ringkasan eksekutifhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan...

16

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat
Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

i

ISI KANDUNGAN RINGKASAN EKSEKUTIF ........................................................................................... 1

1.0 PERINCIAN PROJEK ........................................................................................ 3

1.1 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK ................................................................ 3

2.0 TINDAKAN PENYELESAIAN ............................................................................. 5

3.0 KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME DAN IMPAK ..................................... 9

4.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK .......................................................... 12

5.0 PENUTUP ........................................................................................................ 13

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin meminta agar pihak Jabatan

Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin membuat perbincangan dalaman

antara kakitangan jabatan agar memikirkan kaedah bagi mengurangkan orang awam

menghubungi pihak Majlis Perbandaharan Jasin dan mengurangkan orang awam

berurusan dikaunter untuk tujuan semakan kompaun.

Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada di

Majlis Perbandaran Jasin, adalah menjadi harapan pihak pengurusan Majlis

Perbandaran Jasin agar sistem ini dapat memberi pendedahan perkembangan

teknologi kepada orang awam. Sistem e-Semakan Kompaun ini dibuka kepada orang

awam dengan melayari laman sesawang Majlis Perbandaran Jasin. Melaluinya,

orang awam boleh mengakses sistem ini dari mana-mana tempat melalui pelbagai

medium teknologi yang ada menerusi capaian internet.

Sistem e-Semakan Kompaun merupakan sistem yang dibangunkan bagi

kegunaan orang awam yang ingin membuat semakan kompaun yang dikenakan oleh

Majlis Perbandaran Jasin kepada orang awam yang melanggar undang-undang kecil

Majlis Perbandaran Jasin khususnya berkaitan tempat letak kereta yang telah

diwartakan. Ianya merupakan sistem yang mudah digunakan dan mesra pengguna.

Sistem ini juga telah ditambah baik dengan menghapuskan halaman mengunci

masuk kod pengguna dan kata laluan seperti sebelum ini. Melalui pembaharuan

sistem ini, orang awam hanya perlu memasukkan nombor kenderaan untuk membuat

semakan kompaun.

Bagi pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin, kakitangan di Majlis

Perbandaran Jasin tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan semakan kompaun oleh

orang awam dan mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada

tugas - tugasan lain.

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

2

Data di dalam Sistem e-Semakan Kompaun ini adalah hasil proses integrasi

daripada sistem kompaun dalaman atau dikenali dengan nama eKompaun, manakala

data di dalam sistem eKompaun pula adalah hasil integrasi daripada peranti yang

digunakan oleh pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Penguatkuasaan, Majlis

Perbandaran Jasin untuk mengeluarkan kompaun.

Sistem ini telah direka semula dan telah dibangunkan lebih mesra pengguna

dengan menghapuskan halaman log masuk dan kini tiada lagi halaman log masuk

sekiranya orang awam ingin membuat semakan kompaun, dengan itu Sistem e-

Semakan Kompaun ini adalah lebih mudah digunakan dan mesra pengguna.

Selepas Sistem e-Semakan Kompaun ditambahbaik, produktiviti dikalangan

kakitangan Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan apabila satu bebanan untuk

memberi maklumbalas kepada orang awam berkenaan semakan kompaun dapat

dikurangkan. Kakitangan Majlis Perbandaran Jasin mempunyai kini diberi ruang dan

peluang untuk menumpukan perhatian kepada tugas-tugasan lain dengan lebih

fokus.

Selain daripada itu, kewujudan sistem ini dikatakan dapat meningkatkan akses

penyampaian kakitangan Majlis Perbandaran Jasin kepada orang awam. Ia bukan

sahaja dapat memperbaiki perkhidmatan antara pihak Majlis Perbandaran Jasin dan

orang awam malah meningkatkan lagi ketelusan dan mengurangkan birokrasi.

Perkhidmatan penyampaian maklumat berkenaan kompaun melalui sistem ini

sudah semestinya mesra pelanggan kerana ianya mudah digunakan dengan hanya

memasukkan maklumat kenderaan dan klik cari. Ianya selari dengan kemajuan dan

perkembangan era teknologi masa kini, segala maklumat hanya dihujung jari.

Melalui Sistem Semakan Secara Online ini, terdapat beberapa pengurangan

orang awam yang berurusan tentang semakan kompaun samada di Kaunter Majlis

Perbandaran Jasin atau melalui telefon.

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

3

1.0 PERINCIAN PROJEK

1.1 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

Kajian mendapati terdapat orang awam yang terpaksa datang ke Pejabat

Majlis Perbandaran Jasin semata-mata untuk menyemak kompaun atas alasan

kehilangan resit kompaun atau terlepas pandang. Atas alasan tersebut, ada segelintir

orang awam yang mengabaikan untuk membuat pembayaran. Selain daripada itu,

perkara tersebut telah menyebabkan pembaziran bagi orang awam dari segi tenaga,

masa dan wang ringgit untuk datang ke Pejabat Majlis Perbandaran Jasin.

Berdasarkan kajian diatas, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin telah

membuat cadangan agar membangunkan sistem e-Semakan Kompaun secara online

bagi memudahkan orang awam untuk membuat semakan terutama yang berada di

luar negeri Melaka tanpa perlu datang ke pejabat Majlis Perbandaran Jasin.

Modul Sistem Kompaun yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Jasin

terkandung di dalam Sistem Login. Pada tahun 2009, pihak Jabatan Kerajaan

Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

telah membangunkan Sistem ePBT dan mengesyorkan agar Majlis Perbandaran

Jasin menukarkan Sistem Login kepada Sistem ePBT.

Apabila negara ini dalam proses ke arah Era Kerajaan Elektronik, Sistem

ePBT online telah dibangunkan pada tahun 2010 yang merangkumi modul taksiran,

sewa dan lesen. Modul kompaun tidak dapat dibangunkan secara online kerana data

di dalam peranti yang digunakan oleh Pegawai Penguatkuasa daripada Jabatan

Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Jasin tidak boleh di integrasi ke Sistem ePBT

online.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

4

Gambar 1 : Terdapat segelintir orang awam datang untuk membuat semakan

kompaun di kaunter 4, Majlis Perbandaran Jasin. Gambar ini dirakamkan pada tahun

2010.

Sehubungan dengan itu, Sistem Kompaun perlu dibangunkan secara

outsource oleh pembekal terpilih pada tahun 2012 bagi melakukan proses data

integrasi antara peranti dengan Sistem Kompaun. Dengan itu, pihak Majlis

Perbandaran Jasin telah membangunkan Sistem e-Semakan Kompaun secara

inhouse untuk digunakan di kaunter-kaunter pembayaran Majlis Pembandaran Jasin.

Pada tahun 2015, sistem kompaun ini telah ditambahbaik agar lebih mesra

pengguna dengan menghapuskan halaman log masuk bagi memudahkan orang

awam membuat semakan kompaun tanpa perlu membuat pendaftaran dan

melakukan kunci masuk. Sehingga kini, Sistem e-Semakan Kompaun ini masih kekal

digunakan dengan lebih efisyen.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

5

Gambar 2: Keadaan kaunter pada ketika ini selepas pelaksanaan sistem

e-Semakan Kompaun, tanpa kaunter 4 untuk semakan kompaun.

2.0 TINDAKAN PENYELESAIAN

Dalam peringkat penghasilan Sistem e-Semakan Kompaun ini, orang awam

terlibat secara langsung sejak mula dibangunkan sehingga ke peringkat akhir

pembangunan kerana pelaksanaan sistem ini melibatkan data orang awam. Tanpa

data orang awam, sistem ini tidak dapat diwujudkan.

Sistem e-Semakan Kompaun telah dibangunkan secara in-house dengan

menggunakan bahasa Hypertext Preprocessor atau dikenali PHP dan menggunakan

pangkalan data MySQL.

Pada dasarnya sistem semakan kompaun ini dibangunkan dengan

menggunakan dua (2) halaman iaitu halaman log masuk dan halaman semakan.

Apabila dibincangkan semula secara dalaman bersama kakitangan Jabatan

Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin, halaman log masuk tersebut tidak

diperlukan kerana membebankan pengguna dan tidak mesra pelanggan. Jadi, pihak

Jabatan Teknologi Maklumat membuat keputusan agar sistem kompaun

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

6

ditambahbaik dengan menghapuskan halaman log masuk supaya proses semakan

lebih mudah dan efisyen.

Di dalam proses pembangunan Sistem e-Semakan Kompaun ini, kolaborasi

menjadi elemen penting bagi menjayakan sistem ini kerana projek ini melibatkan data

yang digunapakai di sistem eKompaun milik pembekal. Sistem eKompaun digunakan

oleh Jabatan Penguatkuasa dan Unit Undang-Undang, Majlis Perbandaran Jasin bagi

tujuan pengeluaran notis dan sebagainya. Pihak Majlis Perbandaran Jasin telah

mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pembekal bagi membincangkan

dengan lebih mendalam berkaitan pangkalan data yang hendak digunakan bagi

proses integrasi kerana pihak Majlis Perbandaran Jasin menggunakan jenis

pangkalan data dan server yang berbeza.

Proses integrasi ini tidak melibatkan semua data. Struktur data dan proses

penyimpanan data di dalam pangkalan data sistem eKompaun dibincangkan agar

selaras dengan pangkalan data yang digunakan untuk Sistem e-Semakan Kompaun.

Antara muka dan pangkalan data sistem semakan dibangunkan oleh pihak Majlis

Perbandaran Jasin, manakala data akan diambil daripada sistem kompaun melalui

proses integrasi.

Gambar 3 : Sesi pengujian sistem e-Semakan Kompaun pada tahun 2016

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

7

Maklumbalas pelanggan berkaitan Sistem e-Semakan Kompaun ini melibatkan

maklumbalas di Sistem ePBT Online seperti di Rajah 1 dan maklumbalas di laman

web rasmi Majlis Perbandaran Jasin seperti di Rajah 2.

Rajah 1

Rajah 2

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

8

Rajah 3 merupakan antaramuka sebelum inovasi yang mempunyai halaman

kunci masuk sebelum orang awam membuat semakan kompaun.

Rajah 3

Rajah 4 merupakan antaramuka sebelum inovasi yang menunjukkan halaman

semakan kompaun selepas log masuk.

Rajah 4

Rajah 5 merupakan antaramuka selepas inovasi dihasilkan, halaman log

masuk telah dihapuskan bagi memudahkan orang awam membuat semakan hanya

dengan satu (1) butang klik sahaja.

Rajah 5

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

9

3.0 KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME DAN IMPAK

Maklumat kompaun yang disampaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin

melalui Sistem e-Semakan Kompaun adalah lebih telus kerana maklumat semakan

kompaun ini adalah secara langsung daripada pangkalan data dan tidak melibatkan

penyampaian perkhidmatan oleh kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.

Hakikatnya, sistem ini membolehkan sesuatu carian dibuat dengan pantas dan

maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat. Oleh itu, dalam memenuhi keperluan

orang awam, inovasi dalam sistem penyampaian perlu diberi keutamaan untuk

menambah baik mutu perkhidmatan.

Selaras dengan perkembangan pembangunan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT), ia memudahkan orang awam untuk membuat semakan kompaun

yang boleh didapati hanya dihujung jari sahaja tanpa membuang masa, tenaga dan

wang ringgit.

Terdapat pelbagai impak sebelum dan selepas inovasi ini dihasilkan. Antaranya

adalah seperti di Jadual 1.

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Pegawai

Bertugas

Salah seorang pegawai

daripada Jabatan

Penguatkuasaan, Majlis

Perbandaran Jasin akan

bertugas secara bergilir di

kaunter Majlis Perbandaran

Jasin untuk berurusan

dengan orang awam

berkaitan semakan kompaun

Tiada lagi pegawai daripada

Jabatan Penguatkuasaan, Majlis

Perbandaran Jasin yang akan

bertugas di kaunter Majlis

Perbandaran Jasin dan mereka

boleh menumpukan perhatian

kepada tugas-tugasan lain.

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

10

Halaman Log

Data pengguna sistem

perlu disimpan di dalam

pangkalan data sehingga

menyebabkan ruang di

dalam server semakin kecil

atau sempit.

Data pengguna sistem tidak perlu

disimpan di dalam pangkalan data

dan perkara ini dapat menjimatkan

ruang penyimpanan data di dalam

server.

Masuk

Urusan

Orang awam datang

berurusan di kaunter untuk

membuat semakan

kompaun.

Tiada orang awam datang

berurusan dikaunter semata -

mata untuk membuat semakan

kompaun melainkan datang

untuk membuat pembayaran.

Dikaunter

Masa

Orang awam memerlukan

masa untuk membuat

semakan kompaun kerana

perlu hadir ke Pejabat

Majlis Perbandaran Jasin.

Orang awam hanya perlu melayari

laman web Majlis Perbandaran

Jasin dan klik ke sistem

eKompaun untuk membuat

semakan dari mana- mana

tempat dengan capaian internet.

Jadual 1

Sistem ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan orang awam membuat

semakan kompaun yang dikenakan tanpa perlu datang ke pejabat Majlis Perbandaran

Jasin atau tanpa perlu berhubung dengan pihak atau kakitangan Majlis Perbandaran

Jasin.

Impak inovasi kepada Majlis Perbandaran Jasin boleh mengurangkan kesilapan

penyampaian maklumat kepada orang awam sekaligus dapat meningkatkan kecekapan

penyampaian maklumat secara berkesan.

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

11

Selain daripada itu, sistem ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan

kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Jasin kerana tidak

dibebani dengan semakan kompaun oleh orang awam dan hanya perlu memberi

perhatian kepada tugas-tugasan yang lain.

Sehubungan itu, dapat menjimatkan masa orang awam untuk hadir ke pejabat

Majlis Perbandaran Jasin dengan tujuan membuat semakan kompaun. Proses

semakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan

orang awam membuat semakan. Selain daripada itu, data yang terus daripada

pangkalan data akan meningkatkan sifat kepercayaan orang awam terhadap Sistem

e-Semakan Kompaun tersebut.

Melalui Sistem e-Semakan Kompaun ini, kualiti perkhidmatan di setiap jabatan

di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan dimana semakan kompaun dapat

disampaikan kepada orang awam dengan cepat dan mudah melalui online tanpa

membebankan pihak Majlis Perbandaran Jasin. Dengan itu, kakitangan Majlis

Perbandaran Jasin dapat menumpukan perhatian kepada tugas-tugasan lain. Secara

tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti kakitangan Majlis Perbandaran

Jasin.

Dengan menggunakan sistem e-Semakan Kompaun ini, proses semakan akan

menjadi cepat dan bertambah efisyen kerana orang awam tidak perlu datang ke

Pejabat Majlis Perbandaran Jasin dengan tujuan untuk membuat semakan kompaun,

malah orang awam hanya perlu membuat semakan secara online sahaja dari mana-

mana tempat menerusi capaian internet selaras dengan selaras dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa ini. Dengan itu,

sistem yang mesra pengguna ini dapat meningkatkan kepuasan pelanggan kerana

dapat menjimatkan masa pelanggan untuk membuat semakan sebelum surat

amaran dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin.

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

12

4.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

Pembangunan sistem ini akan dikekalkan dan orang awam dibenarkan untuk

melayari sistem ini melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Jasin pada bila-bila

masa kerana tiada penutupan sistem akan dilaksanakan.

Gambar 4 : Terdapat orang awam mengakses Sistem e-Semakan Kompaun melalui

telefon pintar sementara menunggu urusan di kaunter.

Pada era globalisasi seperti yang terjadi pada saat ini, teknologi sudah

menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan orang ramai. Sehubungan itu,

penambahbaikan dalam memperkenalkan Sistem e-Semakan Kompaun boleh

meningkatkan penggunaan serta pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) di kalangan orang awam.

Disebabkan sistem ini dibangunkan untuk membantu orang awam membuat

semakan kompaun, sistem ini perlu dikormesialkan agar lebih ramai orang awam

dapat menggunakan sistem ini dengan lebih efisyen.

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2018 (ICT) Sistem e-Semakan Kompaun

13

5.0 PENUTUP

Penambahbaikan Sistem ekompaun kepada Sistem e-Semakan Kompaun ini

serba sedikit dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan kepada pengurusan

Majlis Perbandaran Jasin apabila dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada

tugas-tugasan lain yang lebih mendatangkan hasil kepada Majlis Perbandaran Jasin.

Orang awam juga diberi pendedahan kepada perkembangan teknologi terkini

dimana segala maklumat boleh didapatkan daripada mana-mana media dengan

capaian internet kerana kebanyakan orang awam mempunyai media pintar yang

membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat.

Memudahkan orang awam yang berada di luar negeri Melaka membuat

semakan tanpa perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk berhubung

atau berurusan dengan pejabat Majlis Perbandaran Jasin.

Pendedahan kepada teknologi tekini, tanpa adanya pembaharuan terutama

dalam penguasaan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini,

pemikiran orang awam akan terus di takuk lama.

Akhir sekali, sistem yang mesra pelanggan dan memudahkan pelanggan

adalah salah satu impian orang awam agar tidak dibebani dengan loading terlampau

lama dan sebagainya.

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIFhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2496-sistem-e-semakan-kompaun.pdfsemakan kompaun yang lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat