kemahiran dengar tutur

15
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu Tingkatan Tiga Tahun 2004 Kemahiran Dengar Tutur TAJUK Gaya Hidup Sihat FOKUS UTAMA 1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain. Aras 1 (ii) Mendengar pernyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau peristiwa yang dibaca, didengar, dan dialami sebagai respons. FOKUS SAMPINGAN 9.3 Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat pembentangan. Aras 3 (ii) Membuat pembentangan dengan penyampaian yang menarik dan berkesan. 5.3 Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain. Aras 3 (i) Membina pernyataan yang bersifat propaganda dan meninggalkan kesan mendalam kepada khalayak. OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1. Mengemukakan respon dan hujah yang tepat bagi soalan secara lisan. 2. Mendengar dan mengikut arahan yang diperdengarkan dengan tepat. 3. Melengkapkan maklumat dengan tepat berdasarkan bahan yang diperdengarkan. 4. Menyampaikan pidato umum dengan berkesan. 1

Upload: michael-reed

Post on 03-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

SET DENGAR TUTUR

Kursus Orientasi Jurulatih Utama Bahasa Melayu

Tingkatan Tiga Tahun 2004

Kemahiran Dengar Tutur

TAJUKGaya Hidup Sihat

FOKUS UTAMA1.2Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

Aras 1

(ii)Mendengar pernyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau peristiwa yang dibaca, didengar, dan dialami sebagai respons.

FOKUS SAMPINGAN9.3Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat pembentangan.

Aras 3

(ii)Membuat pembentangan dengan penyampaian yang menarik dan berkesan.

5.3Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain.Aras 3

(i)Membina pernyataan yang bersifat propaganda dan meninggalkan kesan mendalam kepada khalayak.

OBJEKTIFPada akhir pelajaran, murid dapat:

1. Mengemukakan respon dan hujah yang tepat bagi soalan secara lisan.

2. Mendengar dan mengikut arahan yang diperdengarkan dengan tepat.

3. Melengkapkan maklumat dengan tepat berdasarkan bahan yang diperdengarkan.

4. Menyampaikan pidato umum dengan berkesan.

SISTEM BAHASA1. Tatabahasa: Ayat suruhan2. Kosa istilah sains Disediakan oleh guru: kardiovaskular, regangan, otot, pernafasan

Dalam teks: deltoid, pectoralis major, external oblique, gastrocnemius, rectus femoris

PENGISIAN KURIKULUM1. Ilmu: Sains sukan2. Nilai: Kebersihan fizikal dan mental3. KBT: Kemahiran berfikir: menilai dan membuat keputusan Kecerdasan kinestetik Kontekstual

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

1.

Menjawab soalan secara spontan dalam temu duga

a. Murid mendengar dan mengikut arahan guru tentang cara mengira kadar nadi rehat.

b. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Sebahagian kumpulan kecil sebagai kumpulan A dan sebahagian lagi kumpulan B. Kumpulan A membayangkan mereka sebagai penemu duga dan diminta membincangkan:

kriteria calon yang sesuai dipilih untuk

menjadi jurulatih aerobik

soalan yang mencabar untuk sesi temu duga

Kumpulan B membayangkan mereka calon temu

duga dan diminta membincangkan:

kriteria jurulatih aerobik yang baik

soalan yang dijangka akan ditanya

jawapan bagi soalan yang akan ditanya

c. Kumpulan kecil A dan kumpulan kecil B bergabung dan bertukar-tukar maklumat tentang hasil perbincangan masing-masing.d. Dalam kumpulan kecil, dua oarang wakil kumpulan A dan dua orang wakil kumpulan B menjalankan simulasi temu duga. Juri menggunakan borang pemarkahan ( lampiran A)

Menjawab soalan secara spontan berkait dengan penilaian lisan Bahasa Melayu berasaskan sekolah

Penilaian rakan sebaya

Penyerapan KBT:

Kecerdasan kinestetik

Kontekstual- mengaplikasikan kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran interpersonal bagi keperluan kerjaya.

Kriteria

Bentuk badan yang menarik, fizikal yang cergas

Pengetahuan tentang Sains sukan

Menguasai teknik senamrobik

Mempunyai perwatakan ceria

Soalan

Apakah yang kamu tahu tentang senamrobik?

Apakah tugas utama jurulatih senamrobik?

Apakah prinsip latihan senamrobik?

Lampiran A

Borang pemarkahan

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

Semasa simulasi dijalankan, calon jurulatih aerobik diminta:

mengukuhkan pernyataan

mempertikaikan pernyataan

memberikan contoh berdasarkan bukti/statistik

e. Selepas dua orang calon ditemu duga, murid dalam kumpulan simulasi berbincang dan memberikan komen tentang

kesesuaian soalan Ketepatan binaan soalan

Kebolehan meyakinkan orang lain

f. Dua kumpulan secara rawak dipilih untuk menjalankan simulasi di hadapan kelas.

g. Guru dan murid berbincang dan memilih calon terbaik daripada simulasi tersebut.

Mencapai objektif 1

HP 1.2 Aras 1 ii

Apakah elemen utama latihan senamrobik?

Mengapakah senaman penting kepada masyarakat?

Kemahiran berfikir

Menilai dan membuat keputusan

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

2.

Mendengar dan mengikut arahan serta menyampaikan arahan senamrobik dengan berkesan

a. Rakaman suara arahan senamrobik dimainkan dan semua murid diminta mengikut arahan tersebut.

b. Rakaman video senamrobik dimainkan dan sepuluh orang murid ke hadapan (membelakangi video) untuk mengikut arahan rakaman suara senamrobik.

c. Guru dan murid membincangkan ketepatan pergerakan murid.

d. Rakaman video senamrobik dimainkan dan murid mencatat isi penting sahaja berdasarkan gerakan senamrobik.

e. Murid menyebut semula arahan yang diperdengarkan.

f. Murid diminta menyebut arahan sambil menunjukkan gerakan dengan menambahkan maklumat yang berkaitan dengan Sains sukan.

g. Tiga murid dipilh secara rawak dengan melakukan gerakan senamrobik sambil memberikan arahan.

h. Guru dan murid berbincang tentang ayat suruhan, pernyataan yang tepat serta menilai persembahan yang terbaik.

Mencapai objektif 2

HP 1.2 Aras 1 ii

Penilaian guru dan rakan sebaya.

Bahan

Rakaman video senamrobik

KBT

Kecerdasan kinestetik

Ilmu: Penyerapan Sains sukan

Penyerapan istilah Sains sukan

deltoid

pectoralis major

external oblique

gastrocnemius

kardiovaskular

Contoh arahan senamrobik

Depa tangan aras dada dengan kiraan lapan.

Angkat kedua belah tangan lurus ke atas dengan kiraan lapan.

Gerak ke kanan berturut-turut dengan kiraan lapan dan balas ke kiri berturut-turut dengan kirana lapan.

Gerak ke hadapan berturut-turut dengan kiraan lapan dan balas ke belakang berturut-turut dengan kiraan lapan.

Angkat lutut aras pinggang berturut-turut dengan kiraan lapan.

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

Buat aktiviti kawat tanpa bergerak berturut-turut dengan kiraan lapan.

Contoh jawapanMendepa tangan dengan kiraan lapan ialah aktiviti regangan yang memberi kesan pada otot deltoid dan pectoralis major

Mengangkat tangan lurus ke atas adalah aktiviti regangan yang memberi kesan kepada otot external oblique

Gerakan ke kanan berturut-turut ialah aktiviti yang memberi kesan pada gastrocnemius

Mengangkat lutut aras pinggang ialah aktiviti regangan yang memberikan kesan kepada rectus femoris

Aktiviti kawat tanpa bergerak memberi kesan keseluruhan dan sistem kardiovaskular

Penggabungjalinan tatabahasa

Ayat suruhan

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

3.

Mendengar rakaman ceramah dan melengkapkan

maklumat dalam borang

a. Murid mendengar rakaman sekali lalu dan menyatakan semula kepada rakan maklumat yang diperdengarkan.

b. Kemudian rakaman diperdengarkan sekali lagi. Sambil mendengar, murid diminta melengkapkan borang lampiran B.

c. Murid bertukar-tukar borang jawapan. Guru dan murid membincangkan jawapan, rakaman dimainkan semula jika perlu untuk menilai ketepatan maklumat yang tercatat.

Mencapai objektif 3

HP 1.2 Aras 1 ii

Lampiran B

Teks ceramah kesihatan

Lampiran C

Borang maklumat teks ceramah kesihatan

Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranPenilaian FormatifCatatan

4.

Menyampaikan pidato umum

a. Dalam kumpulan berenam, tiga orang murid menjadi pemidato umum (diuji kemahiran bertutur) dan tiga orang menjadi juri pidato umum (diuji kemahiran mendengar). Juri membacakan arahan pidato umum sebanyak dua kali. Pemidato diberi seminit untuk persediaan mental tentang isi pidato dan menyampaikan pidato berdasarkan arahan yang dibacakan. Isu pidato umum berkaitan dengan gaya hidup sihat. Juru mencatat markah dalam borang pemarkahan (Lampiran D)

b. Juri menyatakan markah dan pertimbangan mereka dalam memilih pemidato terbaik.

c. Aktiviti diulang dengan kumpulan juri menjadi pemidato umum dan pemidato menjadi juri.

d. Beberapa orang pemidato yang terbaik daripada kumpulan diminta menyampaikan pidato di hadapan kelas supaya penilaian lebih bermakna, penyampaian dirakamkan supaya murid boleh mendengar semula penyampaian mereka.

Penilaian guru dan rakan sebaya

Mencapai objektif 4

HP 9.3 Aras 3 ii dan 5.3 aras 3 i

Nota

Murid akan memanipulasikan input yang diperoleh dalam aktiviti membaca.

Contoh isu pidato umum

Anda ada adik yang mula belajar menghisap rokok dalam usia yang sangat muda.

Bagaimana anda menasihati rakan yang tidak suka beriadah?

Sukarnya menukar tabiat pemakanan.

Semakin ramai remaja dewasa ini mengalami obesiti.

Kriteria pidato umum

Isi yang bernas

Pemilihan kata yang tepat dan menarik

Pengucapan lancar, fasih dan tersusun

Penyampaian yang menarIk dan berkesan.

KB

Menilai dan membuat keputusan

Teks Ceramah Kesihatan

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Badan yang sihat merupakan satu rahmat Allah yang tidak ternilai kepentingannya. Selaku individu, seseorang itu bertanggung jawab bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan negara. Hanya dengan badan yang sihat dan cergas akan membolehkan kita memainkan peranan dengan sebaiknya. Organisasi memerlukan pekerja yang dapat menjalankan tugas dan rutin harian tanpa halangan seperti sakit, gangguan emosi, kurang aktif dan kurang bertenaga. Untuk menjaga kesihatan, aktiviti yang murah dan terbaik adalah melalui senaman. Aktiviti senaman merupakan gaya hidup sihat yang dijalankan sekurangkurangnya tiga kali seminggu, dapat mengeluarkan peluh dan memecahkan lemak.

Senamrobik merupakan sejenis senaman yang dapat meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut, menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Aktiviti ini dapat menggerakkan seluruh anggota badan dalam masa yang singkat, meningkatkan daya tahan sistem kardiovaskular serta tahap kecergasan badan. Peningkatan daya tahan kardiovaskular dapat mengelakkan risiko penyakit jantung koronari dan penyakit angin ahmar. Senamrobik juga dapat membantu membaiki perawakan dan imej diri, serta meningkatkan kecerdasan dan tumpuan mental.

Aktiviti senamrobik dapat merendahkan kadar denyutan jantung rehat. Peratus kadar denyutan jantung (KDJ) ialah satu petunjuk intensiti latihan yang baik. KDJ boleh dikira dengan meletakkan jari pada arteri karotid atau arteri radial. KDJ adalah kadar atau bilangan denyutan jantung seminit. Kadar denyutan jantung rehat (KDJR) boleh ditentukan semasa kita dalam keadaan rehat (biasanya selepas bangun dari tidur). KDJR bergantung kepada tahap kecergasan seseorang. Semakin cergas seseorang itu, semakin rendah KDJRnya. Biasanya KDJR seseorang adalah kurang daripada 60 denyutan nadi seminit (d.s.m.). Kadar denyutan jantung maksimum (KDJM) pula dikira dengan menggunakan rumus: 220 umur = KDJM. Contohnya, jika umur seseorang ialah 45 tahun, maka KDJMnya ialah 220 tolak 45 iaitu, bersamaan 175 d.s.m Jika individu ini melakukan aktiviti yang menyebabkan KDJMnya melebihi 175 d.s.m, ia boleh mengalami pitam atau pengsan. Kita juga dilarang sama sekali melakukan sesuatu aktiviti dengan kadar intensiti yang tinggi jika kita belum melakukan aktiviti jasmani yang secukupnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Lakukanlah senaman mengikut keupayaan sendiri, bukannya mengikut keupayaan orang lain, ukurlah baju di badan sendiri , Badan Cergas Minda Cerdas.

Lampiran C

Borang Maklumat Teks Ceramah Kesihatan

1. Rahmat Allah yang tidak ternilai .

2. Aktiviti senaman seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya ..

3. Maksud prestasi aerobik .

4. Cara mengira kadar denyutan jantung maksimum

5. KDJ boleh dikira dengan meletakkan jari pada .. atau .

6. Peningkatan daya tahan dapat mengelakkan risiko penyakit jantung koronari dan angin ahmar.

7. Peribahasa yang diungkapkan dalam ceramah ialah .

8. Slogan yang disebut oleh penceramah dalam ceramah ini .

9. Kira KDJ anda .

LAMPIRAN A: BORANG PEMARKAHAN TEMU DUGA

KRITERIA

CALON 1CALON 2CALON 3

Bentuk fizikal ( 5 markah )

Pengetahuan senamrobik ( 5 markah )

Pengetahuan Sains sukan ( 5 markah )

Perwatakan ( 5 markah )

JUMLAH MARKAH

LAMPIRAN D: BORANG PEMARKAHAN PIDATO UMUM

KRITERIA

CALON 1CALON 2CALON 3

Kebernasan Isi ( 5 markah )

Pemilihan kata ( 5 markah )

Pengucapan ( 5 markah )

Penyampaian ( 5 markah )

JUMLAH MARKAH

Lampiran B

PAGE

1