hubungan kekuatan bahagian atas dan kelajuan … · 2.6 kekuatan bahagian atas badan 24 2.7 prinsip...

22

Upload: nguyenmien

Post on 02-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi
Page 2: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi
Page 3: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

i

HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN

MENGGERAKKAN KERUSI RODA MENAIKI LALUAN KHAS DI KAL ANGAN

KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY

AZRINA BINTI MD AZHARI

Tesis ini di kemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2009

Page 4: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

ii

Page 5: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

iii

DEDIKASI

“ PENGHARGAAN ISTIMEWA KHAS UNTUK “

Ibu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormati

Kerana Bimbingan Mu, Aku Berjaya

Kerana Semangat yang kamu berikan kepada Ku, Aku tekun

Kerana Nasihat Mu, Aku Bersungguh

Setiap Pengorbanan Mu, Aku akan Ingati

Setiap Doa Mu Pelindung kepada Diri Ku,

Akan Ku Kenang Sehingga Ke Akhir Hayatku

Abang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangi

Herman, Redzuan dan Neyni

Kerana Kerjasama dan Dorongan daripada Kalian, Aku Bersemangat Dalam Memenuhi

Impian Keluarga

Dan

Teman-teman Seperjuangan.........

Jutaan terima kasih diucapkan kerana selama ini sentiasa memberi bantuan dan

dorongan kepadaku, semoga kalian berjaya dunia dan akhirat

Page 6: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

iv

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Puan Halijah Binti

Ibrahim selaku pensyarah dan penyelia Projek Sarjana Muda saya. Segala bimbingan

dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau kepada saya dalam menghasilkan Projek

Sarjana Muda saya ini tidak ternilai harganya., maka saya telah berjaya menyiapkan

projek ini mengikut perancangan yang telah dibuat sejak awal semester lagi.

Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang

mengambil berat dan juga yang turut memberi bimbingan dalam penghasilan kajian ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Spastik Johor yang telah

memberi kerjasama yang baik dalam menjalani ujian dalam kajian saya ini. Tidak

dilupakan juga guru-guru Sekolah Spastik Johor yang memberi pandangan, maklumat

dan kerjasama kepada saya sepanjang saya menjalankan ujian bagi kajian saya ini di

Sekolah Spastik Johor.

Selain itu, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan SPS saya yang turut

membantu dalam mengendalikan pelajar-pelajar Sekolah Spastik Johor memandangkan

mereka merupakan individu kurang upaya yang memerlukan bantuan kita. Selain itu,

penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling berkongsi

ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan kajian ini. Terima kasih di atas

pandangan dan bantuan yang diberikan. Maka diakhir sekali, saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya semasa

melakukan Projek Sarjana Muda ini. Sekian terima kasih.

Page 7: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

v

ABSTRAK

Kekuatan bahagian atas badan sangat mempengaruhi kelajuan pengguna kerusi

roda menggerakkan kerusi roda menaiki laluan khas. Kajian ini bertujuan untuk menguji

hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda dan kelajuan

menggerakkan kerusi roda pada dua laluan khas utama di Sekolah Spastik Johor

dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah Cerebral Palsy. Laluan tempat kajian

adalah laluan khas menghala ke Dewan Besar dan Bilik Fisioterapi. Kajian ini juga

bertujuan untuk mengetahui kesesuaian penggunaan dan pembinaan laluan khas untuk

pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah tersebut. Kaedah eksperimental dilaksanakan ke

atas 4 orang pelajar lelaki. Setiap pelajar menjalani ujian 'Bench Press' dan ujian

kepantasan menggerakkan kerusi roda di laluan yang dipilh. Penganalisaan data adalah

menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 16.0.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan

bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di bahagian B pada laluan

khas menghala ke Dewan Besar (r = 0.955, p = .045, p< 0.05) dan Bilik Fisioterapi (r =

0.957, p = .043, p< 0.05). Walaubagaimanapun tidak terdapat hubungan signifikan

diantara kekuatan bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di

bahagian A bagi laluan khas di Dewan Besar (r = 0.927, p = .073, p> 0.05) dan Bilik

Fisioterapi (r = 0.919, p = .081, p> 0.05). Ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan

kekuatan bahagian atas badan adalah berbeza bagi setiap bahagian laluan khas yang

dibina. Pengguna kerusi roda menggunakan kekuatan bahagian atas badan yang

maksimum pada bahagian B berbanding bahagian A di setiap laluan khas yang dibina.

Hasil kajian turut mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara berat

badan subjek dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di kedua-dua laluan khas di

sekolah tersebut.

Page 8: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

vi

ABSTRACT

The speeds of wheelchair's user when using a ramp are depends on their upper

body strength so this research intended to study the correlation between the upper body

strength of the wheelchair user’s (cerebral palsy) and the speed of moving their

wheelchair at two main ramps in Spastic School Johor. The ramps are located at Dewan

Besar and Bilik Fisioterapi. This research also intended to investigate the suitability of

the ramps for the disabled. Four male subjects were selected for this research. All the

subjects have to do a bench press test and speed of moving wheelchair test at both

ramps. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS)

version 16.0 software. The correlation between upper body strength and speed of

moving the wheelchair was significant at part B for the ramp at the Dewan Besar (r =

0.955, p = .045, p< 0.05) and at the Bilik Fisioterapi (r = 0.957, p = .043, p< 0.05). But

The correlation between upper body strength and speed of moving the wheelchair was

not significant at part A for the ramp at the Dewan Besar (r = 0.927, p = .073, p> 0.05)

and at the Bilik Fisioterapi (r = 0.919, p = .081, p> 0.05). This shows that there are

differences in using of upper body strength at both part of ramps The wheelchair users

use their maximum strength of their upper body on the part B ramp compared to the part

A at both ramps. The result of the test also found that the correlation between subject’s

weight and speed of moving the wheelchair for both ramps were not significant.

Page 9: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTACT vi

KANDUNGAN vii

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 9

Page 10: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

viii

2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Jenis-Jenis Cerebral Palsy 13

2.3 Kerusi Roda 13

2.4 Laluan Khas 18

2.5 Otot 22

2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24

2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25

2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26

2.9 Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan

Menggerakkan Kerusi Roda 28

2.10 Kajian Berkaitan 28

2.11 Penutup 29

3 METODOLOGI 29

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 31

3.4 Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 38

3.8 Jangka masa Kajian 38

3.9 Pengurusan Pengujian 39

Page 11: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

ix

4 ANALISIS DATA 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Ciri-ciri laluan khas yang dikaji 40

4.3 Umur, berat badan dan kekuatan atas badan subjek 45

4.4 Masa menggerakkan kerusi roda mengikut jarak laluan 47

4.5 Kelajuan menggerakkan kerusi roda 49

4.6 Analisis ujian kolerasi berat badan subjek dengan

Kelajuan menggerakan kerusi roda pada setiap

Laluan khas ( ujian bench press ) 51

4.7 Analisis Ujian Korelasi Kekuatan Bahagian

Atas Badan (BP) Dan Kelajuan Menggerakkan

Kerusi Roda Pada Setiap Laluan Khas. 53

4.8 Kesimpulan 54

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 56

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 56

5.3 Rumusan 61

5.4 Cadangan 62

5.5 Penutup 64

RUJUKAN 65

Lampiran A-J 71-80

Page 12: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

x

DAFTAR SINGKATAN/ SIMBOL/ISTILAH

BP - Bench Press

Kg - Kilogram

m - Meter

cm - Sentimeter

mm - Millimeter

s - Saat

S1 - Subjek Pertama

S2 - Subjek Kedua

S3 - Subjek Ketiga

S4 - Subjek Keempat

OKU - Orang Kurang Upaya

RM - Repetition Maximum

HAD - Halaju Bahagian A Dewan Besar

HBD - Halaju Bahagian B Dewan Besar

HAF - Halaju Bahagian A Bilik Fisioterapi

HBF - Halaju Bahagian B Bilik Fisioterapi

Page 13: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.4.1.1 Spesifikasi Sebenar Laluan Khas

Pengguna Kerusi Roda 20

4.1 Maklumat Ciri-Ciri Laluan Khas 44

4.2 Maklumat Latar Belakang Subjek Serta Kekuatan

Bahagian Atas Badan 46

4.3 Maklumat Masa Menaiki Laluan Khas 48

4.4 Maklumat Kelajuan Mengerakkan Kerusi Roda

Berdasarkan Kekuatan Bahagian Atas Badan

Subjek 50

4.6 Ujian Kolerasi (Kaitan Berat Badan Subjek

Dengan Kelajuan Menaiki Kerusi Roda) 52

4.6.1 Hubungan Berat Badan Subjek Dengan

Kelajuan Menaiki Kerusi Roda 53

4.7 Ujian Kolerasi (Kaitan Kekuatan Subjek

Dengan Kelajuan Menaiki Kerusi Roda ) 54

4.7.1 Hubungan Kekuatan Subjek Dengan

Kelajuan Menaiki Kerusi Roda 55

Page 14: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Kerusi Roda Manual 15

2 Kerusi Roda Elektrik 16

3 Kerusi Roda Sukan 17

4 Ukuran Laluan Khas Sebenar 20

5 Otot (Anterior) 23

6 Otot (Posterior) 24

7 Laluan Khas Di Dewan Besar 33

8 Laluan Khas Di Bilik Fisioterapi 33

9 Bagi Ujian Kekuatan Bahagian

Atas Badan Subjek 34

10 Bagi Ujian Kelajuan Menaiki

Laluan Khas 36

11 Lakaran Struktur Bentuk Laluan Khas

Di Dewan Besar 41

12 Lakaran Struktur Bentuk Laluan Khas

Di Bilik Fisioterapi 42

13 Ciri-Ciri Laluan Khas Di Dewan besar 44

14 Ciri-Ciri Laluan Khas Di Bilik Fisioterapi 45

15 Umur, Berat Badan Dan Kekuatan

Bahagian Atas Badan Subjek 47

16 Masa Menaiki Laluan Khas Di Dewan Besar 48

17 Masa Menaiki Laluan Khas Di Bilik

Fisioterapi 49

Page 15: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

xiii

18 Halaju Menaiki Laluan Khas Di Dewan Besar 50

19 Halaju Menaiki Laluan Khas Di Bilik

Fisioterapi 51

Page 16: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Maklumat Data Penyelidikan 71

B Borang Skor Ujian Halaju (Dewan Besar) 72

C Borang Skor Ujian Halaju (Bilik Fisioterapi) 73

D Borang Skor Ujian Kkekuatan 74

E Surat Kebenaran UTM 75

F Surat Minta Kebenaran 76

G Surat Minta Kebenaran Sekolah 77

H Surat Perjanjian 78

I Ujian Kolerasi

(Kekuatan Bahagian Atas Badan Dan Halaju) 79

J Ujian Kolerasi (Berat Badan Dan Halaju) 80

Page 17: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kurang Upaya boleh ditafsirkan sebagai satu keadaan dimana seseorang itu

mengalami kekurangan fungsi badan atau keupayaan berbanding dengan individu

normal. Di Negara kita, Kurang Upaya boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis

masalah, salah satunya ialah masalah Cerebral Palsy. Cerebral Palsy lebih dikenali

sebagai satu kondisi dimana berlakunya kecederaan pada otak kanak-kanak sebelum,

semasa dan selepas kelahiran yang boleh menyebabkan berlakunya kecelaruan dan

kehilangan fungsi pada perkembangan fizikal seseorang itu sebagai contoh duduk,

merangkak, berjalan, berdiri, penggunaan tangan, perkembangan pertuturan,

perkembangan sosial dan perkembangan mental. (Unit Pemulihan Universiti Sains

Malaysia, 2001).

Cerebral Palsy boleh dibahagikan kepada 3 jenis kategori iaitu Spastik,

Athethoid dan juga Ataxia. Golongan ini juga dikenali juga sebagai individu Kurang

Upaya atau juga lebih dikenali sebagai individu istimewa. Segelintir daripada golongan

ini memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak dan ada segelintirnya yang boleh

berjalan sendiri tetapi tidak seperti individu yang normal. Individu yang menggunakan

kerusi roda tidak semestinya terdiri daripada mereka yang mengalami masalah Cerebral

Page 18: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

Palsy malah individu yang mengalami masalah kecederaan tulang belakang, kemalangan

dan masalah kekudungan juga merupakan antara golongan yang menggunakan kerusi

roda. Kerusi roda dijadikan sebagai alat penting yang digunakan untuk bergerak supaya

dapat menjalankan kehidupan seharian seperti individu lain.

Terdapat 1.6 juta pengguna kerusi roda di Amerika Syarikat, dan hanya 150 ribu

sahaja yang menggunakan kerusi roda elektrik (National Health Interview Survey On

Disability, 1994). Pengguna kerusi roda elektrik tidak perlu risau mengenai tahap

kekuatan tangannya untuk menggerakkan kerusi rodanya berbanding pengguna kerusi

roda manual.

Individu Cerebral Palsy yang menggunakan kerusi roda memerlukan satu laluan

khas untuk memudahkan pergerakkan mereka berbanding individu normal. Kekuatan

otot bahagian atas badan sangat diperlukan untuk menggerakkan kerusi roda tersebut.

Antara otot-otot yang terlibat adalah triceps brachii, biceps brachii, brachialis, pectoral

major, deltoid, trapezius, infraspinatus, teres minor dan teres major.

Selain daripada faktor kekuatan otot, terdapat juga beberapa faktor persekitaran

yang turut mempengaruhi kelancaran pergerakkan kerusi roda seperti jenis permukaan

lantai, kecerunan dan jarak yang dilalui. Terdapat banyak kemudahan pendidikan yang

kerajaan sediakan untuk individu pengguna kerusi roda contohnya seperti kemudahan

pendidikan di sekolah-sekolah yang berkualiti iaitu seperti Sekolah Spastik Johor,

Sekolak Kanak-Kanak Istimewa dan lain-lain.

Menurut Berita Harian pada 15 September 2003, kemudahan asas yang disediakan

untuk orang Kuran Upaya kini boleh ditemui di mana sahaja. Logo penumpang

berkerusi roda dapat dilihat di tempat-tempat awam seperti di tempat letak kereta, lif,

Page 19: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

stesen kereta api transit ringan (LRT), lapangan terbang, pengangkutan awam,

bangunan-bangunan awam dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan ini boleh

digunakan sepenuhnya oleh individu yang mengalami masalah Cerebral Palsy dan

Orang Kurang Upaya yang lain.

1.2 Latar belakang Masalah

Seperti sedia maklum, pengguna kerusi roda tidak dapat menjalani kehidupan

seharian dengan selesa di tempat-tempat awam di negara kita. Mereka terpaksa

menghadapi pelbagai masalah dalam menjalani kehidupan sosial seperti individu normal

yang lain. Sebagai contohnya laluan khas yang disediakan untuk golongan Kurang

Upaya tidak menepati sfesifikasi yang sepatutnya. Dengan ini menunjukkan masyarakat

kita masih kurang pendedahan tentang keperluan dan kebajikan golongan tersebut.

Pengguna kerusi roda memerlukan kekuatan bahagian atas badan untuk bergerak

secara bebas tanpa memerlukan bantuan orang lain. Oleh itu, kecerunan pembinaan

laluan kerusi roda perlulah mengikut kesesuaian kekuatan bahagian atas badan

penggunanya. Kajian terhadap pelbagai tahap kecerunan harus dilakukan untuk

mengetahui perbezaan yang wujud antara keupayaan kekuatan atas badan pengguna

kerusi roda.

Seperti tinjauan yang dibuat di Sekolah Spastik Johor, terdapat hampir 50 %

daripada pelajarnya iaitu dalam lingkungan 30 orang pelajarnya menggunakan kerusi

roda untuk bergerak dan terdapat dua laluan khas yang disediakan. Didapati laluan khas

yang disediakan tidak dapat dinaiki oleh segelintir pengguna kerusi roda yang mendapat

pendidikan di tempat tersebut. Pengguna kerusi roda di Sekolah tersebut terpaksa

meminta bantuan daripada tenaga pengajar atau sukarelawan ketika menaiki laluan khas

Page 20: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

yang disediakan. Walaubagaimanapun terdapat juga segelintir pelajar yang boleh

menaiki laluan khas tersebut. Semua ini bergantung kepada keadaan keupayaan

seseorang. Kemungkinan kecerunan bagi laluan khas yang dibina tidak sesuai mengikut

kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda disitu. Oleh itu penggunaan yang

secara terpaksa akan menyebabkan berlakunya kecederaan berulang pada sendi, bahu

dan otot bahagian atas badan.

Dengan penggunaan daya mekanikal yang besar pada otot bahagian atas badan

pengguna kerusi roda semasa menggunakan cerun laluan khas ini akan menyebabkan

kecederaan dan kesakitan pada bahu. Kecederaan ini disebabkan berlakunya tekanan

yang kuat pada struktur anatomi pengguna kerusi roda tersebut. Maka simptom dan

kecederaan pada bahu akan berlaku (Kirby, 1990).

Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesakitan pada bahu disebabkan

aktiviti seharian yang mereka lakukan antaranya ialah penggunaan kerusi roda dan juga

aktiviti yang banyak menggunakan tangan. Satu sebab yang utama yang menyebabkan

kesakitan pada bahu adalah beban yang terlalu berat pada bahu bagi pengguna kerusi

roda ketika menggerakkan kerusi roda (Kirby, 1990).

1.3 Pernyataan Masalah

Golongan individu yang menggunakan kerusi roda menghadapi masalah ketika

menggunakan kemudahan yang disediakan di tempat-tempat yang ingin dikunjungi

begitu juga dengan tempat mereka mendapatkan ilmu iaitu di sekolah. Mengikut

Perundangan Bangunan Setara, Uniform Building By-Laws, semua bangunan sama ada

baru atau lama, seharusnya boleh diakses dengan mudah oleh golongan Kurang Upaya

Page 21: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

(Bishop, 1979). Tetapi sedihnya hanya segelintir bangunan yang terdapat di negara kita

yang mesra OKU.

Kadang kala, laluan khas yang dibina pada dasarnya memberi keselesaan kepada

pengguna kerusi roda tetapi pada hakikatnya, laluan khas tersebut memang tidak sesuai

dengan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda. Disini menunjukkan

bahawa ukuran laluan khas hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini adalah

bertujuan bagi memberi keselesaan kepada pengguna kerusi roda untuk memasuki

sesuatu tempat-tempat awam atau bangunan-bangunan tertentu.

Bukan untuk memburuk-burukkan keadaan kemudahan awam yang disediakan

disesuatu tempat tetapi semua ini bertujuan sebagai tindakan awal bagi pihak yang

bertanggungjawab untuk menjadikan semua rakyat dapat menggunakan kemudahan

secara adil seperti individu yang normal. Maka kecerunan yang ingin dibina mestilah

sesuai mengikut tahap kekuatan tangan semua pengguna kerusi roda tersebut. (Kulig,

1998).

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif untuk kajian ini :-

1.4 1 Untuk mengetahui ukuran laluan khas pengguna kerusi roda yang sebenar di

Sekolah Spastik Johor.

1.4.2 Untuk mengetahui kesesuaian laluan khas pengguna kerusi roda di Sekolah

Spastik Johor dengan pengguna kerusi roda di sekolah tersebut.

Page 22: HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN … · 2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24 2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25 2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26 2.9 Faktor Yang Mempengaruhi

1.4.3 Untuk mengetahui perkaitan hubungan kekuatan otot tangan melalui ujian bench

press dengan kelajuan subjek semasa menaiki laluan khas.

1.4.4 Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna kerusi roda yang

menggunakan laluan khas cerun di Sekolah spastik Johor.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan kajian ini :-

1.5.1 Adakah jarak, ketinggian, darjah kecerunan dan rekabentuk dua laluan khas yang

terdapat di Sekolah Spastik Johor sesuai untuk pengguna kerusi roda disitu?

1.5.2 Adakah dua laluan khas utama yang terdapat di Sekolah Spastik Johor sesuai

dengan pengguna kerusi roda di sekolah tersebut?

1.5.3 Adakah terdapat hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda

dan kelajuan menggerakkan kerusi roda pada dua laluan khas utama di Sekolah

Spastik Johor?

1.5.4 Apakah pengguna kerusi roda di Sekolah Spastik Johor boleh menaiki laluan

khas yang disediakan tanpa bantuan?