kem sukan sekolah 1 m1s

12
KEM SUKAN SEKOLAH PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Upload: aziyan-bakar

Post on 12-Apr-2017

363 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem sukan sekolah 1 m1s

KEM SUKAN SEKOLAHPELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

Page 2: Kem sukan sekolah 1 m1s

1. PENGENALAN

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1079 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting disemua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah menggatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunana yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

2. LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH

2.1. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri.

2.2. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011.

2.3. Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental.

2.4. Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid kea rah kecemerlangan sukan.

2.5. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut;i. Elemen keseronokkanii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainaniii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasiiv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan

2.6. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3. MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH

3.1. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah.

3.2. Melalui rangsangan / tugasan murid dapat;3.3. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai

ahli kelab.3.4. Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai (modified games)

(1)

Page 3: Kem sukan sekolah 1 m1s

4. OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH

4.1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan

4.2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis , kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.4.3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan4.4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan4.5. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup

yang sihat dan inovatif

5. ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH

5.1. Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri

5.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.

5.3. Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lia (5) objektif utama bagi memenuhi pembentukan insan yang syamul dalam akademik dan pembentukan kecergasan individu iaitu;i. Meningkatkan kecergasan jasmaniii. Membentuk sahsiahiii. Membina jati diriiv. Meningkatkan disiplinv. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum.

5.4. Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :-i. Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulumii. Memperkasakan penilaian dalam sukaniii. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan.iv. Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahanv. Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan

5.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010.

5.6. Pelaksanaan Dasar iMURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam aspek penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

5.7. Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalamaktiviti sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

5.8. Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

(2)

Page 4: Kem sukan sekolah 1 m1s

5.9. Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

5.10. Flasafar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan social. Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognatif dan afektif.

5.11. Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakata.

6. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH

6.1. SEKOLAH RENDAHi. Tahun 4, 5, dan 6ii. AJK Induk Kelab Sukaniii. Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orangiv. Bagi sekolah kurang murid, boleh bergabung dengan beberapa sekolah lain

6.2. SEKOLAH MENENGAHi. Tingkatan 2 sahajaii. 2 orang wakil setiap kelab sukan dari Tingkatan 2 sahajaiii. Bilangan maksimum peserta setiap kem 40 orang

7. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH:

i. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan muridii. Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukaniii. Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukaniv. Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta

mengamalkan gaya hidup sihat

(3)

Page 5: Kem sukan sekolah 1 m1s

CARTA ALIRAN PENGURUSAN KEM

(4)

Pembentukan Jawatankuasa

Mesyuarat Jawatankuasa

Laporan

Pelaksanaan

Page 6: Kem sukan sekolah 1 m1s

JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar

Naib Pengerusi 1: Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 2: Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 3: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Setiausaha Sukan ( Kem Komanden )

Bendahari : Pembantu Tadbir Kewangan

Ahli Jawatankuasa :

i. Latihan / Bengkelii. Peralataniii. Pendaftaran / Penginapan / Makanan /

Jamuaniv. Hadiah / Cenderamata / Sijilv. Jemputan / Sambutan / Buku Programvi. Perubatan / Keselamatan / Pertolongan

Cemasvii. Pengangkutanviii. Siaraya / Publisiti dan Dokumentasiix. Urusetia

# Bentuk Jawatankuasa mengikut kesesuaian aktiviti / program dan sekolah

# Ini merupakan cadangan dan tertakluk kepada keperluan sekolah

# Murid boleh terlibat sebagai fasilitator dalam setiap ajk jika sesuai

# Gunakan guru yang telah menghadiri Kursus Guru Pembimbing Kelab Sukan sebagai jurulatih.

(5)

Page 7: Kem sukan sekolah 1 m1s

JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH (cadangan)

3 Hari 2 Malam

TARIKH / HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN /

LOKASI

Hari Pertama

2.30 – 4.00 ptg Semua peserta melapor diri Pemudahcara / Kem Kom / Tim Kem Kom

4.00 – 4.30 ptg Minum Petang / Solat / Pengurusan Diri

Kem KomandenJK Makanan

4.30 – 5.30 ptg SLOT 1Taklimat Kem dan Suai Kenal

Kem Kom / Pemudahcara

5.30 – 6.30 ptgSLOT 2Pengenalan Aktiviti Memanas Badan & Menyejukkan Badan

Pemudahcara

6.30 – 8.30 mlm

Makan Malam / Solat / Kuliah Maghrib / Pengurusan Diri

Kem Komanden JK Makanan

8.30 – 10.30 mlm

SLOT 3OVEP / Dinamika Kumpulan Pemudahcara

10.30 – 11.00 mlm

Minum MalamPengurusan Diri

Kem KomandenJK Makanan

Hari Kedua

5.30 – 6.30 pg

Pengurusan Diri / Solat / Kuliah Subuh Kem Komanden

6.30 – 7.00 pg

Perhimpunan Pagi : Negaraku / Doa / Taklimat Kem Komanden

7.00 – 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik Pemudahcara7.30 – 8.00 pg Sarapan Pagi JK Makanan

8.00 – 10.00pg

SLOT 4Pengurusan Sesi Aktiviti(Praktikal)

Pemudahcara

10.00 – 10.30 pg Rehat / Minum Pagi JK Makanan

10.30 – 12.30 thg

SLOT 5Asas Permainan Kategori Serangan

Pemudahcara

12.30 – 2.30 ptg

Makan Tengahari / Solat / Pengurusan Diri

Kem KomandenJK Makanan

2.30 – 4.00 ptg

SLOT 6Sistem Pertandingan dan Kalah Mati

Pemudahcara

4.00 – 4.30 ptg

Minum Petang / Solat Kem KomandenJK Makanan

(6)

4.30 – 6.30 SLOT 7 Pemudahcara

Page 8: Kem sukan sekolah 1 m1s

ptg Asas Permainan Kategori Jaring / Dinding

6.30 – 8.30 mlm

Makan Malam / Solat / Kuliah Maghrib / Pengurusan Diri

Kem Komanden JK Makanan

8.30 – 10.30 mlm

SLOT 8Keselamatan & Kesihatan Dalam Sukan

Pemudahcara

10.30 – 11.00 mlm

Minum MalamPengurusan Diri

Kem KomandenJK Makanan

Hari Ketiga

5.30 – 6.30 pg

Pengurusan Diri / Solat / Kuliah Subuh Kem Komanden

6.30 – 7.00 pg

Perhimpunan Pagi : Negaraku / Doa / Taklimat Kem Komanden

7.00 – 7.30 pg Malaysia Cergas / Senamrobik Pemudahcara7.30 – 8.00 pg Sarapan Pagi JK Makanan

8.00 – 10.00pg

SLOT 9Asas Permainan Kategori Memukul & Menendang

Pemudahcara

10.00 – 10.30 pg Rehat / Minum Pagi JK Makanan

10.30 – 12.30 thg

SLOT 10Sesi Maklumbalas / Penilaian / Penutupan / Penyampaian Sijil

Kem Komanden

12.30 – 2.30 ptg

Makan Tengahari / Solat / Pengurusan Diri / Bersurai

Kem KomandenJK Makanan

Talian Penting Untuk Dihubungi

Polis :

Ambulans :

Hospital :

Klinik Kesihatan :

GPK Kokurikulum :

# Untuk asas-asas permainan sila rujuk Kad sumber TOP Play dan TOP Sport di laman web Kementarian Pelajaran Malaysia

(7)

LAPORAN PELAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH

Page 9: Kem sukan sekolah 1 m1s

1. SEKOLAH :

2. DAERAH / PPD :

3. NEGERI :

4. TARIKH KEM :

5. TEMPAT :

6. TEMPAT PENGINAPAN :

7. BILANGAN MURID :

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAHL P L P L P L P L P

8. NAMA JURULATIH / GURU :

BIL NAMA ALAMAT SEKOLAH NO. H/P

9. CADANGAN / ULASAN :

9.1. Ulasan / Cadangan program

10. IMPLIKASI KEWANGAN :

11. BAHAN DOKUMUNTASI YANG PERLU DIHANTAR KE PPD:11.1. Laporan bertulis (hardcopy dan softcopy)11.2. Gambar pegun dan rakaman video dalam bentuk cakera padat (CD)

# Laporan dikembalikan kepada Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi sebelum atau pada 15 Oktober 2013.