dasar 1 m1s kumpulan

22

Upload: azmi-pkg-rawang

Post on 24-May-2015

3.866 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar 1 m1s kumpulan
Page 2: Dasar 1 m1s kumpulan
Page 3: Dasar 1 m1s kumpulan

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 4: Dasar 1 m1s kumpulan

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Page 5: Dasar 1 m1s kumpulan

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Page 6: Dasar 1 m1s kumpulan

PENUBUHAN JAWATANKUASA TASK FORCEPELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN PERINGKAT NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH.

Suratsiaraniniberkuatkuasasertamertadanhendaklahdibacabersama-samadenganSuratPekelilingIktisasdansurat-suratsiaranberkaitanyang berikut:

1. SPI Bil.16/2010, PelaksanaanDasarSatuMuridSatuSukanbertarikh1 Disember2010

2. RujukanKP/KKPM/5 (49), Kebenarankhaskepadaguru danmurid-muridyang melaksanakanmatapelajaranPendidikanJasmanidanKesihatan(PJK) memakaipakaianrasmisukansepanjanghariberkenaanbertarikh26 Julai2010.

3. RujukanKP.BSSK.302-02/03/002(17),JadualPelaksanaanProgram SukandanPermainanSekolahSepanjangTahunbertarikh14 Januari2010.

Page 7: Dasar 1 m1s kumpulan

Dasar 1 Murid 1 Sukan adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan

setiap murid dari tahap dua di sekolah rendah hingga tingkatan enam di sekolah menengah

mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan

sistematik. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam

kalangan masyarakat.

Page 8: Dasar 1 m1s kumpulan

Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asasperkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1Sadalah diwujudkan untuk merealisasikan FalsafahPendidikan Kebangsaan agar;

Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi

Page 9: Dasar 1 m1s kumpulan

PRINSIP PELAKSANAAN Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak

mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

Page 10: Dasar 1 m1s kumpulan

PRINSIP PELAKSANAAN Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.

Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.

Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid.

Page 11: Dasar 1 m1s kumpulan

PENGURUSAN PELAKSANAAN

Program sukan sekolah sepanjang tahun

merangkumi sukan untuk semua dan sukan

Untuk kecemerlangan. Aktiviti sukan yang

dicadangkan adalah seperti;

Page 12: Dasar 1 m1s kumpulan

PENGURUSAN PELAKSANAANA. Program Sukan Umum sepanjang tahun

Latihan Rumah Sukan Merentas desa Sukan / permainan Balapan dan padang Pertandingan Merentas Desa Sukantara Kejohanan Balapan dan Padang

B. Kelab Sukan dan Permainan sepanjang tahun. 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah Latihan pelbagai permainan dan Modified Games

Page 13: Dasar 1 m1s kumpulan

PENGURUSAN PELAKSANAAN

C. Pertandingan Dalaman sepanjang tahun Pertandingan antara rumah sukan Pertandingan antara tingkatan / kelas Pertandingan antara dorm di asrama

D. Pertandingan lain Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Pertandingan Peringkat Antarabangsa

E. Aktiviti sukan lain. Wajib untuk semua murid.

Page 14: Dasar 1 m1s kumpulan

PROSES PELAKSANAAN Perancangan Pelaksanaan Pemantauan Penilaian Post Mortem/ Penambahbaikan Laporan/ Dokumentasi

Page 15: Dasar 1 m1s kumpulan

STRATEGI PELAKSANAAN Mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis

sukan. Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang

hendak ditawarkan. Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan. Menyediakan takwim tahunan. Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan

Modul. Mengguna pakai sumber kepakaran.

Page 16: Dasar 1 m1s kumpulan

STRATEGI PELAKSANAAN Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan

peralatan. Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut

masa yang bersesuaian. Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar. Menggalakkan kreativiti dan inovasi. Menetapkan matlamat dan objektif. Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program

sukan. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid

dan guru. Melakukan penambahbaikan berterusan.

Page 17: Dasar 1 m1s kumpulan

Kelebihan Dasar 1 Murid 1 SukanDasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan

melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid

dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar

pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan

yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu,

Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk

sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-

murid di sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu

membina dan menjana modal insan yang berguna kepada

bangsa dan negara melalui sukan.

Page 18: Dasar 1 m1s kumpulan

Kelebihan Dasar 1 Murid 1 Sukan Memupuk budaya bersukan Memupuk perpaduan antara kaum Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan

keperluan fizikal Mewujudkan kecemerlangan sukan

Page 19: Dasar 1 m1s kumpulan

Kekurangan Dasar 1 Murid 1 Sukan Kekurangan prasarana dan peralatan sukan Waktu dilaksanakan tidak sesuai Unsur paksaan terhadap pelajar

Page 20: Dasar 1 m1s kumpulan

Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkanlandasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini

memberikan peluang kepada semua murid yang berbakatdan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut

kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atauyang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan

pihaksekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti

penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali diseluruh dunia, secara tidak langsung akan menjulang naik

nama MALAYSIA ke persada dunia sukan.

Page 21: Dasar 1 m1s kumpulan

SIAPAKAH PELAPIS

LEE CHONG WEINICOL DAVIDZULFAHMISHALIN ZULKIFLIPANDALELA RIONGMIRNAWAN NAWAWISAFIE SALI

Mampukan Malaysia menjadi JUARA DUNIA dalam sukanbolasepak????....ianya tidak mustahil jika ada keazaman dankesungguhan….

MALAYSIA BOLEH.

Page 22: Dasar 1 m1s kumpulan