kelab pusat sumber sekolah sjk

Upload: shearer-alans

Post on 06-Oct-2015

318 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sss

TRANSCRIPT

FAKULTIFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER / TAHUNJANUARI / 2013

KOD KURSUSHBEF 2703 TAJUK KURSUSKO-KURIKULUM

NO. MATRIKULASI:640511125020002NO. KAD PENGENALAN:640511-12-5020NO. TELEFON:013-8834585E-MEL:[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN:LAHAD DATU

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN2

PENGENALAN

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KERJA PELAJAR KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

3-4

4

4

TUJUAN / OBJEKTIF KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

5

PERANCANGAN AKTIVITI KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI TAHUN 2013

5

Kelebihan atau Manfaat Penganjuran Aktiviti atau Pertandingan

6

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

7-9

Cabaran-Cabaran dan Halangan Yang Dihadapi

9

GALERI KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

10

KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGENALANPusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya.Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.Kelab pusat sumber sekolah ini selaras dengan jawatankuasa induk pusat sumber sekolah mempunyai hala tuju yang berwawasan dalam aspek akademik dan kokurikulum. Penubuhan kelab pusat sumber ini adalah untuk memastikan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat berjalan dengan lancar. Ahli jawatan kuasa yang dilantik daripada pelajar-pelajar dan beberapa orang guru akan memastikan segala perancangan aktiviti dalam pusat sumber dapat dijalankan mengikut tarikh jadual yang ditetapkan.

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAHPENGERUSIGuru Besar / YDP PIBG

NAIB PENGERUSIPenolong Kanan Kurikulum

SETIAUSAHAGuru Media / Guru PSS

AHLI JAWATANKUASA

PK HEM / PK KOKUMGURU MEDIA / GURU PSS

GURU BIMBINGAN & KAUNSELINGKETUA-KETUA BIDANG/ PANITIA

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KERJA PELAJAR KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAHPENGERUSIAdik Lok Mei Yee

NAIB PENGERUSIAdik Mohd Farhan Lee

NAIB SETIAUSAHAAdik Tham Mei LingSETIAUSAHAAdik Khoo Jee Han

BENDAHARIAdik Ng Mui Ting

AHLI JAWATAN KUASAPengawas PSS & Beberapa 5 orang murid yang dilantik

TUJUAN / OBJEKTIF KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAHKelab Pusat Sumber Sekolah telah menyenaraikan beberapa tujuan/objektif dalam memastikan segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan sepenuhnya. Meningkatkan mutu pengajaran-pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. Membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran. Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar. Melatih pelajar menggunakan kemahiran mencari dan memproses maklumat dalam proses pembelajaran.

Selepas beberapa perbincangan dengan ahli-ahli jawatan kuasa Kelab Pusat Sumber Sekolah, kesemua ahli telah bersetuju aktiviti-aktivti dan beberapa pertandingan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013.

PERANCANGAN AKTIVITI KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH BAGI TAHUN 2013TarikhAktivitiStatus

4-6 Januari Orientasi pusat sumber untuk pelajar-pelajar baru

12 JanuariTaklimat Nilam untuk guru-guru kelas

14 JanuariMesyuarat Jawatan Kuasa Induk PSS

16 JanuariMesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kelab PSS

2 FebruariTaklimat ketua guru penasihat Kelab PSS

9 FebruariGotong royong kali pertama

13 FebruariPelancaran Program Nilam peringkat sekolah

22 FebruariAhli-ahli kelab PSS mengadakan lawatan penanda arasan ke pusat sumber sekolah cemerlang sekolah lain

19 MacPertandingan Bacathon

1 AprilKempen Mari Membaca

8 April Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk PSS kali ke-2

12 AprilMesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kelab PSS kali ke-2

19 April Lawatan sambil belajar ke perpustakaan negeri

15-18 MeiKem pengurusan dan jati diri Kelab PSS

2 JulaiMajlis pelantikan pengawas PSS

15-19 Julai Minggu Kelab PSS

15 JulaiAnugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah

26 JulaiKemaskini keratan akhbar

3 OgosPertandingan Treasure Hunt

3 OktoberMesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kelab PSS kali ke-3

26 OktoberJamuan akhir Kelab PSS

30 OktoberLaporan akhir tahun Kelab PSS.

Kelebihan atau Manfaat Penganjuran Aktiviti atau PertandinganDaripada perancangan aktiviti dan pertandingan anjuran Kelab Pusat Sekolah, beberapa kelebihan dan manfaat telah dikenalpasti. Antaranya adalah: Gotong-royong yang telah diadakan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar dengan guru-guru. Lawatan penanda arasan dapat membuka pengetahuan dan menambahkan pengalaman ahli-ahli kelab PSS dalam meningkatkan lagi kemudahan dan menceriakan lagi suasana di dalam pusat sumber sekolah. Pertandingan Bacathon, kempen Mari Membaca dan pertandingan Treasure Hunt dapat meningkatkan lagi penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti sekolah dan boleh mendidik mereka untuk sentiasa berfikiran daya saing, maju dan membina insan yang berfikiran secara kreatif dan kritis. Kem pengurusan dan jati diri ahli-ahli kelab PSS dapat membentuk akhlak minda pelajar-pelajar ke arah individu yang berwawasan dan berfikiran terbuka. Ahli-ahli kelab PSS juga akan dilatih dalam pengurusan Pusat Sumber dengan bimbingan guru PSS.

UNDANG-UNDANG / PERATURAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH1. Waktu perkhidmatan Isnin - Khamis : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari (mengikut keperluan pelajar/guru) Jumaat : 8.00 pagi - 11.30 tengah hari Sabtu : Mengikut keperluan pelajar / guru Ahad : Ditutup

2. KeahlianAhli Tetap : Pelajar-pelajar, guru-guru tetap dan semua kakitangan (menggunakan smart card).Ahli Sementara : Guru sandaran, guru praktikal dan AJK Lembaga Sekolah (menggunakan kad sementara).* Semua pelajar dan guru diwajibkan menjadi ahli kelab PSS.

3. Kad KeahlianSetiap ahli perlu memiliki smart card.Smart card tidak boleh dipindah milik.Smart card yang rosak atau hilang boleh diperbaharui semula dengan membeli kad yang baru melalui guru pusat sumber sekolah.

4. DendaButirDenda

Lewat memulangkan buku20 sen sehari termasuk hari cuti

Buku/Bahan hilang/rosakGanti rugi mengikut harga buku / bahan tersebut

Gagal mematuhi peraturan PSSTindakan disiplin akan dikenakan

TATATERTIB SEMASA DI PSS1. Pelajar diwajibkan memakai unifom sekolah atau T-shirt sekolah di dalam PSS.2. Pelajar dilarang memakai selipar di dalam PSS.3. Pelajar kelas dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.4. Pengguna dilarang membawa masuk beg. Beg hendaklah disimpan di dalam loker yang disediakan.5. Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.6. Pengguna perlu merekod penggunaan PSS di dalam buku rekod penggunaan PSS yang berkaitan.7. Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.8. Pengguna dikehendaki meletak buku yang telah dibaca di atas troli yang disediakan. BUKU TIDAK PERLU DILETAK SEMULA DI ATAS RAK.9. Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.10. Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.11. Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.12. Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.13. Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.14. Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.15. Pihak PSS berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK RUJUKAN KHAS (RED SPOT)1. Pelajar perlu meminta kebenaran daripada guru atau pengawas bertugas.2. Pengguna perlu merekod penggunaan di dalam buku yang disediakan.3. Pengguna dilarang membawa keluar buku dari bilik tersebut kecuali atas kebenaran guru atau pengawas bertugas.4. Buku-buku di dalam bilik ini tidak boleh dipinjam.

PERATURAN PENGGUNAAN BILIK ALAT PANDANG DENGAR (APD)1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD tanpa guru pengiring.2. Pelajar dikehendaki mematuhi tatatertib PSS semasa berada di bilik APD.3. Pengguna dikehendaki menyemak dan mematuhi peraturan-peraturan penggunaan alatan seperti TV, Astro, Perakam Video dan lain-lain.

PERATURAN SEMASA KECEMASAN1. Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.2. Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.3. Segera keluar mengikut pintu berhampiran (mengikut pelan kecemasan yang disediakan).4. Elakkan berebut-rebut dan membuat bising semasa keluar.5. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Cabaran-Cabaran dan Halangan Yang Dihadapi Sesetengah pelajar tidak berminat untuk mengikuti aktiviti atau pertandingan kerana kurangnya motivasi. Pelajar-pelajar juga jarang untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah kerana mereka tidak tahu kepentingan Pusat Sumber ini. Ada beberapa aktiviti dan pertandingan terpaksa dibatalkan atau ditunda kerana kesibukan pelajar-pelajar dan guru-guru seperti persediaan menghadapi peperiksaan. Terdapat beberapa masalah seperti kekurangan guru PSS kerana terlibat dalam beberapa aktiviti yang lebih mustahak seperti menghadiri kursus, membawa pelajar-pelajar ke sukan tahunan. Kekurangan peruntukan daripada tabung Kelab PSS menyebabkan aktiviti-aktiviti dan pertandingan sukar dijalankan seperti yang telah dirancang dan ada beberapa orang guru terpaksa menggunakan duit mereka sendiri dalam menjayakan aktiviti pertandingan tersebut.

GALERI KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

7