 untuk menjamin pengurusan hutan secara mapan. Pindaan

dibuat ke atas dasar ini pada 1992 bagi menangani isu semasa yang dibangkitkan oleh

masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi,

penggunaan sumber genetik, peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan

sumber genetik, dan peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan hutan.

Manakala Akta Perhutanan Negara (Akta 313) pula memberi kuasa untuk mewujudkan

hutan simpanan kekal dan pengambilan tanah untuk dijadikan hutan simpan kekal.

Pada tahun 1991 Universiti Pertanian Malaysia yang sekarang ini dikenali

sebagai Universiti Putra Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi

Corporation untuk menubuhkan satu model hutan untuk mengkaji teknik-teknik

pemuliharaan hutan pada tanah-tanah yang merosot nilainya di kawasan seluas 47.5

hektar di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sehingga kini, projek tersebut telah diketuai

oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid bagi pihak UPM dan Prof Dr. Akira

Miyawaki mewakili Mitsubishi Corporation.

Dewasa ini, manusia dengan sewenang-wenangnya telah melanggar hukum

Allah. Buktinya telah banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar kita

lantaran kerakusan sikap manusia yang lebih mengutamakan kepentingan duniawi

semata-mata berbanding ukhrawi. Allah menciptakan langit dan bumi serta segala

isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai

nikmat yang diberikan itu. Hal ini kerana, ada dalam kalangan manusia memandang

enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menebang hasil hutan sewenang-

wenangnya.

Allah telah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud,

sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah

dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada

pada diri mereka sendiri. Ayat ini jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar

setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang

lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Salah satu aspek penting yang perlu

dititikberatkan adalah berhubung isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

termasuklah hutan serta segala komponen yang ada di dalamnya. Dalam konteks ini,

kita disarankan agar mengambil segala manfaat daripada alam dengan tidak

mengabaikan aspek-aspek pelestarian.

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan

alam sekitar antaranya termasuklah hutan yang merupakan elemen penting dalam alam

sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk terus

memulihara hutan sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Pencemaran

perlu dielakkan di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di

mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat

yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan

kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan

ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara

serta kemakmuran bumi. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida

di atmosfera akan berkurangan dan tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar antaranya termasuklah hutan

disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah

SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri

atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai

penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau

menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa

neraka. (Ali-Imran: 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal antaranya hutan dan seluruh

cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman

sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar termasuklah hutan terpelihara dan bersih,

bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan. Ajaran Islam mengajar

umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan

kebiruan langit, tertera ayat Allah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa

dan Maha Pencipta.

Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar amat penting dalam merealisasikan

pembangunan lestari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerapan bermaksud

perbuatan mempraktikkan. Nilai-nilai etika adalah prinsip akhlak yang baik serta positif

seperti sikap bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berakhlak mulia, dan berdisiplin.

Seharusnya sebagai masyarakat yang memiliki minda kelas pertama sikap

tanggungjawab perlu diterapkan dalam memastikan hutan yang memiliki pelbagai

fungsi terus dipulihara untuk generasi akan datang. Malah, peraturan yang telah

diwujudkan perlu dipatuhi dalam mengawal kegiatan manusia yang rakus dalam

mengejar kemajuan tanpa mempedulikan kesan lain yang timbul akibat sifat tamak

mereka. Oleh itu, dengan adanya peraturan dapat mengehadkan kegiatan manusia

terhadap hutan yang boleh merosakkan ekosistem ini.

Terdapat banyak kepentingan penerapan nilai etika dalam membentuk alam

sekitar yang bersih dan nyaman seperti ia dapat memastikan kelangsungan wujudnya

persekitaran yang sihat dan bersih. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sebarang

pengeksploitasian seperti pencerobohan hutan demi kepentingan kewangan,

penggunaan bahan-bahan kimia yang boleh menipiskan lapisan ozon dan

menyebabkan  pencemaran  seterusnya  dapat  memastikan  masyakat  sentiasa  hidup

dalam keadaan kesihatan yang baik.

Penerapan nilai menghargai setiap kurniaan Allah juga perlu, oleh itu manusia

diterapkan untuk menghargai kewujudan hutan sebagai salah satu nadi dalam hidup

mereka. Melalui kepentingan dan fungsi hutan itu sendiri kita sebagai masyarakat

terdedah supaya lebih menghargai hutan dan bersama-sama dalam usaha memulihara

hutan dari sebarang ancaman dan kerosakan dalam memastikan kesejahteraan hidup

mereka.

Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta

bumiputera di Kepulauan Borneo. Walaupun bersama dengan arus kemodenan, hutan

masih merupakan tempat tinggal ramai kaum peribumi di seluruh dunia. Begitu juga di

Malaysia hutan dijadikan tempat tinggal bagi masyarakat ini. Hutan mampu menjadi

tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan peribumi seperti memburu dan

bercucuk tanam. Hutan merupakan perlindungan yang unik, hingga melahirkan budaya

hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama. Bagi masyarakat orang

asli yang sebati untuk tinggal di hutan adalah amat penting pemuliharaan hutan

dilakukan dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Walaupun penempatan

mereka tidak diganggu sepenuhnya, penerokaan hutan yang berleluasa mengurangkan

bilangan flora dan fauna yang merupakan sumber makanan bagi mereka. Oleh itu,

perkara ini menyebabkan sedikit sebanyak kehidupan mereka terancam.

Sebenarnya masyarakat peribumi dahagakan pembangunan, kemajuan dan cara

hidup moden yang selesa, namun pada masa yang sama mereka menuntut satu

interaksi sosial yang harmoni dengan alam sekitar terutamanya hutan. Pembangunan

yang tidak merosakkan hutan serta menjaga kelangsungan hidup generasi akan datang

agar turut memperoleh keseimbangan hidup sewajarnya dikenali sebagai

pembangunan mampan. Pembangunan sebegini yang dituntut dan diingini masyarakat

peribumi.

Penentangan dan protes yang dilakukan masyarakat peribumi hanyalah satu

tuntutan ke arah hidup yang lestari, bukannya menolak pembangunan (Maharam,

2009). Bagi golongan tersebut, alam sekitar sangat penting di mana mereka akan

memanfaatkan flora dan fauna, serta benda-benda bukan hidup dan segala macam

unsur alam yang lain seperti bunyi-bunyian hidupan hutan, kilat, guruh dan hujan

sebagai simbol yang membawa erti dalam kehidupan seharian mereka (Hanina dan

Asnarulkhadi, 2008). Kepelbagaian unsur inilah yang telah banyak menentukan corak

hidup seharian mereka.

Masyarakat selalu salah tafsir tentang penebangan pokok-pokok hutan.

Sebenarnya apabila cukup masa dan usianya, pokok-pokok ini memang perlu ditebang

dan ditanam semula dengan pokok-pokok baharu. Namun kerakusan manusia

menyebabkan pokok-pokok ini ditebang tanpa kawalan. Hal ini akan mengganggu

keharmonian dan kestabilan hutan itu yang memberi kesan kepada hidupan di

dalamnya serta manusia sendiri.

Hutan bukan sekadar menjadi tempat hidupan flora dan fauna secara amnya

sebaliknya hutan juga adalah pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun,

pembekal ubat-ubatan herba yang berguna kepada manusia bagi merawat pelbagai

penyakit, pembekal bahan mentah industri seperti pokok rotan, daun nipah. Malah,

hutan juga menjadi lokasi pelancongan, sumber penyelidikan serta sumber pendapatan

melalui aktiviti pembalakan. Hutan juga membantu mengurangkan pencemaran udara

dan membantu dalam kitaran gas, mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh,

serta menjadi pengawal iklim yang mana ketebalan hutan mempengaruhi ciri-ciri iklim

kawasan berkenaan. Kepentingan inilah yang mahu kita sedarkan kepada masyarakat

bagi melahirkan sebuah masyarakat yang tahu menghargai dan bersama-sama

memeliharanya.

Hutan mempunyai kitaran yang kompleks melibatkan air, tanah, atmosfera,

tumbuhan dan fauna. Di Malaysia, 77 peratus daripada keluasan keseluruhan hutan

terdiri daripada pelbagai jenis hutan yang kebanyakannya terdapat di Sabah dan

Sarawak. Di Semenanjung pula kebanyakan hutan terdapat di Perak, Pahang, Kelantan

dan Terengganu. Kesedaran yang rendah tentang hutan menyebabkan berlakunya

konflik dengan manusia dan alam. Oleh itu, melalui aktiviti pemuliharaan hutan yang

dilakukan dapat menjamin penghasilan kayu-kayan dan hasil hutan di samping

memulihara kepelbagaian biologi bagi menjamin sumber air bersih, kestabilan tanah

dan alam sekitar.

Di samping itu, hutan mempunyai peranan yang amat besar untuk mengawal

perubahan iklim yang tidak menentu akhir-akhir ini melalui kawalan karbon dioksida

yang terdapat dalam atmosfera Bumi. Karbon dioksida dapat dikawal apabila terdapat

pertambahan jumlah hutan. Hal ini kerana karbon dioksida akan dikurangkan dari

atmosfera melalui serapan pada daun dan juga tanah. Hutan malah lautan sekalipun,

berupaya menyerap dan menyimpan karbon dalam jangka masa yang lama. Walau

bagaimanapun, karbon yang disimpan dalam ekosistem hutan, masih boleh dilepaskan

ke atmosfera bumi apabila hutan dibakar. Peranan hutan dalam menyerap, menyimpan

dan membebaskan karbon adalah salah satu kunci untuk memahami kitaran karbon

global dan seterusnya perubahan iklim.

Hutan juga memainkan peranan sebagai penyerap air hujan dan mengalirkan

semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan

kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku dalam hutan ini telah

memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai. Kawasan hutan yang

luas dapat menampung kandungan air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun,

batang, akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan

mengalir ke sungai, laut dan empangan supaya dapat disalurkan ke kawasan

perumahan. Oleh itu, amat penting dalam memastikan usaha pemuliharaan hutan untuk

kesejahteraan hidup generasi akan datang.

Di samping itu, hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta

melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi

sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan

akarnya dan mengekal serta mengukuhkan struktur tanah tersebut. Seterusnya,

masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan

menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep ekopelancongan sangat

bertepatan dengan negara kita sebenarnya. Taman Negara sebagai contohnya

merupakan salah satu konsep ekopelancongan yang menarik untuk diterokai. Oleh itu,

hutan mempunyai peranan besar dalam industri pelancongan negara. Contohnya,

Taman Negara Endau Rompin yang memiliki tarikan tersendiri kepada pelancong yang

datang.

Taman Negara di Malaysia

Pokok-pokok hutan menghalang hakisan tanah berlaku

Pelbagai kesan terjadi apabila hutan tidak dipulihara selepas penebangan yang

berleluasa. Antaranya ialah menyebabkan hakisan tanah. Curahan air hujan di

permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butir-butir tanah

tersebut longgar akibat ketiadaan pokok-pokok hutan. Tanah yang terhakis akan

diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek.

Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek ini tidak dapat menampung air tersebut. Ini

akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar

dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan

sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Apabila air hujan mengalir

melalui batang tumbuhan, air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi,

sebaliknya mengalir turun melalui batang dan akar tumbuhan. Ini mengurangkan

kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Sementara itu, melalui proses

evolusi, ekosistem hutan boleh menjalani pengitaran nutrien dan meminimumkan

kehilangan nutrien untuk hidup pada masa nutrien berkurangan.

Kegiatan pelancongan juga terjejas akibat aktiviti pemuliharaan hutan yang tidak

dilaksanakan dengan berkesan. Hutan yang memiliki kepentingan dalam menarik minat

pelancong yang gemar akan keindahan alam tidak terpelihara menyebabkan tiada lagi

yang boleh dipamerkan kepada orang awam terutamanya pelancong yang datang. Oleh

itu, amat merugikan Malaysia sebagai negara yang memiliki aset penting ini tetapi tidak

dipulihara dengan baik.

Badan kerajaan merupakan badan yang berperanan besar dalam memastikan

pemuliharaan hutan terus berlangsung. Kerajaan mempunyai kuasa yang luas dalam

membuat dasar-dasar atau peraturan-peraturan yang berkaitan hutan. Kementerian

yang berkaitan dengan alam sekitar ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesies, keutamaan diberikan

kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semula jadi yang lebih

berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam

di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil

bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.

Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan

usaha dalam mengenal pasti kawasan lindungan. Sebagai contohnya, Pelancongan

dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan World Wildlife Fund

(WWF) Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia memfokuskan

kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan

pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu

diadakan dalam aspek-aspek penggunaan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan

pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan

hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian,

melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran

dan pembangunan pantai sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan

membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa

mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang

sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan

perlindungan atau simpanan.

Pemuliharaan yang telah diperkembangkan untuk 9 buah negeri di Malaysia.

Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha

pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan

negara. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan

dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya

mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.

Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber

genetik yang belum diterokai dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti

pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi

penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan. Sehubungan dengan ini,

Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk

pemuliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak

tahun 1930 lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi

kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang

kebanyakannya berada dalam hutan dara.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam

keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan

Hutan Simpanan Dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum.

Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan

ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah mengalami pembalakan atau

kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian.

Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap

spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan.

Sebagai contoh, Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh

Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada waktu itu, telah disempurnakan perasmiannya pada

tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi

ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan

keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar. Hutan Simpan Sungai Udang ini

telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan

penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib.

Selaras dengan dasar perhutanan negara, kerajaan terus memberikan

penekanan terhadap pengurusan hutan dan pemuliharaan sumber hutan. Dalam

konteks penebangan, Malaysia memberikan tumpuan terhadap beberapa sistem dan

kaedah. Antaranya ialah sistem sebaya Malaya (MUS). Dalam sistem ini, kesemua

pokok-pokok mempunyai nilai dagangan ditebang dalam satu operasi. Tempoh

pusingan tebangan pokok-pokok ini adalah antara 60 hingga 80 tahun sekali.

Selain itu, pelaksanaan sistem pengurusan memilih (SMS). Bagi sistem ini, satu

inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat

inventori yang diperoleh dua kaedah penebangan diamalkan iaitu kaedah politer dan

sistem sebaya Malaya. Kaedah polikitar diamalkan di kawasan yang kaya dengan

pokok dagangan muda. Sebilangan kecil pokok sahaja yang telah dipilih dan ditandai

akan ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umur dan mempunyai diameter

minimum antara 45 cm hingga 50 cm. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam

kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah dab

Sarawak. Bagi sistem sebaya Malaya pula, digunakan di kawasan yang tidak

mempunyai pokok dagangan muda. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok

sehektar selepas penebangan pokok dilakukan.

Selain itu, Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) amat menyedari

keperluan kepada pemuliharaan hutan bukan sahaja untuk memastikan bekalan kayu-

kayan secara berterusan, tetapi juga untuk kepentingan kestabilan alam sekitar,

perlindungan hidupan liar serta pengekalan kepelbagaian biologi. Mengikut perjanjian

yang telah dipersetujui antara KPKSB dan PKINK, syarikat dikehendaki menjalankan

kerja-kerja pemulihan hutan di kawasan-kawasan yang telah diusahakan. Operasi

utama yang perlu dijalankan melibatkan kerja-kerja Inventori Hutan Selepas Tebangan

dan Rawatan Silvikultur.

Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) ialah inventori yang dijalankan ke

atas sesuatu kawasan hutan selepas pengusahasilan untuk mengumpul maklumat yang

tepat dan bererti mengenai kedudukan stok, isi kandungan, keadaan dan taburan

semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui

gambaran isi hutan yang sebenar serta dapat menentukan jenis Rawatan Silvikultur

yang perlu dijalankan ke atas kawasan tersebut.

Manakala rawatan silvikultur pula ialah rawatan yang dijalankan ke atas kawasan

hutan yang telah diusaha hasilkan untuk membantu pemulihannya dan melibatkan

salah satu atau lebih daripada jenis-jenis rawatan silvikultur antaranya ialah

menggelang pokok dan memotong akar pepanjat (GCL). Menggelang pokok dan

memotong akar pepanjat ialah suatu jenis rawatan silvikultur yang dilaksanakan ke atas

kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diusaha hasilkan.

Rawatan ini melibatkan aktiviti menggelang pokok yang bersifat buruk atau cacat bagi

membuka naungan kepada anak-anak pokok pilihan secara beransur-ansur untuk

membantu mengurangkan saingan serta memotong akar pepanjat bagi membebaskan

dirian tinggal daripada gangguan untuk membolehkannya membesar dengan cepat.

Selain itu, rawatan silvikultur yang lain ialah memotong akar pepanjat ialah suatu

jenis Rawatan Silvilkultur yang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan

Simpanan Kekal yang telah diusahakan hasilnya. Rawatan ini melibatkan aktiviti

memotong akar pepanjat bagi membebaskan dirian tinggal daripada gangguan untuk

membolehkannya membesar dengan cepat.

Seterusnya, tanaman mengaya ialah suatu jenis rawatan silvilkultur yang

dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah

diusahakan hasilnya bagi membantu meningkatkan isi kandungan hutan tersebut

supaya mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi jenis-jenis

pokok yang bermutu.

Selain rawatan silvikultur, syarikat juga melaksanakan aktiviti tanaman kawasan

lapang (TKL). Secara amnya TKL adalah suatu kaedah penghutanan semula secara

menanam anak-anak pokok di kawasan-kawasan lapang yang terbentuk akibat operasi

pembalakan di mana merangkumi kawasan-kawasan bekas betau, jalan-jalan penarik

dan juga kawasan-kawasan yang dikenal pasti mengalami pembukaan tanah yang luas.

Aktiviti TKL perlu dilaksanakan sebaik sahaja sesebuah kawasan itu selesai diusaha

hasilkan.

Pembalakan liar yang mengancam ekosistem hutan

Rawatan bagi pemuliharaan hutan

Walaupun kerja-kerja pengusahasilan hutan dalam konsesi perjanjian KPKSB

telah dimulakan sekitar tahun 1983, aktiviti pemulihan hutan di kawasan yang telah

dibalak hanya dimulakan dalam tahun 1988.

Dewasa ini, komitmen KPKSB terhadap usaha pemulihan dan pemeliharaan

hutan bukan setakat hanya untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak

Jabatan Perhutanan Negeri dan bagi tujuan penyediaan laporan penutup semata-mata.

Syarikat begitu menitikberatkan keberkesanan aktiviti rawatan hutan yang telah

dilaksanakan dan keupayaannya dalam mengekalkan kualiti dan kuantiti pengeluaran

kayu-kayan pada giliran tebangan seterusnya di samping mengekalkan fungsi dan

kepentingan hutan kepada alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

Oleh itu, sebuah rancangan pembangunan hutan secara menyeluruh dan

bersepadu sedang dirangka dan akan direalisasikan bagi mencapai objektif sebenar

aktiviti rawatan hutan dalam kawasan konsesi perjanjian KPKSB. Dikenali

sebagai Program Pemuliharaan Bersepadu, konsep rawatan hutan ini merupakan

usaha murni syarikat untuk mencapai hasrat Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di

samping menjadi misi syarikat untuk melangkah ke hadapan sebagai forest model atau

contoh terbaik pengurusan dan pembangunan hutan di negara ini.

Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah dengan melaksanakan program

ladang hutan bermutu tinggi. Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok jati dan

mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi

Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam adalah masing-masing

750 hektar dan 1250 hektar. Melalui rancangan tersebut, kerajaan persekutuan

membiayai dalam bentuk pinjaman untuk penanaman setiap 250 hektar tanaman

setahun. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menubuhkan

satu Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Dan Pembangunan Ladang Hutan

Malaysia pada 18 November 1988.

Jawatankuasa tersebut terdiri daripada tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari

Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

(FRIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). FRIM dan UPM menjalinkan kerjasama

untuk menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan

terutama dalam aspek pengurusan, biak baik pokok dan sifat, serta penggunaan kayu.

Program R & D akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia

ada di samping memberikan penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesies,

kesesuaian spesies dengan tapak tanaman, bekalan stok tanaman, silvikultur, kajian

ekonomik spesies ladang serta kawalan serangga dan penyakit.

Malahan kerajaan juga berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat

melalui kempen yang dilaksanakan. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

merupakan kaedah untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya

merancang pemuliharaan ekosistem hutan. Langkah yang berkesan diambil dalam

memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan hutan yang betul

dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin ekosistem hutan

terus terpelihara. Sebagai contoh, melalui kempen kesedaran iaitu Cintailah Hutan Kita

dan kempen Penghijauan Bumi. Selain kerajaan, kempen kesedaran dan pendidikan

alam sekitar dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta

Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM).

Subjek pemuliharaan hutan dan alam semula jadi untuk pembelajaran pelajar

sekolah rendah dan sekolah menengah terus diutamakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam pendidikan merentasi kokurikulum dan kokurikulum. Pengetahuan dan

kesedaran pelajar terhadap alam sekitar dan pemuliharaan alam semula jadi telah

diajar dalam mata pelajaran Geografi dan Sains sejak 1992. Selain itu, kementerian

juga menyelitkan elemen alam sekitar dan ekosistem ke dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menerusi pendidikan

merentasi kokurikulum.

Mohd. Puad berkata, dalam usaha kementerian memperkukuhkan pembelajaran

bagi subjek berkenaan, kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan

dan Kehidupan Liar PERHILITAN sentiasa dilakukan dalam memastikan kesedaran

generasi muda khususnya dalam penglibatan untuk pemuliharaan hutan di Malaysia.

Kerajaan juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara serantau dan

pertubuhan alam sekitar dunia supaya pengurusan dan pemuliharaan hutan lebih

berkesan. Sebagai contohnya, penglibatan Malaysia dalam Program Alam Sekitar

ASEAN. Selain itu, menyambut Hari Hutan Sedunia pada setiap tahun dengan

menganjurkan program menanam pokok di samping mengadakan pameran dan

ceramah. Malahan, Malaysia juga terlibat dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai

Spesies- spesies Fauna dan Flora yang Terancam (CITES). Hasil kerjasama Malaysia

dengan pertubuhan antarabangsa telah membolehkan World Wildlife Fund Malaysia

(WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kuching.

Pertubuhan antarabangsa tersebut membantu usaha-usaha perancangan dan

pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dari segi bimbingan,

perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.

Bagi media massa pula, sama ada media cetak atau media elektronik juga

penting mengimbau  dan  menghebahkan  tentang  kepentingan  menjaga  alam 

sekitar. Hal ini kerana masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi

media massa itu sendiri sebagai saluran  komunikasi  dan  hiburan  kepada 

masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap alam sekitar, pihak media massa telah

meningkatkan liputan mereka mengenai masalah-masalah  alam sekitar 

yang nyata penebangan hutan yang berleluasa tanpa kawalan pihak

berwajib. Malah, jika sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian

tanah runtuh, pembakaran terbuka dan kempen-kempen kesedaran pemuliharaan

hutan turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio.

Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut

menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu

adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam

memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan hutan,

pastinya hutan yang merupakan nadi dalam kehidupan kita akan dapat diselamatkan

dan dipulihara sepenuhnya sebagai khazanah alam yang dapat dinikmati oleh generasi

muda.