kemahiran dalam sains

11
JAM RANDIK Pada 18 hingga 22 Mac 2013 saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Alor Gajah, Melaka. Semasa berada di sana saya mengambil kesempatan untuk melawat makmal sains sekolah tersebut. Di situ saya membuat pemerhatian berkenaan alat radas yang terdapat di makmal. Fokus saya ialah alat pengukuran. Saya mendapati terdapat beberapa jenis alat pengukuran tidak terdapat di makmal tersebut. Antaranya ialah buret, pipet, jam randik, termometer dan angkup luar. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan alat pengukuran tersebut tiada di dalam makmal. Saya memilih jam randik dan akan menjelaskan kenapa ia penting kepada murid untuk memperoleh kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah. Pertama sekali mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan kemahiran manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara. Yang pertama ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul . Jam randik memerlukan seseorang mengendalikannya dengan baik supaya berfungsi dengan betul. Sebagai contoh murid perlu menekan sekali untuk menggerakkan jarum jam, dan menekan dua kali untuk mengembalikan jarum jam pada titik sifar. Kemahiran asas seperti ini akan melatih murid supaya tahu cara mengendalikan alat pengukuran dengan cara yang betul.

Upload: mohamad-irfan

Post on 16-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Dalam Sains

JAM RANDIK

Pada 18 hingga 22 Mac 2013 saya telah menjalani program Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Alor Gajah, Melaka. Semasa berada di sana saya

mengambil kesempatan untuk melawat makmal sains sekolah tersebut. Di situ saya

membuat pemerhatian berkenaan alat radas yang terdapat di makmal. Fokus saya

ialah alat pengukuran. Saya mendapati terdapat beberapa jenis alat pengukuran

tidak terdapat di makmal tersebut. Antaranya ialah buret, pipet, jam randik,

termometer dan angkup luar. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan

alat pengukuran tersebut tiada di dalam makmal.

Saya memilih jam randik dan akan menjelaskan kenapa ia penting kepada

murid untuk memperoleh kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan

kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Pertama sekali mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan kemahiran

manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara. Yang pertama

ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul. Jam randik

memerlukan seseorang mengendalikannya dengan baik supaya berfungsi dengan

betul. Sebagai contoh murid perlu menekan sekali untuk menggerakkan jarum jam,

dan menekan dua kali untuk mengembalikan jarum jam pada titik sifar. Kemahiran

asas seperti ini akan melatih murid supaya tahu cara mengendalikan alat

pengukuran dengan cara yang betul.

Yang kedua, kemahiran manipulatif menekankan kebolehan menyimpan

peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Penggunaan jam randik

memerlukan pengendalinya menyimpan ia di tempat yang betul supaya tidak rosak.

Jam randik perlu dimasukkan di dalam kotak terlebih dahulu sebelum disimpan di

dalam laci. Aktiviti ini membolehkan murid mendapat kemahiran manipulatif secara

tidak langsung daripada eksperimen yang dijalankan.

Selepas melakukan sebarang eksperimen, setiap murid dikehendaki

membersihkan peralatan sains dengan betul. Begitu juga dengan jam randik, ia perlu

dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang habuk dan debu sebelum di simpan

di dalam kotak. Aktiviti ini sebenarnya memberikan murid kemahiran manipulatif

tanpa mereka sedari. Nilai-nilai murni juga berjaya disemai. Kemahiran manipulatif

Page 2: Kemahiran Dalam Sains

seterusnya ialah kebolehan mengendalikan spesimen atau alat pengukuran dengan

betul dan cermat. Semasa pengambilan bacaan masa jam randik, murid perlu fokus,

cermat dan teliti. Mata perlu difokuskan selari dengan jarum jam untuk mendapatkan

bacaan yang tepat. Sikap tidak cermat menyebabkan bacaan menjadi salah.

Kemahiran manipulatif yang terakhir sekali ialah kebolehan melakar spesimen,

peralatan dan bahan sains dengan tepat. Semasa melukis gambar rajah sesuatu

eksperimen, jam randik juga terlibat. Dengan ini murid dikehendaki turut sama

melakar jam randik sebagaimana radas yang lain. Secara tidak langsung mampu

mengasah kemahiran manipulatif yang kelima. Maka jelas di sini, jam randik penting

untuk murid mendapat kemahiran manipulatif.

Kemahiran yang kedua ialah kemahiran proses sains. Terdapat lapan

kemahiran proses sains yang mana salah satunya ialah kemahiran memerhati.

Semasa penggunaan jam randik, murid perlu membuat pemerhatian tentang bacaan

yang dicatatkan. Kemahiran manipulatif akan terbina. Kedua ialah kebolehan

mengelas. Selepas bacaan suatu masa diambil, murid biasanya dikehendaki

mengelas bacaan tersebut mengikut jenis, spesis dan sebagainya. Sebagai contoh

murid dikehendaki mengelas jenis lilin mengikut masa yang diambil untuk padam. Di

sini kita dapat melihat kepentingan jam randik dalam mengintegrasikan kemahiran

proses sains.

Seterusnya kemahiran penggunaan nombor. Untuk membaca dan mencatat

bacaan pada jam randik sudah semestinya melibatkan penggunaan nombor. Hal ini

membiasakan murid dengan nombor. Kemahiran yang keempat ialah komunikasi.

Komunikasi penting dalam setiap eksperimen yang dijalankan. Semasa penggunaan

jam randik elemen komunikasi juga terlibat. Sebagai contoh, guru menyebut

perkataan ‘mula’ terlebih dahulu barulah jam randik ditekan murid. Perkataan ‘mula’

tersebut sudah menunjukkan terjadi komunikasi antara guru dan murid semasa

penggunaan jam randik. Kelima ialah kemahiran membuat pengukuran. Murid

mengukur masa menggunakan jam randik. Di situ mereka dapat belajar dan

mengaplikasi kemahiran mengukur. Seterusnya ialah membuat infrens atau

memberi asbab terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Apabila murid membuat

sesuatu catatan mengenai bacaan jam randik, dia perlu membuat infrens mengapa

bacaan menjadi sebegitu rupa. Tidak kiralah bacaan tersebut lambat atau

sebaliknya.

Page 3: Kemahiran Dalam Sains

Ketujuh, ialah kemahiran membuat ramalan. Saya bagi contoh, “masa yang

diambil untuk baju setebal dua cm kering ialah lima minit. Sila bagi ramalan, berapa

minitkah baju yang setebal empat cm untuk kering?” Berdasarkan masa yang

diambil jam randik, murid mampu membuat ramalan yang munasabah berkenaan

masa yang diambil. Kemahiran yang terakhir sekali ialah, penggunaan perhubungan

ruang-masa. Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan

perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan

penyusunan spatial. Contoh mudah, semasa menjalankan eksperimen menguji

kelajuan siput babi, murid menghubungkait hubungan antara jarak siput babi

mengengsot dan bacaan masa pada jam randik. Terbukti di sini bahawa jam randik

penting untuk pelajar mendapat kemahiran proses sains asas.

Berikutnya ialah kemahiran proses sains bersepadu. Ia merangkumi lima

kemahiran yang perlu dikuasai murid. Pertama sekali ialah kemahiran mentafsir

maklumat. Bacaan pada jam randik merupakan suatu maklumat. Selepas bacaan

dicatatkan, barulah langkah mentafsir maklumat dilaksanakan. Maka jelas bahawa

jam randik mempu mengasah murid dalam kemahiran mentafsir maklumat.

Berikutnya ialah kemahiran mengawal pembolehubah. Terdapat tiga pembolehubah

utama iaitu manipulasi, bergerak balas dan malar. Ketiga-tiga elemen ini penting

dalam setiap eksperimen. Pengukuran masa (jam randik) pula merupakan satu

perkara yang boleh diubah-ubah, ditetapkan atau merupakan hasil tindak balas.

Sebagai contoh, masa yang diambil untuk air kering di dalam piring ialah 10 minit

dan di dalam cawan selama 75 minit. Ini merupakan bacaan di mana masa bertindak

sebagai pemboleh ubah ‘bergerak balas’.

Kemahiran ketiga ialah mendefinisi secara operasi. Ia bermaksud memberi

tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan atau

diperhatikan. Dalam konteks penggunaan jam randik, saya bagi contoh kenyataan,

“masa yang diambil oleh kayu untuk panas ialah lebih perlahan berbanding masa

yang diambil untuk panas”. Ini merupakan satu contoh kenyataan mendefinisi secara

operasi. Kemahiran seterusnya ialah membuat hipotesis. Buat hipotesis bermaksud

buat pernyataan umum tentang hubungan sesuatu pembolehubah yang difikirkan

benar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, “semakin tebal tuala, semakin lama

masa yang diambil untuk mengeringkannya”. Ini merupakan sejenis hipotesis.

Page 4: Kemahiran Dalam Sains

Penggunaan masa yang melibatkan jam randik sebenarnya mampu mengasah

kemahiran murid membuat hipotesis.

Kemahiran yang terakhir sekali ialah kemahiran mengeksperimen iaitu

kemahiran merancang dan buat penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis,

kumpul data, tafsir data sehingga dapat rumusan daripada penyiasatan itu. Dalam

menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan masa khususnya, maka

sudah tentu penggunaan jam randik memainkan peranan penting.

Terbuktilah bahawa penggunaan jam randik bukan sahaja penting untuk

murid memperoleh kemahiran proses sains bersepadu malah kesemua kemahiran

seperti kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains asas. Kesimpulan yang

saya boleh buat ialah setiap alat radas ada kepentingan dan kebaikan tersendiri.

Jika sekecil-kecil jam randik terdapat sebegitu banyak kelebihan, inikan pula

manusia. Maka tanggungjawab gurulah dalam membentuk dan mendidik murid

menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Page 5: Kemahiran Dalam Sains

PEMBELAJARAN INOVATIF

Pembelajaran inovatif merupakan pembelajaran yang dirancang oleh guru,

bersifat baru yang belum pernah dilakukan sebelumnya dan bertujuan untuk

memberikan peluang kepada murid, membangun pengetahuannya sendiri. Ini

kerana murid mempunyai potensi dan keupayaan yang berbeza. Kumpulan kami

telah memilih aktiviti yang bertajuk ‘Mampukan Anda Bengkokkan Air?’ sebagai satu

aktiviti pembelajaran inovatif.

Kami telah memilih aktiviti ini kerana yakin bahawa aktiviti ini mampu

mengintegrasikan kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan

kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Pertama sekali mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan kemahiran

manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains. Pertama ialah kemahiran menggunakan dan mengendalikan

peralatan sains dengan betul. Melalui aktiviti ini, murid mendapat peluang untuk

menjalankan sendiri ekperimen ini. Mereka berpeluang untuk menggosok-gosok

pembaris dan meletakkannya berhampiran air. Kemahiran asas seperti ini adalah

perlu dan penting untuk melatih murid menggunakan alat dan bahan radas dengan

betul. Kesilapan menyebabkan eksperimen tidak menjadi.

Selain itu, kemahiran manipulatif turut menekankan kemahiran menyimpan

peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat selepas penggunaannya.

Penggunaan pembaris dan kain kapas dalam eksperimen memerlukan murid

menyimpannya dengan cara yang betul. Contohnya, pembaris mesti disimpan di

dalam kotak, perlu dikeringkan terlebih dahulu dan sebagainya. Murid akan

mendapat kemahiran ini secara terus.

Ketiga, selepas melakukan sebarang eksperimen atau aktiviti, setiap murid

dikehendaki membersihkan peralatan sains dengan betul. Dalam aktiviti ini, murid

perlu membersihkan pembaris dan mengelapnya sehingga kering untuk

mengelakkan ia daripada cepat rosak. Bagi kapas pula, seandainya sudah basah

dan tidak boleh diguna perlulah dibuang di dalam tong sampah. Aktiviti ini mampu

mengajar murid kemahiran manipulatif dan sentiasa ada sikap bertanggungjawab.

Kemahiran seterusnya ialah kebolehan mengendalikan spesimen atau alat

pengukuran dengan betul dan cermat. Semasa aktiviti ini dijalankan murid perlu

Page 6: Kemahiran Dalam Sains

menggosok pembaris dengan betul, kemudian mendekatkan pembaris tersebut

kepada aliran air yang halus. Kegopohan murid mungkin menyebabkan pembaris

terkena air lalu menyebabkan air kurang tertarik ke arah pembaris. Hasilnya objektif

aktiviti tidak berjaya. Kemahiran manipulatif yang terakhir sekali ialah kebolehan

melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Aktiviti pembelajaran

yang kami laksanakan melibatkan penggunaan beberapa jenis bahan dan radas

yang berbeza, iaitu pembaris, kapas dan air. Ia secara tidak langsung memberi

peluang kepada murid untuk melakar beberapa gambar rajah. Maka jelaslah di sini

aktiviti pembelajaran inovatif kami dapat mengintegrasikan kemahiran manipulatif.

Kemahiran yang kedua ialah kemahiran proses sains. Terdapat lapan

kemahiran proses sains yang mana salah satunya ialah kemahiran memerhati.

Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki memerhatikan perkara yang berlaku pada aliran

air semasa pembaris didekatkan. Secara tak langsung kemahiran memerhati akan

terbina. Seterusnya, selepas memerhati murid perlu mengelas pemerhatian mereka.

Mereka mengelas arah pergerakan air mengikut keadaan pembaris (sebelum atau

selepas digosok). Murid dapat belajar mengelas melalui aktiviti yang dijalankan ini.

Seterusnya ialah kemahiran penggunaan nombor. Dalam aktiviti ini, langkah

pertama menyatakan bahawa pembaris tidak digosok dan langkah kedua

menyatakan bahawa pembaris digosok. Penggunaan nombor di sini melibatkan

langkah turutan ekperimen. Yang keempat ialah kemahiran komunikasi. Komunikasi

penting dalam setiap eksperimen atau aktiviti yang dijalankan. Semasa

menerangkan kepada murid cara-cara membuat aktiviti ini, guru menyampaikannya

dalam bentuk lisan. Ini merupakan salah satu bentuk komunikasi. Seterusnya ialah

kemahiran pengukuran, murid perlu mengukur jarak antara pembaris dan aliran air

Keenam ialah kemahiran membuat infrens atau memberi sebab musabab terhadap

sesuatu perkara yang terjadi. Selepas pembaris digosok, air kelihatan tertarik ke

arah pembaris apabila didekatkan. Dengan ini, murid dikehendaki memberi sebab

mengapa aliran air tertarik kea rah pembaris.

Seterusnya, ialah kemahiran membuat ramalan. Murid diminta meramalkan

apakah yang akan berlaku apabila pembaris plastik yang telah digosok-gosok di kain

kapas didekatkan kepada aliran air. Di sini guru berjaya membuka peluang kepada

murid untuk berfikir dan meramalkan apa yang akan terjadi. Kemahiran yang terakhir

Page 7: Kemahiran Dalam Sains

sekali ialah, penggunaan perhubungan ruang masa. Proses ini melibatkan

memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa;

contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial. Dalam aktiviti

ini murid menghubungkait hubungan antara jenis pembaris (digosok atau tak

digosok) yang digunakan dengan arah pergerakan aliran air. Maka terbuktilah

bahawa aktiviti bertajuk ‘Mampukan Anda Bengkokkan Air?’ mampu

mengintegrasikan kemahiran proses sains.

Berikutnya ialah kemahiran proses sains bersepadu. ia merangkumi lima

kemahiran yang perlu dikuasai murid. Pertama sekali ialah kemahiran mentafsir

maklumat. Maklumat yang murid dapat melalui aktiviti ini ialah pembaris yang

digosok mampu menarik arah aliran air. Selepas itu, barulah langkah mentafsir

maklumat dilaksanakan. Maka jelas bahawa aktiviti ini mampu mengasah murid

dalam kemahiran mentafsir maklumat. Berikutnya ialah kemahiran mengawal

pembolehubah. Sebagaimana yang kita tahu terdapat tiga pembolehubah utama

iaitu manipulasi, bergerak balas dan malar. Ketiga-tiga elemen ini penting dalam

setiap eksperimen. Dalam ativiti ini pembaris bertindak sebagai pembolehubah

manipulasi, arah aliran air pula pembolehubah bergerak balas, manakala saiz aliran

air pula dimalarkan.

Kemahiran ketiga ialah mendefinisi secara operasi. Ia bermaksud memberi

tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan atau

diperhatikan. Dalam aktiviti ini kenyataan yang boleh diberikan murid ialah seperti

“pembaris yang digosok dengan kapas berupaya menarik aliran air”. Kemahiran

jenis ini agak sukar tetapi perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran seterusnya

ialah membuat hipotesis. Buat hipotesis bermaksud buat pernyataan umum tentang

hubungan sesuatu pembolehubah yang difikirkan benar tentang sesuatu perkara.

Dalam aktiviti ini, murid membuat hipotesis bahawa pembaris yang digosok pada

kain kapas menghasilkan tenaga elektrik statik. Aktiviti sebegini mampu

meningkatkan kemahiran murid dalam membuat hipotesis.

Kemahiran yang terakhir sekali ialah kemahiran mengeksperimen iaitu

kemahiran merancang dan buat penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis,

kumpul data, tafsir data sehingga dapat rumusan daripada penyiasatan itu. Dalam

menjalankan aktiviti seperti ini sudah tentu kemahiran mengeksperimen amat

Page 8: Kemahiran Dalam Sains

dititikberatkan sama sekali. Perkara ini mampu melatih murid menguasai kemahiran

mengeksperimen.

Terbuktilah bahawa aktiviti pembelajaran inovatif bertajuk ‘Mampukan Anda

Bengkokkan Air?’ mampu mengintegrasikan semua kemahiran melibatkan

kemahiran manipulatif, kemahiran proses asas sains dan kemahiran proses sains

bersepadu. Kesimpulannya, sebagai guru adalah amat penting bagi kita untuk

merancang pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan pembelajaran inovatif, dalam

mengintegrasikan kesemua kemahiran kepada murid.