buletin bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · bil 3 - 2010 buletin kpkk kementerian penerangan...

20
ementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mewakili Kerajaan Malaysia telah Teruskan Kerjasama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi BULETIN BIL 3 -2010 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Keluaran MEI - JUN 2010 Malaysia dan Indonesia Malaysia dan Indonesia menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi (JCICM) dengan Republik Indonesia pada 2 – 4 Mei 2010. Mesyuarat JCICM 2010 ini adalah untuk membincangkan draf baru Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang penerangan dan komunikasi di antara Malaysia dan Republik Indonesia, menilai semula kerjasama dalam bidang penerangan sedia ada serta mengenal pasti kerjasama baru yang boleh diterokai dalam bidang penerangan dan komunikasi. K 3 10 10 11 12 17 Majlis Perasmian Hari Seniman Majlis Malam Jasamu Dikenang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Program Kesedaran Dan Promosi Jalur Lebar Nasional Pelancaran Festival Kuala Lumpur 2010 Tun Tan Cheng Lock: Permata Perpaduan Negara Menarik Di Dalam www.kpkk.gov.my ISSN 1985-9473 Teruskan Kerjasama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

ementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mewakili Kerajaan Malaysia telah

Teruskan Kerjasama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi

B U L E T I N

BIL 3 -2010 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Keluaran MEI - JUN 2010

Malaysia dan IndonesiaMalaysia dan Indonesia

menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi (JCICM) dengan Republik Indonesia pada 2 – 4 Mei 2010. Mesyuarat JCICM 2010 ini adalah untuk membincangkan draf baru Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang penerangan dan komunikasi di antara Malaysia dan Republik Indonesia, menilai semula kerjasama dalam bidang penerangan sedia ada serta mengenal pasti kerjasama baru yang boleh diterokai dalam bidang penerangan dan komunikasi.

K 3

10

10

11

12

17

Majlis Perasmian Hari Seniman

Majlis Malam Jasamu Dikenang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Program Kesedaran Dan Promosi Jalur Lebar Nasional

Pelancaran Festival Kuala Lumpur 2010

Tun Tan Cheng Lock: Permata Perpaduan Negara

Menarik Di Dalam

ww

w.k

pkk.

gov.

my

IS

SN 1

985-

9473

Teruskan Kerjasama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi

Page 2: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

‘KHIDMAT BERKUALITI, MESRA PELANGGAN, AMALAN KITA’ telah ditetapkan sebagai Kenyataan Misi Perkhidmatan Pelanggan KPKK. Justeru, kenyataan Misi

ini perlu dijadikan pegangan dan komitmen setiap warga KPKK setiap masa dalam berurusan dengan pelanggan. Nilai-nilai yang diberi keutamaan adalah termasuk perkhidmatan berkualiti (tepat, cepat dan berkesan) serta mesra pelanggan (bersopan dan berbudi bahasa) dan dalam hal ini saya yakin amalan serta penghayatan Kenyataan Misi ini dapat meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan KPKK.

Dalam usaha ke arah perkhidmatan yang berkualiti, KPKK juga telah menilai semula Piagam Pelanggan sedia ada dan membuat beberapa penambahbaikan. Kini semua warga KPKK boleh melihat Piagam Pelanggan baru yang telah dipaparkan dalam laman sesawang KPKK dan adalah diharap agar setiap warga KPKK mematuhi piagam yang ditetapkan bagi sektor/Bahagian masing-masing supaya pelanggan kita dapat menikmati perkhidmatan yang cekap dan cepat sejajar dengan konsep 1Malaysia : “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Sebagai penjawat awam yang berintegriti, kita juga harus memberi perhatian dalam pengurusan kewangan dan akaun. Semua transaksi kewangan perlu dilaksanakan mengikut sistem dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan kerana sebarang kecuaian atau penyelewengan akan menimbulkan masalah dan kesan buruk kepada kakitangan berkenaan khasnya, dan Kementerian amnya. Justeru, kita perlu berhati-hati pada setiap masa dalam menjalankan tugas harian demi menjaga kepentingan bersama.

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sahabat 1Malaysia yang merupakan usaha sama antara KPKK dan MRewards International Sdn.Bhd. yang dilancarkan pada bulan September tahun lalu telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Dalam hal ini, saya berharap agar warga KPKK dan Jabatan/agensi di bawahnya yang masih belum berdaftar sebagai ahli Sahabat 1Malaysia akan membuat demikian dengan secepat mungkin untuk menyokong Program ini. Akhir kata marilah kita sama-sama menyokong usaha KPKK dalam menerapkan kempen penghayatan 1Malaysia menerusi pelbagai medium tidak kira di mana sahaja kita berada.

‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA ‘Sekian, terima kasih.

(DATUK WIRA KAMARUDDIN SIARAF)Ketua SetiausahaKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Sekapur SirihKetua Setiausaha

Datuk Wira Kamaruddin Siaraf

BIL 3 – 2010 BULETIN KPKKKementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Ketua SetiausahaYBhg Datuk Wira Kamaruddin Siaraf

Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan)YBhg Dato’ Azmi Ali

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)YBhg Dato’ Mohammed Mohd Daud

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi)YBhg Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)Y.Bhg Dato Dr. Rothiah Haji Omar

SIDANG PENGARANG

Penasihat Sidang PengarangY.Bhg Dato Dr. Rothiah Haji OmarSetiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)

Ketua Sidang PengarangNg Thooi KemKetua Penolong Setiausaha IBhg Komunikasi Korporat

Ahli Sidang PengarangKhairil Mohd Fakhrur Razi - RTMKhairul Anuar Saimun - Jabatan Penerangan Rothiah Mohd Abdullah - Filem NegaraMohd Ayob Abdul Razid - JASAZarina Rozali - BERNAMANik Mohd Fadly Nik Mat - Jab. Kebudayaan dan Kesenian NegaraMelinda Baharom - Jabatan Warisan NegaraPuteri Shahda Azza - Istana BudayaWan Hazelinda Mohamed - ASWARAMahani Muhammad - Jab. Muzium MalaysiaTn. Haji Abdul Rauf Jamalis - Arkib NegaraNorashikin Ahmad Nor - FINASWan Zakiroh Megat Sulaiman - Kraftangan MalaysiaNorbai’dah Ambak (Nora) - Balai Seni Lukis NegaraZeti Marziana - SKMMZulkefli Abdul Samad - Perpustakaan NegaraYah Mat Zin - IPPTARCaroline Mariam - Bhg Dasar dan Perancangan StrategikMohd Nazim Anas - Bhg Pengurusan Sumber ManusiaNoor Hashimah Mohd Sanusi - Bhg Pengurusan MaklumatK.Balakrishnan - Bhg Antarabangsa Mohd Fadil Shariff - Bhg Pengurusan Analisis MaklumatZainura Ahmad - Pusat SumberAriah Judah - Bahagian Komunikasi KorporatJasminawati Md Jamin - Bahagian Komunikasi KorporatNor Azni Aziz - Bahagian Komunikasi Korporat

FotoUnit Foto BKK, BPM, RTM & Jabatan Penerangan

Sidang Pengarang Buletin KPKK mengalu-alukan sumbangan tulisan mengenai aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Artikel atau maklumat hendaklah dihantar kepada :-

Urusetia Buletin KPKKBhg Komunikasi KorporatKementerian Penerangan Komunikasi Dan KebudayaanAras Bawah, Blok BKompleks Sultan Abdul SamadJalan Raja50506 Kuala LumpurTel : 03-2612 7600Emel : [email protected] , [email protected]

Page 3: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3

Bertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari Seniman 2010 berlangsung selama sebulan bermula dari 29 Mei hingga 29 Jun di seluruh negara.

Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Perlis telah sudi menawarkan negerinya sebagai tuan rumah untuk bersama menganjur majlis pelancaran sambutan Hari Seniman 2010 yang diadakan di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis pada 13 Jun lalu.

DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. Turut berangkat menyaksikan perasmian Hari Seniman itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

Pelbagai program menarik telah diatur sepanjang dua hari di Perlis. Antara program berkenaan ialah pameran, pertandingan, tayangan filem, persembahan kesenian serta perlawanan persahabatan bola sepak antara Karyawan dengan pemain bola sepak veteran Perlis. Kesemua ini dirangka dengan kerjasama

Majlis Pelancaran

jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Artis popular negara seperti penyanyi Jamal Abdillah, Datuk M Daud Kilau, Iqwal, Mila AF, A Halim, Musly Ramlee serta Awang Batil, Romli Mahmud telah menghiburkan orang ramai pada malam itu. Tidak ketinggalan persembahan oleh peserta Bintang Asli Remaja, Vishawanathan dan Chan Chee Yee serta kumpulan kesenian negeri.

Pada malam pelancaran itu juga, Tuanku Raja Perlis menyampaikan sumbangan kepada tokoh seni budaya dalam pelbagai bidang yang telah berjasa kepada dunia seniman dan negara.

Sejak 2008, tarikh 29 Mei diisytiharkan sebagai Hari Seniman untuk merai mereka yang berkecimpung dalam dunia seni termasuk seni hiburan, lukisan, arca, ukiran, pertukangan, batik, penulis dan pengukir khat. 29 Mei adalah hari pemergian Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee.

Majlis pelancaran yang meriah ini telah dihadiri lebih 2,000 orang termasuk 200 karyawan dan penggiat seni yang berkumpul pada majlis yang julung-julung kali diadakan di luar Kuala Lumpur ini.

Hari Seniman 2010

Page 4: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan4

Oleh : Nor Azni Aziz

Tempoh masa setahun bukanlah suatu jangka masa yang panjang tetapi cukup bagi mantan Timbalan Menteri II KPKK, Senator Heng Seai Kie menabur bakti untuk sama-

sama meningkatkan mutu dan prestasi kementerian.

Berikutan rombakan kecil Kabinet oleh Perdana Menteri yang berkuatkuasa pada 4 Jun yang lalu, Senator Heng Seai Kie telah bertukar portfolio dan kini memegang jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sempena mengenang jasa dan sumbangan beliau, KPKK telah mengadakan majlis perpisahan yang diadakan di Restoran Warisan pada 16 Jun 2010. Selain itu, majlis ini turut menyambut

Majlis Perpisahan Senator Heng Seai Kie

kedatangan Timbalan Menteri II KPKK yang baru iaitu Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri I KPKK, Dato’ Joseph Salang dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua-ketua jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan KPKK.

Kepada Senator Heng, seluruh warga KPKK mengucapkan “Selamat Maju Jaya” dan “Terima Kasih”. KPKK juga turut mengalu-alukan kehadiran Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri yang baru. “Selamat Datang” dan “Selamat Bertugas”.

Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz telah dilantik sebagai Timbalan Menteri

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia mulai 4 Jun, 2010.

Senator Datuk Maglin D’Cruz memulakan karier politiknya sebagai Pengerusi Cawangan PPP Taman Gembira, Klang pada tahun 1996. Beliau pernah menyandang

jawatan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, dan pada tahun 2008 telah dilantik oleh Parti sebagai Naib Pengerusi PPP Negeri Selangor.

Pada pemilihan parti tahun 2000, 2004 dan 2009 beliau telah meraih jumlah undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya beliau telah diamanahkan untuk menyandang

tanggungjawab sebagai Naib Presiden Kanan Parti PPP Malaysia sehinggalah kini.

Usaha gigih beliau dalam membantu ahli-ahli Parti PPP dan perwatakan yang peramah, berprinsip serta berdisiplin, menyebabkan beliau popular di kalangan ahli-ahli PPP diperingkat akar umbi. Beliau juga telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti pada 2004 sehingga kini.

Beliau yang dilahirkan pada 27 Februari, 1956 di Kuala Lumpur, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur dan kemudiannya berhijrah ke Kluang, Johor. Pada zaman persekolahan, beliau adalah seorang yang aktif dalam beberapa bidang sukan seperti badminton, bola sepak, hoki serta olahraga sehingga dipilih mewakili negeri.

Beliau telah melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap Sarjana di bidang Pengurusan di University of Canterbury, Cheshire, United Kingdom pada 2003.

Selamat Datang YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz

Page 5: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 5

Malaysia Dan Republik Indonesia Menandatangani Minit Persetujuan Bagi Kerjasama Dalam Bidang Penerangan Dan KomunikasiOleh : Aananthi Thuraisamy

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mewakili Kerajaan Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dalam Bidang

Penerangan dan Komunikasi (JCICM) dengan Republik Indonesia pada 2 – 4 Mei 2010. Mesyuarat JCICM 2010 ini adalah untuk membincangkan draf baru Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang penerangan dan komunikasi di antara Malaysia dan Republik Indonesia, menilai semula kerjasama dalam bidang penerangan sedia ada serta mengenal pasti kerjasama baru yang boleh diterokai dalam bidang penerangan dan komunikasi.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf mewakili KPKK dan Sekretaris Jenderal, Bapak Dr. Basuki Yusuf Iskandar telah mengetuai delegasi masing-masing semasa perbincangan di peringkat pegawai-pegawai kanan pada 3 Mei 2010.

Manakala upacara pemeteraian Minit Persetujuan dilaksanakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Menteri Komunikasi dan Informatika, Ir. Tifatul Sembiring di akhir mesyuarat peringkat menteri pada 4 Mei 2010.

Malaysia dan Republik Indonesia bersetuju meneruskan kerjasama meliputi bidang penerangan seperti pertukaran berita, penerbitan dokumentari, pertukaran pegawai serta pameran foto. Manakala kerjasama dalam bidang komunikasi pula meliputi kerjasama ICT, pertukaran maklumat mengenai dasar dan hal ehwal kawal selia, dan pembangunan kandungan dan perkhidmatan pos.

Kunjungan hormat oleh Menteri Komunikasi dan Informatika, Republik Indonesia ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan

Kebudayaan, YB. Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim menyambut ketibaan MenteriKomunikasi dan Informatika Indonesia Ir. Tifatul Sembiring

di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur

Kedua-dua Menteri menandatangani Minit Persetujuanmengenai kerjasama Penerangan dan Komunikasi

Delegasi Indonesia dan Malaysia yang menghadiri Mesyuarat JCICM 2010

Kedua-dua Menteri mengadakan sidang akhbar

Page 6: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan6

Pada 27 Jun 2010, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Rapat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Air

Itam, Lebuh Thean Teik. Program yang penuh keceriaan ini telah berjaya menarik 1,500 orang hadirin pelbagai kaum yang kebanyakkannya tinggal di kawasan Bukit Gelugor dan kawasan sekelilingnya.

Objektif program adalah untuk menjelaskan gagasan 1Malaysia kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama khasnya di Pulau Pinang. Program tersebut bermula 7.30 pagi dengan acara senamrobik 1Malaysia dan berakhir jam 2.30 petang dengan acara penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak serta cabutan nombor bertuah.

Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan program tersebut. Di dalam ucapannya, Tun menyeru rakyat berbilang kaum berusaha menyemarakkan dan memperkukuh permuafakatan rakyat serta perpaduan antara kaum.

Sebelum itu, Dato’ Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA dalam ucapan aluan melahirkan rasa kegembiraannya kerana program tersebut telah dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum yang melambangkan keharmonian dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat. Turut hadir pada program tersebut ialah Encik Nik Ali Bin Mat Yunus , Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Di antara pengisian Program Rapat 1Malaysia ialah Senamrobik 1Malaysia, Pameran yang melibatkan 20 Agensi Kerajaan, Pertandingan Mewarna 1Malaysia, Pertandingan Paintball 1Malaysia, Pertandingan Memasak 1Malaysia, Persembahan Pentas daripada Kombo RTM, Persembahan daripada pelajar-pelajar SMK Air Itam Pulau Pinang, Pertunjukkan Akrobatik, Acara Cabutan Nombor Bertuah dan Tarian Kebudayaan daripada

Program RapatJASA Pulau Pinang

1Malaysia

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Selain itu, satu ceramah bertajuk Gagasan 1Malaysia telah disampaikan oleh Encik Auziat Bin Samsuddin, Pensyarah di Maktab Perguruan Tengku Bainun Pulau Pinang.

Program Pewaris Muda (Anak Angkat) Jabatan Penerangan Negeri Kedah 2010 dilaksanakan di bawah kelolaan Cawangan Geraksaraf dan Pengurusan Isu, Jabatan

Penerangan Negeri Kedah.

Program ini diadakan pada 18 – 20 Mei 2010 di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah secara perkongsian pintar antara Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kolej Pertanian Malaysia Negeri Kedah, Akademi Binaan Malaysia Cawangan Utara, Sintok, Kedah dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Program Pewaris Muda (Anak Angkat) Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah 2010

Seramai 95 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Pertanian Malaysia Negeri Kedah dan Akademi Binaan Malaysia Cawangan Utara. Mereka ditempatkan secara anak angkat bersama dengan 25 keluarga peneroka Felda Teloi Kanan. Peserta program ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Siam yang datang dari seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sempena program ini, antaranya Program Khidmat Masyarakat dan Gotong-royong, Majlis Tazkirah dan Tahlil, Petandingan Futsal antara gabungan oleh pemuda tempatan dan pelajar-pelajar (anak angkat), Aktiviti Pameran daripada Jabatan dan agensi kerajaan serta banyak lagi.

Majlis penutup program disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada 20 Mei 2010.

Keseluruhannya, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah telah berjaya menterjemahkan aktiviti gerak saraf yang meninggalkan kesan kepada seluruh komuniti di Felda Teloi Kanan dan pelajar-pelajar kolej yang menjadi peserta anak angkat.

Tun Abdullah Ahmad Badawimenyampaikan ucapan perasmian

Acara senamrobik 1Malaysia mendapat sambutanmenggalakkan dari penduduk setempat

Ketua Pengarah JASA, Dato’ Fuad Hassanmenyampaikan ucapan

Page 7: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 7

Oleh: Sharifah Azzwin Syed Hashim / Mohd Azali Idris

Pelbagai usaha yang dilakukan untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia. Teater adalah salah satu medium yang paling dekat dan boleh diterima baik oleh

pemikiran rakyat Malaysia.

KITA THE MUSICAL yang telah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 17 hingga 27 Jun yang lalu adalah muzikal yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dari konsep sebenar 1Malaysia, dengan kesemua kaum di Malaysia hidup dalam aman harmoni, menerima konsep “unity in diversity” dan bekerja keras untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran. “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Muzikal ini bukan hanya menonjolkan karya semata-mata tetapi lebih kepada satu tanggungjawab untuk merakyatkan khalayak penonton.

Tambahan lagi, muzikal yang telah dipentaskan ini membawa wajah 1Malaysia dengan tujuan dan matlamatnya yang jelas. Mesejnya bermakna untuk seluruh rakyat pelbagai kaum, yang mampu meneruskan kehidupan dalam suasana damai dan penuh harmonis. Ikatan perpaduan kaum yang terjalin sebegini tidak terjadi di mana-mana negara lain di dunia.

Muzikal ini juga sebagai salah satu usaha dan kenyataan bahawa pentingnya untuk sentiasa hidup bekerjasama dan menjalinkan hubungan silaturrahim sesama manusia walaupun berlainan adat dan budaya.

KITA The MusicalPencernaan 1Malaysia

Oleh : Syahril Anuar Bin Nasrudin

Pada 5 Mei 2010 , Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Intan Safinaz, Tunku Puteri Kedah telah berkenan untuk melawat ke Tapak Penyelidikan Arkeologi

Sungai Batu, Kedah.Tapak arkeologi ini telah membuktikan dan menunjukkan bahawa tamadun masyarakat di negara ini adalah yang tertua di Asia Tenggara.

Tapak Arkeologi ini terletak di Mukim Merbok,Kedah, dan telah mendapat liputan yang luas serta kunjungan penduduk setempat mahupun pelawat yang ingin mengetahui dan melihat sendiri kesan sejarah itu dengan lebih dekat.

Lawatan tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pesuruhjaya Warisan, Dato’ Prof Emeritus Siti Zuraina Abdul Majid dan seterusnya taklimat penyelidikan arkeologi oleh Prof Madya Dr. Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM).

Lawatan selama 2 jam itu, membawa Tunku Puteri melawat dan melihat sendiri tapak penyelidikan dan bukti penemuan negara iaitu satu kompleks baru di Sungai Batu, yang mempunyai 90 tapak dengan keluasan 3 km persegi. Kajian saintifik ke atas 10 tapak ini telah berjaya menonjolkan Malaysia sebagai kawasan tamadun terawal di Asia Tenggara.

Kajian tersebut telah menghasilkan kepelbagaian bukti wujudnya aktiviti peleburan besi, monument, tulisan asas batu, industri besi, keagamaan dan perdagangan.

Semoga penemuan tapak-tapak yang dikenalpasti akan memberi hasil yang penting dalam melengkapkan pengetahuan tentang tamadun awal ini.

Lawatan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Tunku Puteri Kedah Ke Tapak Penyelidikan Arkeologi Sg. Batu, Lembah Bujang, Kedah

YTM Dato’ Seri Tunku Intan Safinaz di tapak ekskavasiSg. Batu, Lembah Bujang, Kedah

YTM Dato’ Seri Tunku Intan Safinaz sedang melihat pameran yangdisediakan di tapak ekskavasi Sg. Batu, Lembah Bujang, Kedah

Page 8: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan8

Oleh : Wan Zakiroh Binti Megat SulaimanFoto : Juru Foto Kraftangan Malaysia

Kain tenun dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi (Tanah Bugis) telah dibawa masuk ke Negeri Pahang pada abad ke-16 oleh Tok Tuan (Keraing Aji) dan banyak diusahakan

terutamanya di Daerah Pekan. Corak berjalur dan berpetak yang kadang kala diselitkan dengan sedikit benang emas atau perak menyerlahkan penampilan Kain Tenun Pahang. Kain tenun Pahang telah dimasyhurkan sebagai Tenun Pahang Diraja pada tahun 2006. Tenun Pahang Diraja yang sinonim dengan busana tradisional, kini terus berkembang sebagai busana kontemporari dan hiasan dalaman yang eksklusif.

Malam Tenun Pahang Diraja telah diadakan pada 8 Mei 2010 di Kraftangan Malaysia. Majlis peragaan fesyen ini melibatkan 80 pasang pakaian diperagakan hasil rekaan pereka fesyen tempatan iaitu Calvin Thoo, Salikin Sidek, Sharifah Kirana dan Rizalman Ibrahim. Pereka Kraftangan Malaysia pula diwakili oleh Rodziah Md Yusoff dan Nazari Maarus. Setiap rekaan membawa tema potongan pakaian tradisional seperti Kebaya Pahang, Kurung Pahang, Kurung Johor, Kebaya Tradisional dan Baju Kedah yang diberikan sentuhan konsep 1Malaysia.

Objektif mengadakan majlis berkaitan tenunan Pahang ini ialah untuk menghidupkan kembali perusahaan Tenun Pahang dengan mengetengahkan tenunan ini dalam busana tradisional yang eksklusif untuk diperagakan.

Kraftangan Malaysia turut memainkan peranan memberi khidmat nasihat dalam pemilihan warna dan rekaan kain Tenun Pahang. Motif Corak Ikat Berkaki dengan kreativiti baru sentuhan pereka

Kraftangan Malaysia menarik perhatian para jemputan. Kain tersebut telah ditenun oleh pengusaha di Pulau Keladi, Pekan.

Selain khidmat nasihat dalam penyelidikan, Kraftangan Malaysia juga memberi pengiktirafan Adiguru Kraf kepada para pengusaha yang berkemahiran tinggi dan telah memberikan sumbangan yang besar dalam membangun dan mengembangkan seni kraf negara. Seorang penenun di Pulau Keladi, Pekan Pahang iaitu Puan Hajah Nortipah Abdul Kadir telah dilantik sebagai Adiguru Tenun Pahang oleh Kraftangan Malaysia. Beliau turut hadir pada majlis ini, membuat demonstrasi tenun dan berkongsi pengalamannya dalam tenunan.

Tetamu kehormat dan kenamaan pada majlis ini ialah Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Datin Sri Rosmah binti Mansor, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK dan Datin Seri Masnah Rais, Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan Puan Sri Noorlina Wan Hussin.

Pada majlis ini, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan ANUGERAH PENGHARGAAN kepada penggiat seni kraf tenunan Pahang yang sentiasa berusaha membangun dan memartabatkan warisan tenunan ini. Anugerah Penghargaan yang julung kali disampaikan ini, dianugerahkan kepada: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj di atas penglibatannya yang signifikan dalam seni kraf Tenun Pahang Diraja.

Malam Tenun Pahang DirajaMenghidupkan Kembali

PERUSAHAAN TENUN PAHANG

Dato Sri Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor dan DYTM Tengku Puan Pahang menyaksikan demonstrasi tenun

Page 9: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 9

Oleh : Jasminawati Md. Jamin

Perjuangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama 19 buah jabatan dan agensi di bawahnya merupakan perjuangan nasional di bawah

gagasan 1Malaysia.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan KPKK yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay pada 7 Jun 2010.

Seramai hampir 500 warga KPKK, jabatan dan agensi hadir dalam perhimpunan itu. Turut hadir ialah kedua-dua Timbalan Menteri KPKK, Dato’ Joseph Salang dan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim berkata peraduan akan diadakan di kementerian untuk menguji tahap kefahaman dan penerimaan terhadap gagasan 1Malaysia di kalangan warga KPKK.

Warga Kementerian, Jabatan dan agensi di bawahnya juga perlu memahami dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara individu dan kolektif serta sebagai sebuah jabatan dan kementerian terutamanya memahami Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 8 Jun 2010 memandangkan ia adalah pembuka tirai baru kepada tamadun perjuangan ikhtisas atau ekonomi dan cara hidup warga Malaysia pada masa hadapan.

Perjuangan KPKK : Perjuangan Nasional di bawah gagasan 1Malaysia

Menteri juga berkata agar pelbagai acara dalam Kempen Budi Bahasa akan dihidupkan semula dan dilaksanakan secara sederhana bermula dengan Kementerian dan seterusnya ke peringkat Jabatan sebelum ke masyarakat umum. Perbincangan dengan Kementerian Pelajaran telah diadakan bagi menjayakan gagasan 1Malaysia dan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni di kalangan guru dan anak murid.

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim juga memaklumkan tentang penubuhan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi yang baru diluluskan oleh Kabinet.

“Dengan terbentuknya Suruhanjaya ini, kita dapat menyesuaikan perkembangan kemanusiaan di Malaysia dengan kemajuan yang wujud di negara maju,” katanya.

Sebahagian warga KPKK yang menghadiri perhimpunan bulanan

Page 10: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan10

Pada 28 Jun 2010 bertempat di Dewan Merak Kayangan FELDA, telah diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang 2010 yang merupakan acara tahunan kementerian

untuk meraikan warga kementerian dan jabatan yang bersara pada tahun 2010. Majlis ini juga merupakan satu tanda penghargaan keatas sumbangan yang telah mereka berikan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Seramai 177 orang pegawai diraikan pada malam tersebut dan ucapan balas para pesara diberikan oleh Dato’ Azmi Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan). Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri KPKK serta isteri, kedua-dua Timbalan Menteri serta pihak pengurusan tertinggi kementerian dan jabatan.

Majlis Malam Jasamu Dikenang 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 telah diadakan pada 29 Jun 2010 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya. Penganugerahan ini bukan sahaja

mengiktiraf tetapi sebagai dorongan kepada warga KPKK untuk terus bekerja lebih keras demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti dalam tugas harian masing-masing.

Dalam majlis ini, APC dianugerahkan kepada 772 orang meliputi jabatan-jabatan dan agensi di bawahnya dari seluruh negara kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan.

Mengikut perinciannya, seramai 74 orang adalah dari kementerian. Seramai 447 orang dari sektor penerangan, iaitu:• Jabatan Penyiaran (218 orang)• Jabatan Penerangan (122 orang)• Jabatan Hal Ehwal Khas (62 orang)• Filem Negara Malaysia (18 orang)• BERNAMA (18 orang)• IPPTAR (9 orang)

Dari sektor kebudayaan pula, penerima adalah seramai 251 orang iaitu:• Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (23 orang)• Istana Budaya (26 orang)• Arkib Negara Malaysia (39 orang)• Perpustakaan Negara Malaysia (38 orang)• Jabatan Muzium Malaysia (32 orang)• Jabatan Warisan Negara (14 orang)• Balai Seni Lukis Negara (10 orang)• Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (52 orang)• Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (9 orang)• Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (8 orang)

Penganugerahan sijil dan cenderahati kepadaDato’ Azmi Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Penerangan

yang akan bersara pada 27 Julai 2010.

Para pesara diraikan pada Majlis Jasamu Dikenang

Page 11: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 11

usaha bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan jalur lebar melalui pelancaran program secara berterusan di peringkat kebangsaan.

Majlis Pelancaran Program Kesedaran Dan Promosi Jalur Lebar Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 2010 oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK. Program berkenaan adalah kerjasama antara KPKK, SKMM dan syarikat-syarikat komunikasi tempatan yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar. Pada majlis ini juga turut diperkenalkan ikon jalur lebar ‘BB’ dan slogan ‘Dengan Jalur Lebar, Semua Dapat’ yang akan digunakan dalam semua aktiviti promosi jalur lebar.

Objektif Program Kesedaran Dan Promosi Jalur Lebar Nasional ini adalah untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat mengenai apa itu jalur lebar selain mendidik dan memberi inspirasi kepada semua tentang manfaatnya sekaligus menimbulkan keinginan untuk menggunakannya.

Kumpulan sasaran program ini termasuklah golongan pelajar dan pendidik di semua peringkat pendidikan terutama institusi pengajian tinggi, usahawan serta peniaga kecil dan sederhana, ibu bapa, keluarga serta masyarakat bandar dan luar bandar. Melalui pelaksanaan program ini, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai langganan jalur lebar dengan lebih mudah di samping pelbagai tawaran dan promosi menarik yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan.

Selain itu, orang ramai akan didedahkan mengenai kepentingan penggunaan internet jalur lebar yang berupaya membuka laluan kepada pengetahuan dan peluang yang lebih luas. Justeru apabila ia digunakan dengan betul, ia mampu menjadi alat yang paling berkuasa di dalam dunia digital ekonomi dan memperkasakan komuniti berasaskan pengetahuan.

Jalur lebar juga mempertingkatkan penggunaan internet ke tahap yang lebih pantas. Ia bukan lagi menjadi barangan yang mewah tetapi sudah menjadi satu keperluan dalam menghubungkan dunia masa kini.

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan Internet Jalur Lebar kini menjadi satu komponen paling penting dalam memacu pertumbuhan dan perkembangan sektor sosio

ekonomi sesebuah negara.

Menyedari hakikat itu, kerajaan telah memberi perhatian yang serius dalam memastikan rakyat Malaysia lebih giat menggunakan perkhidmatan jalur lebar bagi mempertingkatkan daya saing negara di peringkat global.

Kerajaan juga telah menetapkan sasaran untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah pada akhir tahun 2010. Bagi mencapai sasaran ini, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang merangkumi strategi penawaran dan permintaan dilaksanakan tidak hanya tertumpu kepada kawasan-kawasan ekonomi berimpak tinggi, tetapi juga meliputi kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.

Justeru, bagi mencapai sasaran untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah daripada 37 peratus sekarang kepada 50 peratus menjelang akhir tahun ini, KPKK meneraju

Program Kesedaran Dan PromosiJalur Lebar Nasional Dilancarkan

Page 12: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan12

Seramai 119 orang karyawan muda ASWARA telah menunjukkan kesungguhan, bakat dan kebolehan yang dipelajari dan dipersembahkan di dalam Festival Seni

ASWARA pada 31 Mei hingga 11 Jun 2010. Pelajar-pelajar yang dinilai terdiri daripada Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan dan Fakulti Filem dan Video. Penilaian Tahun Akhir (PeTA) ini adalah untuk melayakkan mereka memenuhi kursus diploma ASWARA.

Selaras dengan misi dan visi ASWARA, festival ini memberi satu gambaran kepada khalayak terutamanya penggiat industri bagi memperlihatkan tahap dan kualiti pelajar ASWARA untuk bersaing dalam bidang industri kreatif apabila mereka berada di lapangan nanti. Selain itu, ia menjadi medan bagi memasarkan produk pelajar ke pasaran.

Festival Seni ASWARA pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Kehadiran pasangan negarawan ini disambut oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri KPKK serta seluruh warga kementerian dan ASWARA semasa pementasan teater pelajar bertajuk Mulan & Wushu. Produksi teater ini adalah hasil karya pelajar tahun akhir pengajian jurusan Diploma Teater yang dinilai pada malam tersebut.

PeTA ini turut melibatkan panel penilai yang terdiri daripada panel akademik, ahli pengamal, penggiat dan karyawan seni serta golongan profesional. Ini telah menampakkan ASWARA begitu dominan di dalam melahirkan karyawan muda mengikut kehendak industri negara.

ASWARA Lahir Karyawan Muda

Festival Kuala Lumpur 2010 merupakan satu festival yang mengenengahkan keindahan dan kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan tradisi pelbagai kaum untuk tatapan masyarakat umum dan antarabangsa.

Festival Kuala Lumpur (KL Festival) telah dimulakan pada tahun 2006 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) pada masa itu bersama 3 (tiga) rakan penganjur iaitu Kementerian Penerangan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Wilayah Persekutuan (DBKL).

Bagi 2010, Festival Kuala Lumpur dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama dua (2) rakan penganjur iaitu Kementerian Pelancongan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan telah memasuki tahun kelima penganjurannya.

Perasmian Festival Kuala Lumpur 2010 ini telah berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 27 Jun 2010 oleh Dato’ Joseph Salang, Timbalan Menteri KPKK, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha KPKK, Dato’ Dr. Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Dato’ Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Festival Kuala Lumpur memberi peluang kepada masyarakat dan pelancong mendekati keindahan dan kepelbagaian seni budaya dan warisan rakyat Malaysia. Penganjuran Festival ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 8 Disember 2004 menjadikan Kuala Lumpur sebagai hub kebudayaan dan kesenian antarabangsa.

FESTIVAL KUALA LUMPUR 2010:Di sini Semaraknya Seni!!

Rektor ASWARA memberi penerangan kepada Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim semasa melawat pameran

Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim beramah mesra bersama pelajar ASWARA setelah

menonton teater Mulan dan Wushu

Page 13: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 13

Pada 23 Jun 2010, Menteri KPKK, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Dewan

Pengurus Sumatera Barat-Indonesia. Kunjungan tersebut telah diadakan di RTM, Angkasapuri.

Delegasi yang terdiri daripada 12 orang wartawan Indonesia itu diketuai oleh Ketua Cawangannya, Ir. Basril Basyar. Kunjungan ini telah diselaraskan oleh Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) dalam usaha mengeratkan kerjasama hubungan kedua negara Malaysia Indonesia ini.

Semasa pertemuan itu, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, kementerian ini telah mencadangkan supaya ISWAMI diiktiraf sebagai badan berdaftar di kedua-dua buah negara.

“Kami mencadangkan agar ISWAMI didaftarkan di bawah kuatkuasa Undang-undang (Akta) Pertubuhan 1966 dan perkara ini telah dipersetujui.

‘’Manakala, bagi pihak Indonesia pula, mereka akan mendaftarkan di bawah peraturan mereka,’’ katanya.

Beliau juga menambah, apabila sudah berdaftar, lebih banyak program- program usahasama yang konkrit dapat dilaksanakan.

Kunjungan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Erat Usahasama Dua Negara

Oleh: Sharifah Azzwin Syed Hashim / Mohd Azali Idris

Teater MUZIKAL TERATAK MINANG yang telah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 30 April hingga 2 Mei lalu, mengangkat kisah masyarakat serumpun

yang mempertautkan dua negara, Malaysia dan Indonesia. Perhubungan dua hala dan keakraban yang telah terjalin sedemikian lama kini diangkat melalui sebuah persembahan teater.

Muzikal Teratak Minang Menjuruskan WarisanBudaya MinangMuzikal ini bukan hanya menonjolkan budaya dan warisan minang semata-mata tetapi lebih kepada satu tanggungjawab untuk mendedahkan khalayak, khususnya remaja kepada budaya serumpun agar tidak pupus ditelan arus permodenan serta mengukuhkan lagi tali persaudaraan antara dua buah negara dan menggalakkan pelancongan dua hala.

Pementasan ini menggabungkan pelbagai bentuk kesenian yang mana melibatkan lagu dan tari masyarakat dari Padang, Sumatera dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ini secara tidak langsung menggambarkan ikatan kesatuan rakyat serumpun yang sentiasa utuh dan padu.

Muzikal ini juga bukan hanya sekadar untuk berhibur tetapi lebih kepada usaha untuk mempertahankan warisan budaya dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara dua buah negara supaya ikatan yang terbina akan lebih kukuh dan terhindar daripada sebarang prasangka.

Tambahan lagi, pementasan ini bertujuan murni untuk mengutip dana amal untuk membantu mangsa gempa bumi di Padang akhir tahun lalu.

Pertemuan Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dengan rombongan Persatuan Wartawan Indonesia

Page 14: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan14

Terima Kasih Media

Oleh : Syahril Anuar Bin Nasrudin

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’

Joseph Salang telah hadir menyempurnakan Majlis Pengiktirafan SMK St John sebagai Bangunan Warisan pada 21 Mei 2010. Turut hadir bersama ialah Pesuruhjaya Warisan, Dato’ Prof Emeritus Zuraina Majid, Pengerusi Persatuan Alumni St John, Datuk Zulkifli Ishak, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Megat Mizan Nicholas Denney dan Pengetua SMK St John, Leong Kum Loy.

Sekolah Menengah Kebangsaan St John (SMK St John), Jalan Bukit Nanas atau lebih dikenali sebagai St John Institution (SJI), merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur. Nama SMK St John bersempena dengan Saint John Baptist de La Salle, pengasas De La Salle

Christian Brothers Order yang juga dikenali sebagai Patron Saint of Teachers.

Antara sebab sekolah ini dipilih sebagai bangunan warisan ialah sekolah ini telah berusia 106 tahun sejak ianya mula beroperasi pada 18 Januari 1904. Selain memegang status sebagai salah sebuah sekolah tertua di Kuala Lumpur, ia juga merupakan bekas gereja katolik. Pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan yang digunakan semenjak penubuhan sekolah ini. Selain itu juga, ia mempunyai keunikan tersendiri dengan menjadi antara salah sebuah sekolah di Malaysia yang menerima kemasukan pelajar kurang upaya penglihatan.

Sekolah ini juga diiktiraf sebagai sebuah sekolah kluster yang cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu, keunikan senibina bangunan sekolah ini mempunyai pengaruh senibina Greece – Sepanyol (Grecia – Spanish Architectural) dan sejarah perkembangan sekolah telah melahirkan tokoh-tokoh ternama dalam bidang politik dan ekonomi seperti Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak, Raja Muda Perak, DYTM Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Selain itu, pelajar-pelajar SMK St John dikenali dengan gelaran ‘Johannians’, merupakan satu-satunya institusi pelajaran yang terunggul di Malaysia dan mempunyai sejarah perkembangan melebihi satu abad. Sejajar dengan keteguhan usianya SMK St John tetap terus menongkah arus perkembangan dan perubahan segala cabaran pendidikan masa kini.

Pengiktirafan yang diberikan ini akan menjadikan SMK St John dipelihara dan dilindungi mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 agar ia terus kekal sebagai warisan negara dan terus melahirkan ramai lagi tokoh-tokoh ternama negara untuk menabur jasa dan bakti kepada negara tercinta.

Pengiktirafan SMK St John Sebagai Bangunan Warisan

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak,

Mari Membaca 1Malaysia: Yi Ge Malaixiya Yue Du Ji HuaPersatuan Xiang Lian dan Pergerakan Pemuda Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mari Membaca 1Malaysia: Yi Ge Malaixiya Yue Du Ji Hua pada 29 Mei 2010 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh, Perak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri KPKK, Senator Heng Seai Kie.

Program ini bertujuan untuk meneruskan usaha membudayakan amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya para pelajar. Ia juga merupakan kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang telah diadakan pada 23 April lalu di mana setiap sekolah yang mempunyai Persatuan Bahasa Cina akan diberi sumbangan buku.

Sempena majlis tersebut, sebanyak 147 buah sekolah menengah di Negeri Perak yang telah dikenal pasti oleh Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia telah menerima sumbangan bahan bacaan untuk dijadikan koleksi pusat sumber sekolah. Persatuan Belia Xiang Lian menyumbangkan buku dalam Bahasa Cina manakala PNM menyumbangkan buku dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tetamu kehormat bergambar bersama Timbalan MenteriPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Bangunan Warisan….SekolahMenengah Kebangsaan St. John, Jalan Bukit Nanas.

Page 15: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 15

Oleh : Wan Zakiroh Binti Megat SulaimanFoto : Juru Foto Kraftangan Malaysia

“Rakan-rakan media turut menyumbang kepada setiap kejayaan yang dicapai oleh kejayaan Kraftangan Malaysia dalam setiap aktiviti promosi dilaksanakan

sepanjang tahun. Kraftangan Malaysia sangat menghargai peranan media yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyampaikan maklumat masyarakat.” – Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil Mohd Ali.

Kraftangan Malaysia sangat menghargai dan berterima kasih atas kerjasama dan sumbangan pihak media yang banyak membantu dan menyokong aktiviti-aktiviti anjuran Kraftangan Malaysia. Liputan dan publisiti oleh pihak media telah memberi impak yang sangat berkesan kepada industri kraf negara.

Sebagai menghargai jasa mereka, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Majlis Mesra Media pada 9 Jun 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Seramai lebih 100 rakan-rakan media cetak dan elektronik telah hadir ke Majlis ini. Tetamu kehormat yang hadir bersama meraikan rakan-rakan media ini ialah Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) dan Dato’ Mohammad Mohd Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) KPKK.

Dalam ucapannya, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata beliau sangat berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh pihak media dan beliau amat berharap kerjasama ini akan dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

“Kreativiti anda dalam mempersembahkan berita-berita mengenai kementerian amnya dan juga Kraftangan khasnya amat mencuit rasa para pembaca” katanya.

Acara kemuncak Majlis tersebut, Pertandingan Talentime – Karaoke telah diadakan dan mendapat sambutan baik di kalangan rakan-rakan media. Selain itu, pada 7 Jun telah diadakan Pertandingan Mewarna Batik dan Pertandingan Fotografi Kraf terbuka kepada semua rakan media. Semua pemenang bagi

ketiga-tiga pertandingan telah diumumkan pada Majlis ini dan acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Talentime – Karaoke disempurnakan oleh Datuk Wira Kamaruddin Siaraf.

Ucapan tahniah kepada Pemenang-Pemenang Pertandingan Sempena Majlis Mesra Media Kraftangan Malaysia:-

Pertandingan Talentime – Karaoke Juara - Encik Mohd Saiful Mohd Sahak – Utusan Melayu (M) BerhadNaib Juara - Puan Nurul Asmawati Harun – RTM Tempat Ketiga - Kumpulan D’Klasik – Radio Klasik Nasional

Pertandingan Fotografi Kraf Juara - Encik Mohd Fitri Abdul Rahman – Balai Seni Lukis NegaraNaib Juara - Encik Roslan Serat – Majalah Anjung SeriTempat Ketiga - Encik Roslin Mat Tahir – New Straits Times PressHadiah Khas Juri - Encik Yahya Zain – New Straits Times Press

Pertandingan Mewarna Batik Juara - Encik Abg Abdul Halim Abg Derashid – RTM Naib Juara - Cik Wan Sandari Wan Mohamad – RTMTempat Ketiga - Cik Siti Mariam Sidek – Kraftangan Malaysia

Terima Kasih Media

Legasi keutuhan 64 tahun sebagai stesen penyiaran unggul negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memecahkan tradisi tahun ini dengan menganjurkan Malam Kemuncak

Gah 1 Akhir di luar Angkasapuri iaitu di Taman Tema Sunway Lagoon pada 30 Mei 2010.

Ia disiarkan secara langsung di tiga saluran media RTM iaitu Saluran TV2, Saluran Astro 180 Muzik Aktif serta di saluran radio MUZIKfm sebagai saluran radio rasmi Gah 1.

Gah 1 Akhir Cipta SejarahPertandingan berprestij ini menawarkan hadiah keseluruhan yang berjumlah RM 100,000. Empat kategori di pertandingkan iaitu Lagu Terbaik (RM40,000), Lagu Tempat Kedua (RM30,000) dan Lagu Paling Popular (RM20,000) serta kategori Persembahan Terbaik (RM10,000).

Antara finalis yang bertanding adalah Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Azharina Azhar (Rawan), Kumpulan 6ixth Sense (Khatimah Cinta), Kumpulan Grey Sky Morning (Cinta Gila), Tomok (Rindu Terhenti) dan Faizal Tahir (Bencinta) serta Stacy ( Pakai Buang) dan lagu duetnya bersama Adam (Menggegar Dunia).

Teka teki siapakah bakal mencipta nama terbaik antara yang baik semuanya terjawab. Lagu Terbaik – Alyah (Tak Mungkin Kerna Sayang), Lagu Tempat Ke 2 – Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Lagu Paling Popular (Khatimah Cinta) Sixth Sense. Manakala Persembahan Terbaik – Alyah (Tak Mungkin Kerna Sayang).

Bertemakan fiesta, Malam Kemuncak Gah 1 Akhir turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama Isteri, Datin Seri Utama Masnah Rais.

Page 16: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan16

Mustapha Maarof, satu nama besar yang mengungguli industri perfileman negara. Pengiktirafan sebagai Tokoh Perfileman FINAS 2010 yang diberikan bertepatan

dengan ketokohan, penglibatan dan sumbangannya dalam kerjaya seni sejak era 1950-an lagi. Dalam majlis itu Datuk Mustapha Maarof menerima wang tunai RM30,000.00, sijil dan pingat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Joseph Salang.

Sempena Malam Penghargaan Industri Filem 2010 juga, Hadiah Galakan Tahunan Penulisan Industri Perfileman yang dikenali sebagai Trofi Samad Idris telah memberi pengiktirafan kepada media cetak dan masyarakat penulis/wartawan dalam usaha memelihara, memaju dan membangunkan industri perfileman tanahair. Penulis kolum Skrin sisipan Hits Utusan Malaysia, A. Wahab Hamzah memenangi anugerah utama dengan artikel bertajuk ‘Harapan Baru Industri Filem’ yang membawa pulang hadiah wang tunai RM3000, trofi, buku terbitan FINAS dan tawaran menyertai kursus perfileman anjuran FINAS. Tempat kedua pula telah dimenangi Zainuri Misfar daripada Berita Harian dengan artikel yang bertajuk ‘Peranan TV Majukan Indsutri Animasi Negara’. Berita Harian terus mengungguli apabila memenangi tempat ketiga melalui Akmal Abdullah dengan artikel bertajuk ‘FINAS Perlu Rangsang Penonton Baru’.

Bagi kategori Bahasa Inggeris pula ia telah dimenangi oleh Bissme dari The Sun dengan artikel bertajuk ‘The Power Of Open Mind and Healthy Discussions’. Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh wartawan dari New Straits Times, iaitu Meor Shariman dengan artikel ‘Reel Mess’. Artikel bertajuk ‘All Set For World Class Malaysian Culture’ tulisan Sheridan Mahavera telah memenangi tempat ketiga.

Di samping itu juga pada malam itu telah disampaikan Duti Hiburan Filem Tempatan kepada penerbit filem tempatan. Antara syarikat yang menerimanya adalah Galaksi Seni Sdn. Bhd., KRU Studios Sdn. Bhd., MIG Production Sdn. Bhd., Primeworks Studio Sdn. Bhd, Pesona Pictures Sdn. Bhd., Sri Saheb Production Sdn. Bhd., Tayangan Unggul Sdn. Bhd., Skop Production Sdn. Bhd dan Sonata Film Sdn. Bhd.

Bagi menambah bahan bacaan di bidang seni budaya dan warisan khususnya perfileman, FINAS meneruskan usaha dalam menghasilkan buku-buku berkaitan perfileman. Pada majlis Malam Penghargaan FINAS 2010 itu juga telah dilancarkan dua buah buku berkaitan tokoh perfileman negara yang telah lama melibatkan diri dalam industri perfileman. Buku yang dilancarkan adalah buku Datuk Aziz Sattar yang bertajuk ‘Meredah Gelombang Seni – Sebuah Memoir Aziz Sattar’ dan ditulis sendiri oleh Datuk Aziz Sattar. Buku kedua adalah buku yang menceritakan kisah perjalanan Dato’ Ahmad Mahmood dalam melayari hidup sebagai anak seni. Buku itu bertajuk ‘Bintang Di Langit Seni-Ahmad Mahmood’ dan ditulis oleh Mohamad Salleh Rahamat.

Penghargaan FINASKepada Industri

Dato’ Joseph Salang melancarkan buku tokoh perfileman negara

Sesi bergambar penerima-penerima Anugerah Industri Filem 2010 bersama Datuk Wira Kamaruddin Siaraf

Page 17: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 17

Oleh: Mohamad Faiz Bin Ismail

Tun Tan Cheng Lock adalah seorang pemimpin yang amat menekankan perpaduan di antara kaum. Beliau lahir tanggal 5 April 1883 di Jalan Heeren Melaka.

Beliau mendapat pendidikan awal di Malacca High School dan muncul sebagai salah seorang pelajar yang cemerlang hingga melayakkannya mendapat Biasiswa Tan Teck Guan. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Raffles Institution, Singapura.

Penglibatan Tun Tan Cheng Lock di dalam bidang politik bermula apabila mengepalai perjuangan untuk membela masyarakat tempatan yang ada di Melaka dari terus ditindas oleh pihak British. Mengambil model pemerintahan di Ceylon dan Burma di mana rakyat diberi kuasa mutlak untuk memerintah dan mentadbir Negara mereka sendiri, beliau mengetuai rombongan sejumlah enam orang bukan Eropah untuk berjumpa dengan Gabenor dan Pesuruhjaya Tinggi British Sir Cecil Clementi untuk membincangkan isu tersebut. Walaupun hasil yang didapati tidak seperti yang diharapkan, tetapi api perjuangan untuk menuntut kemerdekaan semakin membara dalam diri Tun Tan Cheng Lock. Beliau tidak mahu lagi melihat rakyat negara ini hanya menjadi ‘budak suruhan’ kepada British.

Penghijrahan ke India untuk mengubati penyakit yang dihadapi oleh isteri tercinta sebenarnya memberi satu dimensi baru dalam arus perjuangan dalam diri Tun Tan Cheng Lock. Beliau menyaksikan sendiri perjuangan menuntut kemerdekaan Negara India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi dan Jawarhal Nehru. Satu pengajaran yang berguna yang didapati oleh beliau ialah perpaduan antara kaum. Bagi beliau, tidak kira rakyat Negara itu terdiri dari seribu agama, budaya dan bahasa, apa yang akan menyatukan mereka adalah semangat dan perasaan cintakan negara.

Sekembalinya beliau ke tanah air tercinta, beliau membulatkan tekad untuk berjuang menuntut kemerdekaan. Langkah pertama yang dilakukannya ialah menubuhkan satu parti politik yang memperjuangkan nasib golongan Cina. Parti yang dikenali sebagai Malayan Chinese Association (MCA pada tahun 1947). Parti politik ini akan menjadi pelindung kepada masyarakat Cina yang tertindas. Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina supaya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tanah Melayu.

Episod perpaduan anjuran Tun Tan Cheng Lock tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah ia juga telah melakarkan satu tinta sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila. Ini dapat diterjemahkan dengan kesudian Tun Tan Cheng Lock untuk bersama-sama Tunku Abdul Rahman yang menjadi Presiden UMNO menghadapi pilihan raya kerajaan tempatan. Proses pilihan raya adalah satu proses yang penting dalam perjalanan menuju ke arah kemerdekaan. Hasilnya, parti gabungan UMNO dan MCA telah mencapai keputusan yang membanggakan.

Cabaran dan dugaan dalam mentadbir negara tidak akan terhenti setakat mencapai kemenangan di dalam pilihan raya sahaja. Perpaduan antara pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan diterjemahkan lagi apabila mereka berjumpa dengan pemimpin komunis di Tanah Melayu, Ching Peng di dalam Rundingan Baling untuk menyeru komunis meletakkan senjata dan menyerah diri. Ini menyerlahkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme yang tinggi dalam diri pemimpin terutama Tun Tan Cheng Lock. Komunis hanya mendatangkan implikasi yang negatif kepada perpaduan Negara selain boleh membantutkan proses ke arah kemerdekaan.

Generasi muda seharusnya mengenang dan menjiwai semangat perpaduan yang diilhamkan oleh pemimpin negara kita yang terdahulu. Sehubungan dengan itu, untuk mengenang jasa-jasa pemimpin Negara terutamanya Tun Tan Cheng Lock, pihak Arkib Negara Malaysia mengorak langkah yang jitu dengan menganjurkan Program Mengenang Tokoh Negarawan : Tun Tan Cheng Lock bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir pada 22 dan 23 Mei yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Sei Kie. Turut memeriahkan majlis ialah cucu kepada mendiang Tun Tan Cheng Lock yang juga berbesar hati untuk menyerahkan bahan-bahan berkaitan Tun Tan Cheng Lock kepada pihak Arkib Negara Malaysia.

Program ini bertunjangkan kepada kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap perjuangan, jasa-jasa dan sumbangan tokoh negarawan umpamanya Tun Tan Cheng Lock harus dipertingkatkan. Bertepatan dengan hasrat untuk mendekatkan masyarakat dengan Arkib Negara Malaysia, program-program pengembangan seperti program mengenang tokoh negarawan ini akan menjadi program wajib selain meluaskan lagi skop tokoh negarawan.

Tun Tan Cheng Lock: Permata Perpaduan Negara

Senator Heng Seai Kie merasmikan Program Mengenang Tokoh Negarawan : Tun Tan Cheng Lock

Page 18: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan18

Pameran Animasi 1Malaysia adalah pameran yang memaparkan hasil animasi negara yang bertemakan kehidupan dan keadaan masyarakat di Malaysia. Pameran

selama sebulan ini telah bermula pada 20 April sehingga 31 Mei 2010 di Dewan Pameran, Aras 1, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia merupakan anjuran bersama PNM, Filem Negara Malaysia (FNM) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah PNM pada 4 Mei 2010.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk mengumpul dan menyebarluas maklumat-maklumat berkaitan karya animasi tempatan sebagai rujukan masyarakat di samping menjadi medium dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat. Selain itu, ia diadakan untuk memberi pendedahan, menghargai dan mempromosi karya animasi tempatan kepada masyarakat.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena dengan pameran tersebut seperti Ceramah ‘Animasi dan Prospek Hala Tujunya’, Bengkel Asas Animasi untuk Kanak-kanak, Dialog ‘Anjakan Teknik dan Persembahan Animasi Malaysia’, Forum ‘Kartunis dan Animasi – Usop Sontorian Cetus Fenomena’ dan pertandingan Melukis Watak Animasi.

Pameran Animasi1Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaksanakan satu strategi baru yang disasarkan kepada golongan istimewa melalui program membaca termasuk penghuni institusi

pemulihan akhlak. Justeru PNM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan Program ‘Bacalah……Kamu Masih di Hati’ pada 31 Mei 2010 di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia.

Program ini bertujuan meningkatkan motivasi pembelajaran sepanjang hayat kepada para penghuni pemulihan juvana di sekolah yang menempatkan hampir 350 orang pelajar ini.

Sempena program tersebut, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie turut hadir memberikan ceramah motivasi serta berkongsi pengalaman beliau semasa berada di angkasa lepas dengan para pelajar.

Di samping itu, PNM juga turut memberikan sumbangan bahan bacaan serta perabot dan permainan pembelajaran seperti congkak, sahibba, catur, dam dan sebagainya kepada Pusat Sumber Muzaffar Syah sekolah berkenaan sebagai salah satu cara untuk memastikan akses kepada bahan bacaan dan permainan dapat dicapai.

Kamu Masih Di Hati

Page 19: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 19

“30 Artfriends” telah dilancarkan di Balai Seni Lukis Negara Malaysia pada 26 Jun 2010, jam 8.00 malam dan majlis pelancaran ini dirasmikan

oleh Tan Sri Kamarul Ariffin bersempena dengan Pameran Art Friends Malaysia: Himpunan Koleksi Peribadi 15 Kolektor. Program ini menampilkan lebih dari 40 karya dari buku ’30 Artfriends”, di mana para kolektor telah memilih tiga buah karya dari koleksi mereka. Antara himpunan karya dalam pameran ini adalah hasil karya beberapa nama terkemuka di Malaysia seperti Georgette Chen, Allahyarham Ibrahim Hussein , Redza Piyadasa, Latiff Mohidin dan Syed Ahmad Jamal. Karya-karya penggiat seni kontemporari terkenal seperti Wong Hoy Cheong, Chang Fee Ming, Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan dan Bayu Utomo Radjikin juga adalah antara koleksi dari kolektor yang dipamerkan sempena pameran ini.

Para kolektor yang terlibat mempamerkan koleksi karya mereka adalah golongan profesional dalam bidang undang-undang, perubatan, pendidikan, kewangan, ahli korporat, pemimpin organisasi serta pembuat filem.Antara kolektor yang terlibat sempena pameran ini adalah Prof. Dr Krishna Gopal & Kamla Rampal , Pakhruddin & Fatimah Sulaiman, U-Wei Bin Haji Saari dan Tan Sri Dato’ Azman Hashim. Mereka bergabung dengan semangat persahabatan dan perjuangan mereka dalam seni kontemporari negara kita dan Asia Tenggara .RogueArt adalah Pengurus Projek untuk “Art Friends Malaysia” bergabung bersama.

Pameran “Artfriends” Malaysia

memaparkan kesungguhan dan kegigihan kaum Cina dalam mempelajari dan menfaatkan bahasa Melayu (kini Bahasa Kebangsaan) untuk menyampaikan gejolak jiwa dan pandangan mereka terhadap pelbagai aspek kehidupan melalui bentuk karya yang tidak kurang nilai estetiknya.

Buku ini membicarakan tentang penglibatan masyarakat kaum Cina di Malaysia dan Singapura dalam kegiatan-kegiatan dan usaha-usaha mereka yang berkaitan dengan bahasa dan sastera Melayu yang ditinjau daripada perspektif sejarahnya.

Jejak WarisanPengarang : Chong Fah HingImprin : Kuala Lumpur, KEKKWA, 2008Mukasurat : 159Lokasi Buku : Pusat Sumber KPKK (BSAS)

Pembelajaran bahasa Melayu di kalangan orang Cina boleh ditelusuri seawal tahun 1403 hingga 1511, yakni pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka dengan penyusunan sebuah daftar kata bahasa Melayu yang diberi judul Manlajia Guo Yiyu (secara literal bermaksud Terjemahan Daftar Kata Kerajaan Melaka). Daftar kata mengandungi 482 entri itu diusahakan oleh Si Yi Guan, sebuah badan kerajaan Dinasti Ming yang bertanggungjawab melatih pakar penterjemahan dan pusat pengajaran bahasa asing di China.

Jejak Warisan merupakan hasil kajian Dr. Chong Fah Hing yang memberikan satu gambaran jelas terhadap penglibatan dan sumbangan kaum Cina dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan Melayu yang selama ini jarang diketahui oleh kita. Lebih penting ialah ia

Page 20: BULETIN bil 3_2010.pdf · 2016. 8. 2. · BIL 3 - 2010 Buletin KPKK Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan 3 B ertemakan “Seniman Pemangkin 1Malaysia”, Sambutan Hari

BIL 3 - 2010 Buletin KPKKKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan20

BERNAMA menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada tanggal 20 Mei 2010, di Pusat Kecemerlangan, Wisma BERNAMA.

Walaupun diadakan secara sederhana tetapi suasana tetap meriah dengan sebahagian besar petugas berhimpun untuk berkongsi kegembiraan merayakan sambutan ini.

Pada sebelah paginya satu acara Mencari Harta Karun diadakan di dalam bangunan di mana petugas dikehendaki menjawab soalan yang berkisar tentang BERNAMA secara mudah, atau dalam bentuk teka teki, anagram dan perkataan tersembunyi.

Laluan soalan dan jawapan bermula dari besmen hinggalah ke tingkat 15. Seramai 96 orang petugas menyertai acara ini dan setiap kumpulan empat orang, terdiri daripada berlainan kaum dan jantina sejajar dengan konsep 1Malaysia, 1Pasukan 1BERNAMA.

Pada sebelah petangnya, para petugas berkumpul di Tingkat 12 untuk Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang dan Anugerah Kewartawanan. Pengerusi BERNAMA Datuk Abdul Rahman Sulaiman turut hadir memeriahkan majlis bersama-sama dengan Pengurus Besar BERNAMA Encik Hasnul Hassan,

Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong dan para pegawai kanan yang lain.

Ini pertama kali bagi Pengerusi baru BERNAMA ini menyampaikan ucapan beliau kepada khalayak petugas. Beliau ternyata amat bangga dengan pencapaian BERNAMA sehingga kini.

Majlis pada hari itu diadakan serentak dengan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Skim SSM dan Komersil melibatkan 41 petugas menerima sijil dan wang tunai RM1,000. Acara penyampaian saguhati untuk wartawan cemerlang turut diadakan di mana wartawan yang memenangi anugerah di peringkat luar diberi saguhati sebagai penggalak semangat untuk mereka terus berkarya dengan baik.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang acara Mencari Harta Karun Wisma BERNAMA yang dimenangi oleh kumpulan daripada Radio24. Pemenang membawa pulang hadiah bernilai hampir RM3,000.

Walaupun majlis tidak diisi dengan acara hiburan dan artis jemputan, namun kemeriahan tetap terserlah dengan kegembiraan petugas berkumpul dan bersama-sama menyambut hari penuh bermakna ini.

Sambutan Ulangtahun BERNAMA Ke-42

Jom Tengok Bola @ Muzium Negaradan mungkin jua kekecewaan merupakan warna-warni yang menghiasi agenda Piala Dunia. Sehubungan dengan itu Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama majalah Wisel bersama-sama mengajak rakyat Malaysia merasai kehangatan ini di Muzium Negara melalui program khas Piala Dunia 2010.

Program ini telah dimulakan pada 27 Jun 2010 hingga 12 Julai 2010 bertempat di Dataran Muzium Negara. Program ini menampilkan pendekatan yang lebih santai dan interaktif melalui program tayangan Piala Dunia dan aktiviti sokongan yang menarik. Pameran poster 16 pasukan yang layak bertanding di pusingan ke dua Piala Dunia juga dipamerkan. Pihak penganjur juga turut menyediakan gerai untuk jualan makanan ringan.

Antara objektif program ini ialah menjadikan Muzium Negara sebagai destinasi popular masyarakat Malaysia bagi kegiatan santai dan riadah selain menambahkan bilangan pelawat ke Muzium Negara serta memeriahkan temasya Piala Dunia 2010 melalui penyertaan agensi kerajaan dan swasta.

Beberapa aktiviti sampingan yang menarik telah dilaksanakan seperti tayangan secara langsung perlawanan tumpuan Piala Dunia melalui tayangan layar besar, Pertandingan FIFA Playstation 3, Peragaan kereta oleh persatuan Nismoclub Malaysia, jualan buah-buahan oleh FAMA, jualan lukisan dan beberapa aktiviti yang interaktif dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Traxx FM tidak ketinggalan juga membuka booth untuk memeriahkan aktiviti ini.

Jom Tengok Bola @ Muzium Negara diharap dapat merealisasikan hasrat untuk mempelbagaikan tema serta pendekatan Muzium Negara dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung untuk bertandang ke Muzium Negara.

Disediakan oleh : Mokhtar Tamby AhmadBhg Komunikasi Korporat, JMMFoto : Unit Sumber Media

Demam Piala Dunia kembali melanda. Temasya yang ditunggu-tungu oleh berbilion-bilion umat manusia di seluruh dunia kini tiba jua akhirnya. Piala Dunia merupakan

kemuncak tertinggi dalam saingan bola sepak dunia. Kejohanan berprestij yang diadakan empat tahun sekali ini akan disambut sebagai pesta sukan yang paling meriah di dunia. Kehangatan sorak ria, tangisan, kemahiran, kawalan bola, jaringan emas

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia bersamamedia dan pengunjung di Dataran Muzium Negara

Pengunjung menyaksikan tayanganPiala Dunia di Dataran Muzium Negara