keluhuran perlembagaan

7
RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Upload: cikgu-lindasmkbsa

Post on 16-Jan-2016

52 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

keluhuran perlembagaan

TRANSCRIPT

Page 1: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

RUKUN NEGARA

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

 

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

•    Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;•    Memelihara satu cara hidup demokratik;

•    Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

•    Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

•    Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

 

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang

berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Page 2: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KELUHURAN PERLEMBAGAAN MERUPAKAN RUKUN NEGARA YANG KETIGA.

Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan .

Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.

Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal.

Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.Perlembagaan mengatasi kuasa parlimen, kuasa mahkamah dan kuasa kerajaan. Dalam rukun negara prinsip keluhuran perlembagaan diletakkan di tahap ketiga selepas prinsip tentang tuhan dan prinsip tentang raja dan negara.

Susunan prinsip rukun negara yang memberi taraf berlainan tentang perlembagaan dan nampak berbeza dalam konteks perbicaraan bab ini tidak bererti ada sebarang kontradiksi atau percanggahan. Dari segi rukun negara perlembagaan adalah wajar diletakkan di tahap ketiga sebagai kuasa yang boleh memandu tingkahlaku rakyat yang harus berpegang kepada ideologi itu.

Perlembagaan adalah satu instrumen atau sumber perundangan yang menjadi peraturan pemerintahan negara merdeka yang demokratik. Termasuk di dalamnya secara bertulis dengan tepat adalah hal-hal kedudukan serta hak dan tanggungjawab semua pihak iaitu daripada peringkat individu hinggalah kepada institusi-institusi besar seperti Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Kehakiman

Menepati tuntutan sebuah masyarakat berbilang kaum, perlembagaan kita mempunyai unsur-unsur yang sesuai untuk memupuk perpaduan. Perkara-perkara itu menjadi teras dalam perlambagaan malaysia. Ciri-ciri utama perlambagaan malaysia adalah;-

1. Malaysia Sebagai Sebuah Persekutuan2. Malaysia Sebagai Negara Raja Berpelembagaan.3. Malaysia Sebagai Negara Yang Mengamalkan Demokrasi Berpalimen4. Kebebasan Beragama Dengan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia.5. Ketinggian Perlembagaan Dan Kebebasan Undang-Undang.6. Doktrin Pengasingan Kuasa Di Mana Bidang Kehakiman, Perundangan Danpemerintahan

Masing-Masing Bebas Menjalankan Fungsi Yang Berlainan Tanpa Percanggahan Kepentingan.7. Kesahihan Dan Ketelusan Badan Kehakiman Dengan Mempunyai Bidang Kuasa Yang Eksekutif,

Tertakluk Kepada Peruntukan Perlembagaan.8. Bahasa Malaysia, Kewargenegaraan Dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera

Sabah Dan Sarawak.

Perlembagaaan malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara atau artikel dan 13 jadual.

KEUNIKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

Page 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Jika diteliti dengan baik. Perlembagaan Malaysia meliputi semua aspek perundangan, pemerintahan dan kehakiman, serta mempunyai peruntukan khas untuk digunapakai negara berbilang kaum dan agama. Sememangnya perlembagaan malaysia itu lengkap dan komprehensif sebagaimana dibayangkan oleh kepanjangan dan pembutirannya. Ia bukan sahaja lengkap untuk keperluan sebuah negara yang merdeka, tetapi juga sempurna dengan ciri-ciri istimewa yang menjadikannya unik. Paling unik ialah amalan raja berperlembagaan di bawah Bahagian Persekutuan. Konsep kepala utama negara yang bertaraf seperti ”king” adalah luar biasa. ”king” ini iaitu yang di-pertuan agong dipilih daripada raja-raja melayu secara bergilir bagi tempoh lima tahun. Yang di-pertuan agong,di samping mengisi tiga fungsi adalah juga anggota utama majlis raja-raja. Satu lagi ciri-ciri unik perlembagaan malaysia ialah adanya bab-bab khusus untuk pemakaian negeri-negeri sabah dan serawak

Perlembagaan malaysia digubal untuk digunapakai oleh masyakat malaysia yang berbilang kaum agar ia menjadi sumber perundangan yang saksama dan praktikal, dan dapat diterima oleh semua pihak . justeru, penggubal perlembagaan malaysia dari sejak awal lagi tidak mengetepikan pandangan awam. Banyak pihak mengambil kesempatan memberi pandangan semasa penggubalan dibuat. Wakil-wakil daripada badan-badan rsami dan orang perseorangan telah mengemukakan pandangan dan cadangan. UMNO, MCA dan MIC telah mengadakan satu persidangan bagi menbincangkan draf perlembagaan. Dengan cara begini suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan dapat menghasilkan perlembagaan yang memuaskan semua pihak.

Perlembagaan malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah ”hidup” dan berfungsi setiap masa. Sama seperti perlembagaan bertulis negara lain, perlembagaan malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen. (perkara 159 dan 16IE).

Amnya sebab dan rasional wujudnya perlembagaan adalah:

1. bagi mengekalkan kelicinan urusan pentadbiran negara seperti menstandardkan peraturan hal ehwal tanah di negeri-negeri persekutuan

2. untuk mengawal ketenteraman negara seperti yang telah berlaku beberapa kali ke atas peraturan tentang akta keselamatan dalam negeri

3. supaya kepentingan rakyat dapat dilindungi sekiranya didapati undang-undang yang sedia ada itu tidak memuaskan.

apa yang paling mustahak ialah bahawa perlembagaan malaysia sebagai sumber perundangan negara dan panduan pemerintahan, dan pada hakikatnya,adalah untuk kepentingan rakyat. Ia memberikan rakyat perlindungan dan garis panduan serta hak dan keistimewaan. Sebaliknya rakyat pula dituntut supaya memainkan peranan masing-masing. Sebagai wargenegara, sikap yang bertanggungjawab dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara ini. Prinsip ketiga rukun negara menekankan tentang ”keluhuran perlembagaan” yakni sesuatu yang mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Jesteru, wargenegara yang menikmati keselamatan, keistimewaan, kemewahan dan pelbagai peluang di bawah payungan perlembagaan, wajarnya menghormati semua peraturan negara yang dibuat berpandukan perlembagaan malaysia itu sendiri.

Ringkasnya perlembagaan itu mestilah praktikal dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan bagi mengekalkan kestabilan dan ketenteraman negara supaya rakyat terlindung dan selamat di bawah pemerintahan yang licin dan saksama.

Page 4: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Parlimen, atau badan perundangan, kehakiman, dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong tetap sebagai Ketua Negara, juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan. Oleh kerana ia merupakan undang-undang tertinggi, maka Keluhuran Perlembagaan ini dijadikan prinsip ketiga dalam Rukun Negara.

Prinsip ini menekankan betapa perlunya seluruh rakyat di negara Malaysia ini, bukan setakat menerima perlembagaan ini, tetapi hendaklah mematuhi dan mempertahankan keluhuran, atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Perlembagaan negara Malaysia adalah sumber perundangan yang berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini, tidak kira bangsa, keturunan, fahaman, agama, dan kebudayaannya. Di samping itu, melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara di negara ini.

Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia tidak kira besar atau kecil, tua atau muda, miskin atau kaya, begitu juga yang tinggal di kampung mahupun di bandar, dikehendaki menghormati, menghargai, dan memahami maksud dan kandungan perlembagaan itu, serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan negara Malaysia itu sendiri. Ini bertujuan supaya rakyat Malaysia pada masa-masa akan datang tahu dan sedar, tidak lagi ungkit-mengungkit tentang hak-hak istimewa kaum Bumiputera, yang merupakan penduduk asal di negara ini, sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Negara Malaysia itu telah digubal berasaskan semangat setiakawan dan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia sudah merupakan suatu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu-gugat oleh mana-mana individu, atau mana-mana pihak lagi. Perlembagaan Negara Malaysia juga telah menentu dan menetapkan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat negara ini.

Rukun Negara[sunting | sunting sumber]

Dengan kata lain, Perlembagaan Negara Malaysia ini menjadi sumber rujukan dalam segala hal yang ada kaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan, dan hak sosio-ekonomi rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Pendeknya, perlembagaan yang mulia dan luhur itu wajarlah dijadikan salah satu elemen penting dalam prinsip Rukun Negara. Maka dengan sebab itu, Keluhuran Perlembagaan mengambil tempat ketiga dalam prinsip Rukun Negara.

Aspek-aspek utama[sunting | sunting sumber]

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu dijadikan

Page 5: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.

Tanggungjawab rakyat[sunting | sunting sumber]

Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.

Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-belahkan kita.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Keluhuran Perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah

sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai

warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai,

serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan

semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu

kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-

mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik

dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi

segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan

hak sosio-ekonomi rakyat.

Page 6: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan MalaysiaKeluhuran Perlembagaan bererti ketinggian atau keagungan perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia. Semua undang-undang

yang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan yang telah dibentuk. Parlimen pula

memperoleh kuasa daripada perlembagaan dan tidak boleh membuat undang-undang bagi

perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan

Ketua Negara, baginda perlu menjalankan kuasanya mengikut kehendak perlembagaan. Selain

itu, kuasa kehakiman mahkamah juga tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Oleh itu, tidak

terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai

kuasa tertinggi