kajian tentang peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan bukit perak, jeniang, kedah

23
960609-02-5549 SENARAI ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman Isi kandungan 1 Penghargaan 2 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif kajian 4 3.0 Lokasi kawasan kajian 5 - 7 4.0 Kaedah kajian 8 - 9 5.0 Hasil kajian dan perbincangan 5.1 Pola perbezaan suhu mengikut stesen 10 - 12 5.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian. 13 5.3 Peranan tumbuhan terhadap suhu 14 - 16 5.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal 17 - 19 6.0 Kesimpulan kajian 20 1

Upload: hilmi-ahmad

Post on 18-Jan-2017

468 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

SENARAI ISI KANDUNGAN

Tajuk Halaman

Isi kandungan 1

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif kajian 4

3.0 Lokasi kawasan kajian 5 - 7

4.0 Kaedah kajian 8 - 9

5.0 Hasil kajian dan perbincangan

5.1 Pola perbezaan suhu mengikut stesen 10 - 12

5.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa

di kawasan kajian. 13

5.3 Peranan tumbuhan terhadap suhu 14 - 16

5.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal 17 - 19

6.0 Kesimpulan kajian 20

Senarai rujukan 21

Lampiran

1

Page 2: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi ke atas limpah kurnia-Nya, dapat juga pengkaji menyiapkan

kerja kursus Geografi kertas 4 (942/4) penggal 3 tahun 2016 yang bertajuk “Peranan

Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah ” dalam masa

yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Azizah binti Mad Ali yang

merupakan guru Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong, Jeniang, Kedah.

Terlebih dahulu ingin pengkaji merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang

tidak terhingga kepada En. Ali Bin Awang Kechik yang merupakan pengetua Sekolah

Menengah Kebangsaan Tunku Sulong kerana telah memberi keizinan kepada pengkaji untuk

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata

pelajaran Geografi iaitu Puan Azizah binti Mad Ali kerana telah banyak meluangkan masa,

memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu menyiapkan kajian ini, selain

memberikan semangat untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

pengkaji iaitu Haji Ahmad Bin Ismail serta Kamariah Binti Salleh yang telah banyak

berkorban dari segi tenaga, dorongan serta kewangan untuk memastikan kerja kursus ini

berjalan dengan lancar.

Pengkaji juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta pihak-pihak

yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu pengkaji

menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Akhir sekali, penghargaan ini juga buat rakan-rakan seperjuangan di tingkatan enam

atas Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong dan rakan-rakan dari sekolah lain kerana

sudi memberi tunjuk ajar kepada pengkaji semasa menyiapkan kerja kursus ini.

2

Page 3: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hutan ditarifkan sebagai kawasan

yang ditumbuhi pokok-pokok liar. Hutan merupakan kawasan yang dilitupi oleh tumbuh-

tumbuhan yang berbagai-bagai jenis dan saiz serta kawasan yang didiami oleh burung,

binatang, serangga dan organisma mikro (Hopkins 1984). Terdapat berbagai-bagai jenis

hutan di dunia ini yang terdiri daripada Hutan Hujan Khatulistiwa Atau Tropika, Hutan

Monsun, Hutan Malar Hijau Iklim Sederhana, Hutan Daun Luruh Iklim Sederhana, Hutan

Daun Jarum, Hutan Kayu Keras Malar Hijau, Hutan Jarang Savana, Samun Belukar Tropika

dan Semak Duri, Hutan Hampir Gurun dan Hutan Jarang Sejuk (Strahler 1978). Di antara

hutan yang paling padat ditumbuhi oleh tubuh-tumbuhan dan terdapat berjuta-juta haiwan

dan organisma mikro ialah Hutan Khatulistiwa atau Hutan Hujan Tropika.

Menurut Abibullah Samsudin (1994) di dalam buku Industri Balak Di Semenanjung

Malaysia : Satu Kajian Kes. Hutan Hujan Tropika ialah Hutan Malar Hijau atau sebahagian

malar hijau di kawasan-kawasan yang menerima hujan tidak kurang daripada 100 mm hujan

pada setiap bulan dalam masa tiga tahun dengan min tahunan melebihi 24oC dan bebas

daripada fros; di dalam hutan ini sebahagian daripada pokok akan mengalami keguguran

daun; hutan biasanya terdapat pada ketinggian di bawah 1300 meter.

Hutan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi proses geomorfologi,

hidrologi, ekologi dan atmosfera. Sebagai contoh, akar tumbuhan yang menjalar mampu

menghalang pergerakan jisim tanah yang akan menyebabkan berlakunya tanah runtuh atau

tanah mendap. Namun, kajian ini lebih memfokuskan kepada peranan tumbuhan dalam

menentukan pola suhu persekitaran. Umumnya, hutan mempunyai tumbuhan yang padat,

berkanopi, bersuhu sederhana dan terdapat pelbagai spesies haiwan. Suhu yang sederhana di

kawasan hutan sangat berkait rapat dengan kelembapan udara yang tinggi akibat proses sejat

peluhan serta peranan daun tumbuhan yang menyerap bahangan/cahaya matahari melalui

proses fotosintesis. Selain itu, daun tumbuhan yang menghalang permukaan bumi daripada

menerima bahangan matahari secara terus membantu mengurangkan pembebasan bahangan

bumi pada waktu malam. Keadaan ini akan menyebabkan suhu persekitaran hutan tidak

terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

3

Page 4: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Objektif kajian

Kajian ini mengemukakan 4 objektif iaitu,

2.1 Menganalisis pola suhu mengikut stesen di hutan simpan Bukit perak

2.2 Membincangkan hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di hutan

simpan Bukit perak

2.3 Menghuraikan peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak

2.4 Menjelaskan kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal

2.5

4

Page 5: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

3.0 Lokasi kawasan kajian

3.1 ciri fizikal kawasan kajian

Kawasan kajian yang dipilih oleh pengkaji ialah hutan simpan Bukit Perak, Jeniang,

kedah. Bentuk muka bumi di hutan simpan Bukit perak ialah beralun dan tanah pamah.

Berhampiran dengan hutan simpan Bukit perak, terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba

seperti Tongkat Ali, selasih, serai wangi dan lain-lain serta terdapat kayu balak seperti cengal,

meranti, keruing, dan sebagainya. Manakala, haiwan seperti harimau, monyet, ular dan lain-

lain mudah dijumpai di hutan ini kerana hutan ini dijaga dan dilindungi oleh Jabatan

Perhutanan Negeri Kedah di bawah agensi tertentu.

3.2 ciri budaya kawasan budaya

Hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah terletak berhampiran dengan pejabat renjer

hutan Jeniang/Sik. Kemudahan awam seperti jalan raya, klinik, masjid, pejabat pos, pondok

polis dan sebagainya disediakan berhampiran kawasan kajian. Penduduk sekitar kebanyakan

bekerja secara persendirian dan perkilangan dengan melakukan kerja-kerja kampung dan

mengambil upah dengan bekerja di kilang Permintex Furukawa. hutan simpan Bukit perak

juga berada berhampiran dengan beberapa buah sekolah menengah dan rendah seperti SMK

Tunku Sulong, SJK (c) Jeniang dan SK Jeniang. Di samping itu, wujud premis perniagaan

berhampiran hutan simpan Bukit perak seperti angun tom yam, cen cendol, remyra burger &

oblong dan lain-lain. Jarak hutan simpan Bukit perak dari pekan jeniang ialah 3km yang

mengambil masa selama 3 minit jika menaiki kereta ataupun motosikal. Manakala jarak dari

pusat bandar sungai petani dan pekan gurun ke hutan simpan Bukit perak ialah sejauh 50 km

dan 18 km.

.

5

Page 6: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Peta Daerah Kuala Muda

Peta 1 : Peta Daerah Kuala Muda

*anak panah : kawasan kajian; hutan simpan Bukit Perak

Sumber : Laman web rasmi Majlis Perbandaran Sungai Petani

6

Hutan simpan Bukit Perak

Yan

Sik

U

5 km

Page 7: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

7

Page 8: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

2.0 Kaedah kajian

Kaedah kajian dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari

sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli. Untuk mengumpulkan data

primer antaranya ialah kaedah pemerhatian dan pengukuran. Data Sekunder adalah data yang

diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai

tangan kedua). Data sekunder dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti di perpustakaan

dan Internet.

3.1 kaedah untuk Memperoleh Data Primer

3.1.1 Kaedah Pemerhatian dan pencerapan

Kaedah pemerhatian dan pencerapan ini membolehkan pengkaji untuk

merekod dan mentafsirkan bacaan suhu dengan lebih terperinci dan jelas di hutan

simpan Bukit Perak. Pengkaji dapat melakukan kajian dengan lebih mendalam

terhadap muka bumi, kanopi tumbuhan dan keadaan persekitaran hutan simpan Bukit

perak. Pemerhatian ini dijalankan pada 20 Julai 2016 dengan beberapa orang guru

pengiring dan 2 orang pegawai renjer Jeniang. Untuk dijadikan bahan bukti, pengkaji

telah mengambil beberapa keping gambar di hutan simpan Bukit perak bagi

menunjukkan bahawa pengkaji telah melakukan kajian.

3.1.2 Kaedah pengukuran

kaedah pengukuran digunakan dalam kajian ini adalah untuk mendapatkan

bacaan suhu yang tetap supaya analisis dapat dilakukan bagi mengenal pasti

perubahan suhu di tempat dan masa yang berbeza. Beberapa jenis alatan digunakan

oleh pengkaji semasa mengukur suhu di hutan simpan Bukit perak seperti pita

pengukur, batang buluh, parang, pen, kertas, jam tangan dan termometer suhu.

Pengukuran dimulakan dengan menentukan tempat meletakkan kayu buluh untuk

dijadikan stesen pengukur suhu. Kerja-kerja penyelarasan dengan kayu buluh dan pita

pengukur digunakan untuk mengukur jarak satu stesen dengan stesen yang lain.

Bacaan suhu diukur dan dicatatkan pada tempoh masa yang berbeza ; 8 – 10 pagi, 12

tengahari – 2 petang, 5 petang – 7 malam di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza pada

selang jarak minimum 20m setiap stesen (10 stesen=200 meter) dalam satu garis lurus

dari luar hutan hingga ke dalam hutan. Data yang diperoleh dicatat pada kertas.

8

Page 9: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Gambar 1 : pengkaji bersama ahli kumpulan sedang melakukan proses

pengukuran

3.2 Kaedah memperoleh data sekunder

Pengkaji menggunakan kaedah sekunder sebagai maklumat tambahan bagi

melengkapkan laporan hasil dapatan kajian. Kaedah rujukan di perpustakaan dan

Internet dilakukan untuk tujuan tersebut.

9

Page 10: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

3.2.1 Kaedah Rujukan Perpustakaan

Kaedah rujukan di perpustakaan dijalankan adalah untuk mendapatkan

maklumat sokongan tentang peranan tumbuhan terhadap suhu, sejarah hutan

simpan Bukit Perak dan lain-lain. Kaedah rujukan perpustakaan dilakukan

dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah. Buku daripada penulisan

Abibullah Samsudin, Hopkins dan Strahler banyak membantu pengkaji untuk

melengkapkan kajian ini.

3.2.2 Kaedah Laman Web

Pengkaji merujuk beberapa laman web untuk memperoleh maklumat

tentang peta daerah Kuala Muda dan melukis peta lakar di hutan simpan Bukit

perak. Malah, membantu pengkaji memahami konsep tumbuhan, suhu, hutan

dan lain-lain dengan lebih mudah dan pantas.

3.0 Hasil kajian dan perbincangan

4.1 Pola suhu mengikut stesen

Jadual 1 : pola suhu mengikut stesen

Stesen Masa

Stese

n 1

Stese

n 2

Stese

n 3

Stese

n 4

Stese

n 5

Stese

n 6

Stese

n 7

Stese

n 8

Stese

n 9

Stese

n 10

9 – 10 a.m.28°c 28°c 28°c 26°c

25.5°

c27°c 26°c 25°c 26°c 26°c

12 – 2 p.m. 31.5°

c31°c

32.5°

c

28.5°

c28°c 29°c 28°c 27°c 28°c 27°c

5- 7 p.m. 32.5°

c32°c 31°c 30°c 29°c 29°c 28°c 29°c 29°c 30°c

10

Page 11: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Stesen 1

Stesen 2

Stesen 3

Stesen 4

Stesen 5

Stesen 6

Stesen 7

Stesen 8

Stesen 9

Stesen 10

0

5

10

15

20

25

30

35

28 28 2826 25.5 27 26 25 26 26

31.5 31 32.528.5 28 29 28 27 28 27

32.5 32 31 30 29 29 28 29 29 30

Pola Suhu Mengikut Stesen

9.00 - 10.00 a.m. 12.00 - 2.00 p.m. 5.00 - 7.00 p.m.

suhu (oc)

Petunjuk:

Rajah 1 : Pola Suhu mengikut Stesen

11

Page 12: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Gambar 2 : Proses pengukuran suhu persekitaran di Hutan Simpan Bukit Perak

12

Page 13: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

4.2 Hubungan antara suhu dengan jarak dan suhu dengan masa di kawasan kajian

Berdasarkan data yang diperolehi oleh pengkaji di Hutan Simpan Bukit Perak,

pengkaji mendapati bahawa suhu persekitaran berbeza bagi setiap stesen. Sebagai contoh,

bacaan suhu di stesen satu (32.5 oC) pada waktu petang adalah lebih tinggi berbanding

dengan stesen lain dan bacaan suhu relatif semakin menurun bagi stesen yang seterusnya. Hal

ini menunjukkan bahawa suhu persekitaran di pengaruhi oleh jarak yang berbeza antara

stesen. Kedudukan stesen satu yang jauh dari litupan tumbuhan menyebabkan bacaan suhu di

stesen tersebut adalah tinggi berbanding stesen yang seterusnya. Namun, bacaan suhu

persekitaran di stesen yang kedua (2), ketiga (3) dan seterusnya yang tidak menunjukan

penurunan bacaan suhu yang tetap. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bacaan suhu stesen

dua ialah 32 oC dan stesen seterusnya ialah 31 oC, 30 oC dan 29 oC. Hal ini demikian kerana

sesetengah stesen berada di kawasan yang litupan tumbuhan yang kurang dan tidak padat

khususnya di gigi hutan berbanding stesen lain. Jelasnya, pengkaji dapat simpulkan bahawa

kawasan di dalam hutan yang lapang dan terdedah kepada cahaya matahari mempengaruhi

suhu persekitaran dan menyebabkan bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji mudah berubah.

13

Page 14: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Oleh sebab itu, bacaan suhu adalah tidak menurun secara serata walaupun stesen yang

diletakkan oleh pengkaji semakin jauh ke dalam hutan simpan Bukit Perak.

Bacaan suhu yang diambil oleh pengkaji juga adalah tidak sama mengikut

waktu/masa. Kajian menunjukan bacaan suhu pada waktu pagi (9.00 – 10.00 a.m.) adalah

lebih rendah berbanding waktu lain iaitu dalam lingkungan 26 oC hingga 28 oC. Manakala,

bacaan suhu pada waktu petang dalam lingkungan waktu 5.00 – 7.00 p.m. adalah relatif lebih

tinggi berbanding pada waktu tengah hari (12.00 - 2.00 p.m.). bacaan suhu pada waktu petang

adalah dalm lingkungan (30 oC – 32.5 oC) dan pada waktu petang ialah 27 oC hingga 31.5 oC.

4.3 Peranan tumbuhan terhadap pola suhu di hutan simpan Bukit perak

4.3.1 Menyerap bahangan

Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak telah

membantu mengawal suhu persekitaran dengan menyerap gas karbon dioksida (CO2) dan

membebaskan gas oksigen (O2). Proses ini perlu bagi meneruskan kelangsungan pokok

membesar dan membiak. Hal ini demikian kerana tumbuhan menyerap bahangan dan cahaya

matahari untuk menukarkan air dan nutrien dalam bentuk kimia yang akan disimpan oleh

tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak dan asid tumbuhan. Proses fotosintesis

yang berterusan ini akan mengurangkan lebihan gas karbon dioksida di dalam udara yang

akan menyebabkan terjadinya selimut bumi di kawasan sekitar. Selimut bumi ini akan

menjadikan lebih banyak haba terperangkap di atmosfera akibat pemantulan semula haba ke

permukaan bumi.

14

Page 15: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Gambar 3 : Hutan simpan Bukit Perak padat dengan tumbuhan

Sumber : kajian lapangan 2016

4.3.2 Menapis Bahangan Matahari

Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit Perak

membantu menghalang pancaran matahari terus sampai ke lantai hutan. Hal ini akan

membantu mengurangkan permukaan bumi menyerap bahangan matahari pada waktu siang.

Apabila permukaan bumi kurang menyerap bahangan matahari. Maka pada waktu malam,

permukaan bumi kurang membebaskan bahangan bumi pada waktu malam melalui

gelombang panjang. Kesannya, suhu persekitaran hutan simpan Bukit Perak adalah lebih

rendah berbanding kawasan yang kurang tumbuhan seperti kawasan bandar.

15

Page 16: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Gambar 4 : Tumbuhan berlapis-lapis (berstrata) di dalam ekosistem hutan simpan Bukit

Perak

Sumber : kajian lapangan 2016

4.3.3 Meningkatkan Kelembapan

Kadar kelembapan yang tinggi di suatu kawasan berkait rapat dengan proses sejat

peluhan yang tinggi. Proses sejatpeluhan ini lebih merujuk kepada kehilangan air melalui

proses sejatan daripada permukaan air, kelembapan tanih dan perpeluhan oleh tumbuhan. Di

hutan simpan Bukit Perak, proses sejatpeluhan banyak berlaku kerana terdapat pelbagai jenis

tumbuhan yang melakukan proses respirasi yang membebaskan wap air ke udara. Liang

stoma pada daun akan terbuka apabila terkena cahaya matahari dan memudahkan transpirasi

berlaku. Tambahan, di kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak terdapat beberapa badan air

seperti paya dan tasik buatan juga membantu menambah kelembapan bandingan. Oleh itu,

16

Page 17: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

kombinasi proses sejatan dari tumbuhan di hutan simpan Bukit Perak dan kawasan paya dan

tasik buatan akan menjadi kawasan sekitar hutan simpan Bukit Perak mempunyai kadar

kelembapan bandingan yang tinggi dan bersuhu rendah.

Gambar 5 : Kawasan paya berhampiran hutan simpan Bukit Perak

Sumber : kajian lapangan 2016

17

Page 18: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

4.4 Kepentingan hutan terhadap alam sekitar fizikal

4.2.1 Mengekalkan atau mengawal perubahan iklim mikro (atmosfera)

Di kawasan hutan simpan bukit Perak, pengkaji mendapati bahawa tiupan angin

adalah tenang dan nyaman. Hal ini demikian kerana kanopi pokok berfungsi untuk

mengurangkan halaju angin. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat

menyebabkan proses perpuluhan berlaku dengan banyak. Wap-wap air banyak dibebaskan ke

udara di dalam kawasan hutan tersebut. Kesannya, kelembapan udara meningkat. Sebagai

contoh, kandungan wap-wap air di dalam udara sentiasa melebihi 80% di kawasan hutan

hujan.

Apabila kelembapan udara adalah tinggi di kawasan hutan simpan Bukit perak, maka

suhu persekitaran Jeniang juga adalah sederhana dan kerpasan mudah terbentuk. Udara yang

nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagaian spesies fauna dan flora untuk

hidup, membesar dan membiak.

Gambar 6 : Kepadatan tumbuhan mempengaruhi iklim mikro hutan simpan Bukit

Perak

18

Page 19: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Sumber : kajian lapangan (2016)

4.4.2 Mengawal keseimbangan kitar hidrologi

Kadar larian air di permukaan hutan simpan Bukit Perak dipengaruhi ketebalan

kanopi dan jenis hutan. Hutan simpan Bukit Perak bersifat hutan primer dan berkanopi tebal

menjadikan proses pintasan hujan amat berkesan berbanding hutan jenis sekunder. Oleh itu,

kadar jatuhan air hutan ke atas permukaan tanah hutan simpan Bukit Perak adalah rendah.

Selain itu, Permukaan tanah hutan simpan Bukit perak yang padat dengan akar dan

pokok kecil berfungsi menghalang aliran air permukaan dan bertindak sebagai cengkaman

terhadap tanah bagi menghalang proses hakisan.

Gambar 7 : Lantai Hutan Simpan Bukit perak

Sumber : kajian lapangan (2016)

19

Page 20: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

4.4.3 Menstabilkan cerun; melindungi permukaan cerun daripada hakisan tanah

dan geseran jisim (geomorfologi)

Di hutan simpan Bukit perak, kanopi tumbuhan berfungsi melindungi tanih daripada

hakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air

permukaan. Proses hakisan ini dihalang melalui cengkaman akar dan proses cegatan silara

tumbuhan. Hutan simpan Bukit perak ini mempunyai silara-silara pokok yang berlapis-lapis

yang membantu memperlahankan halaju setip titian air hujan yang menimpa lantai hutan.

Kesannya, permukaan cerun di hutan simpan Bukit Perak terlindung daripada hakisan tanah

dan geseran jisim. Maka, runtuhan tanah terutama di kawasan cerun dapat dikurangkan.

Selain itu, batuan di hutan simpan Bukit Perak giat berlaku proses luluhawa kimia,

fizikal dan sebagainya kerana keadaan hutan yang sentiasa lembap dan pada masa yang sama

menerima sejumlah haba yang besar dari cahaya matahari. Keadaan ini menyebabkan batuan

di hutan simpan Bukit Perak mengalami proses mengecut pada waktu malam dan

mengembang pada waktu siang.

Gambar 8 : Akar tumbuhan pokok di hutan simpan Bukit perak yang berfungsi

mengurangkan hakisan tanah dan geseran jisim

Sumber : Kajian Lapangan (2016)

20

Page 21: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Kesimpulan Kajian

Pengkaji dapat simpulkan bahawa kajian ini telah memenuhi objektif kajian

sebagaimana yang telah ditetapkan di awal permulaan kajian dilakukan. Pengkaji juga

mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah masih lagi memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi unsur atmosfera, hidrologi, ekologi dan geomorfologi. Hal ini

dibuktikan dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum

ini. Malah, pola perubahan suhu di hutan simpan Bukit Perak pada tiga tempoh masa yang

berbeza di sepuluh lokasi cerapan yang berbeza juga masih menunjukkan perbezaan yang

ketara. Ini membuktikan bahawa proses sejatpeluhan dan fotosintesis yang dilakukan oleh

tumbuhan mampu mempengaruhi suhu persekitaran melalui kelembapan bandingan dan

kanopi hutan.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa hutan simpan Bukit Perak masih dijaga

dan dipelihara dengan baik oleh agensi perhutanan negeri Kedah iaitu renjer hutan cawangan

Jeniang/Sik. Hal ini kerana keadaan pandangan fizikal hutan simpan Bukit Perak masih lagi

tidak diusik oleh kegiatan pembalakan haram walaupun di hutan ini terdapat pokok kayu

balak yang berusia ratusan tahun.

Dengan hasil kajian dan perbincangan yang telah pengkaji lakukan, pengkaji berharap

semua pihak terutamanya pihak berkuasa bersama-sama bekerjasama bagi memelihara dan

memelihara paru-paru bumi iaitu hutan dengan sebaiknya. Hal ini demikian kerana tumbuhan

memainkan peranan yang penting kepada keharmonian dan kesejahteraan manusia dan

haiwan serta kehidupan lain secara tidak langsung. Proses fotosintesis yang dilakukan oleh

tumbuhan membebaskan gas oksigen yang amat diperlukan oleh manusia, haiwan, organisma

dan proses lain seperti proses pengaratan. Oleh itu, pemeliharaan dan pemeliharaan mesti

dilakukan oleh semua pihak agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan ini.

21

Page 22: kajian tentang Peranan Tumbuhan Terhadap Pola Suhu Di Hutan Simpan Bukit Perak, Jeniang, Kedah

960609-02-5549

Senarai rujukan

Karya Penulis

i. Abibullah Samsudin. 1994. Industri Balak Di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian

Kes. Ampang/Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii. Hopkins, H. 1974. Edisi Kedua. Forest and Savanna. Heinemann, Ibadan and London,

iii. Strahler, A.N. 1978.Geografi Fizikal (edisi ke4). New York: John Wiley & Sons.

Bahan Internet

1) Wikipedia (2016). Dicapai pada Julai 5, 2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Hutan.

2) Laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (2016). Dicapai pada Julai 16,

2016 dari http://www.kedforestry.gov.my/en/.

Kamus dan Ensiklopedia

1) Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surat khabar atau Buletin

1) “Pentingnya pokok kepada manusia” dlm. BERITA HARIAN, 20 November 2001.

22