faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi...

31
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH JOHOR BAHRU HALEEFA BINTI MAHMOOD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Sep-2019

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

CEMERLANG PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI TIGA

BUAH SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

HALEEFA BINTI MAHMOOD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS���� JUDUL: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI

PENCAPAIAN CEMERLANG PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya HALEEFA BINTI MAHMOOD

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( � )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: EN. MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO NO 41, JALAN CAMAR 7, Nama Penyelia TAMAN PERLING, 81200, JOHOR BAHRU, JOHOR.. Tarikh:_ 25 APRIL 2008_ Tarikh: 25 APRIL 2008 _

� �

Page 3: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : EN. MOHAMAD ABDILLAH BIN ROYO

Tarikh : 25 APRIL 2008

Page 4: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

iii

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

CEMERLANG PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI TIGA

BUAH SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH JOHOR BAHRU

HALEEFA BINTI MAHMOOD

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : HALEEFA BINTI MAHMOOD

Tarikh : 25 April 2008

Page 6: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

v

DEDIKASI

Allah S.W.T

di atas kebesaranNya yang menganugerahkan minda dan kekuatan

kepada diri ini untuk menjalankan kewajipan kepadaNya

Ditujukan Khas Buat

En. Mohamad Abdillah Bin Royo

pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Bonda Tercinta

Puan Maznah Binti Ahmad

yang sentiasa memberi sokongan

untuk ku meneruskan perjuangan ini

Kekanda dan Adinda-Adinda Tersayang

Habeebah, Mazleenda, Zaimuri, Mansor, Mohd Aleef dan Maisara

yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang

teman-teman yang disayangi, rakan- rakan seperjuangan dan dirimu yang bertakhta

dihati yang sentiasa memberi sokongan

��������������������� ������������������� ��� ��� ���� �� ������ �

� ����������� ��� ��������� ���� �������� ��������� ���

Page 7: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

vi

PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia,

taufik dan HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam

untuk junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada

En. Mohamad Abdillah yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan dorongan.

Keikhlasan serta dedikasi beliau amat saya kagumi. Tidak lupa juga jutaan terima

kasih kepada pensyarah pembimbing saya untuk Projek Sarjana Muda 1, En. Mohsin

Bin Uzir yang turut telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang Projek Sarjana

Muda 1 saya. Buat seluruh cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih

diucapkan atas ilmu yang dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang

sepanjang masa.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Wassalam.

Haleefa Binti Mahmood.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

vii

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian

cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah

akademik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor minat pelajar,

sikap pelajar, guru dan kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di sekolah. Jumlah

responden yang terlibat ialah seramai 57 orang pelajar tingkatan lima di Sekolah

Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir, Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Tanjung Adang. Borang soal selidik telah digunakan sebagai

instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen ialah � = 0.86 dan menunjukkan

kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Analisis data dibuat menggunakan perisian

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor minat pelajar (min =

2.69), sikap pelajar (min = 2.84), guru (min = 2.92) dan kemudahan mata pelajaran

Reka Cipta di sekolah (min = 2.74) berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan

bagi mengatasi faktor-faktor kelemahan yang dikenalpasti dalam kajian ini turut

dikemukakan di akhir kajian.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

viii

ABSTRACT

This research examines the weakness factors that influenced students

excellent achievement in Invention subjects at three academic schools in Johor

Bahru. Four factors investigated were students interest, students attitudes, teachers

and Invention subject amenity at school. There were 57 respondents of form five

students from SMK Tun Syed Nasir, Maktab Sultan Abu Bakar and SMK Tanjung

Adang. Questionnaires were used as research instrument. The instrument reliability

is � = 0.86 and possessed high trustworthiness questions. The data were analyzed

using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) software to obtain mean,

frequency and percentage. The findings showed that the factors of students interest

(mean = 2.69), students attitudes (mean = 2.84), teachers (mean = 2.92) and

Invention subject amenity at school (mean = 2.74) are at moderate level. By the end

of this research, several suggestions to overcome the weakness factors identified in

this research were also given.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Definisi Operasi 10

1.9.1 Faktor 10

Page 11: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

x

1.9.2 Kelemahan 10

1.9.3 Pencapaian Cemerlang 11

1.9.4 Mata Pelajaran Reka Cipta 11

1.9.5 Faktor Minat 12

1.9.6 Faktor Sikap 12

1.9.7 Faktor Guru 13

1.9.8 Faktor Kemudahan Sekolah 13

1.10 Kesimpulan 13

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pencapaian Akademik dan Kecemerlangan Pelajar 16

2.3 Mata Pelajaran Reka Cipta 18

2.4 Faktor Minat 21

2.5 Faktor Sikap 23

2.6 Faktor Guru 26

2.7 Faktor Kemudahan Sekolah 29

2.8 Kesimpulan 31

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Penyelidikan 33

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Bahagian A 35

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Prosedur Kajian 36

3.7 Jangka Masa Kajian 37

3.8 Kajian Rintis 38

3.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 39

3.10 Kajian Sebenar 40

Page 12: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xi

3.11 Analisis Data 40

3.12 Kesimpulan 41

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 42

4.2.1 Jantina 43

4.2.2 Bangsa 43

4.2.3 Sekolah 44

4.3 Analisis Data Bahagian B 44

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :

Apakah Minat Pelajar Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 47

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 :

Apakah Sikap Pelajar Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 49

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 :

Apakah Faktor Guru Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 51

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 :

Apakah Kemudahan Mata Pelajaran

Reka Cipta di Sekolah Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 53

4.4 Rumusan Keseluruhan Analisis Data 54

4.5 Kesimpulan 56

Page 13: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xii

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan Hasil Analisis Dapatan 57

5.2.1 Bahagian A – Latar Belakang Pelajar 58

5.2.2 Bahagian B – Perbincangan Melalui

Persoalan Kajian 58

5.2.2.1 Faktor Minat Pelajar Dalam

Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 58

5.2.2.2 Faktor Sikap Pelajar Dalam

Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 60

5.2.2.3 Faktor Guru Dalam Mempengaruhi

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 61

5.2.2.4 Faktor Kemudahan Mata Pelajaran Reka

Cipta Dalam Mempengaruhi Pencapaian

Cemerlang Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Reka Cipta 63

5.3 Rumusan Kajian 65

5.4 Cadangan Kajian 66

5.3.1 Guru 66

5.3.2 Pelajar 67

5.3.3 Sekolah 67

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.6 Kesimpulan 69

RUJUKAN 70 - 74

Lampiran A – G 75 - 88

Page 14: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Peratus Gred A1 dan A2 bagi mata pelajaran Reka Cipta dalam

Peperiksaan SPM tahun 2005 dan 2006 bagi 3 buah sekolah

di daerah Johor Bahru 4

2.1 Tajuk-Tajuk Utama Sukatan Pelajaran Reka Cipta

Sekolah Menengah 20

2.2 Sikap Positif dan Negatif 25

3.1 Bilangan Populasi dan Sampel Kajian Mengikut Sekolah 33

3.2 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 35

3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Empat Mata 35

3.4 Nilai Alpha Cronbach 39

3.5 Jadual Skala Empat Mata kepada Dua Mata 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43

4.3 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44

4.4 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 1 46

4.5 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 2 48

4.6 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 3 50

4.7 Analisis Dapatan Persoalan Kajian 4 52

4.8 Taburan Peratusan Responden Secara Keseluruhan

Persoalan Kajian 54

Page 15: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Julat Nilai Mata Min Terhadap Tahap Kelemahan 40

4.1 Histogram Purata Min bagi persoalan kajian 55

Page 16: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xv

SENARAI SINGKATAN

CAD - Computer Aided Design

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

% - Peratus

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

Page 17: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 75

B Surat Pengesahan Menjalankan Projek Sarjana

Muda (PSM) 79

C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian (EPRD) 80

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

(Jabatan Pelajaran Johor) 81

E Pengesahan Kandungan Soal Selidik 82

F Analisis Pencapaian Mata Pelajaran Reka Cipta

SPM 2005 dan 2006 Sekolah-Sekolah Daerah

Johor Bahru (Jabatan Pelajaran Johor) 84

G Pekali Alpha Cronbach 87

Page 18: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Reka Cipta ialah penghasilan sesuatu produk atau barang baru atau

pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada untuk memenuhi kehendak pengguna

masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan adalah dari idea tersendiri yang

diubahsuai daripada idea orang lain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Daripada pengertian ini, perkataan penghasilan dan pengubahsuaian sesuatu produk

merupakan teras kepada pengertian reka cipta. Seseorang itu mereka cipta ialah

untuk menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu barang atau produk yang baru.

Reka Cipta telah bermula pada abad ke-17 ketika Revolusi Industri di

England dan bermula pada abad ke-18 di Eropah. Ianya bermula dalam bidang

pembuatan produk. Dengan berasaskan sains, daya reka cipta teknologi semakin

kuat seterusnya mencetuskan pengeluaran secara besar-besaran barang-barang

keperluan manusia. Pengeluaran barang-barang keperluan ini telah meningkatkan

kualiti kehidupan manusia disamping mendorong berlakunya pertumbuhan ekonomi

yang pesat. Sejak dari itu, lahir ramai pereka cipta yang terkenal dalam pelbagai

bidang seperti komunikasi, pengangkutan, perubatan dan sebagainya. Antara pereka

cipta yang terkenal ialah Thomas Edison, Alexander Graham Bell dan Henry Ford.

Reka Cipta adalah berdasarkan gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu

minda, kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan

pencetusan idea bermula dengan minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam

Page 19: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

2

bentuk lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam

bentuk model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seseorang pereka cipta

juga penting dalam memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka

cipta (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Mata pelajaran Reka Cipta merupakan salah satu mata pelajaran elektif di

sekolah menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti

murid. Reka Cipta digubal dengan hasrat membentuk minda yang kreatif, inovatif

dan inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan

berketerampilan dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di

alaf baru (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Cabaran yang dipikul oleh sistem pendidikan adalah untuk melahirkan ramai

cendikiawan yang progresif dan saintifik. Ini penting ke arah membangunkan

program penyelidikan untuk menghasilkan teknologi baru dan tidak hanya sebagai

pengguna. Sejajar dengan reformasi pendidikan, mata pelajaran Reka Cipta yang

mula diperkenalkan di seluruh sekolah di Malaysia merupakan salah satu

perancangan jangka panjang ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi rakyat

Malaysia yang kreatif, inventif dan inovatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-9, KPM

berhasrat untuk mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga

membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di

mata dunia. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia

dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang

sangat mencabar. Selaras dengan itu, bagi mata pelajaran Reka Cipta, KPM telah

merancang untuk menaik taraf bengkel dan peralatan mata pelajaran Reka Cipta ke

150 buah sekolah akademik di seluruh Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2006).

Bagi mencapai status sebagai sebuah negara pembuat baru di rantau ini yang

mampu mengeksport hasil pembuatan negara ke pasaran antarabangsa, negara kita

Page 20: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

3

Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pakar mereka cipta atau pereka yang terdidik

daripada golongan muda. Mata pelajaran Reka Cipta ini akan memberi pendedahan

dan peluang untuk menyediakan diri para pelajar bagi menyahut cabaran Wawasan

2020 serta menunjukkan betapa pentingnya mata pelajaran Reka Cipta kerana mata

pelajaran ini adalah cabaran untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif,

masyarakat mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan

yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi tetapi juga menyumbangkan

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Reka Cipta menengah atas telah mula diperkenalkan di

sekolah-sekolah percubaan mulai tahun 1994 sebagai satu mata pelajaran elektif di

bawah kumpulan II vokasional dan teknologi. Terdapat sebanyak 122 buah sekolah

di seluruh Malaysia yang menawarkan subjek ini dan seramai 3563 orang yang

mengambil subjek ini pada tahun 1998. Namun begitu pada tahun berikutnya iaitu

pada tahun 1999 bilangan sekolah telah meningkat kepada 172 buah sekolah dengan

3903 orang pelajar telah mengambil mata pelajaran ini (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2001).

Pada tahun 2005, terdapat 40 buah sekolah yang telah menawarkan subjek

Reka Cipta dan seramai 1111 orang pelajar telah mengambil mata pelajaran ini di

seluruh Negeri Johor. Di kawasan Johor Bahru, terdapat enam buah sekolah yang

menawarkan mata pelajaran Reka Cipta pada tahun 2005 dan 2006. Seramai 140

orang pelajar telah mengambil mata pelajaran ini pada tahun 2005 dan jumlah ini

semakin meningkat pada tahun 2006 iaitu seramai 152 orang pelajar ( Jabatan

Pelajaran Negeri Johor, 2007).

Merujuk kepada analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang

dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor, mata pelajaran Reka Cipta di tiga

buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru untuk dua tahun berturut-

turut iaitu pada tahun 2005 dan 2006, didapati peratus kelulusan adalah pada tahap

Page 21: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

4

yang tinggi dan baik. Pada tahun 2005, seramai 70 orang calon (100 %) telah lulus.

Keputusan ini dapat dikekalkan pada tahun berikutnya di mana seramai 60 orang

calon (100 %) juga telah lulus.

Walaubagaimanapun, dari segi mutu atau kualiti pencapaian pelajar yang

mendapat keputusan gred yang cemerlang iaitu gred A1 dan A2 adalah kurang

memberansangkan dan semakin merundum. Jadual 1.1 di bawah menunjukkan

analisis keputusan SPM tahun 2005 dan 2006 bagi mata pelajaran Reka Cipta di tiga

buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru. Tiga buah sekolah ini

merupakan sekolah-sekolah yang didapati mencatatkan peratusan pelajar yang

memperoleh gred cemerlang pada tahap yang rendah bagi mata pelajaran Reka Cipta

berbanding sekolah-sekolah lain di daerah Johor Bahru.

Jadual 1.1: Peratus Gred A1 dan A2 (cemerlang) bagi mata pelajaran Reka Cipta

dalam peperiksaan SPM tahun 2005 dan 2006 bagi tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru.

Bil. Nama Sekolah Bil.

Calon

2005

(%)

Bil.

Calon

2006

(%)

1 SMK Tun Syed Nasir Ismail,

Majidi

19 47.37 15 0

2. Maktab Sultan Abu Bakar 13 38.46 16 37.50

3. SMK Tanjung Adang 38 26.32 29 37.93

Sumber : Jabatan Pelajaran Negeri Johor (2007)

Berdasarkan jadual 1.1 tersebut, pada tahun 2005, daripada 70 bilangan

calon, hanya 24 calon atau 34.29 % sahaja yang mendapat gred A1 dan A2.

Manakala pada tahun 2006 pula hanya 17 calon atau 28.33 % daripada 60 calon yang

memperolehi gred A1 dan A2. Ini menunjukkan peratusan pelajar yang mendapat

gred cemerlang adalah pada tahap yang rendah dan kurang memberansangkan.

Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi

pencapaian seseorang pelajar bagi memperoleh gred yang cemerlang. Sikap dan

minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran di antara faktor yang

Page 22: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

5

memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara

langsung ia dapat membina keazaman yang kuat untuk terus mencapai kejayaan yang

cemerlang dalam bidang yang dilakukan. Kajian yang dijalankan oleh Nor Azah

(2005) mendapati bahawa pelajar yang mempunyai minat yang tinggi dan sikap yang

positif terhadap mata pelajaran matematik akan mendorong pelajar tesebut mendapat

keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Menurut Azizah dan Sharifah (1998) pula, kejayaan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta bergantung kepada beberapa faktor,

antaranya ialah kemudahan bilik dan bengkel atau makmal. Oleh itu kemudahan

yang disediakan oleh sekolah boleh memberi kesan kepada pencapaian seseorang

pelajar. Masalah akan timbul sekiranya peralatan di bengkel Reka Cipta tidak

mencukupi atau rosak.

Dalam penyelidikan Siti Fatimah (2002) mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar di negeri Kelantan, faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta adalah faktor minat, pengajaran

guru dan persekitaran. Selain itu, satu kajian telah dijalankan oleh Sazali (2007)

dalam mengenalpasti faktor-faktor kekangan yang mempengaruhi pencapaian pelajar

tingkatan empat bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di lima buah sekolah

menengah akademik di Johor Bahru. Kajian ini mengkategorikan faktor-faktor

tersebut kepada faktor minat, sikap pelajar, pengajaran guru dan faktor dorongan ibu

bapa. Hasil kajian beliau mendapati item-item ini merupakan faktor utama yang

dapat mempengaruhi pencapaian pelajar.

Mengikut dapatan kajian� Mohd Nor Hamin (2002) beberapa faktor

kelemahan dalam pencapaian pelajar telah berjaya dikesan seperti minat pelajar, ciri

kreatif murid, peranan pihak pengurusan sekolah dan peranan ibubapa. Sementara

itu, walaupun pengajaran guru baik, sikap guru juga didapati berperanan kepada

kelemahan pencapaian reka cipta pelajar. Beliau turut mencadangkan agar kajian

lanjutan mengenai penyelidikan yang sama diadakan di sekolah-sekolah di seluruh

Malaysia.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

6

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor

kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran

Reka Cipta. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor sikap pelajar, minat pelajar, faktor

guru dan kemudahan sekolah bagi mata pelajaran Reka Cipta. Ini adalah penting

agar ianya dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengapa pelajar gagal

mencapai pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran ini dan seterusnya memberi

garis panduan dan manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar yang

mengambil mata pelajaran Reka Cipta, guru-guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran

sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada maklumat literasi tersebut, dapat disimpulkan bahawa

kelemahan pencapaian cemerlang seseorang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta

boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Dalam kajian ini,

penyelidik telah menjalankan kajian mengenai faktor-faktor kelemahan yang

mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di

tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru. Faktor-faktor yang

dikaji penyelidik ialah faktor minat pelajar, faktor sikap pelajar, faktor guru dan

faktor kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di sekolah dalam mempengaruhi

pencapaian cemerlang pelajar bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah

tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor kelemahan yang dapat

mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Justeru itu, kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab persoalan kajian

berikut :

Page 24: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

7

1. Mengenalpasti sama ada faktor minat pelajar mempengaruhi pencapaian

cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah

menengah akademik di daerah Johor Bahru.

2. Mengenalpasti sama ada faktor sikap pelajar mempengaruhi pencapaian

cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah

menengah akademik di daerah Johor Bahru.

3. Mengenalpasti sama ada faktor guru mempengaruhi pencapaian

cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah

menengah akademik di daerah Johor Bahru.

4. Mengenalpasti sama ada faktor kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di

sekolah mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata

pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah

Johor Bahru.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai, iaitu:

1. Apakah faktor minat pelajar mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar

dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah

akademik di daerah Johor Bahru?

2. Apakah faktor sikap pelajar mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar

dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah

akademik di daerah Johor Bahru?

3. Apakah faktor guru mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam

mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di

daerah Johor Bahru?

Page 25: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

8

4. Apakah faktor kemudahan mata pelajaran Reka Cipta di sekolah

mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka

Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru?

1.6 Skop Kajian

Kelemahan pencapaian cemerlang seseorang pelajar dalam mata pelajaran

Reka Cipta boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Di

antaranya minat dan sikap pelajar, kaedah pengajaran guru, persekitaran dan ibu

bapa. Menurut Sazali (2007), menyatakan bahawa minat, sikap, pengajaran guru dan

faktor dorongan ibu bapa merupakan faktor utama yang dapat mempengaruhi

pencapaian cemerlang seseorang pelajar. Manakala Azizah dan Sharifah (1998) pula

menyatakan bahawa kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Reka Cipta bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah kemudahan bilik dan

bengkel atau makmal.

Walaubagaimanapun, kajian ini hanya diskopkan kepada empat faktor iaitu

faktor minat pelajar, sikap pelajar, faktor guru dan kemudahan mata pelajaran Reka

Cipta di sekolah dalam mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar bagi mata

pelajaran Reka Cipta.

1.7 Batasan Kajian Dalam kajian yang dijalankan ini, penyelidik membataskan kajian ke atas

pelajar-pelajar tingkatan lima yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di tiga

buah sekolah menengah akademik yang didapati mencatatkan peratusan pelajar yang

memperoleh gred cemerlang pada tahap rendah bagi mata pelajaran Reka Cipta

berbanding sekolah-sekolah lain di daerah Johor Bahru iaitu Sek. Men. Keb Tun

Syed Nasir Ismail, Maktab Sultan Abu Bakar dan Sek. Men. Keb Tanjung Adang.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

9

1.8 Kepentingan Kajian

Kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata

pelajaran Reka Cipta akan diperolehi melalui dapatan kajian ini. Faktor-faktor yang

telah dikenalpasti bolehlah dijadikan sebagai rujukan oleh para pelajar yang

mengambil mata pelajaran Reka Cipta, guru-guru dan pihak sekolah bagi

mempertingkatkan pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta

ini.

Rumusan dan cadangan yang dikemukakan diharapkan dapat membantu serta

memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak terutamanya khususnya:

i. Para pelajar yang mengikuti mata pelajaran Reka Cipta untuk

mengenalpasti faktor-faktor kelemahan yang boleh mempengaruhi

pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini.

ii. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka cipta untuk

memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran.

iii. Pentadbiran sekolah untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi

memperbaiki dan mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran Reka

Cipta.

Setelah faktor-faktor kelemahan dikenalpasti, pihak sekolah terutamanya

pentadbir dan guru-guru Reka cipta bolehlah mengaturkan rancangan-rancangan

sama ada jangka pendek atau jangka panjang untuk mengatasi kelemahan tersebut

berdasarkan faktor-faktor yang telah dikenalpasti ini sekaligus mempertingkatkan

tahap pendidikan di negara kita.

Page 27: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

10

1.9 Definisi Operasi

Menurut Arbak (1994), dalam Kamus Bahasa Melayu menyatakan definisi

adalah sesuatu keterangan yang sesingkat mungkin berkenaan sesuatu perkataan dan

istilah pula adalah perkataan yang mempunyai ciri tertentu yang khusus dalam

bidang ilmu.

Definisi istilah juga bertujuan untuk memberi gambaran yang lebih jelas

secara jitu mengenai makna dan kefahaman beberapa istilah penting supaya pembaca

tidak terkeliru dan memahami kajian dari pelbagai persepsi. Dalam sub topik

definisi operasi ini, penyelidik mendefinisikan setiap perkataan yang kerap

digunakan dalam kajian ini.

1.9.1 Faktor

Menurut “The Oxford English Dictionary (1970)” faktor merupakan suatu

elemen yang terdapat dalam komposisi tertentu yang membuahkan hasil atau agen.

Manakala Kamus Dewan (2000) pula mendefinisikan sebagai unsur atau sebab yang

menyumbang kepada sesuatu hasil. Dalam kajian ini, faktor yang dimaksudkan ialah

sebagai penyebab atau agen kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang

pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di

daerah Johor Bahru.

1.9.2 Kelemahan

Menurut Kamus Dewan (2000), kelemahan ialah keadaan atau sesuatu hal

yang lemah. “The Oxford English Dictionary (1970)” mendefinisikan kelemahan

sebagai pencapaian yang rendah kualitinya. Dalam konteks kajian ini, kelemahan

yang dimaksudkan oleh penyelidik adalah ketidakupayaan pelajar untuk mendapat

Page 28: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

11

gred A1 dan A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran

Reka Cipta.

1.9.3 Pencapaian Cemerlang

Pencapaian bermaksud sesuatu yang dicapai atau telah berjaya dilaksanakan

dengan usaha dan ketekunan atau perbuatan untuk mencapai sesuatu (Kamus Dewan,

1993).

Mengikut tafsiran Kamus Dewan (1993), cemerlang ialah berkenaan dengan

keelokan, keindahan dan kegemilangan atau dengan kata lain mendapat kepujian

pada kedudukan yang paling tinggi atau teratas.

Dalam konteks kajian ini, pencapaian cemerlang yang dimaksudkan ialah

kejayaan oleh pelajar pada peringkat teringgi iaitu gred A1 dan A2 dalam

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Reka Cipta.

1.9.4 Mata Pelajaran Reka Cipta

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000) menterjemahkan Reka Cipta

sebagai barang yang pertama kali dicipta atau ciptaan baru. Manakala Pusat

Perkembangan Kurikulum (2002) mentakrifkan Reka Cipta adalah penghasilan

sesuatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian dalam bidang teknologi

untuk memenuhi keperluan pengguna masa kini dan akan datang. Projek yang

dihasilkan adalah idea tersendiri atau diubah suai dan berpotensi untuk dipasarkan.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), Reka Cipta merupakan satu

mata pelajaran baru dalam KBSM yang bertujuan melahirkan generasi rakyat

Malaysia yang kreatif, inventif dan inovatif agar mereka dapat menyumbang ke arah

merealisasikan Wawasan 2020.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

12

Reka Cipta yang dimaksudkan oleh penyelidik di dalam kajian ini adalah

projek atau ciptaan konkrit yang diusahakan oleh setiap pelajar dalam mata pelajaran

Reka Cipta.

1.9.5 Faktor Minat

Kamus Dewan (1993) mentakrifkan minat adalah sebagai keinginan

(kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.

Daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada

sesuatu benda atau kegiatan atau ia boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh

yang dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Dalam perkataan lain, minat boleh jadi

punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan itu ( Crow

dan Crow, 1988 ).

Dalam kajian ini, faktor minat yang dimaksudkan adalah penyebab

kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran

Reka Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru.

1.9.6 Faktor Sikap

Sikap ialah kecenderungan atau perasaan untuk bertindak secara percakapan

atau tindak balas bagi memenuhi kepuasan dan nilai seseorang, iaitu sama ada suka

atau tidak terhadap sesuatu objek ( Abd Fatah, 1995 ).

Faktor sikap yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah faktor tingkah laku

seseorang pelajar dalam mempengaruhi pencapaian cemerlang mata pelajaran Reka

Cipta di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru.

Page 30: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

13

1.9.7 Faktor Guru

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, guru di takrif sebagai orang yang

mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh dan sebagainya.

Secara keseluruhan, maksud penyelidik dalam pengajaran guru ialah cara,

gaya atau teknik yang ada pada guru seperti personaliti dan teknik mengajar yang

boleh mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta

di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru.

1.9.8 Faktor Kemudahan Sekolah

Kemudahan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) bermaksud

perihal mudah, kesenangan untuk sesuatu individu atau kelompok.

Dalam kajian ini, faktor kemudahan sekolah yang dimaksudkan penyelidik

ialah suasana bengkel Reka cipta, kemudahan peralatan dan pencahayaan yang boleh

mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta di

tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru.

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penyelidik telah menunjukkan latar belakang masalah

dengan berdasarkan topik yang hendak dikaji. Berdasarkan latar belakang masalah

tersebut, penyelidik menyatakan masalah yang dikaji iaitu apakah faktor-faktor

kelemahan yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta

di tiga buah sekolah menengah akademik di daerah Johor Bahru.

Page 31: FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN YANG MEMPENGARUHI … · faktor-faktor kelemahan yang mempengaruhi pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di tiga buah sekolah menengah

14

Bab 1 ini telah menjelaskan latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, kepentingan dan definasi istilah. Dalam Bab 2 pula, penyelidik akan

membincangkan berkenaan sorotan penulisan yang menghuraikan secara terperinci

tentang kajian. Bab 2 ini menyatakan pendapat para penyelidik lepas tentang tajuk

kajian ini selain pernyataan, fakta dan teori mereka.