kemahiran pemikiran-kritikal

5
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MULTIMEDIA UNIVERSITY TARIKH : 17 DISEMBER 2014 Nama Pensyarah : Dr. Bahari Bin Idrus Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari No. Matrik : A146360

Upload: adel900

Post on 29-Jul-2015

38 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran pemikiran-kritikal

HHHC9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL

LAPORAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MULTIMEDIA UNIVERSITY

TARIKH :

17 DISEMBER 2014

Nama Pensyarah : Dr. Bahari Bin Idrus

Nama Pelajar : Nur Adila Binti Zahari

No. Matrik : A146360

Page 2: Kemahiran pemikiran-kritikal

Laporan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Multimedia University

Saya telah menyertai satu program iaitu Program Lawatan Sambil Belajar Ke Multimedia Universiti dimana program ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Kelab Multimedia Interaktif (IMeC).Dalam pogram ini saya telah memegang jawatan sebagai Ketua Logistik & Pengangkutan.Program ini telah berjalan pada 17 Disember 2014 dimana seramai 33 orang pelajar dari Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat termasuk dua orang pensyarah telah menyertainya.

Dalam program ini saya telah mengaplikasikan kemahiran pemikiran kritikal melalui jawatan yang saya pegang .Memandangkan saya telah dilantik sebagai ketua logistik dan pengangkutan, saya diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam meyelesaikan masalah yang berkaitan dengannya.Dalam jawatan ini saya dibantu seorang timbalan logistik & pengangkutan iaitu Norsafika Binti Abdu Karim.Kami sering berkerjasama terutama hal yang melibatkan pengangkutan.Saya sering hadir semasa perjumpaan program dan menunjukkan kesungguhan dalam setiap aktiviti yang dijalankan

Program yang saya telah sertai ini sebenarnya lewat mendapatkan pengesahan daripada pihak yang sepatutnya.Oleh itu saya yang memegang peranan sebagai ketua logistik dan pengangkutan mengalami sedikit masalah dalam mendapatkan bas untuk ke Universiti Multimedia dalam masa terdekat.Sebagai ketua logistik dan pengangkutan saya terpaksa mendapatkan perkhidmatan bas walau bagaimana cara pun kerana pihak Multimedia University sudah memberi maklum balas tentang lawatan program ini.

Oleh yang demikian,saya telah mengatur plan A dan plan B bersama timbalan logistik dan pengangkutan dimana plan A kami ialah mendapatkan perkhidmatan bas UKM dalam masa terdekat iaitu tidak sampai seminggu sehingga program dijalankan pada 17 Disember 2014.Plan B kami ialah mendapatkan perkhidmatan bas berbayar seperti bas Kiffah dan lain-lain.Memandangkan program yang dijalankan tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan bas yang berbayar,jadi saya terpaksa mendapatkan perkhidmatan bas UKM walau bagaimana cara pun.

Prosedur untuk mendapatkan bas UKM mengambil masa lebih kurang seminggu.Oleh kerana kekangan masa yang tidak mencukupi saya terpaksa berurusan dengan Pusat Khidmat Pelajar di Pusanika.Walaubagaimanapun,pihak daripada Pusat Khidmad Pelajar tidak dapat membantu kerana program yang saya jalankan tidak mendapat pengesahan JPPELOleh itu,saya terpaksa berurusan dengan pihak yang berkaitan di Falkulti Teknologi dan Sains Maklumat.Pada mulanya pihak fakulti juga mengalami masalah untuk mendapatkan bas UKM dalam masa terdekat,tetapi dengan hasil kerjasama daripada pihak fakulti saya telah dapat perkhidmatan bas UKM untuk program ini.

Page 3: Kemahiran pemikiran-kritikal

Saya juga menggunakan kemahiran komunikasi saya dengan baik dalam menyelesaikan masalah untuk mendapatkan bas UKM .Hal ini kerana saya terpaksa berjumpa ramai pihak atasan untuk berbincang dan meminta kerjasama mereka dalam urusan perkhidmatan bas UKM.Saya juga mengalami sedikit masalah sebelum hari program dijalankan kerana pemandu bas yang bertanggungjawab pada hari program tidak dapat memberi kerjasama pada hari tersebut kerana mempunyai komitmen lain.Oleh yang demikian untuk memastikan kelancaran program pada hari kejadian saya harus berurusan dengan pemandu yang mengambil alih tugas pemandu yang sepatutnya.

Saya juga turut menyelesaikan masalah berkaitan penyediaan makanan untuk peserta yang menyertai program ini.Pada mulanya saya mengalami sedikit masalah untuk menyediakan makanan kerana ada di antara kalangan ahli peserta mengalami alahan.Tetapi selepas hasil perbincangan bersama ahli ajk dan peserta,kata sepakat diberikan dalam menyediakan makanan yang sepatutnya pada hari program.Hasil kerjasama saya dan timbalan logistik dan pengangkutan ,kami dapat menjalankan tugas kami dengan sempurna.

Didalam program ini juga saya sering berkerjasama bersama rakan sepasukan saya yang lain.Hal ini kerana sebagai rakan sepasukan saya juga bertanggungjawab dalam membantu rakan-rakan saya dalam menyelesaikan masalah mereka dalam tugasan masing-masing.Sebagai contoh saya turut membantu bahagian publisiti dengan memberi idea yang bernas untuk mendapatkan reka bentuk poster yang menarik untuk program ini.Saya juga turut membantu bahagian publisiti ini menjalankan tugas menangkap gambar semasa hari program.Selain itu saya turut membantu bahagian program semasa hari kejadian supaya program dapat berjalan dengan lancar.

Saya juga telah melampirkan minit mesyuarat saya bersama ahli program yang lain sebagai bukti kerjasama. .Saya juga turut melampirkan gambar-gambar dan video sebagai bahan bukti tambahan.

Laporan disediakan oleh,

adila

NUR ADILA BINTI ZAHARIKetua Logistik & Pengangkutan Program Lawatan Sambil Belajar Ke Multimedia University Kelab Multimedia Interaktif (IMeC) Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 4: Kemahiran pemikiran-kritikal