kemahiran berfikir kritis dan kreatif

Upload: hongyu-hui

Post on 01-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Kemahiran Berfikir KritisMencirikanMengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Membandingkan dan MembezakanMencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengumpulkan dan MengelaskanMengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masingmasing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Membuat UrutanMenyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan

Menyusun Mengikut Keutamaan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

MenganalisisMengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat

Mengesan KecondonganMengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentangsesuatu.

MenilaiMembuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuat KesimpulanMembuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Kemahiran Berfikir KreatifMenjanakan Idea

Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

Membuat InferensMembuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.

MenghubungkaitkanMembuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan

MeramalMembuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Membuat HipotesisMembuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

MensintesisMenggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.

MengitlakMembuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

MenganalogiMembentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.

Membuat Gambaran Mental

Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Mereka CiptaMenghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.