kenapa kongzi dihormatikan

25
AYEA 2337 Konfusianisme di China TAJUK : Kenapa Kongzi ( 孔孔dihormatikan Tuan Guru (Papa Guru Konfusianisme) oleh ahli Konfusian?

Upload: sheva-sama

Post on 07-Jul-2016

251 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kong Zi

TRANSCRIPT

AYEA 2337Konfusianisme di China

TAJUK : Kenapa Kongzi ( 孔子) dihormatikan Tuan Guru (Papa Guru Konfusianisme) oleh ahli Konfusian?

Pengenalan

Nama Kong Zi ialah ‘ Qiu Zhong Ni ’ . Dia adalah orang Negara Lu ( 鲁国 ) pada zaman akhir ‘ Chun Qiu ’ .

Nenek moyang Kong Zi pada asalnya adalah bangsawan di Negara Song , tetapi pada akhirnya nenek moyang Kong Zi telah melarikan diri ke Negara Lu untuk menghindari diri daripada keadaan huru-hara selepas berlakunya peperangan di Negara Song .

Walaupun pada masa itu bapa Kong Zi masih adalah seorang pembesar di Negara Lu tetapi kedudukan keluarga mereka pada masa itu dengan jelasnya adalah semakin merosot jika berbanding dengan masa dahulu .

Namun demikian , segala cabaran yang dihadapi oleh Kong Zi pada masa remajanya telah membangkitkan segala sifat positifnya , iaitu berusaha dengan sedaya upayanya untuk melaksanakan segala tugasannya .

Di samping itu , suasana kebudayaan Negara Lu juga telah menyebabkan pemikiran Kong Zi menjadi semakin matang .

Negara Lu adalah sebuah masyarakat yang berasaskan kepada sektor pertanian , oleh itu rakyat Negara Lu sangat menghormati adat resam dan mematuhi undang-undang .

Selain itu , Negara Lu merupakan negara yang melindungi adat istiadat dengan paling lengkap jika berbanding dengan Negara beraja yang lain .

Namun , kekuasaan kerabat Zhou sudah semakin merosot .

Kong zi menganggap negara Lu sebuah negara yang huru-hara kerana kemerosotan status raja .

Keadaan masyarakat pada masa itu telah membangkitkan pemikiran Kong Zi untuk memasuki peringkat bangsawan .

Selepas itu , beliau telah menjadi pegawai di Negara Lu dan perkara ini telah mendorongnya lebih memahami masyarakat tempatan tersebut( 鲁国 ) .

Kong Zi mula menerima anak murid pada usia 40 .

Akhirnya , perjalanan yang tidak begitu lancar dalam pekerjaannya sebagai pegawai telah menambahkan lagi minat Kong Zi untuk menubuhkan sekolah peribadi ( 私学 ) untuk mengajar .

Dengan tempoh pengajarannya yang panjang itu , beliau telah memimpin sekumpulan besar orang-orang bakat .

Sehubungan dengan itu , orang-orang yang dipimpin oleh Kong Zi selepas itu telah menubuhkan satu aliran baharu yang mempunyai pengaruh yang kuat , iaitu aliran Konfusianisme .

Ahli-ahli konfusianisme pada masa kini sangat mematuhi kapada ajaran kong Zi.

Oleh sebab demikian , Kong Zi telah menjadi Tuan Guru dalam Ajaran konfusianisme .

Tambahan pula , Maharaja Han Wu Ti telah menolak semua ajaran pemikiran dalam kerajaannya dan hanya mengagumkan “ enam kitab” ( 六 经 ) dan ideologi konfusianisme dalam menguruskan segala urusan pertadbiran dan pemerintahannya .

Perbuatan tersebut juga salah satunya punca Kong zi menjadi Tuan Guru dalam ajaran konfusianisme .

 

Sebab-sebab Kong Zi dipilih sebagai Tuan Guru dalam ajaran Konfusianisme

1. Menyatukan pengalaman pemerintahan bangsawan Yao( 尧 ) , Shun( 舜 ) , Yu( 禹 ), Tang( 汤 ) , Wen( 文 ) , Wu(武 ) , Zhou Gong(周公 )

Antara sebab-sebab kong zi dipilih sebagai Tuan Guru dalam ajaran konfusianisme adalah Kong Zi telah menyatukan pengalaman pemerintahan bangsawan Yao( 尧 ) , Shun( 舜 ) , Yu( 禹 ), Tang( 汤 ) , Wen( 文 ) , Wu( 武 ) , Zhou Gong( 周公 ) .

Kong Zi telah memasukkan semua pengalaman tersebut ke dalam teori sedirinya dan kemudiannya pengalaman tersebut telah membentuk pemikiran konfusianisme yang istimewa .

Pertama , Kong Zi mementingkan peranan ‘orang’, mementingkan ‘kehidupan seharian’, menggalakkan pendidikan moral dan kelakuan yang berdikari dan lengkap .

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai “ren” akan mencintai orang lain .

Kedua , seseorang harus mempunyai kegigihan melibatkan diri dalam masyarakat dan peka terhadap isu-isu masyarakat dan masalah serta mengharapkan keamanan masyarakat .

Ketiga, beliau menggalakan pemerintah memerintah negara dengan menggunakan moral ( 德 ) .

Ini menunjukkan beliau mementingkan kekuasaan rakyat dan mengharapkan pelaksanaan pemerintahan dengan ‘ren’ .

Pemerintah haruslah mencintai rakyat dan menjaga kehidupan rakyat .

Keempat , Kong Zi menjauhi perbincangan dewa hantu selepas mati kerana kebenaran kehidupan pada masa itu tidak dapat dicari oleh Kong Zi .

Dengan ini , konfusianisme telah menegaskan kebudayaan tradisional yang dapat melatih bakat dan juga memperkembangkan kebudayaan pendidikan .

Kelima , Kong Zi telah menjalankan kesederhanaan ( 中庸 ) iaitu mementingkan hubungan erat sesama manusia , dan keamanan masyarakat malah turut mementingkan hubungan antara langit dengan orang serta mementingkan hubungan rakyat dengan diri sendiri .

Kesemua ajaran ini merupakan teori asas ajaran konfusianisme .

2. Membuka sekolah peribadi

Sebab kedua Kong Zi dipilih sebagai Tuan Guru adalah kerana beliau telah membuka sekolah peribadi .

Semasa Kong Zi berkomunikasi dengan anak muridnya , beliau telah menyatakan pendapatnya bahawa pendidikan harus dilaksanakan supaya rakyat memiliki perlindungan yang asas .

Kong Zi menolak peraturan tradisional yang hanya memberikan pendidikan kepada golongan atasan oleh itu beliau telah membuka sekolah peribadi .

Beliau memimpin sekumpulan anak murid konfusianisme dan berusaha menyebarkan ajaran sendirinya kepada anak muridnya .

Sebelum itu , pendidikan adalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja dan ajaran telah diadakan di tempat pengawai .

Apabila Kong Zi telah menjadi guru bagi golongan bawahan , beliau telah menyebarkan dan mempromosi pembukaan sekolah peribadi dan menerima banyak anak murid .

Dengan ini, anak murid Kong Zi pula menjadi satu kelompok besar yang mempunyai bakat sendiri dan berupaya mempengaruhi sehingga menjadikan Konfusianisme disebarkan dengan luas ke setiap pelosok dunia.

Seterusnya, ideologi Konfusianisme mempunyai pegaruh semakin hari semakin besar.

Selain itu, Kong Zi memegang prinsip pengajaran tanpa diskriminasi terhadap pelajar.

Kong Zi mencurahkan tenaga untuk mengajar pelajar tanpa mengira status social dan memulakan pendidikan dalam kalangan rakyat.

Sistem pendidikannya tidak mengambil kira hubungan pertalian darah,status kekayaan dan peringkat umur.

Semua orang berhak untuk menerima pendidikan di bawah sistem pendidikan ini.

Hal ini disebabkan beliau ingin melatih orang yang berbakat.

Kong Zi menerangkan bahawa bakat semula jadi setiap orang adalah hampir sama.

Malahan, pegaruh alam sekitar juga akan menyebabkan perbezaan bakat seseorang.

Dengan ini, kesan alam sekitar terhadap perubahan sikap dan bakat seseorang adalah amat penting.

Beliau juga mendedahkan pengetahuan dalam bidang sains teknik dan pengetahuan semula jadi seta budaya dalam masyarakat.

Kong Zi telah menyatukan moral( 德 ), mind( 智 ), tubuh( 体 ), seni( 美 ), secara keseluruhan.

Beliau juga menyebarkan sikap perbelanjaan yang positif iaitu sentiasa mengejar kebenaran.

Ajarannya‘tahu adalah tahu,tidak tahu adalah tidak tahu’( 知之为知之,不知之为不知 ).

Beliau menyebarkan penyatuan pembelajaran dengan pemikiran dan menekankan sikap‘ren’sebagai nilai moral yang perlu dipupuk.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemikiran Kong Zi pada tahap awal telah dibina dengan pelaksanaan semua usaha tersebut.

Dalam seumur hidup Kong Zi, beliau telah bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dan melaksanakan ajaran dan ideologi sendiri.

Pelantikan Kong Zi sebagai pegawai Lu menyebabkan Negara Qi( 齐 ) berasa tidak selesa kerana ajaran Kong Zi ternampak amat berleluasa dan pemerintahan Kong Zi berdasarkan ‘ren’ amat berguna.

Semasa di Negara ‘Qi’, ‘Jing Gong’( 景公 ) telah mengeluarkan soalan mengenai hal pemerintahan.

Kong Zi menjawab bahawa ‘ 君君,臣臣,父父,子子’ .

Hal ini bermaksud raja harus mempunyai model raja, pegawai harus mempunyai model pegawai, bapa harus mempunyai model bapa dan anak harus mempunyai model anak.

Beliau harap pemerintah dapat mentadbir Negara dengan kesopanan dan kesusilaan.

Semua lapisan masyarakat mahupun pemerintah ataupun rakyat harus melaksanakan tanggungjawab sendiri.

Beliau mengkritik masyarakat yang tidak mempunyai pendirian sendiri, maka tidak berakhlak moral.

Ajaran Kong Zi meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat .

3. Memperkemaskan pendidikan tradisional ‘enam kemahiran( 六 艺 )’ dan menjadikannya sebagai ajaran Konfusianisme yang agung

 Sebab ketiga ialah Kong Zi telah memperkemaskan pendidikan

tradisional ‘enam kemahiran( 六艺 )’ dan menjadikannya sebagai ajaran Konfusianisme yang agung.

Beliau mengajar anak muridnya supaya berpegang kepada kesopanan( 礼 ) bagi mengawal dan menjaga percakapan dan pertuturan sendiri dalam sepanjang harian.

Pada awal abad, penyebaran ajaran Kong Zi mendapat halangan daripada orang dan aspek lain.

Namun, akhirnya beliau telah memperkemas dokumen lama terutama ‘liu Jing’( 六经 ) iaitu ‘shi’( 诗 ), ‘li’( 礼 ), ‘yue’( 乐 ), ‘chun qiu’( 春秋 ) .

Cara Kong Zi memperkemas ‘liu Jing’( 六 经 ) adalah berlainan.

Antaranya beliau menterjemah ‘li’, memuji ‘yi’ dan memperkemas ‘chun qiu’.

Kong Zi memilih salah sepuluh buah dari dokumen lama dan memperkemaskini .

Akhirnya, ‘shu’( 书 ) yang juga digelar sebagai ‘shu jing’( 书经 ) atau ‘shang shu’ (尚书) terhasil.

Kong Zi turut memilih 305 buah dari 3000 buah puisi dan 305 buah puisi ini digelar sebagai ‘shi san bai’( 诗三百 ).

Puisi ini dapat dipadankan dengan muzik dan lagu.

Kong Zi telah memperkemas ‘shi’, ‘shu’, ‘li’, ‘yue’ semasa menjelajah Negara manakala kajian ‘yi’ pula dikemaskinikan selepas beliau berusia 50 tahun.

Menurut ‘shi ji’( 史记 ) dan ‘han shu’( 汉书 ), ‘yi zhuan’ ( 易传 ), ‘chun qiu’ ( 春 秋 ) merupakan karya Kong Zi yang masyhur.

Lampiran C O

N F U

S I

U S

Semasa Kong Zi mengajar pelajarnya .

Kong Zi sedang berbincang dengan anak muridnya .

Kesimpulan

Kesimpulannya, Kong Zi dikenali sebagai ‘ guru sepanjang hayat’ iaitu

Tuan Guru kerana beliau mewarisi budaya asal China.

Ajaran pemikiran yang lain tidak dapat dibandingkan dengan ajaran yang

disebarkan oleh Kong Zi.

Keadaan ini telah berlangsung lebih kurang 2000 tahun di China dan

masih diwarisi sehingga sekarang.

Kong Zi memainkan peranan yang penting dalam ajaran Konfusianisme.

Antara sumbangannya ialah penyatuan pengalaman pemerintahan

bangsawan, pembukaan sekolah peribadi dan memperkemas

‘enam kemahiran’.

Sumbangan ini telah menyebabkan Kong Zi dianggap sebagai

Guru Pertama.

Konfusianisme merupakan sebuah sistem kompleks yang meliputi

sistem moral, sosial, politik, dan kepercayaan yang sangat

mempengaruhi budaya dan sejarah Asia Timur pada khususnya.

Ajaran dasar dari konfusianisme yang mendasari ajaran lainnya

menekankan pentingnya pengajaran moral pada masyarakat

sehingga pemerintahan dijalankan berdasarkan nilai-nilai moral

yang berlaku bukan berdasarkan hukum dari penguasa semata.

Kong Zi disanjung dan mendapat penghormatan yang tinggi

manakala Konfusianisme yang mementingkan sikap peribadi

dan pembentukan akhlak mulia seseorang turut mempunyai

kedudukan yang tinggi dalam sejarah.