kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan...

15
1 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN SUMBER DAN PERKHIDMATAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik, UPSI (2006) Pendahuluan Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia. Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke- 21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta robotik dengan meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan. Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran mnggunakan komputer dan internet dalam pendidikan

Upload: hassan-mohd-ghazali

Post on 27-Jul-2015

31.919 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

1

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN

SUMBER DAN PERKHIDMATAN INTERNET DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik, UPSI

(2006)

Pendahuluan

Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan

adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan

kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin

Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia.

Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke-

21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan

perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah

banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini. Kemajuan dalam bidang sains

dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal,

sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta

robotik dengan meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di

negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis,

Jepun dan Korea.

Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa

pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi

maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung

melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran

pendidikan.

Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam sistem

pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi

pembelajaran mnggunakan komputer dan internet dalam pendidikan

Page 2: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

2

menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan

kemahiran. Banyak kajian-kajian berasaskan komputer dan multimedia dan

internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan komputer

meninggalkan kesan positif terhadap proses pembelajaran (Tylor, 1980).

Namun demikian, realiti impirikal di pusat pengajian tinggi memperlihatkan

proses pembelajaran tidak digunakan secara optima dan memanfaatkan

sumber pembelajaran melalui internet dan pusat sumber elektronik, karena

dalam proses pembelajaran di pusat pengajian tinggi masih ada

kecenderungan pembelajaran berpusat pada pensyarah (teacher centered),

‘textbook centered’, dan ‘monomedia’. Adalah tidak dapat dipersalahkan

apabila terdapat ramai pelajar mengganggap proses pembelajaran di pusat

pengajian tinggi sebagai sesuatu yang membosankan.

Sebenarnya pendidikan dipusat pengajian tinggi merupakan ‘synthetic

science’, karena konsep, generalisasi, dan temuan-temuan penelitian

ditentukan atau diobservasi setelah fakta yang terjadi. Informasi fakta tentang

kehidupan sosial atau masalah-masalah kontemprori yang terjadi di

masyarakat dapat ditemukan dalam penerokaan (exposure) media massa,

karena media massa diyakini dapat menggambarkan realiti sosial dalam

berbagai aspek kehidupan.

2. Internet

Internet ialah singkatan daripada perkataan inggeris ‘internatonal network’,

iaitu jaringan informasi global, atau dalam bahasa inggeris disebut ‘the

largest global network of computers, that enables people throughout the world

to connect with each other’ . Internet dicetuskan dari idea perekanya J.C.R.

Licklider dari MIT (Massachusetts Institute Technology) pada bulan Ogos

1962.

Page 3: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

3

Sejarah awal Internet adalah lahir untuk suatu keperluan tentera

Amerika Syarikat. Pada awal tahun 1969 ‘Avanced Research Project Agency’

(ARPA) dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, membuat suatu

eksperimen jaringan yang diberi nama ARPAnet untuk menyokong

keperluan penyiasatan dikalangan tentera. Namun demikian dalam

perkembangan selanjutnya jaringan ini dipergunakan untuk keperluan

penyiasatan diputat pengajian tinggi, yang dimulai dengan University of

California, Stanford Research Institute dan University of Utah (Cronin, 1996).

Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan beribu

bahkan berjuta jaringan komputer seluruh dunia(local/wide ared network)

dengan komputer pribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer

yang terhubung kepadanya boleh melakukan komunikasi satu sama lain

(Brace, 1997). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi atau institusi,

karena tak satu pihak pun yang mempunyai outoriti dan memilikinya.

Untuk menggunakan internet diperlukan sebuah set computer dan

modem (Paling minima berkecepatan 14.400), sambungan telefon dan

perisian operasi Windows yang dilengkapi perisian explorer.

Brace juga menyebutkan bahawa Internet adalah sebagai suatu

"kesepakatan", karena ianya boleh saling berhubungan dan berkomunikasi

setiap komputer melalui penggunaan protokol standart iaitu TCP/IP

(Transmission Control Protocol/Internet Protocol) yang disepakati bersama.

Dengan perkataan lain meskipun suatu komputer terhubung melalui jaringan

Internet, namun kalau ia tidak menggunakan standart komunikasi pengiriman

dan penerimaan maka komunikasi tidak akan berlaku.

Hingga kini fasiliti aplikasi Internet sangat banyak sehingga mampu

memberikan keperluan kepada tentera, para pendidik, kalangan media

massa, perniagaan dan perdagangan. Antara fasiliti tersebut seperti Telnet,

Page 4: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

4

Gopher, WAIS, mel elektronik (e-mail), Mailing List, Newsgroup, File Transfer

Protocol (FTP), Internet Relay Chat (IRC), World Wide Web (WWW).

Beberapa fasiliti dalam penggunaan internet adalah seperti berikut:

E-mail

E-mail atau surat elektronik, merupakan fasiliti yang paling sederhana

dan paling mudah digunakan. Hingga kini e-mail adalah alat penghatar

mesej atau surat paling cepat dan murah.

Mailing List

Mailing list merupakan perluasan penggunaan e-mail, dengan fasiliti ini

pengguna yang telah memiliki alamat e-mail boleh bergabung dalam

suatu kelompok diskusi, dan melalui mailing list ini boleh berdiskusi

untuk memecahkan suatu permasalahan secara bersama-sama,

dengan saling memberikan pendapat dan sebagainya. Komunikasi

melalui mailing list ini memiliki sifat yang sama dengan e-mail, iaitu

bersifat tidak sinkron (asynchronous communication mode) atau

bersifat un-real time.

File Transfer Protocol (FTP)

FTP adalah fasilitas Internet yang memberikan kemudahan kepada

pengguna untuk mencari dan mengambil ‘arsip’ fail (down load) di

suatu server yang terhubung ke Internet pada alamat tertentu yang

menyediakan berbagai fail, yang telah diberi keizinan untuk diambil

oleh pengguna lain yang memerlukannya. Antara fail-fail yang biasa

boleh didapati melalui ‘down load’ ialah bahan-bahan penyelidikan,

artikel-artikel jurnal dan lain-lain.

Di samping itu FTP juga dipergunakan untuk meng-upload fail

homepage sehingga boleh diakses oleh pengguna dari seluruh dunia.

Page 5: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

5

News group

Newsvgroup dalam Internet adalah fasiliti untuk melakukan komunikasi

antara dua orang atau lebih secara serentak dalam suatu waktu yang

sama (real time). Oleh yang demikian komunikasi yang dilakukan

adalah komunikasi yang ‘synchronous’ (synchronous communication

mode). Bentuk pertemuan ini lazim disebut sebagai konferensi, dan

fasiliti yang digunakan boleh dalam bentuk multimedia (seperti audio-

visual) iaitu dengan mengggunakan fasiliti ‘video conferencing’,

ataupun teks saja atau teks dengan audio dengan menggunakan

fasiliti chat (IRC).

World Wide Web

WWW merupakan kumpulan koleksi besar tentang berbagai macam

dokumentasi yang tersimpan dalam berbagai server di seluruh dunia,

dan dokumentasi tersebut dikembangkan dalam format hypertext dan

hypermedia, dengan menggunakan Hypertext Markup Language

(HTML) yang memungkinkan terjadinya rangkaian (link) antara satu

dokumen dengan dokumen yang lain, sama ada dalam bentuk teks,

visual, audio, animasi,video dan lain-lainnya.

Fasiliti-fasiliti di atas adalah juga sangat sesuai untuk dijanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru penggunaan internet sangat

cepat pergerakan hinggakan melebihi manjangkau zaman.

3. Aspek pembelajaran menggunakan internet

Menurut Ryder dan Hughes,(1997).Terdapat tiga bentuk sistem yang

menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah:

1. Web course

2. Web Centric Course

Page 6: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

6

3. Web Enhanced Course

Web Course

Web course ialah penggunaan internet untuk keperluan pembelajaran,

di mana seluruh bahan belajar, diskusi, konsultasi, tugasan, latihan dan ujian

sepenuhnya disampaikan melalui internet. Pensyarah dan pelajar

sepenuhnya terpisah, namun hubungan atau komunikasi antara pelajar

dengan pensyarah boleh dilakukan pada setiap saat. Komunikasi lebih

banyak dilakukan secara ‘ansynchronous’ daripada secara ‘synchronous’.

Bentuk web course ini tidak memerlukan adanya pertemuan bersekemuka

atau pembelajaran cara tradisi, karena semua proses pengajaran dan

pembelajaran sepenuhnya berlaku melalui penggunaan fasilitas internet

seperti e-mail, ‘chat rooms’, ‘bulletin board’ dan ‘online conference’.

Di samping itu sistem ini biasanya juga dilengkapi dengan berbagai sumber

maklumat, baik yang dikembangkan sendiri maupun dengan menggunakan

berbagai sumber belajar dengan jalan membuat hubungan (link) ke berbagai

sumber belajar yang sudah tersedia di internet, seperti database statistik

berita dan informasi, e-book, perpustakaan elektronik dan lain-lain.

Bentuk pembelajaran model ini biasanya dipergunakan untuk keperluan

pendidikan ajarak jauh (distance education/learning). Aplikasi bentuk ini

antara lain seperti virtual campus/universiti.

Web Centric Course

Web Centric Course, di mana sebagian bahan belajar, diskusi,

konsultasi, tugasan, dan latihan disampaikan melalui internet, sedangkan

ujian dan sebagian konsultasi, diskusi dan latihan dilakukan secara

bersekemuka atau cara tradisi. Walaupun dalam proses pembelajaran

sebagiannya dilakukan dengan bersekemuka yang biasanya berupa tutorial,

tetapi pertemuan antara pensyarah dan pelajar adalah berkurangan

Page 7: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

7

dibandingkan dengan pembelajaran kendiri melalui proses belajar melalui

internet.

Dengan bentuk ini maka pusat kegiatan belajar berkisar dari kegiatan

kelas menjadi kegiatan melalui internet. Sama dengan bentuk -web course,

pensyarah dan pelajar sepenuhnya terpisah tetapi pada waktu-waktu tertentu

mereka membuat pertemuan.

Web Enhanced Course

Web Enhanced Course, iaitu pemanfaatan internet untuk pendidikan,

hanya untuk membantu peningkatan kualiti kegiatan pengajaran dan

pembelajaran di kelas. Bentuk ini juga dikenal dengan nama ‘Web lite

course’, karena kegiatan pembelajaran utama adalah secara tradisi.

Peranan internet di sini adalah untuk menyediakan sumber-sumber

yang sangat kaya dengan memberikan alamat-alamat atau membuat

hubungan (link) ke pelbagai sumber pembelajaran yang sesuai yang boleh

diakseskan secara online. Dialog atau komunikasi tersebut adalah untuk

keperluan berdiskusi, berkonsultasi, dan untuk bekerja secara kelompok.

Komunikasi timbal balik berlaku antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan

kawan di luar kelas/sekolah, pelajar dengan kelompok, pelajar dengan

pensyarah ataupun pensyarah dengan pelajar atau dengan kelompok.

Perbezaan dengan kedua bentuk sebelumnya, bentuk ‘Web Enhanced

Course’ ini jumlah pembelajaran melalui internet lebih sedikit berbanding

dengan jumlah pembelajaran secara tradisi, kerana penggunaan internet

adalah hanya untuk membantu kegiatan pembelajaran secara tradisi.

Page 8: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

8

4. Kelebihan internet dalam media pengajaran dan pembelajaran

Menurut Ryder & Hughes (1997) ada dua jenis tautan yang dikenakan

ke atas guru dan pelajar apabila menggunakan internet untuk pengajaran dan

pembelajaran.

Tuntutan pertama ialah pelajar dikehendaki mempunyai kemahiran

melayari internet dengan menggunakan enjin pencarian maklumat yang

efektif, menilai maklumat yang diperolehi dan memuatkan turunkan fail.

Kedua ialah mengenai kemahiran berfikir pelajar iaitu bagaimana ia

berfungsi apabila berhadapan dengan maklumat dalam bentuk hiperteks.

Apabila menggunakan hiperteks, pelajar tidak lagi menerima bahan dalam

format yang berstruktur seperti yang distruktur oleh pengarang buku teks.

Sebaliknya, maklumat berbentuk hiperteks memberi peluang pelajar

membina maklumat mengikut tahap kognitif dan minat mereka. Oleh yang

demikian cara pembelajaran menggunakan buku teks adalah berlainan

dengan menggunakan bahan dari hiperteks.

Namun demikian internet mempunyai banyak kelebihan yang boleh

dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu yang

penting ialah internet adalah sebagai sumber pembelajaran di peringkat

pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengekses pembelajaran

kendiri. ‘Through independent study, students become doers, as well as

thinkers’ (Cobine, 1997). Oleh yang demikian pelajar dapat mengakses

secara online dari berbagai perpustakaan, museum, database, dan

mendapatkan sumber utama tentang berbagai peristiwa sejarah, biografi,

rakaman, laporan, data statistik, atau kutipan yang berkaitan dengan

pembelajaran tinggi (Gordin et. al., 1995).

Sebenarnya penggunaan internet sebagai keperluan pendidikan

telahpun meluas, terutama di negara-negara maju, ini merupakan fakta yang

menunjukkan bahwa dengan media ini memungkinkan tenaga pengajar dapat

Page 9: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

9

diselenggara dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

Hal itu terjadi karena dengan sifat dan karakteristik Internet yang cukup

istimewa, sehingga diharapkan boleh digunakan sebagai media pengajaran

dan pembelajaran sebagaimana media lain seperti radio, television, CD-ROM

Interkatif dan lain-lain.

Sebagai media yang diharapkan akan menjadi bahagian dari suatu proses

pengajaran dan pembelajaran, internet sebaiknya harus mampu memberikan

proses komunikasi interaktif antara pensyarah dengan pelajar. Ini merupakan

pra-syarat utama. Kandungannya harus mampu ditangani dalam internet

tersebut terutama berkaitan dengan strategi pembelajaran yang akan

dikembangkan sebagai kegiatan komunikasi yang dilakukan untuk mengajak

pelajar mengerjakan tugas-tugasnya dan membantu dalam memperolehi

pengetahuan yang diperlukan dalam rangka mengerjakan tugas-tugas

tersebut (Boettcher 1999).

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi pengajaran, diskusi,

membaca, kerja kursus, presentasi dan penilaian, secara umum bergantung

pada dialog dan komunikasi sebagai berikut (Boettcher 1999):

1. Dialog dan komunikasi antara pensyarah dengan pelajar

2. Dialog dan komunikasi antara pelajar dengan sumber maklumat

3. Dialog dan komunikasi antara sesama pelajar

Apabila ketiga aspek tersebut boleh diselenggarakan dengan

komposisi yang serasi, maka diharapkan akan terjadi proses pembelajaran

akan berlaku secara baik. Para pakar pendidikan menyatakan bahawa

keberhasilan pencapaian tujuan dari pembelajaran sangat ditentukan oleh

keseimbangan antara ketiga aspek tersebut (Pelikan, 1992).

Lantaran itu suatu perancangan dengan menggutamakan

keseimbangan antara ketiga-tiga dialog dan komunikasi tersebut adalah

Page 10: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

10

sangat berhubung rapat dengan pembelajaran berasaskan internet.

(Bottcher, 1995).

Oleh yang demikian ternyata bahwa internet memang boleh digunakan

dalam sesuatu pembelajaran, karena memiliki karakteristik yang istimewa

iaitu:

1. Sebagai media interpersonal dan juga sebagai media massa yang

memungkinkan terjadinya komunikasi satu dengan satu dengan

banyak.

2. Memiliki sifat interaktif,

3. Memungkinkan terjadinya komunikasi secara bersama seperti

dalam ketiga jenis dialog dan komunikasi .

Kajian yang dilakukan oleh ‘Center for Applied Special Technology’

(CAST) pada tahun 1996, yang dilakukan terhadap sekitar 500 murid tahun

lima dan enam sekolah rendah. 500 murid tersebut dimasukkan dalam dua

kelompok yaitu kelompok eksperimen yang dalam kegiatan belajamya

dilengkapi dengan akses Internet dan kelompok kontrol. Setelah dua bulan

menunjukkan bahwa kelompok eksperimen mendapat nilai yang lebih tinggi

berdasarkan hasil ujian akhir tahun.

Kajian ini menunjukkan bahawa kejayaan internet dalam penggunaan

dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Satu kajian ini telah membolehkan

keyakinan bahawa pembelajaran dengan menggunakan internet sangat

perkesan dan afektif.

Pelajar dan pensyarah tidak perlu hadir secara realistik ke kuliah.

Malah dengangan penggunaan jaringan seperti intenet pelajar dapat

mempelajari bahan pembelajaran dan tugasan-tugasan pembelajaran serta

Page 11: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

11

ujian dengan cara mengakses jaringan komputer yang telah ditetapkan

secara online.

Oleh yang demikian berikut adalah kelebihan yang nyata dalam proses

Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media internet:

1. Pelajar boleh belajar secara kolaberatif (collaborative) antara

satu sama lain. Mereka juga dapat mengirim surat melalui e-

mail (electronic mail) untuk bertanya dan berurusan dengan

pensyarah dan rakan pembelajaran

2. Boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh terutama

tempat yang tidak dapat menjalankan kelas seperti biasa.

3. Proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan waktu

tertentu.

4. Bahan Pengajaran dapat ditentukan oleh pelajar dengan

kesesuaian bahan dan pemilihan bahan yang dikehendaki.

5. Lama waktu belajar juga bergantung kepada kemampuan

masing-masing.

6. Pencarian data dan muklumat dalam skop yang besar

diseluruh dunia.

7. pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Ini memberi

kesan yang sungguh menarik kepada pelajar.

8. Ibu bapa atau masyarakat juga dapat bersama-sama

mengekses bahan Pengajaran dan pembelajaran melalui

internet.

9. Meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dikalangan

pelajar, kerana kebanyakan bahan adalah dalam bahasa

Inggeris.

Page 12: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

12

10. Secara psikologis, akses terhadap internet juga

menumbuhkan rasa percaya diri karena memungkinkan kita

untuk tidak lagi terasing dari maklumat sampai yang paling

mutakhir.

11. Melalui engin pencarian pelajar dapat mencari banyak

maklumat pembelajaran.

5. Kelemahan penggunaan internet dalam Pengajaran dan pembelajaran

Namun demikian terdapat juga kelemahan-kelemahan penggunaan sumber

dan perkhidmatan internet antaranya ialah:

1. Pelajar lebih terdedah dengan bahan-bahan porno. Bahan ini

sangat diminati pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja. Laman

web porno lebih senang di ekses.

2. Sumber maklumat yang tidak menyakinkan, kerana tidak adanya

autoriti dalam data base tersebut.

3. Terdapatnya ciplak hak cipta sama ada dari segi maklumat ataupun

pelajar yang mengambil muat turun bahan tersebut.

4. Tingginya kemungkinan gangguan belajar; sebab sistem tersebut

mengkondisikan pelajar untuk belajar kendiri, menyebabkan pelajar

yang malas hanya menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari

maklumat.

5. Fasalitis internet yang masih tidak mencukupi, terutama dikawasan

luar Bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas.

6. Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersekemuka, kalau

berlakupun terlalu sedikit.

7. Kurang kawalan daripada pengajar.

Page 13: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

13

8. Pembelajaran kendiri melalui internet menyebabkan pelajar lebih

individulistik.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya penggunaan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran banyak kelebihan dari kelemahan. Banyak kajian-kajian yang

telah dibuat menunjukkan pencarian bahan melalui internet lebih terbuka dan

memberi peluang kepada pelajar menerokai bahan terbaharu.

Peluang yang begitu luas sekali untuk mencari bahan dan maklumat

dipelusuk dunia sekali gus membantu mendapatkan bahan untuk membantu

proses pembelajaran.

Bahan-bahan yang begitu banyak dapat diproses dan ditapis untuk

digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dengan menggunakan

pendekatan pembelajaran kendiri dapat menyesuaikan masa dan ruang

untuk belajar dan tidak terlalu bergantung dengan pensyarah semata-mata.

Page 14: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

14

Bibliografi

Arief Achmad, (2004) Pemanfaatan Internet sebagai Sumber Pembelajaran

IPS. Bandung: SMAN 21 Bandung

Boettcher, Judith V., (1999). Faculty Guide for Moving Teaching and Learning

to the Web, League for Innovation in the Community College, US

Clark, L.H. (1965). Social Studies and Mass Media. Plainfield, N.J. : New

Jersey Secondary School Teachers Association).

Clark, L.H. (1973). Teaching Social Studies in Schools : A Handbook. New

York : MacMillan Publishing Co., Inc.

Cobine, G.R. (1997). Studying with the Computer. ERIC Digest. [Online]. Tersedia : http://www.ericfacility.net/ericdigests/ed450069.html.

Cobine, G.R. (1997). Studying with the Computer. ERIC Digest. [Online].

Tersedia : http://www.ericfacility.net/ericdigests/ed450069.html. [28 April

2003].

Cronin, Mary J., (1996). The Internet Strategy Hanbook: Lessons from the

New

Gordin, D.L. et.al. (1995). Using the WorldWideWeb to Build Learning

Communities. Northwestern University Magazine, April, 1-17.

Heinich, Robert, (1996). Instructional Media and Technologies for Learning,

Prentice-Hall, Inc, New Jersey

Matnor Daim. (1997). Ucap utama pendidikan Malaysia di Abad ke 21, Persidangan Dicovery Malaysia 1997. Shah Alam : 3-5 Jun 1997

Page 15: Kelebihan dan kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet dalam pengajaran dan pembelajaran

15

McCormack, Colin, (1998). Building a Web-Based Education System, Wiley

Computer Publishing, Canada

McLuhan, M. (1964). Understanding Media : The Extensive of Man. New

York: McGraw-Hill.

Ryder, J.R.& Hughes, T. (1997). Internet for educators. New Jersey: Simon &

Schuster.

Taylor, R. (1980). The Computer In The Scholl, Tutor, Tool, Tutee. London: teacher College Press.

Toffler, A. (1983). Previews & Premises: An Interview With True Author Of Future Shock And The Third Wave Previews And Premises. New York: W.Morrow.

Williams, Bard, (1999), Getting Started WWW Course Tools, Camosun

College, VictoriaA, Canada.

Williams, Bard, (1999). The Internet/or Teachers, 3rd Edition, IDG Books

Worldwide, USA.