50 sebab kenapa anda gagal dalam temuduga

20
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga 1 Tipskerjakerajaan.com OLEH : TipsKerjaKerajaan.com

Upload: tipskerjakerajaan

Post on 26-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Senarai 50 sebab gagal dalam temuduga kerja kerajaan

TRANSCRIPT

Page 1: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

1Tipskerjakerajaan.com

OLEH : TipsKerjaKerajaan.com

Page 2: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

2Tipskerjakerajaan.com

1) TIDAK ADA PERSEDIAAN

Anda perlu tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikananda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yangberpengetahuan.

Anda perlu tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjanapendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerjadi pejabat dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakalmajikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yangsesuai untuk mengatasi masalah tersebut.

Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buatkajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang.

2) TIDAK MEMBUAT LATIHAN TEMUDUGA

Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabilaberkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi?

Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yangberkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya.

Bagaimana untuk membuat soalan? Mudah sahaja.

Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepadacalon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali.

Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti didalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yanganda tidak pernah jumpa sebelum ini.

Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda.Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuhkeyakinan.

Anda juga perlu berlatih dalam berbahasa Inggeris. Tidak kira andamemohon jawatan di sektor swasta atau awam. Pastikan bahasa anda mudahdifahami.

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

Page 3: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

3Tipskerjakerajaan.com

3) TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI

Imej juga amat penting bagi menilai diri anda sebagai bakal pekerja.Pandangan pertama penemuduga bakal memberikan keputusan tidak rasmitentang diri anda.

Penemuduga akan melihat cara anda berpakaian yang mana ianya sesuai atautidak anda memegang jawatan yang ditawarkan.

PENTING!Jangan sesekali berpakaian yang tidak sesuai seperti t-shirt, jeans, skirt pendekyang menjolok mata, pakaian yang berwarna terang, berkasut sukan danberselipar.

Anda disarankan berpakaian sopan, berwarna lembut, bersih, berbau segar danbergosok. Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh.Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yangterlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher dan stokin jangan dilupa.

4) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN

Seorang calon itu hendaklah berterampilan unggul, wajah hendaklah ceria,bersemangat dan bertenaga ketika menghadiri temuduga.

Walaupun anda tidak cukup tidur atau anda demam selesema, anda hendaklahsentiasa kelihatan segak dan bertenaga. Cuba sedaya upaya agar anda tidakkelihatan lemah.

Sekiranya anda kelihatan lemah peratusan untuk anda lulus temuduga amatrendah sekali.

5) BERSIKAP ATAU BERFIKIRAN NEGATIF

Sekiranya fikiran anda penuh dengan unsur negatif, tiada sesiapa pun akandapat membaca bakat dan potensi yang anda miliki. Sekiranya imej danpenampilan anda nampak segak dan menawan tetapi anda penuh dengan fikirannegatif, anda pasti akan gagal.

Page 4: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

4Tipskerjakerajaan.com

Apa yang boleh anda buat sekiranya anda berfikiran negatif ialah

1. Berlatih menjawab soalan yang anda jangkakan akan disoal. Berlatihsehingga anda berasa yakin semula.

2. Baca resume anda agar dapat dapat menyemak pencapaian, kebolehandan pengalaman anda.

3. Tarik nafas panjang-panjang beberapa kali.

4. Membaca doa memohon agar ditenangkan hati dan fikiran.

6) LAMBAT DATANG

Sekiranya anda lambat datang untuk ke temuduga, anda sudah pastidigambarkan oleh bakal majikan anda sebagai orang yang tidak menepati masa.

Penemuduga akan berfikir anda pasti akan melakukan perkara yang samasekiranya anda terpilih. Oleh yang demikian, pastikan anda datang tepat atauawal dari masa yang ditetapkan.

Lambat datang akan mendorong kesan negatif kepada imej anda. Andasemestinya akan kelihatan gopoh, cemas, berpeluh dan busuk (ketiak basah).

Sekiranya anda datang awal, anda mempunyai masa untuk menenangkan hatidan kelihatan segar serta berkeyakinan.

NOTA TAMBAHANNamun sekiranya anda mengalami kecemasan seperti kemalangan andadisarankan menghubungi bakal majikan dan berterus terang bahawa andamenghadapi kemalangan.

Anda hendaklah memohon maaf kerana tidak dapat hadir untuk temuduga danmemohon agar anda diberikan peluang untuk ditemuduga pada hari yang lain.

Sekiranya, tidak dapat maka jangan sesekali sesalkan diri anda kerana malangtidak berbau dan mungkin ianya bukan rezeki anda di sana.

Page 5: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

5Tipskerjakerajaan.com

7) DATANG TERLALU AWAL

Datang awal untuk temuduga sememangnya baik namun ada juga kecacatannya.Jangan jadikan diri anda sibuk membaca nota-nota pada saat akhir. Ia kelihatanseolah-olah anda belumbersedia dan cemas.

Yakin dengan apa yang anda telah pelajari untuk menghadapi temudugatersebut. Tarik nafas panjang-panjang, tenang fikiran dan kalau boleh pergilahduduk di taman (sekiranya ada) lihat pemandangan yang menyegarkan.

8) MEMBAWA TEMAN BERSAMA

Jangan sesekali membawa teman seperti ibu bapa, saudara mara dan kawankarib anda. Hal ini akan menggambarkan diri anda seorang yang manja dantidak boleh berdikari.

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

9) NAMPAK TERLALU GEMENTAR

Sekiranya anda kelihatan gementar anda akan dianggap sebagai seorang yangtidak boleh bertahan dengan tekanan.

Sekiranya jawatan yang anda mohon itu memerlukan anda menghadapi tekanandan anda gementar ketika temuduga, konfem anda telah menghadapi kegagalan.

Anda harus tahu bahawa sikap gementar itu harus tidak ada di dalam diriseorang pekerja kerana dunia kerjaya pada zaman sekarang memerlukan dayasaing dan cabaran yang tinggi.

Serlahkan keyakinan diri anda agar anda dilihat bakal majikan anda sebagaiseorang yang dapat membuat kerja dan mengharungi tekanan dengan tenang.

10) MAKAN GULA-GULA ATAU MENGUNYAH GULA GETAH.

Jika anda berani makan gula-gula atau menguyah gula getah di hadapanpenemuduga, anda pasti gagal temuduga tersebut.

Anda menunjukkan keyakinan anda tidak bertempat!

Page 6: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

6Tipskerjakerajaan.com

Penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang biadab dan tidak sopan.Seeloknya anda habis makan gula-gula sebelum anda dipanggil ke biliktemuduga. Memakan gula-gula seperti perisa mint amat baik agar nafas andasegar dan wangi.

11) JADI SEORANG YANG TERDESAK

Jangan sesekali menjadikan diri anda terdesak untuk mendapatkan jawatantersebut. Penemuduga dapat mengesan diri anda yang terdesak.

Anda haruslah tenang dan menjadi diri anda yang sebenar iaitu tidakterpengaruh pada diri anda yang anda mesti mendapatkan jawapan tersebut.

Jangan sesekali mengiyakan atau bersetuju dengan apa yang diperkatakan olehpenemuduga walaupun tidak logik. Anda akan dilabel sebagai seorang ‘pak turut’.

Anda juga tidak harus mengangguk-anggukkan kepala setiap kali penemudugabercakap. Jangan sesekali cakap semuanya okey /boleh beres tanpa mengetahuiatau memahami apa yang akan/perlu dilakukan oleh anda.

Jangan sesekali mengatakan bahawa anda boleh melakukan apa jua kerjawalaupun sesuatu yang tidak masuk akal.

Penemuduga akan berasa tawar hati pada calon yang terdesak.

12) SALAMAN YANG MEYAKINKAN

Anda digalakkan untuk bersalaman dengan penemuduga. Namun elakkanbersalaman jika berlainan jantina.

Cukup sekadar melihat ke arah mata penemuduga dan senyum. Anda haruslahmenghulurkan salaman tangan dengan genggaman yang meyakinkan.

Genggaman yang berkeyakinan menandakan anda seorang calon yang layakuntuk jawatan tersebut. Sekiranya genggaman anda lemah maka anda akandianggap calon yang sambil lewa sahaja.

Penemuduga akan membuat andaian bahawa anda kurang berminat untukjawatan tersebut atau hadir hanya sekadar memenuhkan kehadiran sahaja.

Page 7: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

7Tipskerjakerajaan.com

13) TERTINGGAL DOKUMEN PENTING

Seseorang calon tidak sesekali lupa untuk membawa dokumen penting.Dokumen-dokumen seperti sijil akademik amat penting untuk penemudugamenilai kelayakan anda.

Susunlah dokumen anda di fail yang sesuai dan mudah untuk penemudugamembacanya.

14) MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT

Jangan sesekali menyembunyikan maklumat anda atau menyatakan maklumatpalsu di dalam resume anda. Terutamanya apabila penemuduga inginmengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelayakan anda.

Penemuduga akan cenderung menelefon tempat rujukan anda seperti majikananda sekarang atau terdahulu. Sekiranya anda didapati menipu dengan memberimaklumat palsu di dalam resume anda, penemuduga akan melabel anda seorangpenipu.

15) JANGAN BERASA BOSAN DAN MENGELUH

Anda datang dengan penuh berkeyakinan. Dokumen disediakan lengkap dantersusun rapi. Melangkah ke bilik temuduga dengan baik. Anda menunjukkanimej seorang pekerja yang bakal diharapkan oleh bakal majikan anda. Andaberjaya menjawab soalan-soalan dengan baik.

Tetapi jangan sesekali berasa bosan apabila diajukan soalan yang banyak.Jangan mengeluh kerana ia melihatkan kepada penemuduga anda cepat bosan.

16) TIDAK MENDENGAR DENGAN TELITI

Manusia dilahirkan dengan anugerah pendengaran yang baik. Sekiranya andamengalami masalah pendengaran, jangan jadikan ia sebagai satu masalahkepada anda.

Berlatihlah dengan teman untuk mendengar dengan baik. Jika boleh gunakanderia penglihatan anda pula. Belajar membaca pergerakkan bibir. Ia amatbermanfaat.

Page 8: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

8Tipskerjakerajaan.com

Di dalam temuduga, sekiranya anda tidak mendengar dengan baik maka bakalmajikan anda akan beranggapan bahawa anda mungkin mempunyai masalahuntuk mendengar arahan ketika bekerja kelak.

Jangan sesekali anda menjawab ‘semberono’ walaupun anda tidak mendengarsoalan yang diajukan kepada anda. Cubalah mendengar dengan teliti.Tenangkan fikiran agar tidak ada ‘suara halus’ bermain di dalam fikiran anda.

17) BERPURA-PURA TAHU

Ketika diajukan soalan dan anda tidak tahu untuk menjawabnya. Andadisarankan berterus terang yang anda tidak boleh menjawab soalan tersebut.

Jangan sesekali berpura-pura kerana walaupun anda menjawab soalan tersebuttetapi dengan jawapan yang salah, sia-sia sahaja usaha anda itu. Anda gagaltemuduga tersebut.

18) BERSIKAP BIADAP

Anda hendaklah menunjukkan sifat yang baik:-

►Sebelum memasuki bilik temuduga anda hendaklah mengetuk pintu tandameminta kebenaran untuk masuk. Salam penemuduga anda seperti yang telahdinyatakan sebelum ini.

►Minta izin untuk duduk dan jangan duduk selagi tidak dibenarkan. Dudukdengan tegak. Jangan sesekali menyilang kaki anda kerana ianya satu perbuatanyang kurang sopan.

►Bercakap dengan baik, teratur dan jelas. Jangan mengeluarkan kata-katakesat apabila anda diprovokasi oleh penemuduga. Kawal emosi anda.

►Jalinkan hubungan mata dengan penemuduga. Jangan memandang ke arahtempat lain ketika anda atau penemuduga bercakap.

►Setelah selesai sesi temuduga ucapkan terima kasih dan keluar denganmenutup pintu dengan perlahan. Jangan sesekali menghempas pintu.

Page 9: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

9Tipskerjakerajaan.com

19) MELALUT

Jangan sesekali melalut atau cakap ikut suka anda. Anda kena berhati-hatiwalaupun anda berasa yakin untuk menjawab soalan penemuduga.

Sekiranya anda menerangkan jawapan anda melebih-lebih ditokok tambah tanpafakta yang betul, penemuduga akan dapat menghidunya dan beranggapan andaseorang yang tidak membuat kajian terlebih dahulu.

Berhati-hati, anda hendaklah mengambil masa anda dan fikir sedalam-dalamnyajawapan yang bakal anda berikan.

20) TELEFON BIMBIT BERDERING

Sekiranya telefon anda berdering sememangnya anda seorang yang cuai dantidak menghormati sesi temuduga tersebut.

Sila padamkan telefon bimbit anda sebelum masuk ke bilik temuduga.

Anda juga boleh memadam bunyi nada telefon bimbit anda dan jadikannyabergetar. Namun ada sesetengah telefon bimbit, getarannya boleh jugakedengaran. Oleh yang demikian seeloknya padamkan sahaja.

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

21) TIDAK DAPAT MENGEKSPRESIKAN DIRI

Ekspresi diri anda dengan baik agar penemuduga dapat memahami apa yanganda sampaikan. Jangan kelam-kabut menjawab soalan dan susun ayat andadengan baik.

22) BANGGA DIRI / BONGKAK

Jangan tunjukkan kebongkakan atau bangga diri.

Jangan sesekali mengatakan kepada penemuduga bahawa banyak calon majikaninginkan khidmat anda.

Page 10: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

10Tipskerjakerajaan.com

Anda menyatakan bahawa hanya anda yang mempunyai kepakaran dalambidang yang dicarikan penemuduga dan mengatakan sekiranya anda gagaldalam temduga tersebut banyak lagi yang mahukan anda.

Anda melakukan kesilapan yang amat besar. Walaupun bukan niat anda untukmembangga diri tetapi cara ini tidak sesuai di mata penemuduga. Penemudugasemestinya tidak akan memilih anda kerana banyak lagi majikan lain mahukananda.

Oleh yang demikian berhati-hatilah ketika menyampaikan informasi tentang dirianda.

23) MEMBERITAHU ANDA SEORANG PEMALAS KETIKA DI ALAMPERSEKOLAHAN

Niat anda sememangnya ikhlas menjawab dengan jujur tetapi ianya akanmemakan diri anda.

Jangan sesekali menceritakan anda tidak minat atau suka untuk membuat‘assignment’ ketika di Universiti. Anda seorang yang malas untuk menjalinkankerjasama dengan rakan untuk kerja berkumpulan.

Anda akan dianggap seorang yang pemalas. Cuba anda di tempat bakal majikanmahukah anda mengambil seorang pekerja yang pemalas? Semestinya tidak.Oleh itu, berhati-hati ketika bercakap.

24) KELEMAHAN DIRI ANDA TONJOLKAN

Soalan yang selalunya akan ditanya kepada calon ialah “Apakah kelemahan dirianda?”

Jangan sesekali memberitahu kelemahan diri anda.

Soalan ini merupakan soalan yang menguji kebijaksanaan anda untuk menjawab.Sekiranya anda memberitahu kelemahan diri anda, penemuduga akan tersenyumkerana anda telah masuk ke jerat penemuduga dan dianggap membunuh dirianda sendiri.

25) ANDA SEORANG SAJA MENDAPAT NAMA

Page 11: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

11Tipskerjakerajaan.com

Walaupun anda seorang yang pakar dalam membuat pekerjaan yang bakaldiberikan tetapi seeloknya babitkan orang lain juga.

►Jangan sesekali menyatakan bahawa “Saya telah atau akan” buat itu ini.

►Gunakanlah perkataan “Kami” atau “Unit” agar dapat dilihat yang andaseorang yang bekerjasama dalammenjayakan sesuatu projek.

Biarlah semua yang terlibat mendapat nama.

26) KEKUATAN DIRI ANDA

Anda harus tahu kekuatan diri anda. Anda harus bersedia kerana penemudugajuga boleh menyoal “Apakah kekuatan diri anda?” Anda harus kenal diri andasendiri.

Jangan sesekali tidak bersedia untuk menjawab soalan sedemikian kerana andaakan melabel sebagai anda tidak menjaga diri sendiri.

Sekiranya anda terkial-kial untuk menjawab soalan ini makan anda telahmemusnahkan imej positif yang anda banggakan.

27) MENGANGGAP PENEMUDUGA SEBAGAI KAWAN ANDA

Jangan sesakali bercakap dengan penemuduga seperti bercakap dengan kawananda. Sila jaga bahasa anda.

Bertuturlah dengan baik walaupun penemuduga memulakan bicara dengan carayang santai. Ingatlah bahawa penemuduga mahu menjerat anda dan berhati-hati agar anda tidak terpengaruh dengan taktik penemuduga itu.

Penemuduga akan menganggap anda mudah terpedaya. Awas.

28) TIDAK BERBAHASA INGGERIS

Sekiranya penemuduga bercakap dengan bahasa Inggeris cubalah bercakapsama. Ini kerana penemuduga akan melihat anda seorang yang berkebolehanberbahasa apabila bercakap di dalambahasa Inggeris.

Page 12: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

12Tipskerjakerajaan.com

Namun, ada juga penemuduga akan memberitahu bahawa “Berikut adalah sesiberbahasa Inggeris” maka jawablah dengan berbahasa Inggeris.

Kebiasaannya penemuduga akan menyoal soalan mudah kerana mereka hanyaingin melihat cara dan gaya anda berbicara di dalambahasa Inggeris.

Tetapi setelah anda dilihat petah berbahasa Inggeris anda jangan terkejutsekiranya disoal dengan soalan bertubi-tubi di dalam bahasa Inggeris. Sahutlahcabaran penemuduga tersebut dan teruskan bercakap di dalambahasa Inggeris.

Ia akan menambah markah anda untuk diterima bekerja.

29) BERDIALEK ATAU SLANGA KETIKA BERKOMUNIKASI

Tidak dinafikan bahawa negara kita mempunyai banyak bangsa namun kitaharus menggunakan satu bahasa utama ketika di dalam temuduga.

Sekiranya penemuduga berbahasa Melayu maka cakaplah di dalam bahasaMelayu tanpa dialek. Sekiranya penemuduga berbahasa Inggeris makaberbahasa Inggeris.

Namun ramai calon gagal walaupun berbahasa Melayu kerana calon-calontersebut menggunakan dialek. Calon-calon seperti dari negeri Kedah, Kelantan,Sarawak, Sabah dan lain-lain yang menggunakan dialek agak sukar untukbertutur secara baku.

Elakkan perbuatan ini dengan berlatih berbahasa.

30) KURANG KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Sekiranya anda kurang mahir dan tidak tahu satu benda pun tentang jawatanyang anda pohon maka lebih baik anda TIDAKmemohon jawatan tersebut.

Penemuduga sudah pasti sukar menerima anda kerana sekiranya anda sendiriditempat bakal majikan anda pasti akan memilih orang yang mahir danberpengetahuan untuk membuat kerja dengan berkesan.

31) BANYAK BERCAKAP DAN MEREPEK

Page 13: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

13Tipskerjakerajaan.com

Jangan sesekali menjadi mulut murai tidak berhenti untuk bercakap. Bukannyatidak baik anda bercakap banyak tetapi sila kawal dan tahu bila anda patutberhenti.

Ini kerana penemuduga berandaian sekiranya anda diterima bekerja andabukkanya membuat kerja tetapi bercakap-cakap sahaja. Pot pet pot pet. Situasiini tidak elok buat anda dan penemuduga.32) TIDAK ADA SOALAN

Kebiasaannya sebelum penemuduga menamatkan sesi mereka akan menyoalanda “Anda ada sebarang soalan?” atau “Setakat ini anda ada soalan?”

Sila soal penemuduga anda. Jangan sesekali menjawab “Tidak ada”. Anda akandianggap tidak berminat untuk berkomunikasi atau tidak ada sifat ingin tahu.

Penemuduga sebenarnya ingin melihat sama ada anda betul-betul berpuas hatidengan persembahan anda dan adakah anda betul-betul fokus untukmendapatkan jawatan tersebut.

Bersifat ingin tahu itu amat penting maka sebelum hari temuduga buatlah soalanyang munasabah agar anda dilihat kreatif dan mahir berkomunikasi.

33) BERTANYAKAN FAEDAH UNTUK ANDA

Walaupun menyoal penemuduga itu digalakkan tetapi jangan sesekalimenanyakan tentang gaji dan faedah-faedah yang bakal anda terima. Tunggulahsehingga anda diterima atau lulus temuduga tersebut.

Sekiranya anda menyoal perkara tersebut maka penemuduga akan melihat andahanya fokus mengenai gaji dan faedah tetapi bukan berkhidmat untuk mereka.Jangan sesekali berbuat demikian!

34) MEMINTA GAJI YANG TINGGI

Jangan sesekali meminta gaji yang tidak masuk akal. Anda akan pasti tidakditerima untuk bekerja. Sekiranya penemuduga bertanya berapakah gaji yanganda minta, jangan sesekali menyatakan jumlahnya.

Cubalah jawab anda sanggup menerima gaji seberapa jua mengikut kelayakanyang bakal majikan anda fikir layak.

Page 14: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

14Tipskerjakerajaan.com

Soalan ini selalunya memerangkap calon sehinggakan mereka lupa yang tujuansebenar adalah lulus temuduga tersebut. Soal gaji bolehlah anda fikir selepasanda terpilih.

35) BERCERITA SOAL POLITIK, AGAMA DAN ISU YANG SENSITIF

Cuba elak bercerita tentang politik, agama dan isu-isu yang boleh memudaratkananda. Kadang kala penemuduga cuba untuk melihat sekiranya anda seorangyang aktif berpolitik atau tidak kerana berpolitik boleh membinasakan prestasikerja anda kelak.

36) PENDAPAT YANG OFFENSIVE

Bakal majikan anda menerangkan anda mengenai kekuatan syarikat / jabatan /seseorang pegawai /mengenai produk keluaran mereka.

Jangan sesekali memberikan pendapat yang kurang enak didengaroleh bakal majikan anda.

Diamkan diri sahaja. Walaupun anda rasa komen anda membina namun hati danperasaan bakal majikan anda siapa yang tahu.

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

37) ADA KENALAN DI DALAM

Jangan sesekali memberitahu bahawa anda mengenali seseorang di tempatbakal majikan anda. Sekiranya anda memberitahu juga besar kemungkinan andatidak akan berjaya temuduga tersebut.

Kenapa? Anda mungkin tidak sedar orang yang anda kenal itu kemungkinantelah banyak menyusahkan penemuduga atau seorang yang tidak disenangioleh penemuduga.

Penemuduga akan dengan cepat sekali mencantas anda dari layak untuk bekerjadi tempat tersebut.

Page 15: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

15Tipskerjakerajaan.com

Oleh yang demikian sila berjaga-jaga.

38) MENGKRITIK BEKAS MAJIKAN ANDA

Anda akan semestinya disoal kenapa anda meninggalkan bekasmajikan ?(sekiranya anda pernah bekerja)

Jangan sesekali menjawab dengan memburukkan bekas majikan anda.

Setiap kritikan anda terhadap bekas majikan anda akan dinilai oleh bakal majikananda pula. Bakal majikan anda semestinya akan berfikir sekiranya anda berhentijuga suatu hari nanti mereka akan menerima padah yang sama seperti bekasmajikan anda, dicerca dan dikritik.

39) PANAS BARAN

Sekiranya anda diprovakasi oleh penemuduga jangan sesekali mudah hilangsabar. Kawal perasaan anda.

Penemuduga sebenarnya ingin mencuba anda seorang yang penyabar atau tidak.Penemuduga akan melihat sama ada anda boleh mengawal emosi anda ketikamenghadapi tekanan.

Tarik nafas perlahan-lahan dan jawab sebaik mungkin dengan penuh sabar.

40) TENGOK JAM TANGAN

Jangan sesekali berbuat sedemikian. Penemuduga akan melihat anda sepertitergesa-gesa untuk keluar dari bilik temuduga. Anda seperti kurang berminatuntuk ditemuduga.

Penemuduga akan rasa terganggu dan dengan senang hati mereka akanmelepaskan anda pergi. Penemuduga tidak kisah sekiranya anda hendak cepattetapi anda seperti menggali kubur anda sendiri kerana anda sudah pasti tidakakan dipilih.

41) AKU, TIDAK ADA ORANG LAIN !

Page 16: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

16Tipskerjakerajaan.com

Kerja berpasukan lebih elok daripada berseorangan. Jangan sesekali menyatakanbahawa anda boleh melakukan kerja secara berseorangan tanpa bantuan oranglain. Ini membahayakan diri anda.

Kerja berpasukan adalah wajib bagi menjayakan sesuatu kerja. Jangan sesekalimenyatakan hanya anda yang membuat kerja tersebut.

Penemuduga lebih senang sekiranya anda menyatakan anda membuatnya secaraberpasukan. Anda bukan sahaja boleh dilihat sebagai mudah bekerjasama,berkomunikasi malah turut boleh menonjolkan watak kepimpinan anda.

42) MAHU NAIK PANGKAT CEPAT

Jangan sesekali menyatakan hajat anda untuk naik pangkat dengan cepat ditempat bakal majikan anda.

Anda jangan sesekali menanyakan peluang anda untuk mengisi jawatan yanglebih tinggi pada masa hadapan kelak.

Tindakan anda seperti mencabar kedudukan penemuduga yang kemungkinanjuga berhajat untuk naik pangkat. Penemuduga akan menganggap anda sebagaisatu ancaman dan semestinya penemuduga tidak akan memilih anda yang bakalmenggugat cita-cita beliau.

Oleh itu, simpan sahaja hasrat anda dan kawal perasaan ghairah anda.

43) TIDAK MATANG

Anda diminta bersikap matang ketika di dalambilik temuduga.

Tunjukkan diri anda sebagai seorang bakal pekerja yang berkaliber danmempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Namun sekiranya anda ditanya oleh penemuduga sekiranya anda boleh dihantarke pendalaman berseorangan diri untuk kerja luar atau bekerja pada sebelahmalam, jangan sesekali memberi jawapan yang menunjukkan ketidakmatangananda seperti:

“Tak boleh. Saya ini takut pergi jauh-jauh seorang diri. Emak saya tak bagi” atau“Saya takut kerja malam. Saya ini lemah semangat dan takutkan hantu.

AWAS!!! Jawapan ini bakal menggagalkan diri anda.

Page 17: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

17Tipskerjakerajaan.com

44) ANAK EMAK, ANAK BAPA

Jangan sesekali menyatakan yang anda memerlukan keputusan ibu bapa andaterlebih dahulu dalammembuat sesuatu keputusan.

Anda telah berjaya menghadapi semua soalan penemuduga dengan jayanya.Namun, soalan terakhir membuatkan anda gagal seperti:

“Tahniah. Kami rasa anda seorang calon yang terbaik setakat ini. Sekiranya kamimenerima anda bekerja dengan jabatan ini, kami akan tempatkan anda dipendalaman Sarawak.”

Anda menjawab “Terima kasih. Saya akan berbincang dengan ibu bapa sayaterlebih dahulu sebelummembuat keputusan”.

Anda GAGAL. Anda sebenarnya belum terpilih kerana soalan itu sebenarnyamenguji ketahanan diri anda. Anda dianggap sebagai masih seorang anakdibawah ketiak emak kerana tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri.

45) ENGGAN BERPINDAH

Sama seperti soalan di atas, penemuduga akan bertanya kepada anda“Sekiranya dalam setahun anda berkhidmat, anda dipindahkan ke mana-manacawangan syarikat, anda setuju?” Anda seorang yang tidak suka berpindah-randah namun demi pekerjaan ini jangan sesekali menjawab “tidak mahu”

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

46) TIDAK MAHU BERMULA DARI BAWAH

Calon-calon kebanyakkannya memilih pekerjaan. Mereka enggan untukmenerima pekerjaan yang rendah tarafnya dengan sijil milik mereka.

Sekiranya anda pergi memohon pekerjaan ke sesuatu syarikat dan dipanggiluntuk temuduga anda seharusnya bersyukur diberikan peluang untuk mencarirezeki yang halal.

Page 18: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

18Tipskerjakerajaan.com

Setelah selesai temuduga, syarikat tersebut menawarkan anda bekerja. “Tahniahencik. Anda diterima untuk menjadi sebahagian daripada syarikat ini.

Namun, untuk makluman encik buat masa sekarang belum ada jawatan yangsesuai dengan kelayakan seperti encik. Buat sementara waktu encik ditawarkanbekerja sebagai kerani.”

Anda terus menunjukkan muka terkejut dan berang sambil menyatakan bahawaanda belajar tinggi-tinggi tetapi bekerja sebagai kerani sahaja.

Jangan sesekali berbuat demikian!

Anda tidak tahu niat mereka sebenarnya. Kemungkinan mereka mahu andabelajar selok-belok syarikat tersebut terlebih dahulu dan ada kemungkinan jugatidak lama lagi ada pegawai yang akan bersara.Anda akan menggantikan tempat pegawai tersebut setelah banyak ilmu yanganda timba di syarikat tersebut.

Tindakan anda yang enggan bermula dari bawah sebenarnya merugikan anda.

47) MEMINTA-MINTA

Anda seorang pegawai kanan di tempat majikan anda sekarang dan andamemohon jawatan yang lebih tinggi di syarikat lain. Anda telah dipanggil untukmenghadiri temuduga.

Walaupun anda berjawatan pegawai kanan ketika sesi temuduga anggaplah dirianda sebagai seorang yang baru mencari pekerjaan.

Jangan disebabkan status anda sebagai pegawai kanan anda meminta sesuatuyang bukan-bukan. Ada calon yang meminta sebuah kenderaan disediakan,sebuah rumah, sebuah bilik pejabat yang besar, tempat letak kenderaan danmacam-macam lagi. Jangan buat sedemikian.

Anda bukan sahaja gagal temuduga tersebut malah anda menjatuhkan imejanda sebagai seorang pegawai kanan.

48) ANDA JADIKAN SESI TEMUDUGA SEPERTI PASAR

Jangan sesekali menjadikan sesi temuduga tersebut seperti pasar. Walaupunanda mengenali penemuduga tersebut sila bersikap professional.

Page 19: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

19Tipskerjakerajaan.com

Jangan ada tawar-menawar seperti berada di pasar. Ada calon berkatasedemikian, “Takpe la. Saya terima je gaji yang kamu tawarkan. RM2000 cincai.Ok kan.” Tolong jangan buat sedemikian.

49) SAMBIL LEWA KETIKA TEMUDUGA KEDUA

Amat jarang sekali adanya temuduga kedua namun sila bersedia.

Kemungkinan sesi temuduga pertama hanya dikendalikan oleh Pengawai SumberManusia dan Ketua Unit yang berkenaan. Sesi temuduga kedua pula dikendalikanoleh Ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Pegawai-pegawai Kanan.

Ada calon yang terlalu yakin dan bersikap sambil lewa ketika temuduga keduadilangsungkan. Calon-calon temuduga amat yakin mereka akan diterima bekerjakerana lulus temuduga pertama dan tidak membuat persiapan untuk temudugakedua.

Jangan sesekali berbuat sedemikian kerana temuduga kedua teramat penting.Anda akan bertemu dengan orang penting Jabatan berkenaan iaitu KetuaJabatan dan Pegawai kanan yang lain.

Anda seharusnya mengambil inisiatif untuk meyakinkan mereka dan jadikanmereka tertarik untuk mengambil anda. Tampilkan bakat, gaya, imej yangmeyakinkan.

Tunjukkan yang anda bakal seorang pekerja yang boleh memikul tugas yangdiharapkan.

50) TIADA TINDAKAN SUSULAN

Secara puratanya calon temuduga jarang sekali mengambil tindakan susulansetelah selesai temuduga.

Ambillah sedikit inisiatif mengucapkan terima kasih atau bertanya khabarpenemuduga anda walaupun anda tidak terpilih. Hantarlah surat, kad atau bungakepada penemduga.

Penemuduga merasakan anda benar-benar ingin bekerja dan mereka akanmerasa dihargai. Kemungkinan jika anda ada rezeki penemuduga tersebut akanmemanggil anda untuk lain-lain jawatan kosong pada masa hadapan.

Page 20: 50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

20Tipskerjakerajaan.com

[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus TemudugaKerja Kerajaan

❋❋❋E-BOOK TAMAT❋❋❋

PENAFIAN

E-book ini tidak menjamin kejayaan anda 100%. Ia merupakan panduan kepadaanda agar anda lebih yakin dan lebih berpengatahuan dalam menempuhtemuduga. Ia juga memerlukan usaha, ketekunan dan keyakinan anda untukmenjawab. Tidak lupa juga untuk berdoa untuk kejayaan anda. Semoga berjaya.