kesan negatif miigrasi terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara

20
KESAN NEGATIF MIIGRASI TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA 6.1 PENDAHULUAN Pada masa kini, migrasi dalaman dan antrabangsa telah menjadi satu fenomena yang lumrah di kalangan masyarakat negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan oleh para migran dalaman dan antarabangsa dalam pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan negara amat penting di mata dunia. Namun begitu, perpindahan mereka secara tidak langsung juga akan menimbulkan pelbagai kesan yang negatif baik dari segi ekonomi, politik dan sosial, sekiranya tiada panduan bermigrasi yang menjadi ikutan khususnya bagi jenis migrasi antarabangsa iaitu kebanjiran kedatangan buruh asing ke negara 6.1 KESAN NEGATIF MIGRASI DALAMAN Migrasi dalaman adalah penghijrahan penduduk melintasi sempadan kawasan dalam sesebuah negeri atau negara. Contohnya penghijrahan penduduk Kelantan ke Kuala Lumpur untuk belajar, berniaga atau bekerja. Kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan asal dan kawasan destinasi ialah tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah. Apabila kemasukan penduduk secara berlebihan di sesuatu kawasan akan menyebabkan berlakunya persaingan guna tanah yang ketara antara penempatan, industri, pembandaran, kemudahan asas, pertanian. Sebagaiman kita sedia maklum saiz tanah tidak bertambah berbanding dan intensity guna tanah akan menimbulkan persaingan antara penduduk yang berhijrah dengan penduduk

Upload: penauk-mustanir

Post on 05-Dec-2014

301 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kesan migrasi kepada kesejahateraann

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

KESAN NEGATIF MIIGRASI TERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

6.1 PENDAHULUAN

Pada masa kini, migrasi dalaman dan antrabangsa telah menjadi satu fenomena yang

lumrah di kalangan masyarakat negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

sumbangan oleh para migran dalaman dan antarabangsa dalam pertumbuhan ekonomi serta

kesejahteraan negara amat penting di mata dunia. Namun begitu, perpindahan mereka secara

tidak langsung juga akan menimbulkan pelbagai kesan yang negatif baik dari segi ekonomi,

politik dan sosial, sekiranya tiada panduan bermigrasi yang menjadi ikutan khususnya bagi

jenis migrasi antarabangsa iaitu kebanjiran kedatangan buruh asing ke negara

6.1 KESAN NEGATIF MIGRASI DALAMAN

Migrasi dalaman adalah penghijrahan penduduk melintasi sempadan kawasan dalam

sesebuah negeri atau negara. Contohnya penghijrahan penduduk Kelantan ke Kuala Lumpur

untuk belajar, berniaga atau bekerja. Kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan asal

dan kawasan destinasi ialah tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah. Apabila

kemasukan penduduk secara berlebihan di sesuatu kawasan akan menyebabkan berlakunya

persaingan guna tanah yang ketara antara penempatan, industri, pembandaran, kemudahan

asas, pertanian. Sebagaiman kita sedia maklum saiz tanah tidak bertambah berbanding dan

intensity guna tanah akan menimbulkan persaingan antara penduduk yang berhijrah dengan

penduduk tetap sesuatu kawasan dan seterusnya akan menimbulkan tekanan terhadap tanah di

kawasan sekeliling. Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru

kawasan penempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk

berkenaan. Pembukaan kawasan penempatan baru akan mengorbankan kawasan guna tanah

yang sedia ada seperti guna tanah pertanian. Pada masa kini sudah banyak estet-estet

pertanian bertukar kepada estet perindustrian dan perumahan serta nilai tanah menjadi

semakin mahal sehingga sukar untuk guna tanah lain dijalankan.

Selain itu, pencemaran dan kerosakan sumber alam. Pertambahan penduduk di

bandar-bandar besar akibat migrasi telah meningkatkan kadar pencemaran udara dan air di

bandar-bandar berkenaan. Peningkatan jumlah kenderaan selari dengan pertambahan

penduduk secara tidak langsung akan menyebabakan pencemaran kenderaan iaitu pelepasan

gas-gas pencemar seperti karbon monoksida ke udara.

Page 2: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Keadaan ini akan meningkatkan lagi indeks pencemaran udara. Sehubungan dengan

itu, sumber air khususnya sungai akan tercemar menerusi pembuangan sisa domestik seperti

sampah sarap oleh penduduk yang semakin bertambah khususnya di kawasan setinggan.

Contohnya, kes Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kerosakan terhadap sumber alam

dirujukkan kepada pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh yang sering terjadi di bandar-

bandar besar akibat pembangunan yang pesat khususnya di lereng-lereng bukit bagi tujuan

penampung pertambahan penduduk melalui membina kawasan perumahan.

Di samping itu, kesan yang lain dapat dikaji ialah dari segi kepupusan sumber alam.

Migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber berpotensi

menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan diancam kehabisan

khususnya sumber yang tidak boleh diganti. Contohnya, sumber bijih timah di Ipoh, Perak

yang diancam kepupusan akibat eksploitasi berlebihan semenjak kemasukan migran-migran

melalui Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19.

Justeru itu ,berlakunya pembaziran sumber. Negeri-negeri seperti Kelantan dan

Terengganu mengalami masalah kekurangan pekerja untuk membangunkan sumber-sumber

alam setempat.Fenomena migrasi tenaga kerja dari sektor pertanian dan perikanan dari luar

bandar ke sektor industrian dan perkhidmatan di bandar menyebabkan kawasan-kawasan desa

yang ditinggalkan menjadi lebih mundur. Secara kesimpulanya, pengimbangan di antara

perpindahan penduduk ke sesuatu baru harus di jaga agar kesan negatif yang dialami dapat di

kurangkan.

Page 3: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

6.3 KESAN NEGATIF MIGRASI ANTRABANGSA

Aliran migrasi antarabangsa ke Malaysia dikatakan mempunyai kesan negatif yang lebih

banyak berbanding kesan positif. Kesan negatif migrasi antarabangsa dapat di kaji dari segi

ekonomi, sosial dan politik negara.Mengenalpasti kesan yang ditinggalkan membolehkan

dasar pembangunan sumber manusia dirangka dan dilaksanakan secara berkesan.

6.3.1 Kesan negatif migrasi kepada ekonomi Negara

Aliran kemasukan warga migrasi antarabangsa meninggalkan kesan ke atas ekonomi

negara secara makro dalam keadaan jangka pendek dan jangka panjang. Keadaan dalam

jangka masa pendek membawa kesan positif kepada ekonomi manakala dari asegi jangka

panjang, kehadiran mereka ini dianggap menghalang penstrukturan ekonomi negara yakni

membawa kesan negatif kepada ekonomi negara.

Antaranya ialah akan menimbulkan masalah pengambilalihan tugas atau pekerjaan

oleh golongan migrasi daripada penduduk tempatan dan menyebabkan daya saing dalam

mendapatkan pekerjaan dalam kalangan penduduk tempatan semakin meningkat. Golongan

migrasi ini akan memenuhi setiap sektor dan peluang pekerjaan yang wujud di negara ini dan

akan menyekat punca pendapatan penduduk tempatan Sebagai contoh, pekerja-pekerja

tempatan terpaksa bersaing dengan pekerja-pekerja asing yang menjalankan perniagaan

secara sah disisi undang-undangg mahupun haram (tanpa lesen).

Artikel 1 :Pendatang Kuasai Pasar Malam

Sumber : (Kosmo, 17.10.2012)

Page 4: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Pekerja-pekerja asing ini telah dianggap merampas sumber rezeki penduduk tempatan

dengan turut sama terlibat dalam kegiatan perniagaan. Keadaan ini mendatangkan kemarahan

kepada peniaga-peniaga tempatan dan jika berterusan akan menyebakan perkara yang tidak

diingini berlaku.

Hal ini menyebabkan kebanjiran pendatang asing di negara ini telah menyukarkan lagi usaha

oleh kesatuan sekerja untuk memperjuangkan hak mereka iaitu kenaikan kadar upah dan

pelbagai jenis faedah yang layak diperoleh oleh pekerja tempatan. Kesan daripada itu pekerja

tempatan akan terus tidak melibatkan diri dalam pasaran buruh tempatan di sektor-sektor

tertentu sekiranya keadaan ini berterusan.

Artikel 2 : Ambil Pekerja 11,000 Warga Nepal

Sumber :(Berita Harian, 10.10.2012)

Kesatuan kerja juga berpendapat bahawa pekerja tempatan sebenarnya tidak memilih

kerja tetapi menentang kekurangan/ketiadaan faedah sampingan yang sepatutnya diperoleh.

Perkara ini menjadi semakin parah apabila kebanyakan majikan lebih suka mengajikan

golongan migrasi berbanding penduduk tempatan. Hal ini adalah kerana, golongan migrasi

ini bersedia untuk menerima upah yang paling minima walaupun tidak berbaloi dengan

pekerjaan yang telah mereka lakukan (Berita Harian, 17.04.2010).

Pihak kerajaan juga terpaksa membelanjakan banyak peruntukan bagi membenteras

kemasukan golongan migrasi ini.Masalah ini merupakan satu bebanan kewangan yang

terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia sejak sekian lama. Usaha untuk menangkap

pendatang tanpa izin sering dilakukan dari masa ke masa. Setiap kali usaha ini dilakukan

Kerajaan terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi bermula dari tarikh

penangkapan dibuat sehingga tarikh pendatang ini dihantar pulang.

Page 5: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Di bawah Ops Nyah I dan Ops Nyah II, Kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak

RM2.90 sehari (RM10 juta setahun) bagi menanggung perbelanjaan makan semasa

pendatang-pendatang ini berada di kem-kem tahanan (Azizah Kassim, 1998). Tempoh

penahanan ini mempunyai kapasiti yang terhad bagi menampung pendatang tanpa izin yang

semakin meningkat. Perbandingan kapasiti dengan jumlah pendatang yang ditahan

ditunjukkan dalam Jadual 1.1

Jadual 1.1 : Statistik perbandingan kapasiti dengan jumlah pendatang yang ditahan

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Page 6: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Artikel 3 : 70,327 Pendatang Di Usir Ke Negara Asal

Sumber :(Metro, 03.10.2012)

Selain itu, Kerajaan juga terpaksa membiayai kos menghantar pulang pendatang-

pendatang ini. Bagi setiap seorang pendatang, Kerajaan terpaksa membayar sebanyak

RM50.00 utnuk menghantar pendatang ini pulang dengan menggunakan bot (Jabatan

Imigresen Malaysia).Tambahan pula, keengganan pihak kerajaan Indonesia dalam

menyediakan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya dan membiayai kos

penghantaran pulang telah menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos

pembiayaan kewangan yang banyak. Hal ini telah merugikan kerajaan negara kita.

Di samping itu juga, kemasukan golongan migrasi akan menyebabkan deficit dalam

belanjawan negara. Golongan migrasi ini akan menghantar sebahagian hasil wang

pendapatan mereka ke kampung halaman dan akan menyebabkan aliran wang ke luar negara.

Walaupun matawang negara kita lebih besar daripada matawang Negara Indonesia tetapi

ekoran daripada terlalu banyak golongan migrasi ini yang menghantar wang ke kampung

halaman menyebabkan aliran wang masuk dengan aliran wang keluar negara menjadi tidak

seimbang seterusnya menyebabkan defisit dalam belanjawan negara.Penghantaran wang

(remittance) ke negara asal oleh migrant hasil dari upah yang diterima dari aktiviti pekerjaan

yang dilakukan, boleh mendatangkan kerugian kepada negara. Upah bulanan yang diterima

oleh pekerja asing di antara RM450 bagi pembantu rumah hingga RM600 bagi sektor

perlandangan dan sehingga RM1,000 bagi pekerja dalam sektor pembinaan. Bayangkan ,

purata upah yang diperoleh ialah RM650 setiap bulan dan jumlah pekerja asing yang bekerja

di negara ini berjumlah 1 juta orang.

Page 7: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Sekiranya seorang pekerja ini menghantar wang sebanyak RM200 setiap bulan, maka

sebanyak RM200 juta wang dihantar pulang setiap bulan atau RM2.4 bilion setahun. Statistik

telah menunjukkan sebanyak RM9.124 billion wang hantaran pekerja ke negara asal mereka

sejak Januari 2008 hingga akhir Jun 2008 .Angka ini mungkin lebih tinggi sekiranya

pendaatang tanpa izin diambil kira dan secara tidak formal untuk menghantar wang tersebut

digunakan.

6.2 Kesan migrasi terhadap masalah sosial dalam Negara

Peningkatan kemasukan buruh asing ini juga telah memberi kesan sosial yang penting

kepada penduduk tempatan. Sejak akhir-akhir ini media-media massa juga banyak

menampilkan berita-berita jenayah seperti merompak, menyamun, mencuri, merogol,

menyeludup dan kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh warga asing yang datang ke negara

kita.

Artikel 4 : Anak Ayam Gred ‘A’ Warga Asing Ditahan

Sumber :(Sinar Harian 09.10.2012)

Page 8: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Artikel 5: Minah Nigeria Bikin Kecoh

Sumber :(Metro, 06.10.2012)

Kadar jenayah yang dilakukan oleh pekerja asing ini meningkat dari tahun ke tahun.

Penglibatan mereka ini dalam kes-kes jenayah kekerasan dan harta benda ditunjukkan pada

Jadual 1.2

Negara Jenayah Kekerasan Jenayah Harta - Benda

Indonesia 1073 kes 1401 kes

Filiphina 416 kes 1400 kes

Singapura Tiada 1 kes

Jadual 1.2: Statistik jenayah 2008

Sumber: (Bernama,2008)

Dalam perkiraan statistik tersebut, migrasi Indonesia dikatakan banyak melakukan

jenayah dalam negara. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang tahun

2008 warga Indonesia mencatatkan penglibatan tertinggi iaitu 1,073 kes dalam jenayah

kekerasan dan 1,400 kes dalam jenayah harta benda diikuti warga Filipina pula sebanyak 416

kes (jenayah kekerasan) dan 1,400 kes ( jenayah harta-benda) manakala warga Singapura

cuma mencatatkan satu kes jenayah harta-benda.

Page 9: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Artikel 6 : Disamun Tiga Warga Asing

Sumber :(Sinar Harian, 12.10.2012)

Perkara ini sangat membimbangkan penduduk Malaysia kerana terpaksa hidup dalam

keadaan yang tidak selamat. Di mana saja kejadian jenayah boleh berlaku. Kebanyakan

migrasi Indonesia ini masuk dalam negara menggunakan pas pelancong dan pelajar

sebaliknya mereka akan melakukan jenayah dalam negara kita. Dari segi kesan sosial kepada

penduduk Malaysia akan mencetuskan kebimbangan dengan peningkatan kadar jenayah yang

dilakukan oleh golongan migrasi tersebut (Bernama, 2009). Jika ini berlaku , sudah tentu

akan menimbulkan konflik sosial yang serius pada masa akan datang yang sekaligus akan

mengancam keselamatan negara.

Masyarakat migrasi antarabangsa yang berhijrah ke Malaysia membawa isu sosial

negatif yang meruncing yang sukar dikawal oleh pihak Kerajaan.Sebagai contoh, masyarakat

Indonesia merupakan masyarakat yang serumpun dengan penduduk Melayu di Malaysia

namun demikian perbezaan daripada segi tingkah-laku, nilai, norma, budaya dan sikap

mereka dengan tuan rumah telah menimbulkan pelbagai masalah sosial di Malaysia. Migrasi

masyarakat Indonesia ini merupakan satu aliran migrasi masyarakat dari negara yang kurang

membangun dan mundur serta mereka akan membawa minda kelas ketiga mereka ketika

berada di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan menjejaskan nilai sosial masyarakat

di negara ini melalui sikap mereka yang pengotor, bising, kencing dan membuang sampah

sesuka hati serta tidak menggunakan kemudahan awam dengan betul.

Page 10: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Contohnya, pada kebiasaan sambutan hari Raya Aidilfitri mereka akan menjadikan

Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi perayaan mereka dan apabila mereka beredar

mereka akan meninggalkan timbunan sampah-sarap yang mengotorkan. Sikap dan tingkah-

laku ini sangat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita sekaligus akan

menjejaskan kehidupan penduduk Malaysia di Kuala Lumpur (Utusan Malaysia, 23 Oktober

2007).

Seperti yang telah diterangkan pekerja asing yang ingin bekerja di negara ini

disyaratkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini adalah untuk memastikan bahawa

pekerja-pekerja asing ini bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Namun permasalahan

timbul apabila pekerja asing ini masuk secara haram. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar

perubatan Malaysia menunjukkan kira-kira 6% dari pekerja asing dijangkiti oleh penyakit

berjangkit. Hal ini menunjukkan bahawa para migran datang ke Malaysia tanpa menjalani

ujian saringan penyakit dan akan menjejaskan kesihatan masyarakat di 10 negara ini.

Kesan sosial ekoran daripada kemasukan golongan migrasi juga akan menyebabkan

kesesakan bandar-bandar besar utama negara. Contohnya ialah Bandaraya Kuala Lumpur kini

menjadi sesak ekoran daripada peningkatan golongan migrasi antarabangsa ini. Mereka

hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja memandangkan pelbagai kemudahan dan

banyak peluang pekerjaan terdapat di sini.

Kedatangan pekerja asing secara individu atau berkumpulan terutamanya di bandar-

bandar telah mewujudkan perkampungan setinggan.Hal ini disokong oleh Katimah Rostam

(1998), di mana faktor pertambahan penduduk yang pesat, faktor semula jadi, migrasi

dalaman dan luaran serta kedatangan pendatang tanpa izin yang ingin bekerja disektor

sekunder telah mewujudkan masalah setinggan ini.

Tahun Jumlah Keluarga Jumlah Penduduk

2004 19180 95000

2005 16136 80680

2006 11676 58380

2007 13238 51190

30 April 2008 10239 459505

Jadual 1.3 : Jumlah Penduduk Setinggan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dari tahun

2004 sehingga tahun 2008

Sumber: (http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita/jumlah penduduk setinggan)

Page 11: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Pembukaan kawasan setinggan baru menyukarkan usaha kerajaan negeri untuk

membuat perancangan perumahan dan menempatkan semula penduduk di akwasan

perumahan yang lebih selesa. Dengan wujudnya masalah setinggan tersebut telah

melambangkan imej negara yang belum maju. Perkara ini telah menyebabkan nama negara

kita tercemar.

Secara tuntasnya, satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Asri et. al. (1999) bagi

mendapatkan maklum balas dari penduduk tempatan mengenai persepsi mereka ke atas

pekerja asing mendapati 81.31 peratus responden berpendapat pekerja-pekerja asing

cenderung membawa permasalahan sosio-budaya

Gambar 1 : Kawasan Setinggan di Puchong Selangor

Page 12: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

6.3 Kesan migrasi terhadap masalah politik dalam Negara

Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum etnik (plural society), budaya dan

agama. Bumiputera yang terdiri daripada Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia. Ini

diikuti oleh kaum Cina dan seterusnya India. Keadaan politik di negara ini adalah berasaskan

kaum etnik. UMNO mewakili kaum Melayu,MCA dan DAP mewakili kaum Cina dan

manakala MIC mewakili masyarakat India. Kalau dilihat dari segi Politik dan pentadbiran,

Kehadiran buruh asing yang terlalu ramai, boleh menggugat kestabilan politik negara.

Kegagalan pihak berkuasa menggubal satu undang-undang dan sekaligus mengawal

kemasukan buruh asing ini dan merekodkan dengan sempurna ,secara tidak langsung

pandangan orang luar terhadap pentadbiran dan peranan masyarakat umum negara kita terlalu

lemah. Ini dapat dilihat, sekiranya terdapat buruh asing di Malaysia yang menyerupai

penduduk tempatan baik dari segi budaya dan fizikal. Situasi ini dapat mewujudkan

kekeliruan tentang status kerakyatan dan seterusnya penyertaan mereka dalam politik. Kita

ketahui bahawa di bawah Perundangan Malaysia, setiap warganegara asing boleh memohon

untuk menjadi rakyat Malaysia dan salah satu keperluan perundangan ini ialah memiliki kad

pengenalan.

Kemasukan pendatang asing di Malaysia terutamanya dari Indonesia yang

mempunyai banyak persamaan dari segi identiti dan budaya memudahkan pihak

pembangkang Kerajaan memutarkanbelitkan isu ini.Bagi majoriti undi si sesetangah

kawasan, pihak Kerajaan dituduh memberikan hak mengundi kepada pekerja-pekerja asing

ini. Hal ini dapat dilihat apabila satu tuduhan telah dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pokok

Sena, Datuk Mahfuz Omar telah membongkar skandal mendaftarkan warga asing sebagai

pengundi segera untuk dipaksa undi BN (Sinar Harian, 4 April 2012). Beliau menyatakan

kepada siding media bangunan Parlimen:

“Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!.Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen.

(Sinar Harian, 4 April 2012)

Page 13: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Jelas, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara

kepada rakyat asing. Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu

diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

Keadaan ini boleh menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil dan rusuhan kaum akan

berlaku. Seterusnya keadaan ini jika tidak dibendung boleh mengancam keselamatan negara.

Namun begitu, pro – kerajaan juga telah mebawa gejala kurang sihat apabila telah

dituduh dan dikaitkan memberi dana kepada masyarakat migran antarabangsa khususnya

Indonesia melalui satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat

(Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit

bagi alternatif untuk peralihan kuasa segera. Hal ini dibuktikan:

“Pergerakkan BENDERA akan mulai berangkat pada 8 Oktober ini iaitu hari Khamis melalui pelabuhan di Surabaya, Indonesia. Dan dikatakan juga telah ada 10 orang daripada ahli itu berjayameloloskan diri menyusup kedalam negara ini sejak kelmarin untuk menubuhkan "network" dikalangan para pekerja Indonesia yang bekerja dalam berbagai sektor di Malaysia. BENDERA juga menegaskan bahawa mereka telah berjaya menghubungi dan akan merekrutkan 1.45 juta pekerja Indonesia di negara ini. Pekerja Indonesia yang telah berjaya dipengaruhi oleh BENDERA itu nanti akan dikehendaki untuk membakar semua tempat seperti asrama-asrama pekerja, kilang-kilang, pejabat-pejabat, setor-setor dan sebagainya yang terdapat ditempat mereka bekerja.Kumpulan BENDERA telah membayangkan untuk serang Malaysia melalui Sabah dan Sarawak terlebih dahulu kerana disebabkan sistem pertahanan dan tahap keselamatan di kawasan Semenanjung agak tinggi dikawal”

(Bernama, 7 Oktober 2011)

Gambar 2: Kumpulan BENDERA Isytihar Perang Keatas Malaysia

Sumber : (Media Prima, TV3)

Page 14: Kesan Negatif Miigrasi Terhadap Pembangunan Dan Kesejahteraan Negara

Isu tersebut telah menggusarkan pihak Kerajaan bagi memastikan banteng negara

pada tahap yang bersedia. Kesan daripada itu, hubungan dua serumpun negara ini juga boleh

terjejas sekiranya kebanjiran warga asing tidak dapat dikawal secara efisien. Syarat asas

untuk menjadi rakyat Malaysia dan perlu mengikut prosedur-prosedur yang tertentu untuk

mencapai taraf kerakyatan, namum begitu kejadian kad pengenalan palsu amat berleluasa

dewasa ini. Banyak terdapat sungutan kononya ada satu sindiket yang terdiri dari rakyat

Malaysia sendiri yang berani mengeluarkan permit palsu semata-mata untuk memudahkan

buruh asing ini masuk ke negara ini.

Kes-kes jenayah ini member imej buruk Malaysia di mata masyarakat antarabangsa

(Azizah Kassim, 1998). Malah ada kemungkinan juga berlakunya penyelewengan di

kalangan rakyat Malaysia sendiri, barangkali ada yang terlibat dalam kes seperti ini hingga

membolehkan buruh asing ini mendapatkan visa dan kad pengenalan dengan mudah.

Sekiranya gejala-gejala ini tidak ditangani dengan segera, maka tidak hairanlah suatu hari

nanti warga asing ini akan menjadi pemimpin negara kita sekaligus mengawal pentadbiran,

ekonomi dan sosial mengikut telunjuknya.