keluaran 01/2009 -...
TRANSCRIPT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dan syabas kepada Pejabat Kesihatan Putrajaya kerana
berjaya menerbitkan Buletin Kesihatan Putrajaya ini buat julung kalinya. Adalah
diharapkan dengan penerbitan Buletin ini akan membolehkan informasi
berhubung aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya dapat disebarkan
dengan lebih baik dan berkesan. Saya juga berharap agar semua warga kerja Pejabat
Kesihatan Putrajaya akan terus mengembleng tenaga serta menjalankan tugas dengan
ikhlas bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberi kepada penduduk
Putrajaya dan sekitar berada pada tahap terbaik dan cemerlang. Aktiviti kesihatan
berteraskan promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan pemulihan perlu
dipertingkatkan bagi memastikan tahap kesihatan penduduk Putrajaya berada dalam
keadaan optimum. Disamping itu semua warga kerja perlu sentiasa mengamalkan ciri-
ciri yang digariskan dalam amalan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Akhir kata, adalah diharapkan agar Pejabat Kesihatan Putrajaya akan terus cemerlang
dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.
Dr Ismail Abu Taat Pengarah JKWPKL & P
Sepanjang bulan Jan - Julai 2009, Klinik
Kesihatan Putrajaya telah banyak
menjalankan pemeriksaan kesihatan
terhadap kakitangan jabatan atau
kementerian di sekitar Putrajaya.
Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan oleh
satu pasukan perubatan yang terdiri
daripada kakitangan KKPJ. Pemeriksaan
kesihatan adalah amat penting bagi
pengesanan awal kes-kes penyakit kronik
seperti Darah Tinggi,Kencing Manis dan
Penyakit Jantung. Antara pemeriksaan
kesihatan yang dilakukan adalah BMI
(Indek Jisim Badan ), tekanan darah,
paras gula dalam darah dan peratus
lemak dalam badan.Pelanggan yang
disaring dan mempunyai risiko yang
tinggi akan dirujuk ke KKPJ untuk
saringan selanjutnya, seterusnya
mendapatkan rawatan di KKPJ.
Di samping itu ,khidmat nasihat dan
kaunselling juga akan diberikan kepada
pelanggan semasa pemeriksaan
kesihatan dijalankan tentang cara hidup
sihat.KKPJ akan sentiasa menjalankan
pemeriksaan kesihatan ini dari masa ke
semasa bagi memenuhi permintaan
pelanggan. Kepada jabatan atau
kementerian yang berminat untuk
mendapatkan pemeriksaan kesihatan
ini,mereka boleh memohon dengan
Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan
Putrajaya dengan menghantar borang
permohonan ke KKPJ seterusnya pihak
KKPJ akan pergi ke jabatan atau
kementerian berkenaan untuk
menjalankan pemeriksaan kesihatan.
Kandungan
Kem Kesihatan..………….1 Kata Aluan Pengarah JKWPKL ..….………..….….1 Mitos vs Fakta Tentang Gigi…….……..……….….…...2 Perlaksanaan 5S…………3 Jangkitan Respiratori Akut (NHMS III)…....4-5 “Soft Skills” 10S Kejururawatan...……..…6 Mini Sukan JKWPKL..…7 Latihan Dalam Perkhidmatan..…….……7 Maklumat Demam Denggi………………….…..8 Cara Penyimpanan Ubat………………………….8
Keluaran 01/2009
MITOS : “CABUT GIGI BOLEH MENYEBABKAN RABUN”
FAKTA : Cabutan gigi TIDAK menyebabkan rabun mata. Rabun berlaku kerana cahaya masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina bukannya kesan daripada cabutan. Jika ia terjadi, ia hanya kebetulan.
MITOS : “ GIGI YANG SAKIT DAN BENGKAK PERLU DICABUT TERUS ” FAKTA : Gigi mengalami kesakitan melampau dan bengkak disebabkan jangkitan yang sudah merebak ke salur darah dan saraf. Maka, ubat yang sesuai perlu diberikan terlebih dahulu untuk satu kitaran bagi menyembuhkan jangkitan dan menyurutkan bengkak. Jika gigi yang sakit dicabut juga, ia boleh menyebabkan kesakitan yang lebih teruk disebabkan bius setempat tidak berkesan. Kedua, kesakitan dan pendarahan berpanjangan kerana jangkitan tersebar melalui salur darah dan saraf.
MITOS : “JIKA GIGI SUSU ROSAK,ELOK DICABUT KERANA AKAN DIGANTI JUGA OLEH GIGI KEKAL” FAKTA : Gigi susu berfungsi sama seperti gigi kekal contohnya mengunyah makanan. Jika dicabut, masalah pengunyahan makanan berlaku. Kedua, gigi kekal akan tumbuh tersesar kerana tiada panduan dari gigi susu.
MITOS : “DOKTOR GIGI SUKA MEMBUAT LUBANG KECIL PADA GIGI JADI BESAR” FAKTA : Lubang pada gigi boleh nampak kecil tetapi di dalamnya sudah merebak. Doktor gigi perlu membersihkan semua bahagian yang rosak, maka lubang nampak besar.
MITOS : “TIDAK BOLEH BUAT RAWATAN PERGIGIAN JIKA MENGANDUNG” FAKTA : Rawatan pergigian seperti cuci dan tampal boleh dijalankan semasa mengandung. Namun rawatan yang terlalu lama atau sukar seperti cabutan dan pembedahan sebaiknya dielakkan terutama ketika 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.
Mitos vs Fakta
tentang Gigi
VISI PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA
Wilayah Persekutuan Putrajaya
menggembleng tenaga ke arah
kesihatan yang lebih baik
MITOS : “PENCUCIAN GIGI ('SCALING') BOLEH MENIPIS DAN MENGGOYANGKAN GIGI” FAKTA : Alat yang digunakan tidak tajam dan hanya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras dan melekat pada gigi. Jadi pencucian 6 bulan sekali tidak menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika menggunakan berus gigi yang keras dan pemberusan yang kuat. Gigi bergoyang disebabkan tulang yang menyokong gigi telah berkurangan. Karang melekat kuat pada gigi menyebabkan ia terasa utuh. Jadi,apabila karang gigi dibersihkan, gigi terasa seperti bergoyang. Namun, setelah gusi semakin sihat, keadaan tersebut akan berkurangan.
2
SUDUT KESIHATAN PERGIGIAN
MISI PKPJ
(1) Untuk membolehkan dan memudahkan penduduk Putrajaya mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
(2) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu
Mengutamakan pelanggan, Saksama , Tidak membebankan , cekap , Wajar mengikut teknologi, Boleh disesuaikan mengikut persekitaran , inovatif
(3) Dengan menekankan Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan Sifat menghormati maruah insan Penglibatan masyarakat
3
5S pertama kali diperkenalkan kepada warga kerja Pejabat
Kesihatan pada 14/12/2007. Kursus sehari ini telah dijalankan di
Auditorium Pejabat kesihatan Putrajaya dengan di hadiri oleh
seramai 35 orang anggota yang terdiri dari pelbagai kategori.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep 5S dan seterusnya
membudayakan konsep ini di persekitaran kerja masing-masing.
Susulan dari kursus tersebut yang memberikan maklumbalas
yang positif, Pihak Pengurusan PKPJ telah menyarankan agar
semua warga kerja mengamalkan konsep 5S ini dan penekanan
diberikan melalui penubuhan jawatankuasa Perlaksanaan 5S
yang objektifnya mendapatkan pensijilan 5S untuk PKPJ. Aktiviti
berkaitan 5S dijalankan sepanjang tahun 2008 termasuklah
latihan, perasmian dan gotong royong. Kemuncaknya adalah pada
31 Mac 2009 dimana warga kerja PKPJ telah diaudit untuk
Pensijilan 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Hasil
daripada audit tersebut dengan sukacitanya PKPJ telah
ditauliahkan Pensijilan 5S berkat hasil kerja dan komitmen
semua warga kerja di PKPJ. Tahniah!
MISI PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA
Majlis Pelancaran 5S Oleh
Pengarah JKWPKL & P
Aktiviti Gotong Royong Aktiviti Latihan 5S Untuk
Anggota
Audit Oleh Juruaudit MPC
Abstract Acute upper and lower respiratory infections (ARIs) make up significant proportion of outpatient visits and hospitalisations among adult and children worldwide. This study is to provide community based information on the epidemiology of ARI for intervention programmed. A cross sectional population-based study, with a pre-coded questionnaire in ARI module via face-to-face interview was used. The incidence of ARI among Purajaya population was 39.5% (CI: 36.0-43.1) in all age groups. The highest incidence of ARI was among children less than 5 years old 52.0% (CI: 44.8 - 59.1). The mean duration of sickness from ARI was 4.5 days (CI: 4.1-4.8). Among Putrajaya population who had ARI 60.2% (CI: 54.8- 65.5) sought treatment and majority who sought treatment for ARI were infant under 5 years old 83.7%(CI:73.6-93.8). More than half who sought treatment went to private premises 52.8% ( CI: 45.6 - 60.0) and majority of ARI sufferers in this study took less than 1 day after onset to seek treatment 53.4% (CI:46.3 -60.6) . A total of 34.0% of Malaysian did not sought treatment for their ARI because they perceived the sickness as mild or not serious. ARI affected daily activities of 41.0% of the Putrajaya population (CI: 36.1 - 45.9). The mean duration of sickness leave taken by sufferers and caretakers was 1 day or less.
Incidence of ARI
Overall, the incidence of self-reported acute respiratory infection within 2 week period in the Putrajaya population was 39.5% (CI: 36.0-43.1) or 21,836 episodes in the weighted population.
Severity Of ARI
The mean duration of sickness from ARI was 4.5 days (CI: 4.1-4.8). Children less than 10 years old had mean duration of sickness of 4.2 days as compared to adult 25-29 years old 4.8 days (CI: 4.1-5.6). A similar pattern was observed when compared the working age group. Those aged 18 - 56 years old had slightly longer duration of sickness 4.7 days (CI:4.3-5.1) as compared to those age less than 18 years old 4.0 days (CI: 3.4-4.6). There was no difference in severity between married and single respondent.
Incidence of ARI by Age Group
The incidence of acute respiratory infection was highest among infant 0-4 years old 52.0% (CI: 44.8 - 59.1) followed by adult age 20-24 years old 47.2% (CI:37.6 - 56.7)
Health Seeking Behaviour
60.2% (CI: 54.8- 65.5) of Putrajaya population having ARI sought treatment when they had the illness Majority who sought treatment for ARI were infant under 5 years old 83.7%(CI:73.6-93.8). A similar pattern was observed when compared the working age group. Those age less than 18 years old sought treatment more 71.0%(CI:61.8-80.1) than respondent age 18-56 years old 54.0% (CI49.0-59.0). There was no prevalence difference in health seeking behaviour pattern among single 50.0% (CI:42.8-57.2) and married respondent 55.8% (CI:48.1-63.5).
Cost Of Treatment
The average cost spent from own pocket for paying for the ARI treatment was RM 15.4 (CI:11.8-18.9).
BY DR ZAINAL FITRI ZAKARIA
NHMS III : PUTRAJAYA FINDINGS
Lost Of Productivity
A total of 41.0% (CI: 36.1-45.9) of the population reported that their daily activities were affected by ARI. The mean duration of sickness leave because of the illness was 0.5 day (CI: 0.4 - 0.6). Meanwhile the mean duration of sickness leave taken by caretaker to take care of their children having ARI was 1 day (CI: 0.5 - 1.6).
4
Majority of Putrajaya population who sought treatment for ARI were infant under 5 years old 83.7%(CI:73.6-93.8). However, this finding was in contrast with other studies elsewhere. In Nepal, less than one in 4 children under 5 years of aged had been taken to health facilities for treatment of the ARI symptoms (Department of Health Services 2001). Study in Norway reported that low level of education among mothers’ of school children had been associated with lower utilisation of health services (Karevold et al. 2006). A total of 34.0% of Malaysian did not sought treatment for their ARI because they perceived the sickness as mild or not serious. A similar finding was reported in NHMS III. Our study noted that the mean cost of treatment for ARI is only RM 15.40. This was not much different from NHMS III report where the average cost spent for ARI was RM 16.85. Majority of ARI sufferers in this study took less than 1 day after onset to seek treatment as compared to NHMS III where ARI sufferers took minimum of 2 days. Lost of productivity can be measured by presenteeism (being present at work but working at a reduced capacity) and absenteeism (being absent from work); whether due to their illness or as a caregiver absenteeism (Soeren et al. 2007). In our study we only measured absenteeism by sick leave given to the sufferers and / or when they took own leave. In this study we noted the mean duration of sickness leave taken by sufferers and caretakers was 1 day or less. A similar finding was reported in NHMS III. Study at other country showed that one-third of days taken off work were attributed to acute respiratory illness (Neil 1990). Bramley et al (2002) noted that each common cold experienced by a working adult caused an average of 8.7 lost work hours (2.8 absenteeism hours; 5.9 hours of on-the-job loss), and 1.2 work hours were lost because of attending to children under the age of 13 who were suffering from colds (Soeren et al. 2007). This shows that the day loss of productivity due to ARI is very minimal and similar in our study. However the exact lost of productivity was several times greater among the ARI presenteeism as reported by Soeran et al. (2007) which was not measured in our study.
DISCUSSION Incidence was used in our study because any illness experienced by the respondents within the 14 days before the interview was considered as an episode of ARI. This was similar to study done by Koch et al. (2002) in Greenland. Majority of ARI episodes lasted within 14 days and is an acute self limiting condition (Koch et al. 2002; Ministry of Health Indonesia 1997). The incidence of ARI among Putrajaya population in this study was 39.5%. This figure is much higher compared to the NHMS III (18%) as well other states in Malaysia. The episode of ARI in the Putrajaya population was highest among infant 0-4 years old 52.0% (CI: 44.8 - 59.1). The similar finding was reported in NHMS III where the highest incidence of ARI was in age group 1 to 4 years old (29.7%). Various studies noted that children aged less than 5 years suffer between 4 to 9 episodes of ARI per year (Cant et al. 2002; Department of Health Services 2001; Neil 1990; Vathanophas et al. 1990). A longitudinal study in Thailand in 1986 - 1987 noted that the overall incidence of ARI among children less than 5 years was 11.2 episodes per child-year (Vathanophas et al. 1990). Report on Malaysian Burden of Disease 2000 stated that the per capita burden of disease for respiratory infection predominantly occurred in males (Malaysian Burden of Disease and Injury Study 2004). As compared to our study, there was no significant difference in overall ARI incidence between male and female. Education level, occupation, household income and marital status, it was not associated significantly with ARI. This finding was similar with findings of NHMS III. In United State, Graham 1990 found that maternal education did not affect the prevalence of ARI, instead it had consistent relation with ethnicity (Neil 1990). A study in India conducted by Savita et al in 2002 among hospitalised children aged less than 5 years noted that there was a significant socio-demographic risk factors associated with ARI. The factors were parental illiteracy, low socioeconomic status, overcrowding and partial immunization (Karevold et al. 2006; Savitha et al. 2007). In this study it was noted that 60.2% of the population having ARI sought treatment when they had the illness and 52.8% of them sought treatment at private health facilities; compared to 39.3% who were treated at government health facilities. A similar finding was reported in NHMS III. These findings may indicate that our population prefers to seek treatment at private health facilities because of shorter waiting time and affordable service.
NHMS III : PUTRAJAYA FINDINGS 5
Soft Skills boleh diertikan sebagai kemahiran yang perlu di dalam sesuatu interaksi supaya hasilnya boleh memberi manafaat kepada kedua-dua pihak dan amat perlu untuk membangunkan modal insan yang unggul dan kompeten. Anggota kesihatan yang mempunyai soft skills akan dapat memberi komitmen di dalam melaksanakan tugas dengan kompeten, penyayang dan cekap. Ini adalah penting kerana imej dan intergriti Kementerian Kesihatan Malaysia dimana perkhidmatan yang disampaikan berlandaskan hampir sepenuhnya kepada perkhidmatan yang di berikan oleh warga kerjanya. Menyedari hakikat tersebut, pada 13hb Mac 2009, Unit Kejururawatan Klinik Kesihatan Putrajaya telah menganjurkan kursus 10 S yang dihadiri oleh anggota Kejururawatan Klinik Kesihatan Putrajaya dan seterusnya kursus kali kedua pada 29hb April 2009. Kursus-kursus tersebut dihadiri oleh anggota kejururawatan Klinik kesihatan Putrajaya dan juga Klinik-klinik Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, warga kerja kejururawatan bukan sahaja merupakan pekerja barisan hadapan malahan juga tonggak perkhidmatan dimana hampir 65% warga kerjanya disampaikan oleh jururawat. Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi semasa berinteraksi dengan pelanggan atau orang lain, memahami potensi diri sebagai agen perubah dan membina semangat kerja berpasukan yang kukuh serta harmoni dalam mencapai matlamat organisasi. Aktiviti kursus yang dijalankan merangkumi ceramah, kerja kumpulan dan persembahan, muhasabah diri dan nyanyian bagi menghindari stress.
Soft Skills Kejururawatan “10S”
JAWATANKUASA
BULETIN PKPJ
Penasihat Dr Othman Warijo Ahli-ahli Dr Wan Ahmad Razman Dr Shamsanizah Azman Dr Fariha Hanim Jalal Siti Aisah Fadzilah Sister Muirin Julli Zulkurnain Hussin Azman Yaacob Masturah Abdullah Raja Nurul Aiman
JK Buletin Kesihatan Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penulis yang memberi sumbangan dalam penerbitan Buletin Kesihatan Putrajaya keluaran 01/2009 ini.
Perasmian oleh Pegawai Kesihatan PKPJ
Para Peserta Tekun Mendengar Ceramah
Yang disampaikan
Persembahan Kerja Kumpulan
Kerja Kumpulan
Penceramah
Penyampaian Sijil
JK Penganjur 6
Pasukan Catur PKPJ
(JOHAN)
N.Johan Berpasukan
Bowling
Barisan Penyokong
Bil Acara Keputusan
1. Catur Johan
2. Bowling Berpasukan N.Johan
3. Bola Tampar (Perempuan) N.Johan
4. Bola Tampar (Lelaki) Ke 4
5. Bola Jaring Ke 4
6. Bola Sepak Ke 5
7. Congkak Ke 3
8. Sepak Takraw Ke 3
9. Senamrobik Ke 3
10. Carrom Berpasukan Ke 3
11. Ping Pong (Lelaki) Ke 4
26 April 2009 – Pejabat Kesihatan Putrajaya (PKPJ) telah menjadi tuan rumah bagi
Sukan Mini Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWP
KL & Putrajaya) kali ke 4 bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Taman
Pancarona, Presint 18. Pada tahun ini PKPJ telah membuat persedian rapi bagi
menghadapi Mini Sukan JKWP KL & Putrajaya kali ke 4 dengan latihan pada setiap
petang bagi semua acara sukan. Hasil penat lelah dan komitmen yang ditunjukkan
oleh semua pemain dan sokongan padu dari semua peringkat PKPJ berjaya meraih
naib johan keseluruhan di belakang pasukan Hospital Putrajaya sempena Mini Sukan ini
dari enam pasukan yang menyertai.
Pasukan Bola tampar
Lelaki
Bil Nama Kursus Tempat Tarikh Peserta
1 KURSUS KOMPUTER W.P PUTRAJAYA 16 MEI 2009 25
2 PERSIJILAN 5S W.P PUTRAJAYA 28 MAC 2009 150
3 KURSUS IBU HAMIL W.P PUTRAJAYA 15 MAC 2009 50
4KURSUS NEOROBIOFEEDBACK
W.P PUTRAJAYA 10-Jun-09 30
5SOFT SKILL 10'S UNTUK JURURAWAT
W.P PUTRAJAYA 13 MAC 2009 50
6 BERHENTI MEROKOK W.P PUTRAJAYA 12 MAC 2009 50
7KURSUS PENGURUSAN BERAT BADAN
W.P PUTRAJAYA 13-Apr-09 80
8 KURSUS STRESS W.P PUTRAJAYA 29-Apr-09 50
9 KAUNSELING & KES HEP. B W.P PUTRAJAYA 12-Jun-09 40
10PENJAGAAN KESIHATAN KANAK-KANAK
W.P PUTRAJAYA 20-Apr-09 50
11 AUDIT PERSIJILAN 5S W.P PUTRAJAYA 3 MAC 2009 150
12 KURSUS 6th BREASTFEEDINGGENTING HIGHLANDS
26 - 27 MEI 2009 2
13 KURSUS CPG DENGGI W.P PUTRAJAYA 14/2/09 30
14 KURSUS FARMASI SELANGOR 21-Jun-09 1
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
DI BAWAH PERUNTUKAN BELANJA PEMBANGUNAN RMK-9
PROGRAM KESIHATAN AWAM SEHINGGA JUN 2009
7
CARA PENYIMPANAN UBAT
SIMPANLAH UBAT ANDA DITEMPAT YANG BETUL DAN SELAMAT BAGI MEMASTIKAN UBAT YANG DIAMBIL SELAMAT DAN POTENSINYA KEKAL DAN BERKESAN
Buletin Kesihatan Putrajaya Diterbitkan Oleh
Pejabat Kesihatan Putrajaya 2009
Demam Denggi adalah penyakit berjangkit
disebabkan Virus denggi. Ia berjangkit melalui
gigitan Nyamuk Aedes. Pada masa ini, tiada
ubat khusus untuk merawatnya. Oleh itu
pencegahan adalah amat penting
TANDA-TANDA DEMAM DENGGI
CARA MENCEGAHNYA
Demam kuat yang mengejut
dan berterusan
Bintik-bintik merah pada
kulit
Sakit teruk pada sendi,
tulang, otot, biji mata dan
kepala
Pendarahan pada badan,
hidung atau mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit Perut
Lakukan pemeriksaan sekitar rumah
Gotong Royong membersihkan sekitar kediaman
Cuci dan bersihkan tempat takungan air
Tutup bekas simpanan air
Gunakan Ubat pembunuh jentik-jentik mengikut
masa dan sukatan yang betul
PESANAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA