kepentingan belajar sambil bermain

5
Secara amnya kepentingan belajar sambil bermain ialah; Mengurangkan tekanan Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan menampal. Berinteraksi secara positif Memenuhi keperluan naluri ingin tahu Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita yang didengar. Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2014/05/bermain-sambil- belajar-di-kidzania.html Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc), memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain. Meneroka keadaan sekelilingnya

Upload: nordin5613

Post on 15-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Belajar Sambil Bermain

Secara amnya kepentingan belajar sambil bermain ialah;

Mengurangkan tekanan

Meningkatkan kemahiran manipulatif seperti mencantum, melukis dan menampal.

Berinteraksi secara positif

Memenuhi keperluan naluri ingin tahu

Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi

Meningkatkan penguasaan bahasa dengan melakonkan semula apa yang dibaca atau cerita

yang didengar.

Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif

http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2014/05/bermain-sambil-belajar-di-kidzania.html

Kebaikan belajar sambil bermain kepada kanak-kanak

Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa

mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-

kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya (samada di rumah, di playground etc),

memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain.

Meneroka keadaan sekelilingnya

Dengan bermain, kanak-kanak akan membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan

orang-orang di sekelilingnya. Apabila mereka bermain, mereka akan dapat membina pola dan

membina skema mereka sendiri. Terutama bagi kanak-kanak bertatih, mereka akan dapat

bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling.

Membina Skil fizikal

Terdapat dua aspek di dalam skil fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor

halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan bermain. Contohnya kemahiran

motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti melompat, berbasikal, naik

turun tangga, memanjat, menari, bergayut dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula

Page 2: Kepentingan Belajar Sambil Bermain

adalah koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini seperti menguntai manik,

bermain pasir, menggunting, menguntai tali kasut, dan menampal.

Kedua-dua kemahiran ini perlu seimbang supaya kanak-kanak dapat berkembang dengan

baik.

Membina Kemahiran Kognitif

Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang

kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada

aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang penting adalah seperti penyelesaian masalah

(contoh aktiviti: permainan blok, membina istana daripada pasir dsb), kreativiti (lukisan,

tarian), fokus, ingatan dan inovasi.

Membina kemahiran emosi

Untuk menjadi dewasa yang stabil, kanak-kanak perlu dididik tentang emosi yang stabil.

Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan org lain, meluahkan perasaan

sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan.

Membina kemahiran sosial

Kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa.

Bagaimanapun kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka

mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai2 murni

daripada situ.

https://mamahakim.wordpress.com/2010/06/29/kebaikan-belajar-sambil-bermain-kepada-

kanak-kanak/

Page 3: Kepentingan Belajar Sambil Bermain

Kepentingan dan Faedah Bermain 

Secara umum, bermain boleh membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal,

perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitif dan perkembangan bahasa. 

1. Perkembangan Fizikal  

Kanak-kanak menguasai kawalan motor halus dan motor kasar melalui bermain. Kemahiran

motor kasar yang dapat dikembangkan melalui aktiviti seperti berlari bebas, melompat,

memanjat, menendang, mengangkat, membaling dan menyambut (bola). Ini memberi

kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah

tujuan. 

Aktiviti membutang, mewarna, melukis, menampal dan mencantum dapat mengembangkan

kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Kemahiran manipulatif dapat dibina

melalui aktiviti seperti mencucuk benang ke dalam manik, jigsaw puzzles, mengikat reben,

kraft tangan dan membentuk menggunakan doh. 

2. Perkembangan Sosioemosi 

Semasa bermain, kanak-kanak berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara

positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan

rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk

menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat jangka

panjang. Dengan itu main memberi peluang kepada kanak-kanak membina konsep kendiri

yang positif, keyakinan diri serta melahirkan sentimen dan menstabilkan emosi. 

Aktiviti main peranan seperti berpura-pura menjadi doktor dan pesakit atau menaiki bas olok-

olok memberi latihan kepada kanak-kanak untuk menguasai pengetahuan dari persekitaran

serta membantu perkembangan kemahiran bersosialisasi. Permainan imaginatif seperti ini

memberi latihan kepada kanak-kanak mengenali alam dewasa. Mereka belajar bekerjasama

untuk mencapai matlamat kumpulan. 

3. Perkembangan Kognitif dan Bahasa  

Page 4: Kepentingan Belajar Sambil Bermain

Bermain juga dapat membantu memperkembangkan kebolehan kognitif seperti mengenal

pasti, mengkategori, membuat urutan, memerhati, membezakan, meramal, membuat

rumusan, dan membuat perbandingan. 

Akiviti seperti membina blok, permainan bahasa, permainan dam, puzzle, teka-teki, nyanyian

dan congkak membantu mengembangkan kemahiran bahasa, matematik dan sains serta

berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran

penggunaan bahasa dalam persekitaran yang relaks, semulajadi dan seronok.

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/kepentingan-main-dalam-proses.html