kementerian pendidikan malaysia...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra...

11
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 19-May-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN

POLITEKNIK MELAKA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

VISI

Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi

perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

MISI

Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia:

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga separa profesional.

OBJEKTIF

1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan

menyebarkan sumber yang bersesuaian dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.

2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang

bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat. 3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat

dan membudayakan ilmu. 4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif

dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

KAMI BERILTIZAM DAN BERJANJI AKAN :-

Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh 5 minit.

Memastikan perolehan koleksi yang bersesuaian dengan keperluan organisasi.

Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra

untuk memenuhi kehendak pelanggan.

Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.

Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin
Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan menyediakan koleksi meliputi semua bidang dan perkara utama Politeknik Melaka terutama dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Antaranya :-

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Mekanikal Perdagangan Umum

Perpustakaan juga menyediakan pelbagai jenis bahan untuk kemudahan pengguna. Antaranya adalah :-

Bahan monograf (buku) Bahan terbitan berkala (majalah, laporan tahunan,

suratkhabar, buletin dan lain-lain) Bahan sumber media (CD, VCD, Kaset video, Kaset audio

dan Multimedia kit) Soalan-soalan peperiksaan Lain-lain

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

a) PERKHIDMATAN PINJAMAN, PEMULANGAN DAN TEMPAHAN Pelbagai jenis bahan disediakan bagi tujuan pinjaman. Perpustakaan menyediakan pinjaman :-

KATEGORI BUKU TEMPOH

PELAJAR 5 NASKHAH 2 MINGGU

PENSYARAH 6 NASKHAH 1 BULAN

KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK 2 NASKHAH 2 MINGGU

Biasa. Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku. Bahan rujukan hanya boleh dipinjam bagi tujuan fotostat sahaja. Koleksi bahan rujukan hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan

sahaja. b) PERKHIDMATAN RUJUKAN

Pelbagai buku dan bahan terbitan bersiri disediakan untuk rujukan.

c) PERKHIDMATAN SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna meminjam bahan atau salinan artikel yang tiada dalam koleksi perpustakaan dari perpustakaan lain yang memilikinya. Setiap permohonan mestilah melalui perpustakaan ini.

d) INTERNET

Perkhidmatan ini hanya dibenarkan untuk tujuan pencarian maklumat sahaja.

e) PERKHIDMATAN MAKLUMAT KESEDARAN SEMASA f) SDI (Selective Dissemination Information) g) PUSAT PENYERAHAN BAHAN ORGANISASI h) PENDIDIKAN PENGGUNA

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

KEMUDAHAN UMUM Perpustakaan sentiasa cuba menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik bagi memastikan pengguna perpustakaan dapat menikmati suasana yang kondusif dan capaian maklumat dengan cepat dan tepat. Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan :-

a) Ruang bacaan b) Karel c) Internet

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

ISNIN – KHAMIS : 8.00 pg – 5.30 ptg

JUMAAT : 8.00 pg – 12.15 tgh

2.45 ptg – 5.30 ptg

SABTU & AHAD : TUTUP

CUTI UMUM : TUTUP

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

PERATURAN PERPUSTAKAAN

1. Dilarang membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa

kebenaran.

2. Semua pelajar hendaklah sentiasa memakai kad pelajar dan

berpakaian kemas mengikut peraturan Politeknik Melaka.

3. Dilarang makan/minum di dalam perpustakaan.

4. Buku-buku yang telah dirujuk hendaklah diletakkan di atas troli yang

telah disediakan.

5. Telefon bimbit tidak boleh digunakan di dalam perpustakaan.

6. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang

kehilangan/kerosakan barang persendirian yang diletakkan di luar/di

dalam perpustakaan.

7. Sekiranya bahan-bahan perpustakaan didapati hilang dalam pinjaman,

pengguna perlulah mengganti atau membayar dua kali ganda mengikut

harga semasa bahan-bahan tersebut.

8. Pemulangan bahan lewat akan dikenakan denda sebanyak RM0.10

sehari.

9. Pengguna perpustakaan perlu menjaga tatatertib dan sopan ketika

berada di dalam perpustakaan.

10. Penggunaan perpustakaan akan digantung keahlian sekiranya melanggar peraturan perpustakaan.

PENDAFTARAN KEAHLIAN

Percuma

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

11.

PANDUAN PENCARIAN NOMBOR PENGKELASAN DAN

PORTAL U-PUSTAKA

Perpustakaan Politeknik Melaka menggunakan pengkelasan Library of

Congress (LC) yang diguna pakai oleh kebanyakan perpustakaan akademik

di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya.

Pencarian bahan melalui Sistem ILMU :-

1. Layari laman web www.polimelaka.edu.my 2. Klik pada bahagian Pengurusan/Unit, kemudian klik pada

Perpustakaan, seterusnya klik Rujukan Online dan kemudian klik pada logo ILMU

3. Pencarian bahan boleh dilakukan melalui judul, subjek, siri, ISBN, nama pengarang, keyword atau no.panggilan (call no.) sesuatu bahan itu.

Pencarian bahan melalui Portal U-Pustaka :-

1. Layari laman web www.polimelaka.edu.my 2. Klik pada bahagian Pengurusan/Unit, kemudian klik pada

Perpustakaan, seterusnya klik Rujukan Online dan kemudian klik pada logo Portal.

3. Klik pada “Daftar sekarang” untuk mendaftar sebagai pengguna

4. Pilih mana-mana sumber online yang disediakan portal dan

mulakan carian.

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

RINGKASAN SISTEM PENGKELASAN

LIBRARY OF CONGRESS (LC)

A - UMUM B - FALSAFAH DAN AGAMA C-F - SEJARAH G - GEOGRAFI, ANTROPOLOGI, REKREASI H - SAINS KEMASYARAKATAN HA - STATISTIK HB - EKONOMI HD - PENGURUSAN HE - PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN HF - PERDAGANGAN HG - KEWANGAN HM-HX - SOSIOLOGI K - UNDANG-UNDANG L - PENDIDIKAN M - MUZIK N - SENI HALUS P-PZ - BAHASA DAN KESUSTERAAN Q - SAINS QA - MATEMATIK QB - ASTRONOMI QC - FIZIK QD - KIMIA QE - KAJIBUMI QH-QR - BIOLOGI R - PERUBATAN S - PERTANIAN T - TEKNOLOGI TA - KEJURUTERAAN AM,AWAM,ILMU UKUR TC - KEJURUTERAAN HIDRUALIK TD - KEJURUTERAAN PERSEKITARAN DAN KESIHATAN TE - KEJURUTERAAN LEBUHRAYA TF - KEJURUTERAAN KERETAPI TG - KEJURUTERAAN JAMBATAN TH - BINAAN BANGUNAN TJ - KEJURUTERAAN JENTERA TK - KEJURUTERAAN ELEKTRIK,ELEKTRONIK,NUKLEAR TL - KEJURUTERAAN BERMOTOR TN - KEJURUTERAAN PERLOMBONGAN & PERUSAHAAN GALIAN TP - TEKNOLOGI KIMIA TR - SENIFOTO TS - BARANG-BARANG PERUSAHAAN TT - PERUSAHAAN DAN KERAJINAN TANGAN U - SAINS TENTERA V - SAINS KEJURUTERAAN LAUT Z - BIBLIOGRAFI DAN SAINS PERPUSTAKAAN

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan. MISI Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia: Sebagai pemangkin

PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-

PERPUSTAKAAN

POLITEKNIK MELAKA

NO.2 JALAN PPM 10

PLAZA PANDAN MALIM

75250 MELAKA

TEL : 06-3376326/6019

FAKS : 06-3376007

WEBSITE:

http://www.polimelaka.edu.my

LAWATI KAMI DI FACEBOOK

“Search” Perpustakaan PMK