kelab robotik

27
PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik ARTIKEL SATU PERATURAN-PERATUIRAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN) KELAB ROBOTIK 1.1 Nama: Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Robotik atau ringkasnya KB yang selepas ini disebut sebagai Kelab sahaja. 1.2 Alamat: SMKA SULTAN AZLAN SHAH, 36200 BOTA, PERAK. ARTIKEL DUA 2.1 Pendaftar: Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, 32600 Bota, Perak mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998. 2.2 No. Pendaftaran: 27/2013/SMKA Sultan Azlan Shah 2.3 Dokumen Pendaftaran: Bil: (22) dlm SMKASAS 03/03/12 bertarikh 21 Oktober 2012. ARTIKEL TIGA 3.1 Penasihat: Copyright © RobotikSMKASAS 1

Upload: cik-tom-awang

Post on 18-Feb-2016

355 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Perlembagaan Kelab

TRANSCRIPT

Page 1: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL SATU

PERATURAN-PERATUIRAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN)KELAB ROBOTIK

1.1 Nama:

Persatuan ini dikenali dengan nama Kelab Robotik atau ringkasnya KB yang selepas ini disebut sebagai Kelab sahaja.

1.2 Alamat:

SMKA SULTAN AZLAN SHAH, 36200 BOTA, PERAK.

ARTIKEL DUA

2.1 Pendaftar:

Pendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, 32600 Bota, Perak mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2 No. Pendaftaran:27/2013/SMKA Sultan Azlan Shah

2.3 Dokumen Pendaftaran:Bil: (22) dlm SMKASAS 03/03/12 bertarikh 21 Oktober 2012.

ARTIKEL TIGA

3.1 Penasihat:

Penasihat kelab ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Sultan Shah mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jil. 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21Mei 1998.

Copyright © RobotikSMKASAS 1

Page 2: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL EMPAT

4. Tujuan:-

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:-

4.1 Mengumpulkan pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang robotik dan bercita-cita melibatkan diri dalam bidang sains

dan teknologi yang memberi banyak sumbangan kepada Negara.

4.2 Memupuk samangat sepasukan dan bersatu padu di kalangan ahli-ahli kelab.

4.3 Menyemarakkan kegiatan-kegiatan robotik yang berkaitan dalam bidang sains dan teknologi.

4.4 Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab dalam mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam bidang robotik.

4.5 Meningkatkan pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran ahli-ahli kelab dalam pelbagai jenis robot.

ARTIKEL LIMA

5.1 Keahlian:

5.1.1.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sultan Azlan Shah.

5.1.1.2 Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Menjadi

Ahli (Borang PMA) dan dikemukakan kepada Setiausaha tidak lewat daripada 31 Januari setiap tahun.

5.1.1.3 Kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbang dan diluluskan oleh

Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa menerima atau menolak sesuatu permohobnan adalah muktamad.

Copyright © RobotikSMKASAS 2

Page 3: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.1.4 Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.1.2 Hak Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:-

5.1.2.1 mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab.

5.1.2.2 menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa

kelab.

5.1.2.3 menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab.

5.1.2.4 menggunakan peralatan, prasarana, dan kemudahan-kemudahan kepunyaan kelab.

5.1.2.5 mengemukakan cadangan, aduan,idea dan pendapat kepada persatuan mengenai isu-isuberbangkit.

5.1.3 Kewajipan Ahli:

Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib:-

5.1.3.1 Menghormati, mendukung, dan mematuhi Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan

Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan.

5.1.3.2 Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.

5.1.3.3 Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab.

Copyright © RobotikSMKASAS 3

Page 4: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.3.4 Memelihara dan menjaga harta benda kelab.

5.1.3.5 Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab.

5.1.3.6 Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan

ahli-ahli lain.

5.1.3.7 Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh kelab.

5.1.3.8 Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.1.4 Pemberhentian dan Pemecatan Ahli:

5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha.Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat guru Penasihat.

5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat .Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Copyright © RobotikSMKASAS 4

Page 5: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Copyright © RobotikSMKASAS 5

Page 6: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

5.1.4 Pemberhentikan dan Pemecatan Ahli5.1.4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah

menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada Setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

5.1.4.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM

6.1 Jawatankuasa Kelab.

6.1.1 Ahli Jawatankuasa:Jawatankuasa Kelab akan dianggotai oleh:-6.1.1.2 Seorang Timbalan Pengerusi.6.1.1.3 Dua orang naib Pengerusi6.1.1.4 Seorang Setiausaha6.1.1.5 Seorang Penolong Setiausaha6.1.1.6 Seorang Bendahari6.1.1.7 Seorang Penolong bendahari6.1.1.8 Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

6.1.2 Pemilihan JawatankuasaPemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung tahunan persatuan.Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Pendaftar sebelum boleh berfungsi.

6.1.3 Tugas utama Jawatankuasa:

Copyright © RobotikSMKASAS 6

Page 7: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Jawatankuasa Persatuan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek pengurusan dan pentadbiran kelab, termasuklah yang berikut:-

6.1.3.1 Menentu dan menetapkan dasar persatuan berlandaskan perlembagaan

dan peraturan-peraturan kelab.

6.1.3.2 Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan kelab berdasarkan Senarai Aktiviti Utama yang diluluskan oleh Pendaftar;

6.1.3.3 Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan persatuan dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat penasihat persatuan;

6.1.3.4 Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar dan menyimpan atau menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan persatuan mengikut prosedur pengurusan kewangan yang berkuatkuasa di institusi Kerajaan;

6.1.3.5 Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka sebagai ahli persatuan;

6.1.3.6 Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara berterusan;

6.1.3.7 Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori, dan bekalan pejabat kepunyaan kelab.

6.1.3.8 Menjadi penghubung di antara ahli-ahli kelab dengan guru penasihat ,pihak pengurusan sekolah, kelab atau persatuan lain di sekolah, dan badan gabungan di peringkat daerah,negeri atau kebangsaan. 6.1.3.9 Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan melaksanakan sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, khususnya Mesyuarat Agung Tahunan.

6.1.3.10 Menyediakan Laporan Tahunan Kelab.6.1.4 Tugas dan kuasa Pengerusi:

6.1.4.1 Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.

6.1.4.2 Mengetuai pentadbiran dan pengurusan kelab.

6.1.4.3 Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh jawatankuasa kelab.

6.1.4.4 Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan

Copyright © RobotikSMKASAS 7

Page 8: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

tujuan, perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan.6.1.4.5 Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tergempar apabila difikirkannya perlu.6.1.4.6 Mengetuai Jawatankuasa Disiplin kelab.6.1.4.7 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari. 6.1.4.8 Mewakili persatuan dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan.6.1.4.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.1.5 Tugas dan kuasa Timbalan Pengerusi:6.1.5.1 Membantu Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang,mengurus

dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.

6.1.5.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi, atau pun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi.

6.1.5.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan Pengerusi.6.1.6 Tugas dan Kuasa naib Pengerusi:

6.1.6.1 Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.

6.1.6.2 Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran kedua-duanya, atau pun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.

6.1.6.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat,Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

6.1.7 Tugas dan kuasa Setiausaha:6.1.7.1 Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam perkara 6.1.3 di atas.6.1.7.2 Menyedia,mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan kelab, seperti surat menyurat,perekodan dan penyimpanan maklumat, penyimpanan

Copyright © RobotikSMKASAS 8

Page 9: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

dan pengemaskinian fail persatuan, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli kelab, dan pendokumentasian altiviti-aktiviti kelab.6.1.7.3 Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat kelab, seperti mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu mesyuarat kepada ahli-ahli dan semua Ahli Jawatankuasa kelab, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat , menyediakan tempat mesyuarat, dan mencatat minit mesyuarat.6.1.7.4 Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Kelab dan mendokumenkan semua pelaksanaan.6.1.7.5 Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Permohonan Keahlian.6.1.7.6 Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan Rekod atau Daftar Keahlian Persatuan dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat dan Pendaftar.6.1.7.7 Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang dianjur ,diurus dan dikelolakan oleh kelab.6.1.7.8 Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.6.1.7.9 Menyedia dan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli serta mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat.6.1.7.10 Menyediakan Laporan Tahunan Kelab dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.6.1.7.11 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi ataupun Naib Pengerusi.6.1.7.12 Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli kelab.6.1.7.13 Menyediakan Kertas Konsep dan Kertas Cadangan Pelaksanaan bagi setiap program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa kelab.6.1.7.14 Menandatangani dokumem-dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Bendahari.6.1.8 Tugas dan kuasa Penolong Setiausaha:6.1.8.1 Membantu setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.1.7 di atas.6.1.8.2 Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.6.1.8.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi atau Setiausaha.6.1.9 Tugas dan kuasa Bendahari:6.1.9.1 Mentadbir dan mengurus kewangan kelab.6.1.9.2 Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan kelab.6.1.9.3 Membayar bagi pihak persatuan segala perbelanjaan atau tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal dan mengakaunkan pembayaran yang dibuat.

Copyright © RobotikSMKASAS 9

Page 10: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

6.1.9.4 Menandatangani semua dokumen kewangan persatuan seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.6.1.9.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM20.00.6.1.9.6 Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kelab akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan kelab.6.1.9.7 Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan persatuan dengan sesalinan kepada Guru Penasihat dan sesalinan kepada Pengetua sekolah.6.1.9.8 Menyediakan penyata kewangan tahunan kelab dan menyerahkannya kepada pemeriksa kira-kira untuk diaudit.6.1.9.9 Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.6.1.9.10 Menyerahkan sesalinan Penyat Kewangan Tahunan Kelab yang telah disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kepada Pengetua sekolah.6.1.9.11 Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal-ehwal kewangan kelab.6.1.9.12 Menyerahkan wang terkumpul persatuan kepada Pengetua sekolah selepas 31 Oktober tahun berkenaan.6.1.9.13 Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.6.1.10 Tugas dan kuasa Penolong Bendahari:6.1.10.1 Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam perkara 6.1.9 di atas.6.1.10.2 Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.6.1.10.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.6.1.11 Tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa:6.1.11.1 Menghadiri semua mesyuarat jawatankuasa.6.1.11.2 Mengemukakan cadangan , ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran kelab.6.1.11.3 Mengetuai sesuatu jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu aktiviti atau projek kelab.6.1.11.4 Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung kelab.6.1.11.5 Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.6.1.11.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.ARTIKEL TUJUH7. Kewangan.7.1 Tahun Kewangan. Tahun kewangan bagi persatuan ini ialah daripada 2 Januari hingga 31 Oktober tahun berkenaan.7.2 Derma Keahlian.

Copyright © RobotikSMKASAS 10

Page 11: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

Derma keahlian adalah sebanyak RM1.00 sebulan berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subpersatuan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan sekolah)1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A); P.U.(A) 196. Bertarikh 21 Mei 1998.7.3 Tabung Kelab . 7.3.1 Tabung Kewangan Kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh Bendahari kelab dan disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua.7.3.2 Sumber Tabung Kewangan Kelab adalah daripada:-7.3.2.1 derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar.7.3.2.2 sumbangan daripada sekolah.7.3.2.3 sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah.7.3.2.4 Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh Kelab.7.3.3 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab boleh digunakan untuk:-7.3.3.1 Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh kelab.7.3.3.2 Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan, dan aksesori untuk kegunaan kelab.7.3.3.3 Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh ketab.

7.3.4 Akaun Tabung Kewangan Kelab hendaklah oleh Pemeriksa Kira-Kira dan pada diaudit pada tiap-tiap akhir bulan setiap hujung tahun kewangan kelab.

7.4 Pentadbiran Kewangan Kelab7.4.1 Wang daripada Tabung Kewangan Kelab hanya boleh digunakan untuk

perkara-perkara berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat kelab.7.4.2 Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan

Kelab hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.

7.4.3 Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 20.00 pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang telah diarahkan oleh Pengetua sekolah.

7.4.4 Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.

7.4.5 Penyata Kewangan Tahunan Kelab hendaklah diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

7.4.6 Tabung Kewangan Kelab akan diserahkan kepada Pengetua sekolah pada setiap akhir tahun Kewangan Kelab.

7.5 Pemeriksa Kira-Kira7.5.1 Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Kelab.

Copyright © RobotikSMKASAS 11

Page 12: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

7.5.2 Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab.

7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan menasihati Bendahari dan Penolong Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab.

7.5.4 Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan kelab.

ARTIKEL LAPAN

8. MESYUARAT AGUNG8.1 Jenis Mesyuarat Agung

8.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan8.1.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa8.1.3 Mesyuarat Agung Tergempar

8.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN8.2.1 Tujuan:

(a) Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan kelab.

(b) Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan kewangan kelab bagi sesuatu tahun kewangan.

(c) Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang.

(g) Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kelab.

(h) Mendapatkan pandangan,idea, dan usul daripada ahli-ahli untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.2.2 Pengurusan dan Pengelolaan:(a) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-

kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

(b) Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-ahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di tempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli.

Copyright © RobotikSMKASAS 12

Page 13: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(c) Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan sebelumnya (jika ada ).

(d) Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kelab, Takwim Aktiviti Tahunan , dan Perancangan Tahunan bagi tahun yang berikutnya.

(f) Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu , Laporan Tahunan , Perancangan Tahunan, Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu. Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan dibincang dan dikhaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya sebelum 48 jam mesyuarat diadakan.

8.2.3 Tarikh: Mesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab.

8.2.4 Kehadiran:(a) Semua ahli Jawatankuasa Kelab.(b) Semua ahli yang berdaftar.

8.2.5 Korum:(a) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab ialah dua pertiga

daripada jumlah ahli yang berdaftar.(b) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu

yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh ( tidak lebih daripada tiga puluh hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu.

8.2.6 Agenda:

(a). Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya.

(b). Perkara-perkara berbangkit daripada agenda (a) di atas.(c). Membentang dan menerima Laporan Tahunan Kelab.(d). Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab bagi

tahun kewangan yang lalu.(e). Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Kelab dan Perancangan

Tahunan Kelab (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.

Copyright © RobotikSMKASAS 13

Page 14: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(f). Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan Tahunan bagi tahun kewangan berikutnya.

(g). Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan melalui Setiausaha kepada Jawatankuasa Kelab sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

(h). Melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.3 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA8.3.1 Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung

Luar Biasa sekiranya:(a). diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kelab.(b). Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada jumlah ahli

dengan menyatakan tujuan yang difikirkan menasabah oleh Setiausaha.

8.3.2 Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

8.3.3 Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan di papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan.

8.3.4 Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja, yakni perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

8.3.5 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.4 MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR8.4.1 Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:

(a). diarahkan oleh Jawatankuasa Kelab.(b). diminta oleh dua pertiga dari ahli yang berdaftar.

8.4.2 Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh Setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan persatuan selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.

Copyright © RobotikSMKASAS 14

Page 15: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

8.4.3 Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi agenda untuk dibincangkan.

8.4.4 Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

ARTIKEL SEMBILAN

9. MESYUARAT JAWATANKUASA9.1 Jawatankuasa Kelab hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.

9.2 Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan tindakan segera maka pemberitahuan mesyuarat bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.

9.3 Jika timbul sesuatu perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan sesebuah jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya syarat-syarat berikut, iaitu :(a). Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan

keputusan segera itu hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat, jelas dan terperinci, di samping cadangan tindakan atau keputusan dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap orang ahli jawatankuasa.

(b). Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap tindakan atau keputusan yang dicadangkan itu; dan

(c). Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan atau tindakan itu menerima undian terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

Copyright © RobotikSMKASAS 15

Page 16: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

ARTIKEL SEPULUH

10. UNDI10.1 Pengerusi mempunyai undi pemutus.

10.2 Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat, hendaklah dengan mengangkat tangan. Mengundi dengan proksi tidak dibenarkan.

ARTIKEL SEBELAS

11. PENAMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN11.1 Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan

menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru Penasihat.

11.2 Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

11.3 Sekiranya Setiausaha hendak meletak jawatan, maka ia hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.

11.4 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS

12. TATA TERTIB12.1 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.

Demi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah persatuan serta kepentingan ahli-ahli sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan mencemarkan nama baik kelab.

12.2 Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:-(a). Guru Penasihat Kelab sebagai penasihat.(b). Pengerusi Jawatankuasa Kelab sebagai pengerusi.

Copyright © RobotikSMKASAS 16

Page 17: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

(c). Setiausaha Jawatankuasa Kelab sebagai setiausaha.(d). Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab daripada

kalangan ahli yang berdaftar.

12.3 Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib:(a). Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan

membicarakan ahli yang disyaki melakukan kesalahan.(b). Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan

bersalah kepada Guru Penasihat, dan menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.

(c). Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua Sekolah.

(d). Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan, dan hukuman kepada Guru Penasihat dan Pengetua Sekolah.

12.4 Jenis-jenis hukuman:(a). Digantung daripada menyertai semua aktiviti kelab.(b). Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan, peralatan,

bahan-bahan cetak, dan bilik kelab.(c). Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua

Sekolah.

12.5 Lembaga Rayuan.12.5.1 Sebuah Lembaga Rayuan Ditubuhkan untuk:

(a). mengkaji dan meneliti dari semasa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.

(b). mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib yang dirujukkan oleh yang terdakwa.

12.5.2 Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:-(a). Guru Penasihat Kelab sebagai pengerusi.(b). Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat.(c). Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKEL TIGA BELAS

13. PERWAKILAN PERSATUANPengerusi dan Setiausaha akan mewakili persatuan ke sebarang mesyuarat yang diadakan oleh sekolah atau dengan kelab-kelab lain. Sekiranya kedua-duanya tidak dapat hadir, maka Pengerusi hendaklah digantikan oleh Timbalan Pengerusi

Copyright © RobotikSMKASAS 17

Page 18: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

dan Setiausaha oleh Penolong Setiausaha. Demikianlah seterusnya mengikut hierarki jawatan jawatan dalam Jawatankuasa Kelab.

ARTIKEL EMPAT BELAS

14. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG14.1 Selepas berlangsunganya Mesyuarat Agung Tahunan kelab sehinggalah

ke Mesyuarat Agung Tahunan kelab yang berikutnya, Jawatankuasa Kelab boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-peraturan ini dan Jawatankuasa Kelab jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan ini.

14.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa Kelab ke atas perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

ARTIKEL LIMA BELAS

15. PINDAAN UNDANG-UNDANGUndang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah kemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 6(1), dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U.(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL ENAM BELAS

16. PEMBUBARANKelab ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 12(1) dalam Peratura-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jil.42 No.11 Tambahan No.41 Perundangan (A) ; P.U.(A)196. bertarikh 21 Mei 1998.

Copyright © RobotikSMKASAS 18

Page 19: Kelab Robotik

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN Kelab Robotik

……………………..... ………………………..Tandatangan Pengerusi Tandatangan SetiausahaTarikh: ………………. Tarikh: ………………..

……………………………..Tandatangan Guru PenasihatTarikh: ……………………..

………………………Tandatangan PengetuaTarikh: ………………

Copyright © RobotikSMKASAS 19