kemahiran menjaring

7
Kemahiran Menjaring Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol. Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa. Prinsip-prinsip utama Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah: a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. d) Pemain mengikut lajak. e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Upload: cindy-tong

Post on 23-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tentang kemahiran menjaring dalam permainan bola jaring

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Menjaring

Kemahiran MenjaringBola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah

tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol

berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik.

Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu

perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan

permianan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran

menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali

penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain

belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala

pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan

melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan

kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti

utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang

ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan

mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang,

bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.

Prinsip-prinsip utama

Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran

menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.

b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh

permainan.

c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak

dilaksanakan.

d) Pemain mengikut lajak.

e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Page 2: Kemahiran Menjaring

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan

bola baling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan

lompat dan jaringan menjunam.

1) Jaringan dari atas kepala.

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta

mudah pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-

pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan

statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

• Pemain bergerak satu langkah ke depan.

• Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan

membengkok.

• Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke

belakang kepala pada aras bahu.

• Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola

diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.

• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat

lontaran.

2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia

boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang

berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan

perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan

ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah

lengan ini adalah seperti berikut:

• Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan

dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

• Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya

melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.

• Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Page 3: Kemahiran Menjaring

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas

kepala, tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain

perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan.

Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru,

namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini

terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh

daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan

pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola

berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

• Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini

pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

• Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil

membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara

jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat

penjuru gol pihak lawan.

• Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan ini adalah seperti berikut:

• Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat

molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

• Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas

secara memusingkan bahu dan lengannya.

• Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke

dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.

• Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol,

maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

3) Jaringan pada aras paha

Page 4: Kemahiran Menjaring

Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak

memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya

pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat

jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola

daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain

pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an

membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan.

Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang

bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan

pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi

pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat

jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan

mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri

pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan

sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat

jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika

dilakukan secara mengejut.

5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-

pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat

menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam

kawasan balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan

memerlukan pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi

sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

• Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

• Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara

menuju kawasan gol.

• Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan

dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.

Page 5: Kemahiran Menjaring

• Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan

atau menggulingkan badan.

6) Jaringan penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut

undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau

melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat

selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

• Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan

hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan

pergerakan yang bakal dilakukan.

• Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

• Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat

jaringan lambung (lob) untuk menjaring.

• Pemain melakukannya mengikut lajak.

7) Jaringan lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang

telah bergerak ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya

keadaan begini, iaitu:

• Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan

mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti

• Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan

yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.

• Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain

lawan ketika terjadi serangan pantas.

8) Jaringan voli

Page 6: Kemahiran Menjaring

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan

jaringan voli adalah seperti berikut:

• Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

• Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah

tangan.

• Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Seperti kemahiran lain, kemahiran menjaringkan gol juga mempunyai

undang-undang tertentu seperti:

a) Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol

pihak lawan diantara kedua-dua tiang dan dibawah palang gol.

b) Selepas satu jaringan gol dibuat, permainan hendaklah dimulakan

dengan balingan dari tengah gelanggang oleh pemain dari pasukan yang

menerima gol tadi.

c) Jika pengadil atau penjaga masa telah meniiup wisel sebelum

keseluruhan bola melintasi garisan gol, jaringan gol itu tidak dikira.

d) Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.

e) Perlawanan akan dikira seri jika kedua-dua pasukan menjaringkan sama

banyak gol atau tidak menjariangkan sebarang gol.