kemahiran hidup mempromosi jualan pembungkus thn 4
TRANSCRIPT
MEMPROMOSI JUALAN
TUJUAN PROMOSI
Memperkenalkan sesuatu barang Menimbulkan minat orang ramai
terhadap barangan Menyebarkan maklumat tentang
keistimewaan barang Meluaskan pasaran barang
CONTOH-CONTOH PROMOSI
Promosi melalui poster Promosi melalui televisyen Promosi melalui pembungkusan yang
menarik Promosi melalui layanan yang baik
PROMOSI MELALUI PEMBUNGKUSAN Pembungkusan menggunakan kotak Pembungkusan menggunakan botol Pembungkusan menggunakan plastik Pembungkusan menggunakan tin
CIRI-CIRI PEMBUNGKUSAN YANG BAIK Menggunakan pembungkus yang sesuai
dengan barang yang dijual Pembungkus itu memudahkan barang untuk
dibawa Pembungkus itu menyebabkan barang jualan
tahan lama dan tidak mudah tercemar Pembungkus itu memudahkan barang
disusun dengan kemas dan rapi
MAKLUMAT YANG PERLU ADA PADA PEMBUNGKUS Kandungan Berat bersih Tarikh luput Kod bar Nama dan alamat pengeluar Tanda halal yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
MEMBANDING BEZA BUNGKUSAN YANG MENARIK DAN TIDAK MENARIK
PERKARA PEMBUNGKUSAN PEMBUNGKUSAN YANG TIDAK MENARIK
GAMBAR Sesuai dengan barang dan golongan pembeli
Tidak sesuai dengan barang dan golongan pembeli
TULISAN Mudah dibaca, saiz yang sesuai dan jelas
Sukar dibaca, saiz yang tidak sesuai dan tidak jelas
WARNA Kombinasi warna yang menarik dan ceria
Menggunakan satu warna sahaja
BENTUK Senang dibawa, tahan lama dan tidak mudah rosak
Susah dibawa, tidak tahan lama dan mudah rosak, tertanggal atau pecah
RUPA Dihiasi dengan corak yang sesuai dan menarik
Tidak mempunyai corak
AKTIVITI KUMPULAN Bentuk 1 kumpulan 3 orang murid Tentukan produk yang ingin kamu keluarkan Buat keputusan sama ada ingin menggunakan
kotak, plastik, tin atau botol sebagai alat pembungkus
Lakarkan pembungkus produk kamu di atas kertas lukisan
Kamu boleh meneliti pembungkus produk yang ada di pasaran sebagai contoh
Setiap lakaran mestilah mengambil kira ciri-ciri pembungkus yang baik dan mempunyai maklumat yang lengkap