kekuatan dan kelemahan klsr

3
Kekuatan dan Kelemahan KLSR Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:- 1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. 2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. 3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. 4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. Keberkesanan KBSR / KLSR Kekuatan dan Kelemahan KBSR Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah . Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur. Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid- murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar . KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat

Upload: henglow

Post on 14-Apr-2016

257 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

w

TRANSCRIPT

Page 1: Kekuatan Dan Kelemahan KLSR

Kekuatan dan Kelemahan KLSRMengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Keberkesanan KBSR / KLSRKekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yangmenyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan 

Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid,

Page 2: Kekuatan Dan Kelemahan KLSR

kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran danpembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan danbekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kirabahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

Page 3: Kekuatan Dan Kelemahan KLSR

Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.