kenapa anda perlu menulis nota rujukan dalam penulisan ilmiah anda

3
Kenapa Anda Perlu menulis nota rujukan dalam penulisan ilmiah anda 1. Untuk menjelaskan sumber data yang telah digunakan 2. Untuk membolehkan pembaca merujuk kepada mana-mana bahagian dalam tulisan itu sendiri samada sebelum atau selepas 3. Untuk memberi penjelasan lanjut yang dikira tidak wajar dibuat dalam teks perbincangan. 4. Untuk menjelaskan pandangan yang berbeza dari sumber tertentu bagi membolehkan pembaca membuat perbandingan 5. Untuk memberi penghargaan kepada sumber yang digunakan 6. Untuk memperkukuhkan kewibawaan penulisan kajian Sumber-Sumber Maklumat Terdapat pelbagai sumber maklumat. Bagaimanapun ia boleh diklasifikasikan dalam tiga kategori iaitu primer, sekunder dan tertiary: 1. Sumber Primer:

Upload: mils-milson

Post on 10-Jul-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kenapa Anda Perlu Menulis Nota Rujukan Dalam Penulisan Ilmiah Anda

Kenapa Anda Perlu menulis nota rujukan dalam penulisan ilmiah anda

1. Untuk menjelaskan sumber data yang telah digunakan

2. Untuk membolehkan pembaca merujuk kepada mana-mana

bahagian dalam tulisan itu sendiri samada sebelum atau selepas

3. Untuk memberi penjelasan lanjut yang dikira tidak wajar dibuat dalam teks perbincangan.

4. Untuk menjelaskan pandangan yang berbeza dari sumber tertentu bagi membolehkan pembaca membuat perbandingan

5. Untuk memberi penghargaan kepada sumber yang digunakan

6. Untuk memperkukuhkan kewibawaan penulisan kajian

Sumber-Sumber Maklumat

Terdapat pelbagai sumber maklumat. Bagaimanapun ia boleh diklasifikasikan dalam tiga kategori iaitu primer, sekunder dan tertiary:

1. Sumber Primer:

• Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan

• Melaporkan penyelidikan asli

• Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu.

Page 2: Kenapa Anda Perlu Menulis Nota Rujukan Dalam Penulisan Ilmiah Anda

• Dalam konteks pengajian Islam sumber primer ialah sumber yang dipetik dari sumber asal contohnya hadis hendaklah dirujuk dari kitab hadis seperti sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, dan sebagainya.

Contoh Sumber Primer yang diterbitkan:

• Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal

• Laporan Penyelidikan

• Penerbitan kerajaan / Penerbitan rasmi

• Paten

• Piawaian

• Disertasi/tesis

• Prosiding

Contoh Sumber Primer yang tidak diterbitkan:

• Kertas kerja (seminar, konvensyen, persidangan dan lain-lain)

• Fail syarikat

• Fail peribadi

• Surat menyurat

• Diari, memo

• Temuramah

• Lukisan

• Rakaman audio

• Rakaman video

2. Sumber Sekunder

Page 3: Kenapa Anda Perlu Menulis Nota Rujukan Dalam Penulisan Ilmiah Anda

Sumber sekunder pula merupakan bahan-bahan yang disusun dan diterbitkan semula dalam bentuk berlainan berdasarkan maklumat- maklumat dan dokumen dari sumber pertama

Contoh-contoh Sumber Sekunder

• Buku teks

• Buku panduan

• Jadual

• Ulasan

• Terbitan berkala

• Perkhidamatan Indeks dan Abstrak.

APA ( American Psychological Association) atau Harvard Style?

Kebanyakan universiti contohnya USM memberi kebebasan kepada pelajarnya memilih mana-mana sistem nota rujukan/ bibliografi dalam penulisan tesis atau disertasi pelajar namun demikian pelajar perlu mengikut secara konsisten terhadap kaedah penulisan yang dipilih oleh mereka samada APA mahupun Harvard Style. Bagi IPGM pula sistem yang perlu digunakan dalam penulisan ilmiah, tugasan, kertas projek khususnya dalam KKBI ialah sistem APA