kekuatan dan kelemahan kbsr

Upload: kucingmalas

Post on 07-Apr-2018

361 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kekuatan Dan Kelemahan KBSR

    1/1

    Kekuatan dan Kelemahan KBSRMatlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

    menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat dari segi

    aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan

    perkerabangari'sahsiah .

    Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian

    Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut

    menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila

    dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya

    menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan

    pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi

    seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

    Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan yakin-

    dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain

    daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

    Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi,satu

    lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di luar bandar

    telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenai penggunaan alat Bantu

    mengajar .KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke atas

    pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan semua murid

    dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih berminat dalam

    pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya

    dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik

    pengajaran dan

    pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan

    bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian

    adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan

    berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah

    pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan dijalankan

    untuk mengambil kira

    bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan

    kebolehan.Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang

    tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada

    murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian

    murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih

    baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga

    murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.