kem ketengah penggal 1 (2013) - modul 1-1

Upload: zanjoh

Post on 13-Oct-2015

1.141 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

latihan yang bermutu subjek bahasa melayu

TRANSCRIPT

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    1/8

    PROGRAM PENINGKATAN PELAJARAN KRITIKALWILAYAH KETENGAH 2013

    BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 1

    MODUL 1

    Bahagian A

    Jawab semuasoalan.

    1. Pengkaji-pengkaji bahasa berpendapat bahawa bahasa Melayu tergolong dalam keluargabahasa Nusantara. Istilah keluargadalam asal usul bahasa merujuk kepada bahasa Melayu

    yang telah berusia

    A lebih daripada 5000 tahun

    B lebih daripada 6000 tahunC kurang daripada 1000 tahun

    D kurang daripada 2500 tahun

    2. Cabang bahasa yang tergolong dalam bahasa Austronesia ialahA Polinesia, Austroasia, Melanesia, dan Nusantara

    B Nusantara, Polinesia, Mikronesia, dan Austroasia

    C Mikronesia, Polinesia, Melanesia, dan Nusantara

    D Austronesia, Polinesia, Tibet-Cina dan Nusantara

    3. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasaA Sumatera

    B Jawa

    C Filipina

    D Kalimantan

    4. Antara batu bersurat yang berikut, yang manakah isi kandungannya berkaitan denganperistiwa kerajaan Sriwijaya didirikan?

    A Batu Bersurat Karang BrahiB Batu Bersurat Kedukan Bukit

    C Batu Bersurat TalangTuwo

    D Batu Bersurat Kota Kapur

    5. Pilih padanan yang betul antara batu bersurat dengan jenis tulisannya.Batu bersurat Tulisan

    A Gandasuli Rencong

    B Kedukan Bukit Palava

    C Minye Tujuh KawiD Pagar Ruyung Nagiri

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    2/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    2

    6. Sekiranya terdapat perkataan dibakar dan berbuah dalam bahasa Melayu kuno, besarkemungkinan bentuknya ialah

    A niwakar, marwuah

    B nimakar, parwuah

    C nibakar, merwuah

    D niwaka, marpuah

    7. Tulisan bahasa Melayu Kuno yang digunakan pada batu bersurat yang ditemukan diGandasuli ialah tulisan

    A Rumi

    B Kawi

    C Palava

    D Nagiri

    8.

    Teks bahasa Melayu tertua yang ditulis denganaksara Jawi terdapat pada

    A batu bersurat Minye Tujuh

    B batu bersurat Sultan Malik al-Salleh

    C batu bersurat Terengganu

    D batu nisan di Phanrang, Champa

    9. Antara zaman kerajaan yang berikut, yang manakah tidak dirangkumi oleh zaman bahasaMelayu klasik?

    I Zaman kerajaan MajapahitII Zaman kerajaan Sriwijaya

    III Zaman kerajaan Melaka

    IV Zaman kerajaan Aceh

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    10. Bahan-bahan berikut menjadi bukti sifat bahasa Melayu klasik, kecualiA surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal

    B surat Sultan Mahmud Shah kepada Ratu Elizaberth

    C Sulalatus Salatin

    D Hukum Kanun Melaka

    11. Yang berikut ialah ciri bahasa Melayu klasik kecualiA banyak menggunakan partikel

    B menggunakan kata pangkal ayat yang ketara

    C banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasaJawa

    D banyak menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    3/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    3

    12. Pada zaman kerajaan Aceh, kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh dan penting. Halini terbukti daripada

    I karya-karya sastera Islam ditulis dalam bahasa Melayu

    II catatan pengembara dan rahib Buddha

    III batu-batu bersurat yang bertulisanJawi

    IV surat-surat Sultan Aceh kepada pemerintah Inggeris

    A I dan II

    B I dan III

    C I dan IV

    D II dan IV

    13. Kegemilangan bahasa Melayu klasik terbukti dalam peryataan-peryataan yang berikut,kecuali

    A digunakan sebagai bahasa perantaraan di kepulauan MelayuB menjadi bahasa golongan istana atau pemerintah

    C menarik minat sarjana Barat untuk melakukan penyelidikan

    D mempunyai pelbagai laras bahasa seperti bahasa Melayu moden

    14. Pada tahun 1986, satu pedoman ejaan Jawi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Pedoman itu kini digunakan secara meluas dan dikenali sebagai

    A Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu

    B Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

    C Pedoman Sistem Ejaan DianD Pedoman Sistem Ejaan Zaba

    15. 15.

    Keterangan di atas sesuai dipadankan dengan

    A Hukum Kanun MelakaB Aqaid al- Nasafi

    C Sirat al-Mustaqim

    D Hidayat al- Salikin

    16. Antara yang berikut, yang manakah batu-batu bersurat yang membuktikan bahawa bahasaMelayu menerima pengaruh Islam?

    I Kota Kapur, Pulau Bangka

    II Sungai Teresat, Kuala Berang

    III Kedukan Bukit, PalembangIV Minye Tujuh, Acheh

    Memuatkan karangan dalam bahasa Arab

    Terdapat terjemahan dalam bahasa Melayu

    Merupakan manuskrip yang tertua

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    4/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    4

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    17. Berbanding dengan bahasa Sanskrit, pengaruh bahasa Arab dalam bahasa Melayu adalahlebih dominan. Hal ini demikian keranaA bahasa Sanskrit bukan bahasa bertamadun tinggi

    B bahasa Arab lebih senang dipelajari

    C bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran

    D bahasa Sanskrit hanya serasi dengan bahasa Melayu kuno

    18. Yang manakah tokoh yang pernah mengkaji tentang bahasa Melayu kuno?I Hendrik KernII Prof.Dr. A. Teeuw

    III Dr. C. Hooykass

    IV Ptolemy

    A I dan III I

    B I dan IV

    C II dan II

    D II dan IV

    19. Istilah Melayu pertama kalinya dijumpai dalamA tulisan SanskritB tulisan Kawi

    C tulisan Rencong

    D tulisan Cina

    20. Tokoh yang berikut pernah ada kaitan dengan tugas-tugas di Pejabat Karang Mengarang,kecuali

    A O.T Dussek

    B Zainal Abidin Ahmad

    C R.O WinstedtD Dato Haji Mohd Said Haji Sulaiman

    21. Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti agama, puasa, syurga dan usaha merupakankata-kata ambilan daripada bahasa

    A Sanskrit

    B Arab

    C Parsi

    D Portugis

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    5/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    5

    22. Perbezaan yang paling ketara antara bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu modenialah

    I perubahan makna

    II penggunaan kata pangkal ayat

    III penggunaan bahasa istana

    IV kerencaman laras bahasa

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan III

    D III dan IV

    23. Yang berikut merupakan isu-isu yang diperjuangkan oleh Angkatan Sasterawan 50,kecuali

    A penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

    B pengiktirafan ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi bahasa Melayu

    C penyatuan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia

    D penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

    24. Pejabat Karang Mengarang Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malimditubuhkan untuk

    A melatih orang Melayu supaya dapat menghasilkan karya sastera

    B melatih guru Melayu bagi menghasilkan buku-buku teks

    C menerbitkan buku bahasa Melayu bagi sekolah Melayu dan bacaan umum

    D menggalakkan penghasilan karya asli dalam bahasa Melayu

    25. Kata-kata dalam bahasa Melayu seperti gereja, armada, kapitan, baldi,dan berandamerupakan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa

    A Arab

    B Parsi

    C Sanskrit

    D Portugis

    26. Yang manakah pernyataan yang benar tentang bunyi vokal semasa bunyi dihasilkan?A Pita suara tidak bergetar

    B Anak tekak dinaikkan atau diturunkan

    C Lelangit lembut diturunkan

    D Udara yang keluar dariparu-paru melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa

    sekatan

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    6/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    6

    27. Antara yang berikut, perkataan yang manakah mengandungi bunyi yang dihasilkandengan menyebut vokal depan luas dahulu, kemudian digeluncurkan ke arah vokal belakang

    sempit?

    A Cuai

    B Amboi

    C Surau

    D Dodoi

    28. Kata yang manakah yang dimulai oleh konsonan letupan dua bibir bersuara dan diakhirioleh vokal belakang sempit?

    A Beli

    B Bantu

    C Kari

    D Pantau

    29. Konsonan letupan lelangit lembut bersuara terdapat pada perkataanI Tari

    II Baginda

    III Galah

    IV Duri

    A I dan III

    B I dan IVC II dan III

    D II dan IV

    30.

    Pernyataan di atas sesuai untuk penghasilan konsonan

    A getaranB letusan

    C letupan

    D geseran

    Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut disekat dan dilepaskan

    perlahan-lahan.

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    7/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    7

    Bahagian B

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

    Rasuah bukanlah satu fenomena baharu yang wujud dalam masyarakat moden.

    Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam

    semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan

    sebagai penyuapan, pemerasan atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa

    sama ada melibatkan kewangan atau perkhidmatan dan sebagainya untuk sesuatu

    kepentingan. Banyak orang lupa bahawa sebab dan asal-usul amalan rasuah atau korupsi

    itu berbagai-bagai, bukan satu dan bukan dua. Kewujudannya dapat dilihat dalam

    pelbagai bentuk, saiz, tempat, dan situasi. Oleh sebab itu, penyelesaiannya pun tidaklah

    begitu mudah.

    Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah terus berleluasa adalah

    kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Ditambah

    lagi dengan didikan dan penghayatan terhadap nilai-nilai dan peraturan agama yang

    senipis kul it bawang, akhirnya seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawanafsu. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah,

    mudah dikaburi wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan

    orang lain dan tidak berasa puas dengan apa-apa yang dimiliki. Rasuah juga sering

    dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan. Hakikatnya itu bukanlah

    satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini perbuatan rasuah juga dilakukan

    oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi. Sebenarnya perbuatan rasuah

    tidak akan terjadi jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama, dan

    bertakwa.

    Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia

    memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan

    kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruangberlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu mengambil

    peluang untuk melakukan penyelewangan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Oleh hal

    yang demikian, kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan dalam sebuah

    organisarsi perlu ada dalam diri masing-masing agar terhindar daripada perbuatan

    rasuah. Dalam pada itu, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi

    membendung rasuah merupakan suatu yang dialu-alukan. Bagi menyelesaikan masalah

    ini komitmen dan sokongan daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat

    sangat diperlukan. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata

    orang Perak biar pape asal bergaye menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya

    rasuah.

    Rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu institusi yangberkaitan. Selain itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu

    bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan

    yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada

    kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding dengan risiko yang bakal

    dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih

    serius berbanding dengan negara-negara maju.

    Secara tuntasnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit

    sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar.Apabila keadaan ini berlaku, usaha

    untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah

    tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.

    (Disesuaikan daripada Dewan Siswa, Jun 2005)

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

  • 5/23/2018 Kem Ketengah Penggal 1 (2013) - Modul 1-1

    8/8

    PROGRAM KETENGAH 2013 BAHASA MELAYU MODUL 1 PENGGAL 1

    8

    1. Jelaskan maksud frasa(a) ....senipis kulit bawang ( baris 11 ) [2]

    (b) ....menjadi rangkaian kejahatan yang besar. (baris 40) [2]

    2. Jelaskan tiga punca kegiatan rasuah terus berleluasa. [6]

    3. Apakah peranan orang ramai untuk mengatasi masalah rasuah yang kian berleluasa di

    negara kita? Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan. [20]

    Bahagian C

    Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan denganberdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah.

    1. Masalah kualiti udara yang kian merosot di negara kita pada masa ini semakinmembimbangkan. Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk mengatasi hal

    ini, namun masalah ini masih berterusan. Nyatakan pendapat anda tentang punca

    masalah tersebut berlaku dan kemukakan juga kesan negatif apabila masalah kualiti udara

    semakin merosot di negara kita.

    2. Tingkah laku vandalisme semakin hangat dibincangkan dan membimbangkan semuapihak. Isu ini perlu segera ditangani agar tidak terus berleluasa. Mengapakah fenomena

    ini berlaku dan apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi gejala tersebut?

    3. Bidang perubatan dan kesihatan di Malaysia semakin maju dan berkembang pesatdengan pertambahan pusat perubatan dan klinik swasta. Bincangkan kesan-kesan akibat

    bertambahnya pembukaan pusat perubatan dan klinik swasta di negara ini?