kelemahan ppbk

15
Kelemahan 1. bahan kursus terlalu mahal berbanding bahan cetak .  2. memerlukan kepakaran untuk membina p erisian pendidi kan yang baik dari segi kandungan isi, memenuhi sukatan pelajaran dan kesesuaiannya.  3. kuran gnya tenaga guru yang terlatih dalam bidang pembangunan perisian pendidikan .  4. mengambil masa y ang lama untuk membangunkan sesuatu bahan PBBK.  5. hilangnya sifat-sifat kemanusiaan kerana murid banyak berintraksi dengan komputer dan asyik menekan kekunci serta membaca skrin.  Kebaikan 1. Pengajaran diindividukan dimana pelajar dapat mengawal kecepatan pelajaran, belajar dari aras yang rendah ke peringkat yang tinggi, lang kah demi langkah serta menerima peneguhan melalui maklumbalas yang serta merta . 2. Komputer menyimpan rekod proses pembelajaran pelajar dan boleh menganalisis kepintaran dan membuatt diagnosis kelemahan setiap pelajar di samping menawarkan haluan pembelajaran alternatif. 3. kompu ter dapa t memberikan maklumbalas yan g serta merta kepada pelajar sebelum t amat pembelajaran dan guru selepas tamat sesi pembelajaran. 4. komputer dapat membebaskan guru dari membuat kerja- kerja yang rutin dalam sesuatu kelas. Oleh itu guru dapat menggunakan kreativiti mereka bagi menaikkan motivasi pelajar. 5. komputer tidak penat dan sabar dalam mengulang semula pelajaran yang tidak difahami pelajar biarpun berulangkali  jika dibandingkan dengan guru.  6. boleh dipelajari bila -bila masa berbanding dengan pengajaran guru mengikut jadual waktu tertentu.  PENILAIAN PERISIAN PPBK 1.0 Pendahuluan

Upload: kayrul70

Post on 05-Jul-2015

554 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 1/15

 

Kelemahan 

1. bahan kursus terlalu mahal berbanding bahan cetak .  

2. memerlukan kepakaran untuk membina perisianpendidikan yang baik dari segi kandungan isi, memenuhi

sukatan pelajaran dan kesesuaiannya. 

3. kurangnya tenaga guru yang terlatih dalam bidangpembangunan perisian pendidikan.  

4. mengambil masa yang lama untuk membangunkansesuatu bahan PBBK.  

5. hilangnya sifat-sifat kemanusiaan kerana murid banyakberintraksi dengan komputer dan asyik menekan

kekunci serta membaca skrin. 

Kebaikan 

1. Pengajaran diindividukan dimana pelajar dapat mengawalkecepatan pelajaran, belajar dari aras yang rendah keperingkat yang tinggi, langkah demi langkah serta menerima

peneguhan melalui maklumbalas yang serta merta. 

2. Komputer menyimpan rekod proses pembelajaran pelajar

dan boleh menganalisis kepintaran dan membuatt diagnosiskelemahan setiap pelajar di samping menawarkan haluanpembelajaran alternatif. 

3. komputer dapat memberikan maklumbalas yang sertamerta kepada pelajar sebelum tamat pembelajaran dan guruselepas tamat sesi pembelajaran. 

4. komputer dapat membebaskan guru dari membuat kerja-kerja yang rutin dalam sesuatu kelas.Oleh itu guru dapat

menggunakan kreativiti mereka bagi menaikkan motivasipelajar. 

5. komputer tidak penat dan sabar dalam mengulang semulapelajaran yang tidak difahami pelajar biarpun berulangkali jika dibandingkan dengan guru.  

6. boleh dipelajari bila-bila masa berbanding denganpengajaran guru mengikut jadual waktu tertentu.  

PENILAIAN PERISIAN PPBK 

1.0 Pendahuluan

Page 2: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 2/15

 

Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

banyak digunakan dalam institusi pendidikan . Pengajaran berasaskan

komputer meninggalkan beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran. Penggunaan PPBK dalam pengajaran d an pembelajaran

telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan

menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah pengajaran

tradisional. Oleh kerana penggunaan komputer dalam pengajaran semakin

diperluaskan , penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu

dilaksanakan dengan sebaiknya agar ianya benar -benar dapat memberikan

kesan yang mendalam dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian

bertujuan untuk mengukur sama ada tercapainya objektif pembinaan perisian

PPBK. Penilaian perisian PPBK ini memerlukan satu perancangan yang teliti

seperti apa yang hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan

menjalankan penilaian ini serta sasaran penilai. Penilaian perisian

pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang diha silkan benar-benar 

dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi

pereka perisian atau pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu

penghasilan bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu.

Penilaian perisian PPBK ini merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk

pengajaran ,grafik ,cirri -ciri teknikal dan instrumen penilaian yang disediakan

untuk kegunaan penilai.

2.0  Rancangan Penilaian

Page 3: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 3/15

 

Menurut Alessi and Trolip (1991) proses penilaian melibatkan b eberapa

langkah iaitu,

a) melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting

b)  mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari

dokumentasi yang dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.

c)  Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir 

sambil meneliti ciri yang sedia ada .

d)  Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Norhashimah (1996) tumpuan penilai apabila menilai

sesebuah perisian kursus ialah

a.  ) senang untuk diedarkan kepada pelajar.  

b.  ) mempunyai dokumentasi yang lengkap.  

c.  ) mempunyai panduan pengguna yang jelas. 

d.  ) skrin yang ramah pengguna.  

e.  ) menggunakan ruang ingatan yang optima.  

f.  ) dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.  

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan komputer 

ini mengambil kira isi kandungan perisian yang dibina. Aspek -aspek seperti

kesesuaian isi kandungan kepada pelajar, mencapai objektif topik dengan

 jelas secara eksplisit atau implisit,aspek nilai -nilai murni dan ketepatan isi

Page 4: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 4/15

 

kandungan. Aspek pedagogi juga dipertimbangkan seperti maklumbalas

perisian terhadap pelajar semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian

yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada pengguna.

Penilaian perisian kursus ini akan dilaksanakan melalui penilaian sumatif dan

penilaian formatif.

Menurut Flagg(1990) penilaian formatif ialah koleksi maklumat

yang sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan

memperbaiki sesuatu perisian atau bahan.Penulaian terhadap perisian ini

dijalankan semasa pembangunan dan juga semasa proses pembaikan

perisian melalui kaedah temubual,pemerhatian dan analisa rekod.

Pengunpulan data akan dilakukan secara tidak formal dan ianya dilakukan

secara berterusan bagi setiap langkah pembangunan perisian. Penilaian

formatif dilakukan untuk menilai bahan -bahan interaktif seperti

hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan maklumbalas dan

interaksi dikalangan pengguna. Penilaian sumatif pula akan digunakan untuk

mengumpul maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan

tentang penggunaan . Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat

penghasilan dan penggunaan sesuatu perisian. Dalam penilai an sumatif 

kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan

untuk penilaian ini ialah item -item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya

atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh sasaran

penilaian. Penilai sasaran terdiri daripada

a)  Pelajar ( peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam

Pendidikan

b)  Guru / Pengajar / pensyarah

Page 5: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 5/15

 

c)  Pengkali / penulis

d)  Pakar pengaturcaraan

a) Satu senarai semak akan digunakan bagi menilainya dan diedarkan

kepada penilai sasaran iaitu 40 orang peserta kursus KDP 14 Minggu

Komputer Dalam Pendidikan ,pensyarah dan pakar pengaturcaraan

perisian PPBK di salah sebuah maktab perguruan. Satelah selesai

menggunakan perisian PPBK bertajuk Asas Perkakasan Komputer ini,

borang penilaian akan diedarkan dan penilai sasaran ini akan mengisi

borang menjawab menjawab beberapa soalan dan item yang

dikemukakan dalam senarai semak yang terdapat dalam borang

penilaian ini.

b) Penulis akan membuat pemerhatian dan mendapatkan beberapa

maklumat atau maklumbalas melalui temubual yang dilakukan

terhadap beberapa lima pelajar yang menggunakan perisian ini, dua

orang pensyarah yang mengajar subjek dan dua orang pakar 

pengaturcaraan perisian PPBK yang dikenalpasti di kalanagan tenaga

pengajar yang ada.

c) Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara langsung dalam

proses pengajaran matapelajaran perkakasan Komputer juga akan

memberikan maklumbalas mengenai perisian ini dengan mengisi

borang senarai semaka yang disediakan. Satu sesi temubual akan

dilakukan oleh penulis dengan guru berkenaan untuk mendapatkan

beberapa maklumat mengenai mutu perisian, kesesuaian

kandungan ,grafik,audio , kesesuaian perisian .

Page 6: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 6/15

 

d) Beberapa orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK dan

matapelajaran akan membuat penilaian terhadap perisian ini. Penilai

akan memberikan maklumbalas dari segi mutu,kualiti kandungan

perisian,persembahan,rekabentuk pengajaran dan teknikal. Satu

instrumen penilaian akan digunakan oleh jawatankuasa ini.

3.0 Kaedah Pengumpulan Maklumat

a) Temubual 

Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara terancang

dengan beberapa orang peserta kursus dan juga pensyarah atau guru yang

terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan

komputer . Tujuan temubual ini dilakukan ialah untuk mendapatkan

maklumbalas dan juga sebarapa banyak maklumat yang tepat dan berkaitan

dengan masalah yang wujud dalam proses pembelajaran sekarang .

Maklumat yang diperolehi itu akan dikumpulkan dan direkodkan .Soalan -

soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada satu senarai semak

yang mengandungi item-item berikut.

i. Kandungan tajuk yang sedang dipelajari

ii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

ii. Aktiviti dan latihan yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

iii. Bahan bantu mengajar yang digunakan.

iv. Proses penilaian yang dilakukan .

Page 7: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 7/15

 

v. Bahan sokongan lain yang digunakan u ntuk proses pengajaran

pembelajaran

b) Pemerhatian 

Preose pemerhatian akan dibuat oleh penulis terhadap perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer . Satu

senarai semak akan digunakan oleh penulis semasa proses pemerhati an ini .

Melalui senarai semak ini pemerhati hanya perlu merekodkannya

pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses pembelajaran asas

perkakasan komputer bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang

proses pembelajaran di dalam kelas ini. Pemerhatia n berpandukan senarai

semak yang telah dibina oleh penulis yang merangkumi beberapa perkara,

antaranya ialah :

i. Tindakbalas pelajar semasa proses pembelajaran.

ii. Cara pensyarah merangsangkan pelajar.

iii. Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami proses

kerja.

iv. Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan bahasa

Inggeris.

v. Cara pensyarah mengendalikan alat bantuan mengajar.

vi. Cara pensyarah menilai kefahaman pelajar.

vii. Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada mereka.

viii. Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.

xi. Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.

x. Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

Page 8: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 8/15

 

 

c) Senarai semak  

Dalam penilaian perisian kursus ini senarai semak akan digunakan oleh

pengkaji semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan bertindak sebagai

panduan kepada pengkaji semasa proses reka bentuk. Panduan ini

akan membantu pengkaji untuk membina perisian kursus berdasarkan

matlamat dan objektif yang telah dirangka. Ianya akan digunakan oleh

pengkaji sebagai proses refleksi semasa proses reka bentuk dijalankan.

Senarai semak yang akan digunakan semasa proses reka bentuk adalah

seperti di bawah : 

i. Matlamat Dan Objektif kajian

Pembinaan perisian kursus PPBK ini dapat membantu pelajar memahami tajuk

perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran teknologi

maklumat.

1.  Penggunaan perisian PPBK dalam proses pengajaran dan pembelaj aran

mengenai perkakasan komputer lebih menjimatkan masa dan dapat

menarik minat pelajar untuk belajar berbanding dengan kaedah

tradisional .

2.  Penggunaan perisian kursus PPBK mengenai perkakasan komputer ini

dapat membantu meringankan tugas guru dalam membantu pelajar 

memahami tajuk yang disampaikan

Page 9: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 9/15

 

3.  Perisian ini dapat menyediakan suasana pembelajaran akses kendiri

mengikut tahap dan penguasaan pelajar.

ii. Kelebihan Menggunakan Komputer (teknikal) dan Perlaksanaan

Perisian PPBK 

a) Penggunaan unsur-unsur multimedia yang interaktif seperti

grafik,audio,animasi

b) Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya penggunaan hyperteks.

c) Menjimatkan masa dan kos dan sumber dapat disimpan dan direkodkan

iii.  Strategi Penggunaan Perisian

a) Perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk matapelajaran asas

perkakasan komputer 

b)  Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar akan menggunakan perisian

ini untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai perkakasan

komputer.

c)  Strategi pengajaran pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dilaksanakan

di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer dan perisian mengikut

keupayaan masing-masing

Page 10: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 10/15

 

iv. Sumber Sokongan Perisian

a)  Perisian ini menyediakan panduan penggunaan dan maklumat tentang

spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diperlukan untuk

membolehkan nya digunakan

b)  Perisian ini bersifat executable( exe) iaitu boleh dilaksanakan tanpa

bergantung kepada perisian asal atau mana -mana perisian lain.

v. Aspek Pendidikan Dalam Perisian

a) Matlamat pengajaran

y  Kandungan perisian tersebut sesuai dengan matlamat pengajaran dan

pembelajaran dan mencapai objektif.

y  Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak

kurikulum pendidikan.

b) Objektif pembelajaran 

y  Perisian ini sesuai atau boleh membantu mencapai objektif -objektif 

pengajaran dan pembelajaran

y  Mempunyai maklumat yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang

boleh membantu pelajar memahami tajuk

Page 11: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 11/15

 

y  Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran

pembelajaran

y  Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya i ntegrasi

elemen-elemen multimedia seperti animasi,audio.

y  Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar 

y  Menyediakan latihan dan aktiviti susulan yang sesuai

.

c)  Penerapan Nilai Murni

Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni dalam perisian seperti :  

y  menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam

menyelesaikan sesuatu tugas 

y  Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul  

y  Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan 

y  Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal untuk

mendapat dan menyampaikan maklumat  

y  Memandang tinggi sumbangan multimedia  

d)  Pensebatian Unsur-Unsur KBKK 

y  Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta

menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

y  Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut

perancangan yang dibuat dengan bantuan perisian  

y  Kebolehan membuat bandinganbeza. 

Page 12: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 12/15

 

e)  Kesesuaian Kandungan

y  Kandungan perisian menepati kandungan kurikulum

y  Isi kandungan menepati dan boleh mencapai objektif yang dinyatakan

y  Perisian ini tidak mengalami kesilapan fakta dan ejaan

y  Penggunaan bahasa Malaysia yang mudah dan sesuai dengan sasaran

y  Perisian menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan atau ujian untuk

menggalakkan maklumbalas oleh pelajar.

y  Perisian menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan ba ntuan

guru atau sesama pelajar melalui pendekatan konstruktivisme supaya pelajar 

lebih efektif.

y  Perisian yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti susulan

yang boleh memperkembangkan kognitif pelajar.

f)  Pedagogi

a) Perisian ini sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran

sepertimana yang telah digariskan oleh Gagne (1985) di mana terdapat

sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar seperti

y  mendapatkan perhatian

y  menyampaikan objektif pelajaran

y  mengingatkan semula pelajaran lepas

y  menyampaikan objektif pelajaran

y  memberikan contoh yang baik dan sesuai

Page 13: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 13/15

 

y  memberikan latihan

y  mendapatkan maklumbalas

y  Memberikan ujian untuk mengukur prestasi

y  Menyediakan aktiviti pengayaan

b)  Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran

c)  Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan dengan

objektif pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.

d)  Perisian juga mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan minimum

daripada guru.

e)  Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna yang

sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk meningkatkan motivasi

pelajar.

f)  Perisian ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi

keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.

g)  Kesuaian maklumbalas adalah sesuai dengan objektif pengajaran. Jenis

maklumbalas terdapat dalam perisian ialah bermaklumat,ma klum balas

motivasi dan maklumbalas pengesahan.

h)  perisian ini mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.

i)  panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara -cara menggunakan

perisian .

 j)  Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu bahagian ke

bahagian lain dan boleh berhenti bila -bila masa dan boleh meneruskan

semula pelajaran.

k)   Arahan atau panduan disediakan jelas,ringkas teratur ,konsisten .

Page 14: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 14/15

 

l)  Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan objektif 

pengajaran.

m)  Terdapat unsur-unsur kreativiti dan Inovarif dalam perisian

n) Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas

bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna dan komputer 

saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai

dengan objektif pengajaran.

o) Elemen navigasi menggunakan pendekatan metafora dinamik , perpetual

unique navigation ,misalnya menu utama menggunakan top ik sebenar dalam

sub menu, subtopik.

g)  Reka Letak ( Gaya persenbahan)

a)  Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan

dipaparkan pada skrin.

b)  Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak

sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.

c)  Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz font kontras dengan

latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca

dengan jelas.

d) Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar 

memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan perisian komputer.

Page 15: Kelemahan ppbk

5/6/2018 Kelemahan ppbk - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kelemahan-ppbk 15/15

 

Imej statik digunakan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek,fakta

atau konsep.

e) Pemilihan corak latarbelakang yang mengambilkira perkara berikut .

y  Kapasiti paparan warna pada monitor 

y  Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.  

y  Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian

y  Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian

kursus.

f) Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kon tras yang baik antara latar 

belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan tidak lebih daripada

empat warna dalam satu skrin.