bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara

29
Teori negara Islam berdasarkan Al Mawardi dan Al Maududi Pengenalan Negara Islam didefinasikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan ideologi yang asasnya ditegakkan dengan berpandukan asas akidah Islam.Di samping itu, negara Islam atau“Darul al-Islam” dapat di definasikan sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan hukum-hukum Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini termasuklah jaminan wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh rakyatnya dan keamanan rakyat yang mendiami dalamnya terjamin dan terlindung dibawah keadilan undang-undang .Sumber sistem pemerintahan Islam adalah berakarkan kepada :- NEGARA ISLAM IJMAK UMAT (KHULAFA AR-RASHIDIN) IJTIHAD HADIS SYARIF DAN SIRAH NABI AL-QURAN 1

Upload: binam-azhar

Post on 30-Jul-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Teori negara Islam berdasarkan Al Mawardi dan Al Maududi

Pengenalan

Negara Islam didefinasikan sebagai sebuah negara yang mengamalkan ideologi yang asasnya

ditegakkan dengan berpandukan asas akidah Islam.Di samping itu, negara Islam atau“Darul

al-Islam” dapat di definasikan sebagai negara yang melaksanakan undang-undang dan

hukum-hukum Islam serta berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan orang Islam. Ini

termasuklah jaminan wilayah yang bebas dan selamat untuk seluruh rakyatnya dan

keamanan rakyat yang mendiami dalamnya terjamin dan terlindung dibawah keadilan

undang-undang .Sumber sistem pemerintahan Islam adalah berakarkan kepada :-

Bersumberkan asas inilah sistem pemerintahan Islam dibentuk .Kenyataan ini menjelaskan

bahawa pemerintahan adalah satu cara yang terbaik dalam menyempurnakan kebajikan

manusia melalui sistem yang tersusun kerana ia bersumber kepada wahyu pencipta ,kepada

percontohan manusia terbaik dibumi , kepada kesepakatan generasi terbaik dan kepada

NEGARA ISLAM

IJMAK U

MAT (KH

ULAFA AR-

RASHID

IN)

IJTIHAD

HADIS SYARIF DAN SIRAH NABI

AL-QURAN

1

Page 2: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

pandangan dan kesepakatan ulama.Matlamat negara Islam adalah untuk melaksanakan

undang-undang Islam di atas muka bumi ini.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah

dan Rasulnya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara ( tidaklah harus bagi mereka

) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak

taat kepada hukum Allah dan Rasulnya maka mereka sesungguhnya telah sesat dengan

kesesatan yang nyata.”

Walau bagaimanapun, hukum-hukum Islam ini tidak dapat dilaksanakan sehinggalah

wujudnya sebuah negara Islam. Ibnu Taimiyah pernah menyatakan:

“Mendirikan negara adalah kewajipan manusia yang besar terhadap agama malah tidak

dapat ditegakkan agama melainkan dengannya kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada

kebaikan dan mencegah kemungkaran dan segala kewajipan berkaitan jihad, menegakkan

keadilan dan melaksanakanhukum-hukum Islam tidak akan sempurna kecuali dengan adanya

kekuasaan(kekuatan) dan negara.”

Menegakkan syiar Islam dalam kehidupan seharian masyarakat adalah perintah Allah. Firman

Allah dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud:

“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka

mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah yang

mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”

Ayat ini memberi gambaran bahawa orang Islam yang hidup di atas muka bumi Allah perlu

sentiasa menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan,mengeluarkan zakat

sambil menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan.Membawa keadilan kepada

seluruh umat manusia dan alam sejagat menjadi keutamaan. Ini kerana pemerintahan Islam

merupakan sistem pemerintahan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa mahupun

warna kulit ataupun ahli keluarga. Ini menunjukkan bahawa semua aspek yang berkaitan

dengan soal kehidupan manusia tertakluk kepada undang-undang dan hukum-hukum Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya.”

2

Page 3: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Melahirkan masyarakat yang penyayang dan bersaudara merupakan satu lagi ciri

pemerintahan Islam yang adil. Ini merangkumi hubungan yang akrab dan baik sesama

sendiri. Segala pergaduhan,persengketaan, hasad dengki dan dendam hendaklah dijauhi.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Antara orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, mereka

menguatkan antara satu sama lain.”

Mengembang dan menyebarkan agama Islam kepada semua manusia diseluruh pelusuk dunia

serta berjihad pada jalan Allah dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada

serangan musuh-musuh Islam. Dua ilmuan Islam yang lahir dari latar belakang zaman

berbeza telah menjadi tunggak kajian ini yang mendasari pemikiran kedua-dua tokoh. Tokoh

yang dimaksudkan ialah Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi dan Abul A’la Al-

Maududi.

Latar Belakang Abul A’la Al Maududi

Abul-Ala Al-Maududi, lahir pada 3 Rejab 1321 H bersamaan 25 September 1903 M di

Aurangabad.Lahir dalam keluarga berketurunan Syarif yang amat dihormati di India Utara

buakanlah jaminan bagi Al Maududi hidup dalam kemewahan. Al-Maududi adalah anak

bongsu dari tiga beradik.Pendidikan awalnya di Madrasah Furqaniyah yang pada masa itu

merupakan sebuah sekolah yang terkenal di Hyderabad.Beliau kemudiannya melanjutkan

pelajaran di Dar al-Ulum di Hyderabad. Al Maududui mahir berbahasa Arab, bahasa Parsi,

bahasa Inggeris,dan bahasa Urdu.Tahun 1918 ketika usianya 15 tahun,beliau mulai bekerja

sebagai wartawan dalam suratkhabar berbahasa Urdu .

Tahun 1920, beliau menjawat jawatan sebagai editor surat khabar Taj yang diterbitkan di

bandar Jabalpore. Tahun 1921, Al- Maududi pindah ke Delhi dan bekerja sebagai editor

suratkhabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jami’yat(1925-1928), yang

diterbitkan oleh Jami’yat- Ulama-Al Hind,sebuah parti politik.Hasil kepimpinannya sebagai

editor , al-Jami’yat menjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India,

Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive).

Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik- al Hijrat,iaitu

Persatuan Asia Selatan yang menentang penjajahan Inggeris.Zaman itu, Maulana Maududi

mulai menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggris ke bahasa Urdu. Beliau juga

3

Page 4: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

telah menulis buku berjudul al-Jihad fi al-Islam -Jihad dalam Islam- diterbitkan secara

berkala dengan nama al-Jami’yat tahun 1927. Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor

majalah bulanan .

Kecenderungan beliau dalam penulisan ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan

Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian yang dihadapi pada

zaman itu ialah dengan masyarakat kembali kepada Islam .Bagi beliau, Islam ada jawaban

bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.Bergandingan dengan ahli falsafah

dan ulama Muhammad Iqbal, Maududi menggagas pusat pendidikan Darul-Islam di bandar

Pathankot di wilayah Punjab.Pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai

falsafah politik Islam.Maulana Maududi mengkritik konsep-konsep yang dibawa penjajah

Barat seperti nasionalisme, pluralisme dan feminisme. Menurut beliau semua idea ini adalah

alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Beliau menegaskan umat Islam perlu mempunyai jatidiri, bangun berjihad sehingga berjaya

menegakkan negara Islam yang syumul. Maududi telah menterjemah dan menafsirkan al-

Quran ke dalam bahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan undang-undang Islam

dan kebudayaan masyarakat Islam. Pokok- pokok fikirannya selalu bertemakan tentang

kebangkitan Islam dalam menghadapi tantangan zaman moden .Ini kerana latar zaman hidup

beliau,yang menyaksikan agama Islam dicabar oleh imperialime barat.Antara karyanya yang

paling besar kesannya kepada kebangkitan Islam ialah Al-Jihad fi Al-Islam yang ditulis pada

tahun 1930 ketika ia berusia 27 tahun. Buku ini membahas tentang hukum perang dan damai

menurut ajaran Islam. Abu al-Ala Al Maududi merupakan salah seorang ulama abad ke-20

yang amat dikagumi kawan dan lawan .Idea radikal yang beliau lontarkan ditengah-tengah

masyarakat yang dipalit idealisme barat mulanya ditolak.Namun akhirnya , idea beliau

diterima sebagai idea hebat ilmuan Islam.Ini kerana beliau bukan membaharukan idealisme

Quran itu tetapi sebaliknya beliau menekankan kembali kepada Al Quran yang sebenarnya .

Maududi merupakan seorang ahli filsafat,sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan

dan perjuangan Islam di seluruh dunia. Abu al-Ala al-Maududi mendapat ilham dari

perjuangan Sayyid Qutb di Mesir seperti Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin . Sebagaimana

Sayyid Qutb, Maududi merupakan tokoh perjuangan Islam yang dikenali seluruh dunia.

Beliau menjadi begitu terkenal kerana berjaya menguasai berbagai bidang ilmu seperti

politik, sosial, agama, budaya, ekonomi, dan pendidikan.

4

Page 5: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Bagi Al-Maududi, pendidikan merupakan asas peradaban umat manusia untuk mencipta

masa depan yang gemilang . Oleh karena itu,kesungguhan dalam mencorak sarana

pendidikan bagi pembentukan masa depan peradaban manusia tidak boleh dikompromi.

Latar Belakang Abu Hasan Ali Muhamad bin Habib al Mawardi

Nama lengkap al-Mawardi adalah Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi. Di

lahir di Basra 364 H/975 M, dan wafat di Bagdad 450 H/1058 M. Dia seorang pemikir Islam

yang terkenal, tokoh terkemuka mazhab Syafi’i, dan mempunyai pengaruh yang besar

dalam pemerintahan Abbasiyah. Sungguhpun demikian, beliau termasuk penulis produktif.

Banyak bukunya dalam berbagai- bagai bidang ilmu dari ilmu bahasa, sastera, tafsir hingga

kenegaraan.

Walaupun al-Mawardi lahir di Basra, tapi ia dibesarkan di Bagdad. Dari ulama-ulama

terkemuka di Baghad ia mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam.Antara guru-

gurunya adalah Al-Hasan Ibnu Ali al-Hambali, Muhammad Ibnu Adi al-Muqri, Muhammad

ibnu al-Ma’ali al-Asdi, Ja’far ibnu Muhammad ibnu al-Fadl al-Baghadi, dan Abu Hamid al-

Isfiraini. Gurunya yang terakhir ini amat berpengaruh pada diri Al-Mawardi. Melalui gurunya

itulah ia mendalami mazhab Syafi’i dalam kuliah rutin yang diadakan disebuah masjid yang

terkenal dengan masjid Abdullah ibnu al-Mubarok, di Baghdad.

Kedalaman ilmu dan ketinggian akhlak Imam Mawardi telah membuat ia terkenal sebagai

seorang ilmuan yang disegani dan berwibawa dikalangan masyarakat umum, maupun pihak

pemerintah. Oleh sebab itu beberapa kali dia ditunjuk sebagai hakim kerajaan di Baghdad,

dalam pemerintahan Abbasiyah.Pada masa al-Qadir berkuasa (381 H/991 M – 423 H/1031

M) kedudukan al-Mawardi meningkat setelah ia menetap kembali di Baghdad.Beliau

menjadi hakim dan penasihat raja atau khalifah di bidang agama dan pemerintahan.

Disamping itu banyak ulama lahir hasil dari bimbingannya .Antaranya Abu al-Ainain Kadiri

dan Abu Bakar al-Khattib. Dalam fiqih siyasah ini namanya menonjol, yang sampai

sekarang menjadi rujukan untuk ilmu politik dan pemerintahan menurut fiqih Islam. Bukunya

yang terkenal adalah al-Ahkam al-Sulthaniyah.Buku ini sedemikian lengkap dan dapat

dikatakan sebagai “konstitusi umum” untuk negara, berisikan pokok-pokok kenegaraan

seperti tentang jabatan khalifah dan syarat-syarat bagi mereka yang dapat diangkat sebagai

pemimpin atau ketua negara dan para pembantunya, baik diperingkat puasa maupun

didaerah.Al-Mawardi berijtihad dan menyusun sebuah kerangka politik tentang apa yang

5

Page 6: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

harus dilakukan dalam suatu pemerintahan, seperti ketentuan pokok dalam pemilihan seorang

khalifah, tugas-tugas khalifah dan pejabat negara, dan hubungan negara dengan rakyat.

Pandangan Maulana Maududi Tentang Politik

Menurut Al Maududi Tauhid, risalat (kerasulan) dan khilafat, adalah tiga tonggak yang

didirikan di atasnya binaan sistem politik Islam. Bagi membentuk sistem politik Ilsam

menurut Maulana AL – Maududi ,kita perlu memahami tauhid, risalat, dan khilafat itu

dengan fahaman yang sempurna.

i)Tauhid

Dalam tauhid Allah telah menggariskan dasar pembangunan sebuah masyarakat berasaskan

Quran. FirmanNya

“Katakanlah;Marilah kubacakan apakah yang diharamkan Allah atas kamu. Janganlah

mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Berbuat baiklah terhadap ibubapamu.Janganlah

kamu membunuh anak kamu kerana takutkan kemiskinan.Kami akan memberi rezeki kepada

kamu dan kepada mereka ,janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji,baik yang Nampak

antaranya atau yang tersembunyi.Jaanganlah kamu membunuh jiwa jiwa yang diharamkan

Allah kecuali dengan sebab-sebab yang benar .Demikianlah yang diperintahkan oleh

tuhanmu kepadamu supaya kamu memmahaminya .Dan janganlah kamu mendekati harta

anak yatim kecuali dengan cara yang lebih manfaat hingga ia dewasa.Dan sempurnakanlah

takaran dan timbangan dengan adil.Kami tidak memikulkan beban keatas sesseorany kecuali

sekadar kesanggupannya .Dan apabila kamu berkata ,maka hendaklah kamu berlaku adil

walaupun ia adalah kerabatmu.Dan pernuhilah janji Allah.Yang demikian itu diperintahkan

Allah agar kamu ingat.Dan bahawa ,Inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia:jangan

kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari

jalannya.

Al – An’Aam :151-153

Tauhid bermaksud mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan hanya

Dia yang layak disembah dan ditaati secara lahiriah mahupun batiniah. Ini kerana prinsip

tauhid ini merupakan paksi kepada kehidupan seorang Islam yang bertitik tolak daripada

6

Page 7: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

mengucap dua kalimah syahadah seperti yang terdapat dalam Rukun Islam yang pertama

iaitu:

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Bagi Al Maududi prinsip tauhid mencerminkan satu teras utama dalam sistem pemerintahan

dan pentadbiran negara Islam. Ia mestilah diselaraskan melalui pelaksanaan peraturan-

peraturan, hukum-hukum, undang-undang dan sebagainya sepertimana yang telah digariskan

oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, segala tindakan yang diambil bagi memenuhi agenda

negara mestilah bermatlamat untuk mencapai keredaan dan keberkatan Allah. Inilah hakikat

tauhid bernegara . Ianya menafikan seperti mana yang kita lihat itu fikiran kedaulatan

manusia( system demokrasi barat), dan mahu membasmikannya sama sekali samada

kedaulatan itu untuk orang perseorangan( system soaialis ), untuk satu-satu lapisan, satu-satu

bangsa atau untuk seluruh manusia di atas muka bumi ini. Menurut Al-Maududi kedaulatan

itu hanyalah layak untuk Allah sahaja. Tidak ada pemerintah melainkan Allah, tidak ada

pemerintahan melainkan pemerintahanNya, dan tidak ada undang-undang

melainkan undang-undangNya.

ii.Risalah

Risalah ialah mengakui dan mengiktiraf kenabian dan kerasulan Rasulullah SAW sebagai

panduan utama dalam membangunkan negara. Ini kerana para Anbiya yang diutuskan

kepada seluruh manusia adalah dengan tujuan menyeru manusia agar mentauhidkan Allah

Ada pun risalat (keRasulan), ialah saluran yang melaluinya undang – undang Ilahi sampai

kepada kita. .Risalah kenabian menurut Abu Urwah (Konsep-konsep Umum

Islam )mengandungi tiga perkara iaitu :-

a.Mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutikan dengan sesuatu

b.Beriman kepada rasul dan mentaati perintahnya

c.Beriman kepada hari akhirat

Para rasul Allah yang diutuskan adalah utnuk membimbingh manusia mentaati perintah Allah

dan menjadi pemimpin –pemimpin dalam kedhidupan manusia dimuka bumi ini.

7

Page 8: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

“ Dan kami jadikan mereka ini sebagi pemimpin –pemimpin yang memrberi petunjuk dengan

perintah kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan ,mendirikan

solatmenunaikan zakat dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah”

(Al-Anbiya;73)

Dalam hal ini , Saidina Muhamad Rasulullah merupakan contoh dan teladan yang terpuji

sebagai ketua negara Islam sewaktu era pemerintahan dan pentadbirannya di Madinah yang

mana baginda telah menerapkan hukum-hukum Allah SWT dalam semua bidang seperti yang

terkandung dalam kitab Al-Quran dan Al-Sunnah.Di samping itu, baginda turut menjelaskan

contoh-contoh yang praktikal dalam melaksanakan hukum-hukum Allah agar diikuti oleh

semua manusia.

Firman Allah dalam surah al-Azhab, ayat 21yangbermaksud

“Sesungguhnya bagi kamu, pada diri Rasulullah itu suatu contoh teladan yang baik bagi

mereka yang mengharapkan keredaan Allah dan Hari Akhirat.”

Dengan perantaraannya kita menerima dua perkara: Kitab Allah yang mana di dalamnya

Allah menerangkan undang-undang diperkuatkan oleh Rasul dengan perkataan dan

perbuatan beliau selaku wakil dari pihak Allah dan khalifahNya (penggantinya) di dunia ini.

Di dalam kitabNya (Al-Qur'an), Allah telah menerangkan asas-asas dan prinsip – prinsip

yang di atasnya sistem hidup manusia harus ditegakkan. Adapun apa yang kita kehendaki

selepas itu dari penghuraian dan penerangan terhadap asas-asas dan prinsip-prinsip itu, telah

diterang dan ditunjukkan oleh Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam semasa hidup beliau dengan

mengasaskan satu sistem untuk kehidupan manusia dan penyusunannya mengikut apa yang

dikehendaki oleh kitab Allah, sehingga ianya menjadi tauladan yang baik untuk orang yang

datang selepasnya. Himpunan antara kedua-dua sumber inilah yang dinamakan di dalam

istilah Islam dengan 'Syari'at'. Syari'at ini adalah merupakan perlembangaan asasi yang

dibangunkan di atasnya kerajaan Islam yang digelarkan sebagai khilafat.

iii) Khilafat

Di dalam bahasa 'Arab, khilafat itu bererti 'wakilan'. Posisi manusia di dalam alam ini, dari

sudut kaca mata Islam, ialah sebagai khilafat untuk Allah. Ertinya dia mewakili Allah di

dalam kerajaanNya. Oleh itu dia tidak boleh bertindak di dalam kerajaan ini melainkan

mengikut hak perwakilan dan hak menjalankan tindakan yang diberikan Allah kepadanya.

8

Page 9: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Khilafah ialah wakil Allah di bumi dalam mengurus dan mentadbir alam semesta yang

berpandukan kepada hukum-hukum Allah. Ini termasuklah soal politik,ekonomi, sosial dan

sebagainya. Menurut Ibnu Khaldun, khalifah wajib menegakkan agama dan mentadbir dunia

mengikut hukum syarak demi mencapai kebaikan di dunia dan di Akhirat. .Sesungguhnya

Allah telah mencipta manusia daripada bahan-bahan bumi dan menghendaki manusia

memmakmurkan bumi ini

“Dan sebutkanlah selalu ,ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikatnya :Sesungguhnya Aku

hendak menjadikan seseorang sebagai Khalifah di bumi.”Mereka bertanya ,”Adakah Engkau

hendak jkadikan bumi ini orang yang memb uat benacana dan menumpahkan darah ,padahal

kami sentiasa bertasbih dengan menujimu dan mensucikan Mu?”Tuhan berfirman:

Sesungguhnya aku Mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya “

( AL- Baqarah-30 )

Ulama tafsir berpendapat “ hakikat perlantikan anak Adam sebagai khalifah di muka bumi ini

menurut satu pendapat adalah mengantikan satu jenis makhluk lain yang telah mendiami

bumi ini terlebih dahulu yang mana mereka dahulu ini telah melakukan keraosakan dan

kezaliman lalu dimusnahkan Allah manakala bagi satu pihak lagi berpendapat perlantikan

anak adam sebagai khalifah adalah sebagai wakil Allah mentadbirkan bumi bukan bagi

menggantikan mahkluk yang lain itu .”(Abdul Qadir Audah ,Harta dan

Pemerintahan)Walaupun begitu ,bagi menjurus maksud perbincangan ini kita ingin

mengambil dalil ayat ini sebagai tugas manusia sebenar dihantar ke muka bumi adalah untuk

menjadi khalifah Allah walau dalam apa tujuannya .

“ Dialah menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan darjat sesetengah kamu

diantara yang lain beberapa darjat kearana Dia hendak menguji kamu apa yang dia

kurniakan kepada kamu”

Terdapat empat ciri penting dalam sistem khalifah menurut Al Maududi :-

i-Kuasa mutlak adalah hak milik Allah SWT sepenuhnya.

ii-Manusia hanyalah sebagai pemegang amanah dan pentadbir.

iii-Pentadbiran undang-undang yang dilaksanakan dalam negara hendaklahberpandukan

kepada undang-undang yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.

9

Page 10: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

iv-Manusia hendaklah memenuhi matlamat dan objektif seperti yang ditentukan dalam

undang-undang Allah.

Menurut Al Maudidi hanya pengertian beginilah sahaja yang dikehendaki oleh Islam dengan

khalifat apabila dia mengatakan, bahawa manusia adalah khalifah (wakil) Allah di bumi ini.

Kerajaan yang tegak mengikut teori politik ini tidak lain melainkan khilafah manusia di

bawah authoriti Tuhan.

Matlamatnya yang dituju ialah melaksanakan kehendak dan kemahuan Tuhan yang Maha

Tinggi dengan jalan mengikut hidayatNya tanpa melampaui batas-batas yang telah

digariskannya untuk khilafat ini serta kerja-kerjanya. Apa yang munasabah disebutkan di sini

ialah, bahawa Islam tidak menggantungkan urusan khilafat ini kepada orang atau keluarga

atau lapisan manusia yang tertentu, tetapi dia menyerahkannya kepada seluruh anggota

masyarakat yang percaya dengan prinsip-prinsip asasi dari tawhid dan risalat di samping

mempunyai kecekapan dan persediaan itu melaksanakan segala apa yang dikandungi dan

yang kehendaki oleh perkataan 'khilafat' itu. Jika ada didapati dunia ini sebuah masyarakat

yang memakai sifat-sifat ini, tidak syak lagi bahawa ianya layak dengan khilafat ini. Di

sinilah tempatnya di mana fikrah pemerintahan cara republik di dalam Islam mulai tumbuh.

Tiap-tiap seorang dari anggota - anggota masyarakat Islam mempunyai, habuannya dari

khilafat tersebut dan berhak meni'mat, hak-hak ini laksana gigi sikat. Seseorang tidak boleh

mengharamkan hak-hak ini terhadap sesiapa yang dia mahu di kalangan para individu

masyarakat. Ternyata sekali bahawa tiap-tiap kerajaan yang bersedia untuk menggerakkan

perjalanan khilafat ini dan mengendalikan pentadbirannya tidak tersusun dan terbentuk

melainkan dengan pendapat serta sokongan orang ramai yang memberikan kepada kerajaan

sebahagian dari hak-hak mereka iaitu hak khilafat. Oleh itu, kerajaan tidak boleh terbentuk

melainkan dengan pendapat-pendapat mereka, dan tidak boleh melaksanakan kerjanya

melainkan dengan sokongan serta persetujuan mereka. Barangsiapa yang disukai dan diberi

kepercayaan oleh mereka, dialah mewakili mereka dalam menjalankan tanggungjawab-

tanggungjawab khilafat. Dan barangsiapa yang tidak dipercayakan lagi oleh anggota-anggota

masyarakat, maka dia tidak boleh berbuat apa-apa selain dari meletakkan jawatan yang

penting ini. Oleh itu, "Republik Islam", adalah sebuah republik yang paling sempurna

sehingga tidak ada tujuan lain di belakanganya. Tetapi yang membezakan "Republik Isam"

dari pada republik Barat yang terkenal itu dan yang meratai dunia hari ini, ialah bahawa teori

10

Page 11: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

politik Barat mengatakan tentang kedaulatan republik, sedang Islam mengatakan tentang

khilafat orang ramai.

Pandangan Al Mawardi Tentang Politik

Mawardi juga berpendapat bahawa manusia itu adalah makhluk sosial, tetapi Mawardi

memasukkan unsur agama dalam teorinya. Manusia adalah makhluk yang paling memerlukan

bantuan pihak lain dibandingkan makhluk lain. Menurutnya, kelemahan manusia yang tidak

memiliki kemampuan untuk memenuhi semua keperluan sendiri dan adanya perbedaan

individual mendorong manusia untuk bersatu dan saling membantu dan mengadakan

kerjasama. Dengan kata lain sebab lahirnya negara adalah hajat umat manusia untuk

memenuhi keperluan mereka bersama, dan otak mereka yang menunjuki tentang cara

bagaimana saling membantu dan tentang bagaimana mengadakan ikatan satu sama lain.

Al-Mawardi menetapkan unsur dalam pembentukan Negara Islam.Bagi Mawardi agama

yang dianut dan dihayati akan memberikan kekuatan moral. Agama dapat mengendalikan

keinginan dan hawa nafsu manusia, karena menjadi pengawas melekat pada hati nurani

manusia, maka agama menjadi sendi yang paling pokok bagi kesejahteraan dan kestabilan

negara.Selain itu , penguasa yang kharismatik dan berwibawa dapat dijadikan teladan.

Penguasa perlu mampu menyatukan aspirasi-aspirasi yang berbeza dalam membina negara

untuk mencapai tujuan agama yang dihayati serta diamalkan dan melindungi rakyat,

kekayaan, serta kehormatan mereka. Penguasa adalah imam atau khalifah yang mewakili

tuhan didunia.

Menurut Al Mawardi ,dalam sebuah Negara Islam keperluan kepada keadilan yang

menyeluruh perlu diwujudkan. Dengan menyeluruhnya keadilan akan tercipta keakraban

antara sesama warga negara, menimbulkan rasa hormat dan ketaatan kepada pimpinan,

menyemarakkan kehidupan rakyat dan membangunkan minat rakyat untuk berkarya dan

berprestasi. Keadilan juga akan menciptakan persatuan, membangkitkan kesetiaan rakyat,

memakmurkan negeri yang akhirnya mengamankan kedudukan penguasa. Keadilan harus

dimulai dari diri sendiri yang tercermin pada melakukan kebaikan dan meninggalkan

perbuatan buruk, kemudian berlaku adil pada orang lain.

Seorang khalifah mestilah berlaku adil terhadap masyarakat bawahan seperti raja terhadap

rakyatnya perlu memberi kemudahan dan meninggalkan cara-cara yang memberatkan orang

bawahannya .Dengan keadilan keamanan akan merata. Dengan meratanya keamanan, rakyat

11

Page 12: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

dapat hidup tenang dan dapat melaksanakan kewajiban dan haknya sebagai rakyat. Meratanya

keamanan adalah akibat menyeluruhnya keadilan.

Bagi Al Mawardi sarana ekonomi perlu disediakan oleh pemimpin . Kesuburan ekonomi

akan memenuhi keperluan rakyat.Sarana ekonomi yang baik akan membantu memenuhi

keperluan seharian rakyat dan dapat menghindarkan ketidakpuasan hati rakyat.Seterusnya

sebuah Negara Islam perlu menyediakan pewaris generasi lalu.Ini karena, prasara harus

dipersiapkan bagi membentuk generasi yang bersikap optimisme sehingga mampu

mencukupi keperluannya. Sebaliknya generasi yang pesimis akan disediakan oleh waktu dan

perkembangan zaman dan tak mungkin bertahan.

Rasulullah bersabda :

“Adanya harapan adalah satu nikmat dari Allah kepada umatku, kalau tidak ada harapan

orang tidak akan (payah-payah) menanam pohon, dan seorang ibu tidak akan menyusui

anaknya”

Mawardi mengharapkan negara benar-benar menjaga persatuan umat dan saling tolong

menolong sesama mereka, memperbanyak sarana kehidupan yang baik bagi setiap warga

sehingga seluruh rakyat dapat menjadi laksana bangunan yang kukuh. Pada waktu yang sama

memikul kewajiban dan memperoleh hak tanpa adanya perbezaan antara penguasa dan

rakyat, antara yang kuat dan yang lemah dan antara kawan dan lawan.

Maududi dan Al-Mawardi Dua Tokoh Dua Zaman

Menelesuri pandangan kedua-dua tokoh ini dalam melontarkan pandangan mereka berkaitan

Negara dan sistem politik Islam memang nyata berbeza.Kekuatan dan kelemahan yang

terhasil adalah kerana beberapa sebab.Antaranya adalah seperti berikut :-

i.Latar zaman

Berdasarkan latar zaman hidupnya kedua – dua ulama ini bezanya bagai langit dengan bumi.

Al Mawardi hidup dizaman Absyiah yang mana nilai Ialam masih belum dicampur adukkan

dengan fahaman luar.Cuma pada masa ini pemikiran falsafah Yunani saja yang dibawa dan

mula mempengaruhi. Dicatatkan era Al Mawardi adalah era penghujung kerajaan Abasyyah.

Namun begitu , masih banyak ilmuan Islam yang menjadi pengikut sahabat (ra) yang masih

hidup pada masa itu dapat dijadikan rujukan.Oleh itu ,huraian Negara Islam yang dibawa

oleh Al Mawardi berdasarkan model Madinah .

12

Page 13: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Al Maududi yang hidup pada abad ke-20 lahir di sebuah Negara yang menerima pelbagai

pengaruh keagamaan atau sosialisasi. Jika dikaji latar pengaruh bagi benua kecil India ini

sebelum dari terwujudnya Pakistan dan Bangladesh, benua ini telah menerima pelbagai

pengaruh . Kedatangan Islam pada awal pengaruh Islam merata , terpalit juga dengan

fahaman purba masyarakat setempat. Seterusnya kedatangan pengaruh Inggeris yang kuat

menapak dibenua kecil ini telah mengikis keaslian ajaran itu.. Pada zaman ini, fahaman

Islam dipengaruhi kuat oleh fahaman idelisme barat. Dalam era ini Al Maudidi merasakan

keperluan bagi beliau mengajak masyarakat kembali kepada Islam.Maka beliaupun

menegemukakan pangdangannya perjuangan mengembalikan Islam perlu berlandaskan

ajaran Islam yang dibawa oleh Rasul Allah.

Bagi Maulana ini tujuan utama bagi perjuangan Islam ialah untuk mewujudkan Negara

Islam. Al Maududi telah banyak melontarkan pandangannya dalam bentuk ceramah –

ceramah atau tulisan untuk membetulkan ‘fahaman salah’ masyarakat umum dan ulama

sendiri terhadap beberapa istilah asas Islam yang telah disalah-ertikan . Silap-kefahaman

terhadap empat istilah asas inilah mengikut Maulana Maududi telah menyebabkan

masyarakat tidak mengutamakan agenda mewujudkan Islamic state dan menganggap agama

sebagai seolah-olah agenda peribadi.

2.Pandangan Berkaitan Pemimpin Negara Islam Terpengaruh Dengan Situasi Zaman

Dalam hal yang sebegini pandangan AlMawardi lebih kepada membetulkan idealisme

pemerintah pada zamannya kerana tiada tentangan dan kerosakan yang besar yang melanda

Islam pada zaman Al Mawardi.Pandangan politik Al Mawardi selari dengan tetangan yang

beliau hadapi pada zaman itu. Sebagai reaksi terhadap situasi politik pada zamannya maka al-

Mawardi mendasarkan teori politiknya atas kenyataan yang ada dan kemudian secara realistik

menawarkan pandaangan perbaikan atau reformasi misalnya dengan mempertahankan status

quo. Sebagai contoh,beliau menekankan bahwa khalifah harus tetap berbangsa Arab dari

suku Quraisy.Wazir tafwidh harus berbangsa Arab, dan perlu ditegaskan persyaratan bagi

pengisian jabatan pemerintah serta jabatan-jabatan pembantunya yang penting.Kenyataan

AL Mawardi ini amat berbeza dengan pandangan yang diutarakan oleh Al Maududi.

Al Maududi berpandangan berkaitan system politik semasa.Al Maududi berpandangan,

bangsa Arab semestinya memimpin kebankitan Islam itu namun beliau tidak menetapkan

dalam aturcaranya kemestian Khalifah itu adalah bangsa Quraisy.

13

Page 14: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

3.Perjuangan Al Maududi Penyatuan Perjuangan Manakala Al Mawardi Pengekalan

Sistem Khalifah

Al Mawardi didalam kitabnya membahas tentang pokok-pokok kenegaraan seperti : Jabatan

khalifah dan syarat-syaratnya, cara perlantikan Amir, hubungan antara negara dan rakyat,

dasar pokok pemerintahan agar suatu negara dapat berdiri, dan juga mengenai pemecatan

khalifah dan masalah lain yang berkaitan dengan ketatanegaraan.Keadaan seumpama ini

berlaku kerana tentangan dan kerosakan umat zaman Al Mawardi adalah terlalu minima.

Masih banyak ulama yang murni pemikirannya yang boleh dijadikan rujukan.

Berbeza dengan Al Maududi yang menetapkan matlamat perjuangannya, Al Maududi telah

mengemukakan istilah semasa dan contoh-contoh semasa dengan penggunaan gaya bahasa

yang sangat menyakinkan untuk menengahkan fahamannya. Ini bertujuan mengajak

golongan muda yang terpelajar dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyertai

beliau .Ramai daripada kalangan aktivis Islam yang telah menerima pemikiran Maulana

Maududi ini sehingga ianya hampir merupakan fahaman bersama bagi setiap harakah

Islamiyyah yang kedapatan di negara-negara Islam.

Beberapa istilah khusus bagi harakah Islamiyyah telah terbentuk, seperti harakah

(movement), ‘amilin (workers), huriyyah (freedom), wehdahatu al-fikri, wehdatu al-amal,

inqilabi (revolution) serta lain-lainnya. Bagi Al Maududi ,kepentingan kepada kembali

kepada akar Islam –

i. Mempertahankan sistem dari abad-abad permulaan Islam sebagai sesuatu sistem yang benar

dan tentunya setelah dibersihkan dari bid'ah yang telah terlalu banyak dalam system Islam

ii.Kecenderungan dalam usaha untuk membangun kembali ajaran yang benar serta apabila

dipandang perlu akan disesuaikan dengan pengertian-pengertian dan pemahaman-

pemahaman kontemporer dan disesuaikan dengan zaman dan keperluan yang dihadapinya,

khususnya yang mencakup segi-segi agama, nilai dan kemasyarakatan.

iii.Kecenderungan dalam berpegang teguh kepada dasar-dasar ajaran Islam yang diakui pada

umumnya, tetapi tidak menutup pintu bagi pandanganp-pandangan baru yang biasanya

datang dari Barat.

Daripada tiga kecenderungan itu, Abul A’la Maududi menetapkan politik meliputi konsep

negara atau pemerintahan dan tujuannya, dasar negara, demokrasi, struktur pemerintahan dan

hukum menurut pandangan Maududi.

14

Page 15: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Maududi tidak menerima sistem pemerintahan yang sedang dijalankan pada zaman modern

ini.Baginya memperjuangkan simbol Islam bukannya diterapkan sebagai dasar negara karena

menurutnya mendirikan sebuah negara adalah misi besar Islam .Beliau menolak demokrasi

yang berfaham akan kedaulatan rakyat yang mana bagi beliau bukan acuan Islam sebenar.

Bagi beliau sistem kekhalifahan dengan berakarkan kedaulatan Allah yang mana manusia

harus tunduk pada aturan Tuhan karena manusia hanya merupakan wakil Allah di muka

bumi.

4.Struktur Pemerintahan Al Maududi dan Al Mawardi

Tentang struktur pemerintahan, Maududi memandang bahwa struktur yang telah diterapkan

oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin adalah struktur pemerintahan yang dapat pula

dijalankan di abad moden ini karena struktur itu merupakan struktur ideal yang dibangun di

awal pemerintahan Islam. Oleh karenanya hukum atau undang-undang yang harus berjalan

adalah syari'at Islam seperti di awal tradisi Islam tanpa perlu adanya ijtihad karena Islam

merupakan sistem yang komprehensif dan sesuai dengan situasi dan zaman. Dengan

demikian, apa yang menjadi idealisme besar Maududi iaitu ingin menjadikan Islam kembali

sebagai cara hidup akan dapat direalisasikan.

Kemudian Daulah Islamiyyah ini pula akan menolak sahaja kerosakan yang dilakukan di

muka bumi ini sehinggalah segala hukum tunduk kepada hukum Allah. Cara bergerak yang

dituntut oleh al-Quran adalah satu cara bergerak yang mengarah kepada penolakan jahiliyyah

dan kebatilan secara tegas dan tidak bertolak ansur

Dalam pandangan al-Mawardi negara dapat ditegakkan, dari segi politik perlu mempunyai

enam unsur pokok . Agama yang dianut dan dihayati adalah asas kepada kekuatan moral.

Ketua Negara yang berwibawa dan dapat dijadikan teladan.Ketua Negara perlu mempunyai

Sifat mulia seorang pemimpin sebagaimana yang ditunjukkan oleh Khulafa

ArRashidin.Dalam sebuah Negara Islam ,kewajipan dalam Negara yang berteraskan

pemerintahan Islam adalah keadilan. Dalam sebuah Negara berteraskan undang-undang Islam

setiap rakyatnya berhak memiliki keamanan.Seterusnya pemerintah dalam sebuah Negara

Islam seharusnya bijak mengeksploitasi segala sumber bagi tujuan meningkatkan ekonomi

rakyatnya.

15

Page 16: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

5.Hukum Menegakkan Imamah Menurut Al Mawardi dan Al Maududi

Al-Mawardi,memberikan maksud imamah sebagai khalifah atau pemimpin, raja , penguasa

atau kepala Negara.Menurutt beliau kepada merekalah label agama dipertanggungjawab. Al-

Mawardi menyatakan “Imamah dibentuk untuk menggantikan fungsi kenabian guna

memelihara agama dan mengatur dunia” Dengan demikian seorang imam adalah pemimpin

agama disatu pihak dan dilain pihak pemimpin politik.

Dasar pembentukan imamah kata Mawardi adalah wajib secara ijma’. Akan tetapi, dasar

kewajiban itu diperselisihkan, apakah berdasarkan rasional atau hukum agama . Menurutnya

ada dua golongan iaitu :-

1.Wajib karena pertimbangan akal . Alasannya manusia itu adalah makhluk sosial, dan

dalam pergaulan antara mereka mungkin terjadi permusuhan, perselisihan, dan penganiayaan.

Karenanya diperlukan pemimpin yang dapat mencegah terjadinya kemungkinan-

kemungkinan itu. Jadi secara logika manusia memerlukan pemerintahan.

2.Wajib berdasarkan hukum agama (syari’ah) bukan karena pertimbangan akal, karena

pemerintah menjalankan tugas-tugas agama disamping semestinya pemimpin itu seorang

yang berilmu dan mempunyai pemikiran agama yang kukuh.

Menurut Mawardi, perlantikan imam atau khalifah dapat dilakukan dengan penunjukan atau

wasiat oleh imam yang sebelumnya berdasarkan situasi perlantikan Umar bin Khattab

menjadi khalifah melalui penunjukkan oleh pendahulunya, iaitu Abu Bakar. Demikian pula

halnya Usman. Enam anggota “dewan syura” yang memilihnya sebagai khalifah adalah

ditunjuk oleh pendahulunya, Umar bin Khattab. Dalam hal pengangkatan imam melalui

penunjukkan atau wasiat oleh imam yang berkuasa, al-Mawardi menyatakan bahwa sebelum

menunjuk calon penggantinya, seorang imam harus berusaha agar yang ditunjuknya itu

benar-benar berhak untuk mendapatkan kepercayaan dan kehormatan yang tinggi dan orang

yang betul-betul paling memenuhi syarat.

Bagi Al Maududi pula soal mengendalikan pentadbiran dan menggerakkan perjalanan

kerajaan Islam ini adalah diserahkan kepada seorang 'AMIR' yang mana jawatan serta tugas

tugasnya serupalah dengan presiden republik zaman ini. Tiap-tiap orang yang percaya dan

menerima prinsip-prinsip perlembagaan, dia berhak - bila mana sampai usia kematangannya -

menyatakan pendapatnya dalam pemilihan amir. Apa yang harus diperhatikan secara khusus

dalam soal pemilihan amir ini ialah taqwa, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang

16

Page 17: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Islam serta keahlian yang lengkap untuk mentadbirkan urusan-urusan umat Islam baik waktu

damai maupun waktu perang.

Oleh itu jawatan amir ini tidak boleh disandangkan melainkan kepada orang yang memakai

sifat-sifat ini sepenuh-penuhnya, dan dia juga mendapat kepercayaan umat lebih banyak

daripada orang-orang lain . Kemudian sebuah Dewan Permesyuaratan harus diadakan untuk

menolong amir, yang mana seluruh anggota- aggotanya dipilihkan juga oleh individu-

individu masyarakat. Amir mestilah menjalankan polisi negara dengan mesyuarat bersama-

sama para anggota dewan permesyuaratan. Dia akan tetap menjadi amir selama mana

dibekali dengan kepercayaan umat dan selama mana umat bergantung kepadanya. Tetapi jika

kepercayaan itu telah hilang, dia mestilah turun dari jawatannya.

Selama mana dia mendapat kepercayaan umat, dia masih tetap menduduki jawatan yang

tertinggi itu, perintahnya tetap dipatuhi, kata-katanya masih didengar dan dilaksanakan.

Malah dalam keadaan yang demikian itu, dia berhak juga menolak fikiran-fikiran para

anggota Dewan Permesyuaratan dalam satu-satu hal yang dilihatnya bahawa kebenaran

adalah berlainan daripada pendapat-pendapat mereka itu. Penghuni-penghuni Negara berhak

mengkritik kerajaan amir jika sekiranya ada perkara-perkara yang mereka

nampak harus dikritik.Ini bermakna Amir bagi Al Maududi bukan berkuasa mutlak atau

seorang diktator.

Penutup

Kedua – dua ilmuan ini menetapkan Negara Islam adalah Negara yang ditegakkan atas dasar

aqidah Islam dan dibentuk mengikut prinsip – prinsip ysng ditetapkan Allah .Negara Islam

adalah Negara yang bermatlamat mendidik dan mengasuh manusia supaya beriman dan

bertakwa kepada Allah .Ia buka Negara yang berfahaman kedaerahan yang terbatas ,tidak

juga disempitkan oleh batasan kaum ,warna kulit ,kasta atau sebagainya.Negara ini didirikan

atas akar aqidah yang bercirikan universal bersesuaian dengan pelbagai zaman dan pelbagai

ketika.Sesiapa juga boleh menjadi rakyat dibawah payungnya tanpa perlu menukar agama

untuk mendapat kesamaan selaku warganya.

Tujuan Negara Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri. Tujuannya bukanlah

setakat untuk menwujudkan keamanan , suasana damai ,melindungi keselamatan rakyat dan

menentang pencerobohan musuh dari luar tetapi yang terutama ialah untuk melaksanakan

17

Page 18: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

hukum- hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam

keseluruh pelusuk dunia.

Berteraskan tauhid ,berbekalkan yakin kepada Allah yang telah menyerahkan manual

pemerintahan alam ini kepada Saidina Muhamad SAW yang mana baginda telah

menunjukkan tatacara bernegara yang kemudiannya diikuti oleh para khalifahnya yang lurus .

Tiada keraguan mahupun kekhilafan dalam mengatur pemerintahan kerana setiap keraguan

dan kesamaran ada dalam Kitabullah dan Sunahtulrasulullah.

18

Page 19: Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara

Rujukan

1.Khalid Ali Ahmad Al Anbariy,Sistem Politik Islam ,2008.Telaga Biru

2. Abu Urwah,Konsep Konsep Umum Islam,1989,Pustaka Salam

3.Mustafa Haji Ahmad ,Pemikiran Politik dan Ekonomi Al Maududi,1989,DBP

4.Muhamad Al Baqir ,Khilafah dan Kerajaan –Abul A’La Al Maududi,1986,Dewan Pustaka

Fajar

5.Hj Sallehuddin Abdullan (pen)Harta dan Pemerintahan Dalam Islam-Abdul Qodir

Audah,1983.Pustaka Antara

6.Muhamed S.El-Awa,Sistem Politik Negara Islam , 1991 ,DBP

7. Modul Insan Dan Manhaj Ketuhanan,UITM

8. Mushnaf Tajwed Berserta Terjemahan Al Quran ,Darul Fikir

Laman Web

1.www.islamicinterlink.com/topics/maudoodi

2.www.4shared.com/document/mmWAlgCI/Jihad_In_Islam_-_Abul_Ala_

3.islamfuture.wordpress.com/2010/03/02/towards-understanding

4.www.sunnah.org/history/Scholars/al_mawardi.htm

5.www.islamic-life.com/forums/books-booklets/download-book

19